Friday, December 31, 2010

Saya sayang mak walaupun hari nie kene prank dengan mak. Sila jangan jeles

Share/Bookmark
Aku akan bertolak pegi ke Puncak Alam Sabtuday nie. Datang pulak mood mak aku baik hati hari nie tanyer nak makan ape jer cakap kat dye nati dye masakkan. Aku pong dah pikir bukan-bukan dah nie suro mak aku masak. Vavi golek dengan katak tige rase memang not in my list la kan.  Macam biase aku tido pagi lepas mak aku bangon tido.

Mak: Ko ade nak makan ape ape tak?

Aku: Mak nak masak ker? Ape yang ade?

Mak: Cakap jelah ko nak makan ape? Mak dah pegi pasar kan...

Aku: Mak masak jelah Ayam masak asam pedas. Tak pon mak goreng ayam berempah macam selalu tuh. Tapi kalau mak rajin. Mak buat lah tomyam ker,sup gearbox ker. Tak pon mak buat kan alang Kek Choclate sekali pon best jugak. Brownie tuh. Perh..Sedapnyer mak.

Mak: Amboi, banyak cantik kau. Mintak bukan bukan

Aku: Dah mak tanyer nak makan ape. Orang cakap jelah. 

Mak: Yelah...

Aku dengan suasana sunyi sepi dalam bilik anti cahaya nie. Ditambah dengan angin kipas bertiup sepoi sepoi bahasa. Aku tidurnyenyak dengan harapan aku bangon tido nanti aku dapat makan sedap sedap.

Aku bangon tido aku terus pegi mandi. Mandi bersih bersih bagi wangi. Supaya 5-6 hari mendatang tak yah mandi pon takpe. Dah sikat rambut, dah pakai underono semua.  Aku senyum sampai telinga. Aku pegi amek nasi dan sambung senyum sambil gelak. Ha ha ha. Aku duduk aku bukak tudung saji. 

Ikan Sardin.

Okey aku hampe. Ape motivasi yang mak aku berikan kat aku nie sebenarnyer aku pon tak tawu. Lagi sakit hati bile aku cakap kat mak aku. "Ape mak cube buktikan kat Alang sebenarnyer nie?" then mak aku cakap. " Malas nak masak hari nie" (kening ternaik naik sambung dengan senyum sinis tahap sakit kan ati)

aku Conpius tambah Strees. sebenarnyer pagi tadi tuh aku cakap nak makan itu ini tuh aku cakap dengan mak aku ke aku cakap mase mimpi je nie?

Aku: Mak, Telur ade tak?? Nak masak telur dadah lah.

Mak: Telur habes. 

Okey stress balik. 

Ape punyer malang la nasib aku hari nie. 

grrr.

p/s: Alang dengan Malang same ker??

Baca Lagi - "Saya sayang mak walaupun hari nie kene prank dengan mak. Sila jangan jeles"

Wednesday, December 29, 2010

Sape tak nampak entry nie pendek umur

Share/Bookmark
























































Tamat
 
 p/s:  yang pakai kaca mata kene pakai, yg pakai contact lenses kene tanggalkan bagi menghilangkan effect biasan cahaya. Bahaahahha.Lariiiiiiiiiiiii..
Baca Lagi - "Sape tak nampak entry nie pendek umur"

Tuesday, December 28, 2010

Saya Blogger Johor

Share/Bookmark
Blog Pilihan Malaysia
(drum roll) Aku join slot Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri selepas dinasihatkan oleh budak comot Ailyl Rozanna. Macam best sebab aku orang Johor lah. Ape sangat lah stakat buat entry nie berbanding kasih sayang yang dicurahkan aku kat negeri Johor nie.


Name Glamor
  Mohd Alang Bin Abah
(Hamek ko, keluar name kampung aku)

Status
Bujang trang tang tang. Aku jugak lesbien (suke pada perempuan sahaja). Tapi oleh kerana aku selalu letak muke hensem kat Pesbook aku. Ramai lelaki lelaki gay yang add aku tanyer aku single lagi ke taken dah.watafak betul.^___^

Cara Nak Hubungi


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Daerah Jajahan
Tampoi Town. Tak salah aku penah digunakan dalam filem Keluang Man. Batman atau Superman jauh sekali. CicakMan kalau datang aku halau dye.

