home about me banner licence contact
Showing posts with label Feelings. Show all posts
Showing posts with label Feelings. Show all posts

Saturday, January 23, 2016

Oh Tuhan Dia Umpama Bidadari Vol 2

Share/Bookmark
1386 hari. Begitulah jarak antara entry terakhir aku dengan entry yang aku tengah karang sekarang ni. Dan kalau dulu aku cuba bandingkan sifat yang aku suka pada seorang wanita dengan bintang dan aku akan mengambil masa 7 hari untuk menghabiskan kiraan ku. Kini aku rasa jumlah sifat perempuan yang aku suka padanya lebih dari itu. Kerana sifat wanita yang aku suka padanya selepas 7 hari mengira bintang dilanjutkan dengan mengira zarah yang bergerak didalam mataku semasa aku memejamkan mata setelah penat mengira bintang-bintang tersebut. Dan aku mula mengira zarah-zarah itu sampailah aku terus menutup mata untuk selamanya tanpa tahu di mana pengakhirannya dan berapa jumlahnya sifat yang aku suka kepadanya. Tapi yang pasti, dia tidak akan tahu sekarang juga, dia tidak akan tahu hari ini juga, dia tidak akan tahu betapa aku sayang dan cinta akan dirinya.

Bukan niat dihati untuk menguji minda, tak pernah terlintas untuk bersandiwara dalam bercinta. Tapi untuk mencari yang setia, hormat ibu bapa, patuh arahan kita, sayang akan kita bukan perkara mudah. Percubaan selepas percubaan akhirnya entah kemana pengakhirannya. Tapi yang pasti kali ini pencarian terakhir bagi diriku. Kerana diri mu itu tak semudah yang kusangka tapi bile ternampak akan wajah mu aku ternampak masa depan kita.

Layanlah dia seperti anak kecil. Berikan dia gelak ketawa, nescaya dia akan suka akan dirimu. Belailah dia kalau dia ingin bermanja, usap kepala dan rambutnya, usap pipi dan kedua telinga dan matanya. Cium dahinya bila kau ada peluang disisinya. Jaga dan rawat dia sehingga dia tidur bila dia tidak sihat. Belikan makanan kesukaannya bila dia inginkan sesuatu untuk dimakan. Bawakan dia hadiah untuk kejutan baginya kerana itu makanan untuk jiwanya. Membebel dan denda dia kalau dia buat salah dan itu sebagai pengajaran terhadap dirinya. Kerana layanan seperti anak kecil itu yang diperlukan oleh setiap wanita. Sebab seorang wanita yang kau akan sakiti itu dijaga dibahagia mati-matian oleh kedua orang tuanya.

23 Januari 2016

Aku dah tak Forever Alone lagi. Banyak yang dah berubah. Kini aku dah ada kerja. Semua become better and better everyday. Percaya pada tuhan yang maha esa, menetapkan semua yang terbaik untuk kita. Kini ditemani dengan Si Dia. Kemana tah hilangnya dia sebelum ni. Kalaulah dah jumpe dia lama dulu kan lebih mudah. Hidup akan jadi lebih indah.

Dia cuma wanita biasa yang cantik jelita. Mungkin hanya dimata aku tapi bukan dimata dunia. Tapi bukannya mudah nak menjaga, banyak orang yang tunggu peluang yang ada. Takpernah aku berasa selesa walaupun telah mendapatkannya. Tak pernah pulak aku meninggikan suara. Tak pernah aku berkasar dengannya. Cuma terkadang terkecilkan hatinya. Maklumlah, jealous katanya. Perempuan mana yang tak jeles kalau bukan sayang puncanya. Kemana lagi hala tuju sebuah percintaan kalau bukan berniat untuk menikahinya?

Oh Tuhan dia umpama bidadari.

Permudahkanlah urusan kami agar proses ini menjadi lebih cepat. Tetapkan iman kami agar terus mengikut jalanmu jalan yang engkau redhai. Tunjukkan penyelesaian pada masalah kami. Tolonglah dan bantulah kami kalau kami dalam kesusahan. Berikan kami kawan dan teman yang baik dan dapat membantu. Ringankan beban kami agar kami terus bahagia. Majukan lah kami dalam pekerjaan. Janganlah uji kami pada benda yang kami tidak mampu untuk hadapinya. Kekalkanlah kami sehingga kami capai apa yang kami inginkan dan selamanya kami dapat bersatu. Oh tuhan, bukan hanya itu yang kami mahu.

