Saturday, April 7, 2012

Oh Tuhan Dia Umpama Bidadari

Share/Bookmark
Jika sifat sifat wanita kesukaanku yang ada padanya ku kira dengan bintang. Maka 7 malam bintang bertaburan di langit baru dapat ku habiskan pengiraan ku. Tapi ku tahu, dia terlalu sibuk untuk tahu semua ini hari ini. Lebeh parah lagi dia tidak baca post ini hari ini. Mungkin esok, mungkin lusa, siapa tahu. 

Disaat aku menulis entry ini, aku harap sangat mereka yang terbaca entry ini dapat mengingatkan Dia bahawa aku rindu padanya. Tapi apekan daya, aku tidak pernah bercerita tentang dirinya. Aku cume berharap Dia teringin mahu bercakap dengan ku sama seperti betapa aku teringin bercakap dengannya. Tapi apakan daya, Dia tak mungkin akan merasainya sekarang juga. 

Ini bukan kesah cinta teragung di dunia dan ini bukan kesah 500 tahun usianya. Ini cume kesah aku. Yang lain tak perlu tahu sebenarnya, kerana kite selalu cipta dunia kita sendiri. Aku tak mengenali kawan mu lebeh rapat dan kamu tidak pula mengetahui kawan ku lebeh baik dari sebelumnya. Itu perkara biasa bagi kita. 

Pernahkah korang merasa ingin melarikan diri dari semua orang dan menyembunyikan diri setetika? Tapi kemana aje kite nak pergi selain ke bilik kite sendiri. Kemana lagi nak kite mengadu perkara personal melainkan kite pendam sendiri kepedihan yang kite ada. Ape yang kite tahu, bile kite bersama dia, kite happy sentiasa. Pada saat itu, kite maapkan semua yang dia pernah kate, buat, lihat, mahupun hanya Dia pikirkan. Kita maafkan dia umpama ini hari raya pertama bagi kite. 

Sabtu, 5:42 Petang. Puncak Alam. 

Hujan telah mula menitik di luar rumah, semakin lama semakin lebat keadaannya. Sama seperti dalam hati yang aku ada. Siapalah kita nak pendam semuanya, kite serah je kepada yang Maha Esa. Aku tiada apa apa, tak mampu berbuat apa apa, sama seperti biasa. Cuma ku harap aku diizinkan  mencium dahinya sekarang juga.  Tapi apakan daya, Dia tiada. 

Ya Allah, 

Aku memohon ampun padaMu, Aku tahu aku selalu lupe tatkala aku bangon dari tidurku untuk mengingatiMu. Tapi aku selalu ingat padaMu bile aku ingin tidur. Aku lupekan Mu bile aku tertawa terbahak bahak, tapi aku mengingatiMu di saat aku dalam kesedihan. Aku lupekanMu bile aku jatuh cinta, tapi aku mengingatiMu bile aku membenci seseorang. Aku lupekanMu bile aku sedang makan, tapi aku mengingatiMu bile aku lapar. Aku lupekanMu bile aku mula bercakap, tapi mengingatimu bile tiada apa lagi yang aku mampu cakapkan. Aku lupekanMu bila aku marah, tapi mengingatiMu bile aku harus bersabar tak mampu melakukan apa apa. Tapi tolonglah, Tolong lah aku YaAllah s.w.t. Jangan buat ku lupe bahawa aku akan mati kelak. Sebab aku akan mengingatimu di saat aku masih hidup. 

Ya Allah Dia umpama bidadari. 

Tunjukkan aku untuk mendapatkan dirinya, sepenuhnya. Permudahkan urusan ku untuk menerima segulung ijazah. Agar urusan kami dapat dipercepatkan. Dapatkan aku kerja yang baik, untuk aku membeli semua kemahuannya. Rahsiakan hubungan kami, agar tidak timbul riak dan sifat menunjuk nunjuk yang lainnya. Dan kalau betul aku miliknya, Permudahkanlah.

Amin.

P/s: Untuk gadis yang aku cinta. Dia.
Baca Lagi - "Oh Tuhan Dia Umpama Bidadari"

Saturday, March 31, 2012

Experiment: Happy Birthday

Share/Bookmark
12:05 Pagi 31 March 2012

Experiment aku tamat setelah jam menunjukkan pukul 12 tengah malam 31 March 2012. Aku telah membuktikan bahawa kalau takde Facebook, tak ramai pon yang ingat birthday aku. Kalau orang lain selalu cerite pasal perkara yang harus di ingati semasa Birthday diorang, aku pulak nak cerite perkara yang aku harus lupekan mase birthday aku. 