Tempat Tinggal
Kampung Pasir, 81200 Tampoi, Johor Bahru, Johor. Malaysia atau lebeh tepat lagi korang tengok map nie je senang.^_^ 


View My Saved Places in a larger map
 

Tempat Menarik Kat Johor
In my opinion yang ala ala onion nie. aku rase tempat paling menarik kat Johor nie adalah. Puteri Harbour. haaaa.korang tak tawu kan pasal tempat nie. meh aku overview sikit tempat nie.

Gambaran Dari atas Puteri Harbour
Gambaran dari tepi. Aku tawu tempat nie cool.
har har har nampak best kan tempat nie. Korang kene pegi sini jugak. Tapi tunggu Chrismas 10 tahun dari sekarang lah. Sebab tempat nie belum siap sepenuhnyer lagi. Tapi kalau dah siap kompom korang tak nk melancong pegi Peru lagi. Lepas nie pegi sini jer.^_^ Nak photoshoot pong chantek kat sini.

p/s: I lap you lah Johor. Johor ade leser tak eak??
Baca Lagi - "Saya Blogger Johor"

Body aku Queen control

Share/Bookmark
Aku tak berape pasti sejak bile aku perasan bende nie. tapi itulah hakikatnyer aku tak putus-putus caring pasal body aku sendiri. Maybe aku ade relationship dalaman dengan body aku sendiri. Aku tak pasti. Aku rase body aku adalah seorang gadis (tentulah aku lelaki, tapi body aku je yang gadis sikit) yang sensitive.

Aku selalu abaikan pasal dye, nati bile aku abaikan pasal dye mule la dye merajuk, then mula lah sakit tekak lah, batuk lah, demam lah. Kalau demam je okey lagi. Ini yang beringus tuh yang aku tak tahan tuh. Kadang aku geli pon ade jugak dengan dye nie. Tak senonoh. Lepas tuh mula lah buat aku rase besalah. Maybe kecewa. Menyesal pon ade sikit.

Terpakse lah aku pujuk dye, bawak dye pegi clinik swasta. Dye memang demand sikit. Clinik kerajaan lambat katenyer. Takpelah, ape sangat la berbanding kasih sayang dicurahkan kan?? Aku jugak yang kene suap kan ubat. Lepas tuh makan nak yang sedap sedap aje. Bubur ayam McD lah. Cokelet Kinder Bueno lah. Pantang aku ade duit lebeh sikit. Mule la dye nak makan pizza. Kalau time sangkak tuh. Aku suapkan Maggi jer.

Ngade-ngade. Lepas aku layan karenah dye, pujuk dye semua, aku pon perlukan space jugak! takkan nak melayan dye jer. Aku pon nak jugak keluar dengan Topan, Amin, Farid, Jawa dan yang lain lain. Makan nasi lemak kat mamak ker, pegi tengok bola sampai pagi ker, minum cool blog ker, tak pon tengok wayang sambil makan popcorn pilihan combo., biar banyak sikit aku makan junk food. TAKKAN TAK BOLEH?!? AKU NAK BERSENDIRI!!

Tapi setiap kali aku nak ruang aku sendiri, dye mule lah merajuk balik. Mula lah nak buat muke dengan aku. Mula lah nak mogok makan, mogok tido semua. Biar dye sakit. Nak aku yang jage dye. Badan tak besar-besar jugak aku tengok. Cekeding macam tuh jer. Grrr. Memang mengade!!

Dah la, aku pon nak pegi tido dah nie. besok pagi nak bangon awal. Nak pegi pasar katenyer. Nak aku masak kan asam pedas kepale ikan. Layankan jelah kerenah dye nak makan ape.

Body aku memang queen control.

p/s: Walaupun laser hanya alasan si botak. Tak rugi aku bayar bill Astro tengok jelas je mase goal tuh.^_^. Belajarlah terime kekalahan ye.
Baca Lagi - "Body aku Queen control"

Thursday, December 23, 2010

Eh! Kenape name kau Vicky? Vol. 2

Share/Bookmark
Mane aku dapat idea tulis entry Eh! Kenape name kau Vicky Vol. 1? Macam biase semua nie based on true story. Kenape aku pilih menatang nie instead of binatang lain sebab pada aku lipas nie unik. Satu-satunyer binatang kecik yang aku rase tak takut kat aku. Kalau kat kau aku tak tahu. Kau sape seh?. Kalau korang perasan lipas nie boleh terbang dan aku anggap mereka-mereka nie Kamikaze.Grrr

Hari nie Geng Kamikaze Vicky serang aku demi membalas dendam kematian Vicky tempoh hari. Aku suspect kucing aku puncenyer makan Oreo expired sepah-sepah. Dengan kelebihan berpikir secara drastik fantastik idealistic dan fantastik yang aku ade. Penyapu lidi edaran kedai runcit Salleh dan keluarga aku pandang tapi Ridsect Aerosol Racun Serangga yang ade gambar lipas terbalik kaler ijau tuh yang aku amek. Aku spray banyak gile vavi sambil ketawe.