Dan kalau dia bukan jodoh ku. Jodohkan lah dia dengan orang gila. SEBAB AKU TAK BOLEH TERIMA!!!!!!.
Baca Lagi - "Oh Tuhan Dia Umpama Bidadari Vol 2"

Saturday, April 7, 2012

Oh Tuhan Dia Umpama Bidadari

Share/Bookmark
Jika sifat sifat wanita kesukaanku yang ada padanya ku kira dengan bintang. Maka 7 malam bintang bertaburan di langit baru dapat ku habiskan pengiraan ku. Tapi ku tahu, dia terlalu sibuk untuk tahu semua ini hari ini. Lebeh parah lagi dia tidak baca post ini hari ini. Mungkin esok, mungkin lusa, siapa tahu. 

Disaat aku menulis entry ini, aku harap sangat mereka yang terbaca entry ini dapat mengingatkan Dia bahawa aku rindu padanya. Tapi apekan daya, aku tidak pernah bercerita tentang dirinya. Aku cume berharap Dia teringin mahu bercakap dengan ku sama seperti betapa aku teringin bercakap dengannya. Tapi apakan daya, Dia tak mungkin akan merasainya sekarang juga. 

Ini bukan kesah cinta teragung di dunia dan ini bukan kesah 500 tahun usianya. Ini cume kesah aku. Yang lain tak perlu tahu sebenarnya, kerana kite selalu cipta dunia kita sendiri. Aku tak mengenali kawan mu lebeh rapat dan kamu tidak pula mengetahui kawan ku lebeh baik dari sebelumnya. Itu perkara biasa bagi kita. 

Pernahkah korang merasa ingin melarikan diri dari semua orang dan menyembunyikan diri setetika? Tapi kemana aje kite nak pergi selain ke bilik kite sendiri. Kemana lagi nak kite mengadu perkara personal melainkan kite pendam sendiri kepedihan yang kite ada. Ape yang kite tahu, bile kite bersama dia, kite happy sentiasa. Pada saat itu, kite maapkan semua yang dia pernah kate, buat, lihat, mahupun hanya Dia pikirkan. Kita maafkan dia umpama ini hari raya pertama bagi kite. 

Sabtu, 5:42 Petang. Puncak Alam. 

Hujan telah mula menitik di luar rumah, semakin lama semakin lebat keadaannya. Sama seperti dalam hati yang aku ada. Siapalah kita nak pendam semuanya, kite serah je kepada yang Maha Esa. Aku tiada apa apa, tak mampu berbuat apa apa, sama seperti biasa. Cuma ku harap aku diizinkan  mencium dahinya sekarang juga.  Tapi apakan daya, Dia tiada. 

Ya Allah, 

Aku memohon ampun padaMu, Aku tahu aku selalu lupe tatkala aku bangon dari tidurku untuk mengingatiMu. Tapi aku selalu ingat padaMu bile aku ingin tidur. Aku lupekan Mu bile aku tertawa terbahak bahak, tapi aku mengingatiMu di saat aku dalam kesedihan. Aku lupekanMu bile aku jatuh cinta, tapi aku mengingatiMu bile aku membenci seseorang. Aku lupekanMu bile aku sedang makan, tapi aku mengingatiMu bile aku lapar. Aku lupekanMu bile aku mula bercakap, tapi mengingatimu bile tiada apa lagi yang aku mampu cakapkan. Aku lupekanMu bila aku marah, tapi mengingatiMu bile aku harus bersabar tak mampu melakukan apa apa. Tapi tolonglah, Tolong lah aku YaAllah s.w.t. Jangan buat ku lupe bahawa aku akan mati kelak. Sebab aku akan mengingatimu di saat aku masih hidup. 

Ya Allah Dia umpama bidadari. 

Tunjukkan aku untuk mendapatkan dirinya, sepenuhnya. Permudahkan urusan ku untuk menerima segulung ijazah. Agar urusan kami dapat dipercepatkan. Dapatkan aku kerja yang baik, untuk aku membeli semua kemahuannya. Rahsiakan hubungan kami, agar tidak timbul riak dan sifat menunjuk nunjuk yang lainnya. Dan kalau betul aku miliknya, Permudahkanlah.

Amin.