Yang lebeh menyedihkan, kawan baik aku sendiri lupe pasal birthday aku. Si @Topanesta , @Lassiegewdix dan @Aaleechaa semua lupe pasal birthday aku. Bukan itu sahaja, orang orang penting dalam hidup aku sendiri lupe pasal birthday aku. Takpe Fahmie, mungkin mereka sebok pikir pasal hal diorang, aku bermonolog. Takpe, Aku kan hanya wujud bile mereka memerlukan pertolongan.   Aku bermonolog lagi. 

Hasil daripada experiment yang aku jalankan. Aku dah dapat buat satu hipotesis. 
"Jika Facebook tidak mengingatkan kite, maka kite tidak ingat birthday kawan kite" 
Orang yang wish Birthday kat aku kurang dari 10 orang. Dan orang yang wish aku di Facebook. KOSONG. Untuk pertama kalinya dalam sejarah aku main social network nie. Kalau Tahun lepas aku cerite notification aku jejak 1000++ sebab orang wish Selamat Ulang Tahun, Selamat Hari Lahir, Selamat Hari Tua, Happy Birthday,HB.... HB? what the hell is HB? dan lain lain lagi yang same maksud dengannya.   Sorry, tahun nie langsung takde. 

So, ape pulak yang jadi sepanjang Birthday aku semalam? 

Tiada apa apa. 

30.3.2012

-tamat-

p/s: Mak. You are the best. Mak orang pertama yang wish. 
Baca Lagi - "Experiment: Happy Birthday"

Saturday, March 24, 2012

Kesah Sedih Hari Sabtu

Share/Bookmark
Semuanya bermula bila aku ingin memulakan hari baru aku selepas aku aktifkan "mode horizontal life pauses" atau bahase melayunye adalah"tidur". Badan aku kebas kebas kibas kari babas gitu. Mungkin sebab aku telah activekan "Mode  Hi World You Make Me Mellow" atau bahase melayu dye "Hotak kau aku tak tido 29 jam doe". Itu perkara biase. Harimau di hutan kupatahkan leher, inikan pula tak tido. 

Dalam aku dipeluk erat selimut edaran WINDSIR yang aku tak penah dengar jename ape nie. Aku teringin nak makan Toasted Bread pagi pagi nie. Untuk mendapatkannya aku harus berguling guling ke hujung katil. Pakai selipar jepun aku nie. Garu bontot. Bangon dan pergi ke gerobok aku. Sayang sekali, takde seluar pendek disitu. Baru perasan aku tertido bogel malam tadi lepas mandi lupe pakai seluar. 

Tak perlu risau. Sebab aku rase aku ade letak seluar pendek aku kat tempat lain aku rase. Aku bukak laci atas dan laci bawah. Lepas tu aku bukak laci bawah dan laci atas. Aku cari di merata tempat dalam gerobok tu. Hampa. Takde. Yang ade cume seluar pendek yang kotor di dalam karong baju kotor. Ape yang aku perlu buat nie? Buntu. 

Kalau aku nak pakai baju formal. Aku perlu lebeh productive hari nie. Tapi hari nie hari sabtu. Mane ade orang productive hari sabtu. Aku dah bertukar ke "Mode Panic At The Disco". So ape yang aku kene buat sekarang nie? 

Aku mengelamun lagi, takut, fikiran bercelaru, kilat sabung menyabung, deruan ombak rindu mencakar persisir pantai. Dan aku masih takde idea macam mane aku nak makan Toasted Bread pagi pagi nie. Aku rase macam dunia aku dipenuhi kegelapan. Macam dah takde harapan nak hidup. Sekali lagi. Aku tahu, mesti ade kat mane mane punyer seluar pendek yang bersih tu. Cume aku je yang tak jumpe. 

Aku teringat yang aku belum gosok gigi. Aku capai tuala, tutup mane yang patot. Terus masuk bilik air. Jangan ditanye ape aku buat dalam bilik air. Ayat tu dah cliche. Lepas tu barulah aku terpikir. Asal aku tak pakai tuala je turun bawah? 

Sedih. 

p/s: Dah sampai masanya aku kene cuci kain baju aku. 
Baca Lagi - "Kesah Sedih Hari Sabtu"

Friday, March 16, 2012

Bed Time Story

Share/Bookmark
Khamis.