Lepas aku spray aku lepak kejap tengok TV bagi mendapat kan inspirasi baru. Dye kate dunia umpama roda. Aku anggokkan aja. Aku pulas, aku cocok gune straw. Aku hirup.. Aahhhhhh..sedap betul air Coca-Cola. Terasa sejuknyer sampai ke tengkorak. kriuukkk kriuukkk kriuukkk

Korang jangan Google pulak kriuukkk tuh bende ape. Memang takkan jumpe punyer. 'kriukkk" adalah sound effect semata-mata. Itu bunyi Geng Kamikaze Vicky yang dahagakan udara. Mungkin ini satu isyarat amaran musuh dihadapan aku tak pasti. Lepas bunyi kriuukkk kriukkk habes baru aku berani tengok mayat-mayat Vicky. Mayat-mayat Vicky seperti yang selalunya ditanam di tempat yang same seperti Vicky-Vicky yang lain. Tong Sampah.

OMG. Oh tidak dot com. Aku dah banyak bunuh menatang nie. Mohon ampun dari skull ke flangers, dari interior dan exterior, inhale dan exhale ye cik lipas sekalian. Menurut science, lipas lebih lama ada di atas muka bumi daripada manusia. Mereka mempunyai immune system yang macam cibai. Aku pon tak tahu ape maksud statement nie. Tapi aku hanya Detective Fahmie pembunuh lipas ilham dari Detective Conan dan filem animasi kanak-kanak Ogy and the Cocroach.

p/s: Yeah! Yeah! Mak dah balik. Mak dah balik. Mamak, teh 'O panas satu. Orang kate, kite adalah apa yang kite makan. Patotlah aku manis je orangnyer.^____^.Standing Ovation. (okey, okey.aku benci bahasa penjajah)
Baca Lagi - "Eh! Kenape name kau Vicky? Vol. 2"

Wednesday, December 22, 2010

Cartoon Biol Vs. Aku Genius

Share/Bookmark

Korang kene tekan Play.Baru lah entry ini berkesan.  Atau korang download dulu lagu nie.-->Download

Watak Karton : Nedward Flanders Jr. (tah sape tah aku pong tak kenal)
Jantina : Laki-laki Sejati
Cerita: The Simsons

Tajuk lagu: Technologic
Artis: Draft Punk
Format lagu: Mp3
Size File : 6,666 Kb

Lyric: Click sini laju-laju


p/s : Aku memang genius. Kombinasi lagu mp3 dan gambar format gif. aku telah hasilkan satu video clip.^_^
Baca Lagi - "Cartoon Biol Vs. Aku Genius"

Tuesday, December 21, 2010

Pesanan Khidmat Masyarakat (Vol. 1)

Share/Bookmark
Ape korang ingat aku nie kejam sangat ke takde berbakti kepada masyarakat. Event blog baru macam aku nie pon kene bagi pesanan kepada semua rakyat Malaysia am nya dan seantero dunia khasnya. Ke terbalik nie? Ah tak kesah lah. Janji korang paham sudah. Abes cerite full stop.

1. Jangan Download Movie/Lagu dan hentikan Cetak Rompak

Aku baru je siap download 3 cerite. Pertama cerite The Social Network yang ade muke mamat buruk rambot macam Afro tak terurus tuh. Kedua cerite Lagend of the Guardian cerite pasal ade burung-burung tuh. Amboi, banyak nyer burung. Ketiga cerite Despicable Me cerite pasal kartoon perempak bulan dan anak buah kuningnye. Disebabkan aku baru lepas download cerite nie. Aku nak melarang korang dari mendownload cerite-cerite kat internet nie. Support la diorang. Pergi tengok kat wayang lain kali. DVD cetak rompak pon kalau boleh jangan beli. So, bile korang tak beli harge dye murah. So aku boleh la beli RM10 dapat 4 Movie dan 16 Movie percume. Tak gitu??