P/s: Untuk gadis yang aku cinta. Dia.
Baca Lagi - "Oh Tuhan Dia Umpama Bidadari"

Saturday, March 31, 2012

Experiment: Happy Birthday

Share/Bookmark
12:05 Pagi 31 March 2012

Experiment aku tamat setelah jam menunjukkan pukul 12 tengah malam 31 March 2012. Aku telah membuktikan bahawa kalau takde Facebook, tak ramai pon yang ingat birthday aku. Kalau orang lain selalu cerite pasal perkara yang harus di ingati semasa Birthday diorang, aku pulak nak cerite perkara yang aku harus lupekan mase birthday aku. 

Yang lebeh menyedihkan, kawan baik aku sendiri lupe pasal birthday aku. Si @Topanesta , @Lassiegewdix dan @Aaleechaa semua lupe pasal birthday aku. Bukan itu sahaja, orang orang penting dalam hidup aku sendiri lupe pasal birthday aku. Takpe Fahmie, mungkin mereka sebok pikir pasal hal diorang, aku bermonolog. Takpe, Aku kan hanya wujud bile mereka memerlukan pertolongan.   Aku bermonolog lagi. 

Hasil daripada experiment yang aku jalankan. Aku dah dapat buat satu hipotesis. 
"Jika Facebook tidak mengingatkan kite, maka kite tidak ingat birthday kawan kite" 
Orang yang wish Birthday kat aku kurang dari 10 orang. Dan orang yang wish aku di Facebook. KOSONG. Untuk pertama kalinya dalam sejarah aku main social network nie. Kalau Tahun lepas aku cerite notification aku jejak 1000++ sebab orang wish Selamat Ulang Tahun, Selamat Hari Lahir, Selamat Hari Tua, Happy Birthday,HB.... HB? what the hell is HB? dan lain lain lagi yang same maksud dengannya.   Sorry, tahun nie langsung takde. 

So, ape pulak yang jadi sepanjang Birthday aku semalam? 

Tiada apa apa. 

30.3.2012

-tamat-

p/s: Mak. You are the best. Mak orang pertama yang wish. 
Baca Lagi - "Experiment: Happy Birthday"

Thursday, March 8, 2012

I Berputar

Share/Bookmark
Aku duduk di atas mangkuk tandas, angan angan menjadi perdana menteri. Merubah semua yang aku alami, angan angan yang belum pasti aku kecapi. Cubaan berhenti dari merokok tahap motivasi diri. Kau musuh negara wahai api. Kau punye penangan memang gile babi. Wow kau bebual berapi. Sedarlah weh, semua kau kate kadang kadang hanya tahi. Ape aku peduli. Fakyubebi

Ye aku belum tidur lagi. jam pukul 5 30 pagi. Ape nak jadi. Aku belum ke kelas lagi. Relax lah weh, kan awal lagi. Mungkin minggu depan baru aku pegi. Itu pon tengok lah mood aku nanti. Oh mak, sorry. Kali nie alang janji. Alang lah name di beri. 

Bile tak tido otak aku kooki. Jangan di tanye ape maksud kooki. Baru aku reka tadi. Again, fakyubebi. Ape gune kau dikenali, kalau kau hanya roti. Jadi sampah bile dah basi. Ayat kau gune same je di hati. Oh orang itu, I tak cakap Fakyubebi. Aku dah macam berpuisi, koma dan titik di sana sini. Oh aku suke ini. 

Aku sambung lagi. 

Yang atas korang bace tadi hanya mukadimah. ^_^ pandai tak aku nak korang terus bace panjang panjang. *kening naik naik*  Aku dah takde bahan yang lebeh ilmiah dari nie untuk santapan korang. Sorry. 

Oh, aku dah naik University dah. 1st week suck. Result last week suck. That moment bile kite perlukan pertolongan kawan kawan kite yang terdekat. Semua tak nak tolong, suck. Hutang banyak la jugak, suck. Tak dapat tidur ikut waktu yang sepatotnyer, suck. Sekurang kurangnye aku taip, bagi korang semua bace, korang semua tahu. Atau, semuanya akan jadi same macam tu jugak. Ingat nie. 

"Speak up, be heard, if you don't say a word. Everything will stay the same way" hahaha. Aku benci bahase penjajah. Fakyubebi. 