Masalah tidur yang belum terungkai jalan penyelesaiannye. Hujan lebat dimalam hari. Kabus kabus putih melekat di cermin tingkap. Minda aku masih separa sedar akibat jadual kelas padat dengan activity yang tah ape ape hentah. 

Rumah aku tinggal aku berdua di dalamnya. Aku dan Adi (bukan nama sebenar). Yang lain pergi menonton sukan yang tak berfaedah. 1 barang kejar dan berebut 23 orang. Sukan tu famous gile sejak dari dulu lagi. Orang kate kalau lelaki tak minat sukan nie mereka pelik. Tinggalkah kami kaki online dirumah. Adi di bilik depan dan terkunci. Urusan lelaki katanye. 

Aku buat hal aku dalam bilik aku. Sorang sorang. berbekalkan lappy Asus isi Linux Ubuntu versi 11.10 . Suhu di Puncak Alam sejuk. Sejuk gile rasenye. Teringat mak kat rumah kalau hujan hujan dye buatkan air Teh O panas. Uuuu.. sedapnye. 

Turun ke bawah untuk buat air panas. Teh O takde. Tapi yang ade New Nescafe Ipoh White Coffee je. Oh aku lupe ade Toasted Bread skali aku buat. Kemain kan ayat bahase Inggeris aku. Aku benci bahasa penjajah ^_^

Sementara menunggu air masak. Aku naik ke atas untuk ambil handphone. Sampai separuh tangga nak turun aku dengar Adi jerit dari arah dapur... 

"Fahmie, Sini  kejap..."

Aku menyahut. 

"Yeee.. kejap, aku datang nie" 

Suara Adi lagi.

"Fahmie, jangan turun bawah. Aku dengar suara tu jugak" 

Tapi kali nie suara Adi dari dalam bilik dye. Itulah masalahnye.


P/s: Mimpi yang indah ye semua malam nie. Good Luck!! 
Baca Lagi - "Bed Time Story"

Thursday, March 8, 2012

I Berputar

Share/Bookmark
Aku duduk di atas mangkuk tandas, angan angan menjadi perdana menteri. Merubah semua yang aku alami, angan angan yang belum pasti aku kecapi. Cubaan berhenti dari merokok tahap motivasi diri. Kau musuh negara wahai api. Kau punye penangan memang gile babi. Wow kau bebual berapi. Sedarlah weh, semua kau kate kadang kadang hanya tahi. Ape aku peduli. Fakyubebi

Ye aku belum tidur lagi. jam pukul 5 30 pagi. Ape nak jadi. Aku belum ke kelas lagi. Relax lah weh, kan awal lagi. Mungkin minggu depan baru aku pegi. Itu pon tengok lah mood aku nanti. Oh mak, sorry. Kali nie alang janji. Alang lah name di beri. 

Bile tak tido otak aku kooki. Jangan di tanye ape maksud kooki. Baru aku reka tadi. Again, fakyubebi. Ape gune kau dikenali, kalau kau hanya roti. Jadi sampah bile dah basi. Ayat kau gune same je di hati. Oh orang itu, I tak cakap Fakyubebi. Aku dah macam berpuisi, koma dan titik di sana sini. Oh aku suke ini. 

Aku sambung lagi. 

Yang atas korang bace tadi hanya mukadimah. ^_^ pandai tak aku nak korang terus bace panjang panjang. *kening naik naik*  Aku dah takde bahan yang lebeh ilmiah dari nie untuk santapan korang. Sorry. 

Oh, aku dah naik University dah. 1st week suck. Result last week suck. That moment bile kite perlukan pertolongan kawan kawan kite yang terdekat. Semua tak nak tolong, suck. Hutang banyak la jugak, suck. Tak dapat tidur ikut waktu yang sepatotnyer, suck. Sekurang kurangnye aku taip, bagi korang semua bace, korang semua tahu. Atau, semuanya akan jadi same macam tu jugak. Ingat nie. 

"Speak up, be heard, if you don't say a word. Everything will stay the same way" hahaha. Aku benci bahase penjajah. Fakyubebi. 