2. Jangan Hisap Rokok Tapi beralihlah kepada Shisha

Yang nie paling aku pantang kalau ade orang isap rokok. Pantang ade mesti aku pon nak jugak. Bukan ape, korang tak boleh isap rokok sebab merokok membahayakan kesihatan tahu tak?? Dengan merokok korang boleh menghidapi berpuluh-puluh jenis penyakit. Korang bukan tak tahu berape ramai yang sakit sebab isap rokok. So, kalau korang tak isap rokok. Aku harap harge rokok turun balik lah yer. RM2.50 sekotak. Kan care tuh. Lagi ramai tak hisap lagi bagus. Lagi murah. Boleh la aku terus isap rokok. hehehehe.Tak lah. aku nak berenti dah.

3. Jangan Memandu Laju-laju. Ape bute telinga?

Kelajuan adalah pembunuh nombor 2 negara selepas penyakit jantung. Fakta nie aku main hentam jer ikut sedap aku. korang jangan percaye sangat. Hentikanlah setting-setting kerete or motor tuh laju-laju. Korang kene bawak kerete or moto kurang dari 80Km/j kalau signboard tulis 110km/j. So, kalau signboard tulis 40km/j. ko tolak je kerete terus. Jangan tekan minyak langsung.  Less is better. Lepas tuh sila pandu di belah kiri sahaja. Jangan masuk link kanan. Supaya mase aku drive or bawak moto aku tak perlu tunggu belakang korang. Aku boleh pecut 220Km/j. Aku pakar takpe. Korang buat tak boleh. okey.


4. Kurangkan Makan Fastfood (kurang di sini bermaksud tak makan lagi baik)

Korang dah sedia maklum bahan-bahan yang digunakan semua tak baik untuk kesihatan kan. Yang korang selalu makan kenape?? Nak-nak McDonalds. Kan lemak banyak tuh. Tak takut gemuk ke cik adik oi? Tuh pon masih nak makan lagi. Pegi lah lepak kedai makanan yang lain. Belajar sikit makan makanan yang berkhasiat. Korang bukan tak tahu aku suke makan McDonalds. Nanti dah lah kene beratur panjang nak amek makanan. Lepas tuh tempat duduk takde lagi. Korang kesianlah kat aku. Kurang kan okey. Kalau boleh aku pegi McDonalds tuh lengang jer. Ade bunyi cengkerik lagi bagus.

5. Jadilah Pengguna Yang Bijak Bershopping. Kalau bodoh tak tahu lah nak cakap ape.

Ape yang korang pakai tak semestinye berjename tahu tak? Janji selesa di pakai. Sesuai untuk dipakai untuk sesuatu keadaan/ majlis. Kalau perlu beli yang buatan Malaysia. Bagi la support sikit kat barangan buatan Malaysia kite nie. Jangan nak yang branded jer. Cantik jugak korang pakai sebenarnyer. Disebabkan sekarang dah masuk bulan 12. Jualan penghabisan stock kan biasenyer. Aku tak nak korang shopping. Nanti setiap kali aku datang je dah takde size. Nak-nak kat kedai Nike tuh. Madah takde jer. Kasut lagi lah. Yang limited edition kalau boleh korang jangan beli. Biar aku je yang beli. Korang cube try la Bata ke, Scoll ker. Semua tuh okey jugak tuh. 

p/s: Wah, wah, wah, wah.....Aku rase aku dah berbakti kepada negara sekarang nie.
Baca Lagi - "Pesanan Khidmat Masyarakat (Vol. 1)"

Monday, December 20, 2010

Seriously aku mimpi korang mase tido.

Share/Bookmark
Aku mimpi Ailyl makin comot, Ayam Ayeem dah mula berkokok,Shara tengah siram pokok bunga,  Swagger mula risaukan dunia, Ain dah main color, Sophie start berenang,Akmal makin Seksi,Misa  ketagih strawberry, Sofie naik tahta maharani.Yana pikir dunia kidalnyer.

Dalam mimpi Fiza pon boleh jadi garang. Shazyy pon dah tak pikir pasal orang lain. Kek Liyana pon boleh jadi lembap. Fatin pon boleh putus cinte. Rara yang dah berumur pon boleh suke kat Hello Kitty lagi. Fatimah kalau menaip pon boleh jadi typo tau. Bukan tuh je. Si Suffer pon boleh jadi DJ Radio. Kiera jangan cerite lah, terus jadi monster. 