Mak aku sehat, rim moto aku pon kilat. semua okey. #TwtupJohor pon okey so far takde masalah. Aku relax. Aku suke Mengekalkan Kesempurnaan. Penat pulak taip. Lapar. Aku rindu Mia, Aku rindu Ariff. Lagi rindu kat Dia. Hai Dia. Dah bace nie BBM I okey. I tunggu. ^_^ 

Tapi dunia sekarang tak okey. Pegi lah mengundi. Jangan lupe lagi. Jangan lupe support StopKony2012 nie sekali. Dunia umpama neraka, hidup ibarat layang layang. LOL, kau kalau busybody, fakyubebi. 

P/s: Jaga bahasa anda lain kali. Tau pon tak suke bile aku banyak mencarut nie. Sebab aku buat salah tadi. Sorry. 
Baca Lagi - "I Berputar"

Sunday, February 26, 2012

Ini!

Share/Bookmark
Dan kalau kau bagi aku peluang-
-kalau kau bagi aku peluang itu-
aku akan gunekan seumur hidup aku nie 
untuk buktikan kat kau bahawa
kau telah buat keputusan yang tepat 
untuk hidup kau sendiri.

p/s: I Miss Us

Baca Lagi - "Ini!"

Saturday, October 1, 2011

Hari Ini

Share/Bookmark
Bangon tido. mandi. cukur misai dan janggut.solat. iron baju. kemas tempat tido. jadual buku. panaskan engine kerete. isap rokok. drive. pergi kedai beli Orenge Juice jenama Twister. kadang kadang yogurt drink. roti bun. pergi kelas. tido dalam kelas. makan jajan. ilangkan ngantok. gelak dengan kawan. tak tau ape yang aku belajar hari nie. 

Balik kelas. huha.huha. pergi makan tengah hari.nasi putih. ayam goreng. jimat. favorite aku. air teh o kegemaran aku. solat. sambung masuk kelas. study. kacau lecturer. tak ingat ape yang dia ajar. tetibe dye bagi assignment. aku mengeluh. pegi toilet. cuci muka. ilangkan tension sementara. kencing. hidup umpama roda.

Masuk kelas lagi. sambung sampai pukul 6. gelak sikit sikit. atas lawak yang tah ape ape entah. aku duduk sorang sorang dalam kelas.takde pasangan. sebab geng aku 7 orang. Kelas tamat. cabut tie. keluar kelas. pergi ke kerete. drive balik ke rumah. singgah 7E. soya kotak besar. kadang kadang slurpee. 

Terbaring atas katil kat rumah. sebab penat sangat. Solat lagi. Mandi. Solat lagi utk yang magrib punyer. Tak tau ape nak buat. tengok lappy pon takde perasaan. nak online takde mood. BBM dengan si dia. Kadang kadang call berjam jam. Dye jauh disane.Aku sini. 

Makan ubat. dah lame aku sakit tekak. Tangan menggigil kadang kadang tak tau ape puncanye. Nervous agaknye. On lappy. Lappy baru. Asus katenyer. K43U modelnyer. buat assignment. sambil BBM lagi kali nie. Bosan. tak buat assignment dah. Layan lagu. Tengok movie. Tak kesah lah walau aku dah tengok 3-4 kali cerite yang sama. 

Sorang sorang kat rumah. Budak rumah pergi main bola. Aku tak suke soccer. aku biarkan lagi. persetan dengan soccer kalau aku dah tak suke. Aku sorang sorang lagi dalam bilik. Si dia menemani ku lagi. aku tak #foreveralone lagi. ^_^ 

Tido pukul 3 -4 pagi. bangon pukul 6 pagi. Berlarutan sampai seminggu. Ini kah student live macam aku?   aku dah ditakdirkan macam nie [?] Jangan tanya kenape. jangan persoalkan kenape. Takde gelak ketawa lagi. Hanya hidup yang boring. Teringat ibu di rumah keseorangan tiada teman. Ada cucu teman ibu. Call mak hari hari. tanya kabar ape yang terjadi. Harap dye sehat sejahtera. 

Harapan nak balik tiap tiap minggu. Financial problem tidak mengizinkan. Harapkan PTPTN tapi aku tidak memohon. Terpikir ape akan jadi kalau hutang keliling pinggang. 

Sabtu. 

Hari istirehat selain ahad. Duduk dirumah. menaip di meja makan. sambil kipas di bawah meja. menghala ke kelengkang. uhhh. sejuknya. terase sampai ke situ. atas bawah kanan dan kiri. Short pant. 