Mak aku sehat, rim moto aku pon kilat. semua okey. #TwtupJohor pon okey so far takde masalah. Aku relax. Aku suke Mengekalkan Kesempurnaan. Penat pulak taip. Lapar. Aku rindu Mia, Aku rindu Ariff. Lagi rindu kat Dia. Hai Dia. Dah bace nie BBM I okey. I tunggu. ^_^ 

Tapi dunia sekarang tak okey. Pegi lah mengundi. Jangan lupe lagi. Jangan lupe support StopKony2012 nie sekali. Dunia umpama neraka, hidup ibarat layang layang. LOL, kau kalau busybody, fakyubebi. 

P/s: Jaga bahasa anda lain kali. Tau pon tak suke bile aku banyak mencarut nie. Sebab aku buat salah tadi. Sorry. 
Baca Lagi - "I Berputar"

Sunday, February 26, 2012

Ini!

Share/Bookmark
Dan kalau kau bagi aku peluang-
-kalau kau bagi aku peluang itu-
aku akan gunekan seumur hidup aku nie 
untuk buktikan kat kau bahawa
kau telah buat keputusan yang tepat 
untuk hidup kau sendiri.

p/s: I Miss Us

Baca Lagi - "Ini!"

Sunday, February 12, 2012

Zulfahmi Abidin Versi Anak Derhaka Vol. 2

Share/Bookmark
4:15 Pagi

Akibat tengok bola kat Salsabila. Man Utd lawan Liverpool malam tadi. Dengan air redbull dan shisha campuran. Tak kesah lah walau aku tak tengok bola tu pon tapi aku online dengan PC je kat kedai tuh. Dah pukul 4 pagi dan aku still tak boleh tido lagi dan masih berguling guling manje.

Boring. 

Takde ape nak buat. 

Aku dapat idea.

"Plung!!" 

(Plung!! tu effect bunyi tumbuh lampu kat atas kepale aku)

Aku amek phone aku dan mula mendail. 

Cubaan pertama tidak berjaya. Cubaan kedua masih tiada yang angkat. Cubaan ke tujuh tiada jawapan.

Cubaan ke tiga belas:

"Assalamualaikum Miss"

"W'salam Fahmie, ade ape?"

"Maaf Miss sebab mengganggu"

"Takpe Fahmie, ade ape awak call saye pagi pagi nie?" 

"Boleh Miss terangkan pasal ape yang Miss ajar sem lepas? Rumuskan semuanya"

"Rajin awak Fahmie call saye pagi pagi tanye pasal pelajaran? Awak dah kenape Fahmie"

"Saye tak boleh tido Miss. Sebab tu saye suruh Miss mengajar saye sekarang"

"Siap kamu sem depan Fahmie"

"Errr!! Tapi saye tak ngantok Miss. Miss ajar lah. Nanti saye tido. plz..................."


p/s: Aku terus tak boleh tido sebab pikir pasal sem depan. Ape lah yang dye nak denda aku. Phuuuiiihh. Siallah. Rugi super saver aku.
Baca Lagi - "Zulfahmi Abidin Versi Anak Derhaka Vol. 2"

Thursday, February 9, 2012

Tips: Lelaki Budiman

Share/Bookmark
Memang dah jadi lumrah kalau perempuan selalu tertanya tanya macam mane rupa paras dye. Itu normal. 

Soalan lazim dye. 

U, I gemuk tak? U, I nie cantik tak? U, warna kulit wajah I dengan kulit badan I sama tak? Jerawat I obvious sangat tak? Rambut I ade macam Jessica Alba tak?  U, I gemuk tak? U, I nie cantik tak? U, warna kulit wajah I dengan kulit badan I sama tak? Jerawat I obvious sangat tak? Oh. dye ulang soalan yang same hari hari. 

Tapi jangan lah korang jawab. 

U buruk gile. Baju yang U pakai macam Anna Lulu. Dah macam pokok Christmas dah i tengok. Baju U tu ketat sangat. Pattern baju U dah macam Endon. U nampak gemuk macam tayar Michelin dah. Tone muke U nampak macam nak pegi majlis pengebumian. Rambut U dah macam penyanyi rock kusut gile, berbau lak tuh. Selipar U macam Makcik Philippine. U ade misai!!!! 

Jangan, jangan gunakan ayat nie semua. 

Gunalah ayat yang lebeh sedap di dengar macam:

U lah monyet paling cantik I pernah jumpe. Hamboi! kurusnya U. U lah badak air paling kurus I pernah jumpe. Macam Adibah Noor. Cantik baju U, mak U bagi kat U sebab dye tak muat ke? *part jenis binatang tuh korang slow kan sikit mase cakap*

Atau;

U cantik hari nie. Cukup

Lepas tuh mesti dye tersengeh sengeh dengan korang. Lepas tuh mule lah dye atur ayat seterusnya. 