Dalam mimpi jugak Lina boleh dapat phone baru. Amirah boleh join contest walaupun blog dye cap ayam jer. Umie dengan Yui boleh lukis muke aku. Yuyien nak jadi penyanyi rock. Tapi dye baru perasan kalau nak jadi penyanyi rock dye kene geti menyanyi dulu.

Tapi kadang-kadang aku tak paham jugak. Dalam mimpi aku macam mane si Soki boleh jadi taugh badan dye lepas tuh ade 18 pack?? Si Shahrul dah jadi atok pada umur 20 tahun?? Tia pulak boleh jadi baby gile?? otak Huda boleh jadi ketat?? korang jawab la sendiri macam mane semua nie boleh jadi. Maybe aku terlalu obses dengan diorang. Tapi ape ade hal? Ade aku kesah?

Itu kire okey lagi. Aku sempat mimpi cokelat Missa boleh bercakap. Farhana boleh duduk dalam closet bertahun-tahun. Ali ade kuasa taufan dan ribut macam dalam cerite X-Man bergabung dengan Nieza ke Micha ke aku pon tak tawu. Lepas tuh, Si Iqa Izyan cium katak, katak tuh jadi putera. Dye kawin dengan putera katak dye jadi puteri. ko cakap dengan aku, logik ke semua nie??? eleh.mane boleh cakap.kan blog nie. gile ke ape. tampo laju-laju kang ha.. Janji tikus Farith tak start bercakap sudah. Pelik kan mimpi aku??

Nie posisi aku sebelum tido

Nie pulak posisi aku bangon tido.

Yang ni pulak posisi bukan aku yang tido.  Nie Wafa. Cube teka sape??
Baca Lagi - "Seriously aku mimpi korang mase tido."

Sunday, December 19, 2010

Misteri Mr. Krabs dalam cerite Sponge Bob Square Pants telah terjawab

Share/Bookmark
Aku dah pikirkan perkara nie lebeh dari sepuluh tahun rasenyer. Tapi hari nie aku dah dapat keluarkan satu theory untuk menyelesaikan masalah aku nie.^_^ Seperti yang korang dah tahu Mr. Krabs atau name penuh dye Eugene H. Krabs ade anak pompuan si ikan paus tuh kan?? Pearl name anak dye species ikan paus sperm.Tapi macam mane seekor ketam kawin dengan menatang ape, boleh dapat anak ikan paus??

Aku just terpikir macam mane si ketam batu nie boleh ade anak ikan paus.(sila rujuk gambar di atas). Dalam cerite Sponge Bob memang tak pernah tunjuk pasal bini Mr. Krabs nie. So, aku assume yang Mr. Krabs dah tinggalkan dye sebab bini dye ade scandal dengan ikan paus. Sebab hubungan dye dengan ikan paus tuh. Dye dah dapat anak ikan paus. (aku paham perasaan Mr. Krabs mesti hampe gile kan) Aku rase bini Mr. Krabs mesti dah kantol sebab anak dye besar semacam. Ape korang tak nampak ke? ikan paus tuh. Disebabkan bini Mr. Krabs nie curang dengan Mr. Krabs. Dia tinggalkan bini dye. Tak pon bini dye malu then tinggalkan Mr. Krabs, sebab tuh lah Mr. Krabs yang jage anak paus tuh. Sebab tuh  jugak la cerite pasal bini Mr. Krabs takde dalam cerite Sponge Bob nie.

Okey. Pikir negative je. Sekarang aku rase lega sebab dapat tahu bini Krabs curang sebenarnyer .^____^

MISTERI TELAH TERJAWAB

p/s: kenape Mr.Krabs cakap macam pirate??anyone?? someone?? no one??

Lame
Baca Lagi - "Misteri Mr. Krabs dalam cerite Sponge Bob Square Pants telah terjawab"

Saturday, December 18, 2010

Aku janji tak merempit lagi

Share/Bookmark
Boleh dikatekan aku dah pencen bab-bab lumbe haram nie. dulu aku bawak 80km/j. sekarang makin slow kepada 130km/j. mak kate jangan bawak laju-laju. sebelum balik kolej dulu mak selalu pesan "Alang, bawak moto hati-hati. Sembahyang jangan tinggal" . Sampai jiran kalau dengar pon dye cakap "Kalau aku ade anak pompuan Lina (name mak aku). Aku kawin kan dengan anak kau nie!"

tapi aku relax jer. aku anggap itu kritikan membina. pikir negative jer. tak nak bayar hutang la tuh buat baik dengan mak aku.hish~ kalau dikira gune jari. boleh pakai kalikator berape kali aku bawak slow tau.hebat bukan aku?? setakat kerete Passo kau convert Myvi tuh aku motong selambe jer.