Menarik nafas lega aku masih hidup. masih ade teman. masih berpelajaran. tidak kebulur tak makan. ada orang yang sayang. ada ibu bapa yang menyayangi diri ini. ada si dia sentiasa menemani. 

live getting better? 
Baca Lagi - "Hari Ini"

Monday, August 8, 2011

Seperti di filemkan

Share/Bookmark
Credit: Yui Bluefox
"Today I don't feel like doing anything, I just wanna lay in bed. Don't feel like picking up my pho......Klik!" Oh. tu bunyi alarm aku. Suke alarm bunyi yang malas malas macam nie. Everyone hate monday. Hebatnye aku sampai tak sempat Bruno nak abeskan sentence aku dah offkan. Oh. "Klik" tuh bunyi trackpad phone aku. *kening naik naik

Bangun untuk bersahur pagi tadi bukanlah perkara yang membebankan bagi aku. Kecil keping (disebabkan aku perasan aku dah banyak sangat gune bahase penjajah untuk introduction tadi. aku ambil anisiatif untuk gune google translate mentafsirkan small the pieces kepade bahase melayu.#haramjadah sangat tak effective). Bile sahur. aku makan. tamat. 

Disebabkan aku demam, then malam tadi aku tido awal. Pagi nie aku tengok TV(macam takde kene mengene statement nie). TV dah makin bosan pagi pagi nie. takde gambar langsung aku tengok. Oh, aku lupe "ON" rupenyer (aku bemonolog). E! News nie ade tunjuk pasal cerite budak kace mate yang ade kuasa magic tuh lagi. Cerite tuh pames sekarang nie. Episode akhir dye diorang kate pecah panggung. 

Aku perhatikan cerite nie takde lah hebat mane. Sekolah magic je pon yang ade penyapu terbang sane sini. Alah kalau aku tak pegi sekolah magic pon dah jumpe dah penyapu terbang. Kejadian nie terjadi bile aku tengok TV tengah tengah malam buta dan aku jerit "Goooaallllll........" bersama dengan 2 rakan ku yang lain.Mak aku akan datang menghampiri dengan penyapu terbang. See, tak banyak beza bukan?

Dah lah, malas aku nak cerite panjang panjang. Sebenarnyer aku belum tengok lagi cerite "Harry Potter" tuh. Aku jeles je sebenarnyer yang diorang asyik cerite pasal bende nie je. 

Dah lah~ stress aku dibuatnyer. 

Nak minum air DR-II sejuk (Product Dr. Rosmey untuk hilangkan jerawat)

Oh puase. 

Ok! stress balik. 

p/s: DVD cetak rompak area Tampoi mane nak dapat yang good quality?
Baca Lagi - "Seperti di filemkan"

Saturday, June 18, 2011

Hidup Minimalis

Share/Bookmark
Sejak dari kerusi kayu mase sekolah tadika dulu, sampai lah sekarang pegi kelas pakai kerusi banquet. Mak dengan Abah memang menggalakkan aku sesangat untuk hidup secara minimalis. Time anak orang makan Chiken Chop waktu rehat, aku cume makan kopok lekor 5 ketul jer. Anak orang minum air Coke, aku minum air sirap 20 sen yang ade rase sabun sikit sikit tuh. 

Bile aku tanyer mak " Tak boleh ke mak bagi duit belanje lebeh sikit?" jawapan mak setiap kali aku tanye macam tuh same jer. " Sikit lagi bagus, jangan tamak!!" 

Zaman remaja aku dihabiskan dengan hidup sederhana. Pegang kate kate mak nie dari kecik " Sikit lagi bagus, jangan tamak!!" Anak orang pegi sekolah naik Wantupaijek, Peng sane, Peng sini. Aku relax je pagi pagi dengan beg sekolah aku sangkut kat dahi, Jalan kaki sampai sekolah. 190 hari sekolah 170 hari aku datang lambat. Tuh yang aku pemes kejap tuh. 

Kenangan paling tak boleh dilupekan time mintak duit nak pegi shopping mak bagi aku duit RM10 dengan berkate "Sikit lagi bagus, jangan tamak!!". Ape bende aku nak beli dengan duit RM10 nie seh?? Last last aku gune duit tuh buat pegi Cyber Cafe. 

Takpe, saye sayang mak saye. 