"Awwww. so sweeeeeettttt.......betul ke U I cantik hari nie?"

Memang weh. Perempuan dengar padahal ape kite cakap. Tapi dye sengaje je buat buat tak dengar sebab nak kite cakap lagi sekali. Kalau boleh record dye record. Lepas tuh mule lah tuh dye post kat status Facebook dye. Tak pon jadi trending kat Twitter. Nanti kompom dia terus cakap...

"I Love U"

kalau korang tak nak jawab "I Love U Too" . Korang jawab lah macam nie..

"I Love Utube"

sebut je laju laju. ^_^ 

Goodluck guys. 

p/s: Kalau aku kate kau cantik. Kau memang cantik. Aku tak pernah tipu. Aku kan Lelaki Budiman

feel free to join #ProjectAwesome2012
Baca Lagi - "Tips: Lelaki Budiman"

Friday, January 20, 2012

Study...Stud..Stu..St..S..Sl..Sle..Slee.........Sleep

Share/Bookmark
Musim musim study kalau aku baru bangon tido je, bende pertama yang aku akan pikir adalah. "Wah, Indah nya pagi nie" lepas itu disusuli dengan "Hrmmm..Kenapelah aku masih hidup lagi hari nie." Soalan nie lazim aku tanyekan pada diri aku sendiri. Kau tak perlu tahu dan aku tak perlu ingat. 

Otak aku penat gile. Penat yang tidak terhingga bile study berhari hari tak cukup tido. Aku tau otak aku pon perlukan senaman jugak, tak boleh lah sentiase study je memanjang. Sebab tu aku pikirkan satu aktiviti dalam kepale otak aku nie. Aku pikirkan tentang "jogging". Supaya otak aku pon cerdas.

20 Januari 2012, Paper last pulak tuh hari nie. Cuaca okey. Suhu pon okey. Takde banyak sangat masalah kat situ. Cume aku je yang tak okey sebab tengah tengah study asyik tertido jer. Ape pon tak boleh di situ.

Ingat sebelum pegi jawab exam nak beli roti dulu. Tapi aku lupe. Sampai Fakulti ingat nak amek voucher buku RM200 tuh. Itu pon aku lupe jugak. Dalam fakulti aku ingat nak sambung study balik sikit sikit sebelum jawab exam. Itu pon aku lupe jugak nak buat. Bile dah start exam, ape jawapan dye? itu pon aku pon aku lupe jugak weh. arghhhh..... kuaja gile semua bende aku lupe hari nie.

Seorang pegawas peperiksaan lalu disebelah ku

"Psssttt..... Encik. Yang nie jawapan dye ape eah?" 

*angkat angkat kening tande nak rasuah*

dye balas dengan senyuman kat aku. 

dye berlalu pergi ke hadapan. dye tulis something atas kertas. dye koyak kan kertas tersebut. dye gulung gulung kertas yang dye koyakkan tadi tuh. dye datang balik kat aku. dye campak kan kertas kecik tuh kat aku. aku dah target ini kalau bukan hint, skema jawapan terus dye kasi kat aku. aku pon amek kertas tuh. aku bukak gulungan kertas tersebut. aku nampak dah ape dye tulis. aku pusingkan blah belakang. tengok ade lagi tak dye tulis. 

Takde ape.

Aku pusingkan balik kt belah depan kertas tuh. tengok balik ape yang dye tulis. Aku bace banyak kali ape yang dye tulis. Aku ingat aku yang salah bace. Tapi hampa. bile dye tulis kat aku. 

"Takde jawapan untuk orang yang malas belajar" 

p/s: ngantok ah. nak tido. Bubbye
Baca Lagi - "Study...Stud..Stu..St..S..Sl..Sle..Slee.........Sleep"

Monday, January 9, 2012

Aku Tak Macam Selalu

Share/Bookmark
Selamat Tahun Baru 2012!
Masih tak terlambat lagi aku rase untuk aku ucap selamat tahun baru kan? Tahun 2011 macam macam jadi kat diri aku. engkau. dan semua orang. Terime kasih aku ucapkan kepada orang yang membenci diri aku, sebab korang membuatkan aku jadi insan yang kuat. Terime kasih jugak kepada orang yang menyayangi diri ini, sebab awak buat hati saye berbunge bunge. ^__^ . Terime kasih jugak kepada mereka yang risaukan aku, sebab korang dah buktikan yang korang care kat aku. Kau kawan yang sejati. Terime kasih jugak kepada orang yang meninggalkan aku bile masuk tahun 2012 nie.Sebab korang buat aku sedar bahawa takde bende yang kat dunia nie bertahan selamanya. Terima kasih kepada semua yang mengenali aku sebab koranglah aku jadi diri aku yang sedia ada sekarang nie. Terima kasih semua.