Tapi semuanya dah berakhir.aku dah tak nak bawak laju-laju lagi. Aku nak sambung degree nie.gile ape. Tapi dalam banyak-banyak bende pasal moto nie aku memang lah tak pandai sangat kan. Lain lah member-member aku yang slalu lepak bengkel nie. Contohnyer malam tadi dye setting moto dye dapan rumah. Aku datang aku kacau jer.

Aku: Weh, ape lagi ko setting moto kau nie? tak habes-habes aku tengok bukak pasang bukak pasang.

Wan: Moto aku jem dah 2 minggu dah aku tak betulkan. 

Aku: Jem lagi.

Wan: Tahlah. Aku baru nak turun enjin nie ha. Nak tahu ape masalah nye nie.

Aku: Oh!....ok.

( 2 jam lebeh lepas tuh)

Wan: Arggghhh!!!!!!!! aku fed up lah dengan moto nie. Tak idup jugak.

Aku: Alah wan. Ko antar kat bengkel jer senang wan. 

Wan: Tah ape masalah dye tah. Asyik buat hal jer.

************
Aku yang dumb and dumber pasal moto-moto nie tengok kan jelah. Pomen moto pon tak tawu betulkan moto. Selamat aku tak amek port pon pasal nie. Kah kah kah!! Wan dah masuk rumah sebab tension. Aku pulak belek-belek moto Al Rex jek dye. Aku saje je bukak tangki minyak moto dye. Aku tengok je dalam tangki tuh.

"Minyak dye takde"

Jap eah..... Jap lagi dye keluar dari rumah aku nak gelakkan dye. ^_______^.

Epic Fail.
Eklan: Besties aku Ali Topan dah ade Blog. baru buat beberape minit yang lepas. Feel free to kutuk dye. Jangan buat baik dengan si Topan nie. Dye bukan tahu pon main blog nie.^______^. In case korang nak dengar cakap aku. bukak http://taufanribut.blogspot.com.
Baca Lagi - "Aku janji tak merempit lagi"

Friday, December 17, 2010

Aku ingat kau je sengal. Aku pon sengal jugak

Share/Bookmark
Pada suatu hari. Sang Fahmie masuk ke hutan untuk mencari kayu api di tepi air terjun Kote Tinggi. Beliau ternampak 7 puteri bunian sedang bermandi manda di sane. Ko ingat nie cerite lagenda Puteri Mayang Sari ke ape? Takde maknanyer aku nak cerite lagenda mengarot tuh. bahahahah. Lariiiiii..

Yang aku nak cerite hari nie punyer cuaca aku suke sangat-sangat. Pagi cuaca panas yang baik untuk meracun rumput. Petang sikit redup jer di susuli dengan hujan  sesuke hati bile hampir ke pukul 5 berape tah yang kalau di tolak jadi pukul 4 suku. Ha, lebeh kurang macam tuh lah. Time hujan-hujan sedap beb tido.Tapi semuanye terganggu bile kawan aku kejut aku lepas mak aku suro dye kejut aku sendiri.

Topan: "Mie, bangon mie"

Aku: "Haaa...."

Topan: "Mie, aku nak pinjam jumper mie" 

Aku: "ZZZzzzZz!!"

Topan: "Weh, aku nak jumper weh"

Aku: "Alah ko amek jelah kat lappy aku tuh sendiri. Aku tak off lappy tadi"

Topan: "Kat lappy kepale hotak kau mie, pinjam jumper la bodoh. bangon lah"

Aku: " Amek la sendiri kat folder Movie depan tuh.Kecoh lah.........."(nada marah)

Topan: "Kepale hotak kau......jumper letak kat lappy. Aku mintak jumper battery kerete la lahanat. Itu cerite Jumper nak buat ape?!? Nak suro aku hempuk kat dahi kau ke ape?"

Aku: "Heeeeee~ ^_______________^. aku tahu lah.aku saje jer tadi"(aku dah start duduk)

p/s: aku dapat anak buah lagi satu. kali nie perempuan. ^______^ lain kali aku tunjuk baby newborn nie okey.