Kate kate mak nie aku aplikasikan pagi tadi. Sebab semalam result degree aku dah keluar. Kenape tidak kan? 

"Makkk!! (sambil mendayu dayu panggil mak) Malam tadi result keluar. Result Alang sikit je tau. 3.28. Relax lah mak! sikit lagi bagus, Mak jangan tamakkk!!" 

"Oh, okey. Allowance kau bulan depan pon mak potong. Relax lah Lang, sikitkan lagi bagus, jangan lah tamak!!" 

p/s: Happy Fathers day dan "Saye doakan Puan Roslina Binti Salikin cepat sembuh" Tengs korang sebab doakan mak aku. 
Baca Lagi - "Hidup Minimalis"

Friday, May 20, 2011

Konvo dah

Share/Bookmark

Yang dihormati SAYE, yang dikasihi SAYE, yang dialu-alukan SAYE, yang hensem SAYE, yang  pandai SAYE, yang mak sayang SAYE, entry yang korang bace SAYE punyer. Semuanyer SAYE lah.^_^ 19 Mei 2011. Tarikh nie penting untuk aku sebab tarikh nielah aku disahkan sebagai Pelajar Diploma dan Alumni UiTM.^_^. Yooosh!!! Tak lame lagi degree la pulak.

Kesimpulan Hari Konvokesyen:

1. Leceh betullah. #haramjadah 
Adakah anda tahu saye perlu datang ke UiTM sejak hari ahad lagi? Berapelame aku nak kene tunggu untuk sampai hari Khamis? banyak hari!!! (aku malas nak kire berape hari) dah lah nak uruskan dye makan mase. Bukak portal segala. Bayar gune bank segala. Nak kene print banyak form segala. Ikutkan ati aku aku tak nak uruskan. Tapi mak kate kalau tengok jer bende tuh tak selesai sendiri.

2. Pemilihan nama anak penting untuk konvokesyen.
Aku nak pesan kepada korang yang bakal jadi bapa or ibu. Korang jangan bagi name anak huruf "Z". Sebab diorang adalah giliran yang terakhir untuk dapat scroll nie.^_^. Korang bayangkan name aku start dengan huruf "M" untuk Mohd Zulfahmi Abidin. Korang tau tak nombor berape giliran aku? nombor SatuRibuLapanPuluhTiga . Dye tak tau agaknyer montot aku dah petak duduk kat krusi tuh. Dengan nevesnyer lain. Excited nyer lain. ngantok jangan cerite lah. dah tahab pola bear dah aku nie. Sepatotnyer nak konvo nie dalam dewan dye kene letak tilam. Jangan letak krusi. bhahaha. 

3. Sila rujuk info di Jabatan Kaji Cuaca. 
Bapak panas bile aku keluar dari dewan nie. Suhu badan 37 'c. Suhu baju 3 'c. Suhu jubah 60 'c. Berderai derai peluh aku jatuh tau. Selamat aku nie HOT orgnyer. So takdelah terase sangat.^_^ Aku harap sangat mase hari konvo tuh ade awan atas pale aku. Tak pon aku ade kuase macam Human Touch dalam Fantastik 4. 

4. Sesi photography.
Aku tak tau kenape setiap kali konvo jer orang sebok nak begambo banyak banyak. Nak photoshoot segala depan dewan tuh. Korang tak tau ke ketiak dah berkuah? lagi mau begambo. Bawak balik lah jubah tuh pegi amek gambo tempat lain. GRRrrrr...SEMAK (Semak digunakan bagi melambangkan anda adalah menyebok dan makan ruang di hadapan dewan untuk aku lalu lalang) 

5. Takde tenaga nak teruskan hidup.
Aku lapo gile vavi doe. Vavi pon tak penah rase lapo macam aku doe. Aku dari pagi tak makan doe. Gilelah ingat ade tea break ke ape. Ini direct dari kul 7:30 pagi sampai lah kul 12 tgh hari. Kesian perut aku nie ha. Dah lah aku sekeping jer. Kene tiup angin pon melayang. Lain lah tetibe ade perempuan mengaku dye diciptakan dari tulang rusuk kiri aku datang bawak makanan. Lega hati aku sikit.^_^ Next time aku kene muntah kedarah dulu.Ha, korang pon yang belum konvo tuh kene buat macam nie. 