Online
Online itu memboringkan. Sebab tu aku offline. Disebabkan aku boring offline. Aku online balik. Ehhh!! hahaha. Tak kesahlah walau ape pon yang aku cube buat kat komputer aku nie. Mesti ending dye selalu aku ade kat Youtube dan Twitter tak pon Facebook, kadang kadang Tumblr tak pon blog. Doktor kate aku ade penyakit Twitteryoutubefacebooktumblrblog disease. Ubat dye belum dijumpai. Ingat nak tanye Ustaz Azhar Idrus. Tapi aku baru kenal dye semalam. Tunggulah kami rapat nanti.

Impian
Aku harap sangat aku akan jadi budak kecik balik yang berumur 5 tahun dan masalah paling besar aku mase tuh adalah "mane mak aku sembunyikan mainan aku". Dulu, aku ade ramai girlfriend, ramai gile kawan, banyak duit kat poket, rase semua nye perfect. Tapi lepas tuh aku bangon tido. Punah harapan.

Facebook
Aaaaakkkkuuuu mmmmeeeemmmmaaannngggg sssuuukkkeeee kkkkaaaallllaaaauuuu aaaaadddeeee ooorrraaannnggg ttttaaammmmbbbaaahhhhh hhhhhuuurrrrruuuffff bbbbaaannnnyyyyaaakkk bbbbaaannnnyyyaaakkkk bbbbiiiiiiillllllleeeeeee ddddddyyyyyyyeeeeeee uuuuupppppdddddaaaaatttteee ssssstttttaaaatttttuuuusssss ffffffaaaacccceeebbbbbbooooookkkk dddddyyyyyyeeeee ttttuuuuuuuuuuuuuuu...........................

Rindu
Tulis "Rindu" atas batu. Baling batu tu kat kepale perempuan yang aku rindu. Supaye dye tau betape sakitnye aku bile rindu kat dye.

Keyboard
Percaye atau tidak, bile emosi aku terganggu, aku akan taip kat keyboard aku nie lebeh laju dari biase,bukan setakat keyboard,keypad handphone pon same jugak.

Fokus
Baling sampah kat bakul sampah dalam jarak 3 kaki gitulah. Tapi tak masuk. Aku kutip sampah tuh, aku baling lagi sekali. Tak masuk jugak. Tong sampah nie kuang ajo tau. nak gadoh ape.

Study
Otak aku, dye cume boleh hafal 5% Name name orang, 3% No phone orang, 2% Bende yang aku patot study. lagi 90% Lyric lagu sahaja.

Dia
Perkara paling sweet seorang perempuan penah buat kat aku adalah dye bawak aku kemana sahaja selama 9 bulan. Bile berbual dengan dye kat talipon aku selalu jawab ringkas je "Yes. Yes. orang tau. Yupp. Nanti orang buat. Okay. Yes. Alright. Okay". Bile dye marah aku sebab bilik aku bersepah aku selalu jawab "Bilik orang bukan bersepah lah,orang sengaje tunjuk semua ape yang ade kat bilik nie. Ala macam museum tuh" . Bile dah jauh dari rumah nie. Barulah ingat kat dye. I miss you....Mom.

Aku
Kenape kite perlu memberus gigi sebelum breakfast eak? Aku rase kalau gosok gigi sebelum breakfast tuh macam aku perlu cebok bontot aku dulu sebelum aku berak. Eh.. ~sigh.Dan adakah aku sorang je yang menghabeskan setengah jam depan cermin sebelum mandi sambil buat muke muke pelik dekat diri aku sendiri lepas tu main main rambut? Itu aku tak pasti. Aku rindu saat saat dimana aku ade teh-o panas kat tangan kanan, berdiri, tengok kat luar tingkap time hujan waktu malam sebelum aku tido. Aku rindu saat saat yang tenang macam tuh.

p/s: Plan aku simple je kan? macam Simple Plan.
Baca Lagi - "Aku Tak Macam Selalu"

Popular Post