Baca Lagi - "Aku ingat kau je sengal. Aku pon sengal jugak"

Thursday, December 16, 2010

Lepak kat makmal CSI

Share/Bookmark
Dalam Crime Lab yang ade screen besar tuh,dua orang ahli CSI meneliti rakaman video . Mereka sedang menyiasat tentang kes pembunuhan Dr Rosmoy (bukan nama sebenar). Seorang jutawan product perlangsingan badan.

Rakaman Video dari CCTV diteliti satu persatu oleh dua orang anggota CSI.  Rakaman video boleh merujuk kepada kes pembunuhan tersebut. Mereka tidak boleh terlepas walau sedikit bahan bukti yang ada. Mereka menggunakan bantuan teknologi bagi menjejaki suspek.


p/s: Hebat kan?  ^___^  Sedarlah korang dah diperbodoh-bodohkan oleh cerite nie  selama nie (termasuk aku sekali). 

Lame


Baca Lagi - "Lepak kat makmal CSI"

Wednesday, December 15, 2010

Alasan aku tak masuk Amazing Race Asia

Share/Bookmark
Semalam lepak rumah macam biase dengan mama. Berdua jep. Sweet couple betul aku. Tapi org gelarkan aku mummy's pet. Tidak sama sekali okey. Adek aku punyer gelaran tuh. Korang pon tahu kan AXN selalu ade siarkan pasal Amazing Race Asia. Tapi semalam aku tengok yang Amazing rase tuh jer. Team pompuan pertama yang menang Amazing Race. Gile hebat pompuan tuh. Jeles aku tengok perempuan tuh yg menang $1,000,000.00.

Walaupon hadiahnyer besar. Boleh beli kerete ferari, cokelet forrero rosye (sebut dengan "R" rosak) dengan macam-macam bende lagi lah. Tak pon pakai Nissan Fairlady edaran Mutiara Motor pon best jugak. Naik Hyundai pon jadilah.  Tapi aku ade alasan aku tersendiri untuk tak join Amazing Race Asia season 5 tahun depan.

1. Sape nak teman mak aku tengok Cinta Kirana

Kalau peserta-peserta yang lain tengah sebok bawak beg beso macam nak panjat gunung Everest tuh lari sane sini cari next clue. Aku rase baik aku tambah pahala teman mak aku duduk kat rumah nie layan cerite Cinta Kirana. Lagi berkat. Hati mak aku pon senang. Hati aku pon senang. Badan aku pon tak penat. Kalau aku tengah berlumbe kat Europe. Mane aku nak cari Astro Ria?? cube korang cakap kat aku?

Itu belah petang pukul 1. Kalau sebelah malam pulak, terjumpe Cafe ade cerite hindustan dah aku teringat kat rumah. Tak pernah pergi Europe tinggalkan mak jauh-jauh nie. Team lain gasak lari sane sini, aku gasak jugak menangis heroin dalam cerite tuh cinte dye dihalang oleh orang tua. Nak-nak Pretty Zinta jadi pelakon. Meleleh sampai ke ketiak beb air mate aku.

2. Rice tuh nasi. Nice tuh ikut kamus maksud dye ks. 1 baik. 2 baik/enak (of a meal). 3 senang. 4 menyenangkan. 5 bagus. 6 halus, renik (distinction). -nicely kk. baik, bagus.

My granny pesan. Dalam satu hari mesti kene ade makan nasi sebab kite nie orang Asia memerlukan tenaga dari nasi tuh. Tak boleh ganti dengan gandum. Korang bayangkan mane aku nk cari kedai jual nasi kat Greece tuh?? Last last bawa beras sekali.

Aku punyer subordinate busy racing, aku nanti sebok masak nasi background pergunungan Olympus. Baru lah rase macam Chef Wan. tak ke?? coool gile vavi siot. Mintak-mintak lah kat kaki gunung Olympus ade jual belacan murah-murah. takde belacan ikan masin pon jadi lah.

3. Lemak, lemak, pukimak, nasi lemak, kedai mamak.

Korang pon tahu kan aku nie agak-agak pemalas? Nati bile tapat next clue atau task. mesti aku ckp " Wat de fu~ kau nak suro aku berenang kat laut cari harte karun lepas tuh kire duit Rupiah yang banyak tuh."

malas punye pasal biase mak aku yang buatkan air, aku cari kedai kopi espresso bar yang amek order semua mamak tapi kat Italy. Macam biase aku order teh 'O panas dengan nasi lemak ayam, ayam bahagian drumstick dengan harapan producer Amazing Race Asia tuh lupe aku tak buat task tuh. Huh..bunyi macam sebuah plan yang baik.

4. Tak nak naik teksi mahupun Tutt taxi India tuh. Aku nak naik moto One to pai jek. warne merah jangan lupe.(kat bawah ade explanation, in case korang tak tahu moto ape)

Untuk berat badan macam aku nie yang cume 51.2kg nie. Tinggi 174cm seluar saiz 28. Tapi kadang-kadang 29. Moto 125Z lah moto paling sesuai untuk aku. Kalah la aku kalau dye tak sediakan moto 125Z nie. Kalau naik teksi kompom lembab. Korang pon tahu aku boleh koner  bareng 90 darjah, dan 180 km/j semasa amek selekoh. Yup! aku tahu aku hebat.

5. "Facebookblogspotwittertumblronline disease" Cube ko cakap sape nak tanggung penyakit  aku nie.

Yela, aku boleh dikatekan hari-hari aku online. Gile ke ape suro aku masuk pasar cari mamat pakai topi kuning anta air teh dye order. Memang tak jumpe lah. Takkan aku nak Google Map pulak lokasi dye tuh kan? tak pon pakai GPS? Baik tak payah. Baik aku duduk rumah tido lagi baik. Lepas tuh sape nak update blog aku nie kalau aku masuk Amazing Race nanti. Susah la. Turun traffic aku nanti.^_^

p/s: Aku ade menang Kontes Makan Ayam. Tempat pertama beb bahagian Paling Kretip. Tengs Ayam Ayeem dan kawan-kawannyer.
Baca Lagi - "Alasan aku tak masuk Amazing Race Asia"

Tuesday, December 14, 2010

Lady Gaga berlakon filem 10 tahun dulu

Share/Bookmark
Seperti yang korang tahu. Aku minat gile kat Lady Gaga rather then Amitabh Bachan kan? Minat yang mendalam nie yang telah membuat aku cipte satu kajian pasal dye nie macam yang aku penah tulis pasal Nama kau super duper hipster cool lah Lady Gaga. Nak bace click SINI laju-laju. Kali nie aku jumpe something yang menarik jugak pasal Lady Gaga. Amboi takde orang lain agaknyer.

Ingat tak mase Lady Gaga dapat MTV award. Aku dah lame dah pikir. Kat mane lah aku jumpe minah pelik nie dulu. Tapi aku tak ingat-ingat sampai lah tadi aku ternampak muke dye nie kat YouTube pakai Red Lace tuh (sila rujuk gambar di atas) Mule-mule aku ingat salah orang. Lepas tuh baru aku ingat dye nie pernah berlakon jugak dalam filem. Filem yang aku maksudkan tuh Castaway Cruise yang Tom Hanks berlakon tuh. Dye terdampar kat sebuah pulau . Rupenyer yang temankan Tom Hanks tuh Lady Gaga rupenyer.

Ohhh.....bile aku cakap dye berlakon korang tak caye. Meh sini aku tunjuk buktinyer okey. Lepas tuh korang jangan tuduh aku menipu pulak. Korang pon tahu kan aku tak pernah menipu bab-bab fakta nie.^____^. Kalau tak caye tengok bukti kat bawah nie.


Tengok. Same kan? same kan?? Aku dah agak dah memang same muke diorang. Amboi, bukan main famous lagi Lagy Gaga. Tak sangke berlakon filem tak bagi tahu kat peminat pon kan?? grrr. Kurang ajo punyer Lady Gaga. Tak respect aku betul sebagai peminat dye. Sanggup tak bagi tahu pasal dye berlakon. Kalau korang tak nampak. Korang tengok gambar zoom in dye. ^___^
Dah la. aku kecik hati kat Lady Gaga. Lepas nie nak boikot lah Lady Gaga. Nie dah kali ke dua dah. Hari tuh pasal name dye.Sampai hati dye tak bagi tahu orang name sebenar dye Gallium Lanthanum Dysprosium Alloy. Kan sedap name tuh. Kali nie tak bagi tahu dye berlakon filem pulak. Tensen la mcm nie.grrr~

p/s: aku tibe-tibe teringat sekolah aku pulak. so tadi aku bace balik entry aku pasal sekolah aku dulu. Perkara yang aku tak sempat buat mase sekolah dulu. In case kalau korang pon nak bace.
Baca Lagi - "Lady Gaga berlakon filem 10 tahun dulu"

Popular Post