Sebenanyer perkara nie normal. aku je yang cerewet macam anak manje.^_^ walaupun aku manje orangnyer. Tapi kat mane lagi aku nak mengadu kalau tak kat blog aku nie.bhahahaharamjadah. 


p/s: thanx to my beloved mother for attending this Konvokesyen. Really appreciate that. Sory momma. I just get one start for this time. 
Baca Lagi - "Konvo dah"

Monday, May 2, 2011

Aku Vs Kau & Artis dalam Facebook

Share/Bookmark
Ape best sangat ker pakai profile picture berduet dengan artis artis terkemuka di tanah air.Wah bukan main cliché ayat aku.bhahaha. panggil Malaysia sudah.^_^. Pantang kau ade gambar dengan artis baru kau mesti upload kat Facebook tercinta kau dan letak kat profile picture tuh. Ape yang kau cube tayangkan kat dunia nie? ape yang kau cube buktikan sebenarnyer?  

1. Adakah kau nak MENAYANG kau pergi ke majlis tuh? Atau kau nak MENAYANG yang dia kenal kau. Atau kau nak MENAYANG yang kau nie peminat dye dunia akhirat? 

2. Adakah kau menanti nantikan mereka mereka yang kau gelar Friends tekan butang "LIKE" kat profile picture tuh padahal kau pon tak kenal yang kau panggil Friends tuh? 

3. Adakah kau harapkan mereka "comment" gambar gambar tuh dengan pujian membina. Kau puas hati bile tibe tibe member kau comment "hai! saya diciptakan dari tulang rusuk kiri awaklah.jom kapel" maksud aku dye tibe tibe tukar topic?

4. Adakah kau cube cari perhatian dari pengarah filem or composer lagu kalau gambar kau tuh ditayangkan dengan ko posing muke gelabah dengan artis tuh kau akan dipilih oleh diorang?

6. Adakah kau sedang mencari soalan aku nak tanyer nombor 5? ^_^

7. Adakah kau nak orang add kau padahal orang add sebab ingat tuh gambar kau.rupenye kau yang paling buruk dalam picture tuh?

8. Adakah muke kau buruk sangat kebelakangan nie sampai ko perlukan supplement untuk gune gambar artis untuk cari perhatian? 

9. Adakah kau percaye mitos cina kalau bergambar korang akan bertukar roh. Ko dapat tau mitos pasal nie mase tengok filem tah dari mane asal dye? 

10. Adakah kau dapat petunjuk dalam mimpi yang kau kene tayang gambar tuh kat dunia? lepas tuh artis tuh datang dalam bentuk ala ala pari pari ade kepak bagai? 

Walau ape pon alasan kau pakai gambar tuh. Aku peduli ape. Sebab aku sikit pon tak heran kau bergambar dengan artis artis tuh. Entry nie aku buat khas untuk kau. Ye kau.Kau yang bace entry nie lah. Sape lagi. Sape suro bace.bhahaha.

Meh sini turn aku pulak menayang picture aku dengan artis. Sory lah aku tak upload kat facebook sebab aku bukan suke menayang macam kau. Tapi aku upload kat blog sebab ini bukti okey.Bukti sahih. Aku letak 5 je tau. Kalau kau nak request lebeh ramai lagi artis atau orang famous aku boleh tunjuk. Kau tinggal kan je kat ruang comment tuh okey.^_^ 

1. Picture aku dengan Fatin Liyana


2. Picture aku dengan Fasha Sanda


3. Picture aku dengan Dato' Siti Nurhaliza


4. Picture aku dengan Justin Bieber


5. Picture aku dengan Zac Efron



  Semua gambar diambil pada Earth Hour setiap tahun sejak ia diperkenalkan.

Facebook: The only place where I can married with my best friend, and have more than 20 siblings. Isn't it great? 
Baca Lagi - "Aku Vs Kau & Artis dalam Facebook"

Tuesday, March 8, 2011

Kita Korban Paradigma Pendidikan

Share/Bookmark
Amaran: Entry berbau lepas geram. Ayat suam suam formal. Potensi untuk paham bergantung pada IQ dan EQ yang korang ada. Aku mintak maaf tak bermaksud nak kate kau lemah IQ dan EQ kalau tak paham. Tapi kite same same belajar kite same same share. Okey?

Dah cukup lama rasanye aku tak tulis entry berat untuk korang pikir dan renungkan. Ini bukan lah entry yang terlalu serious tapi aku cume nak bawak korang ke dunia pemikiran aku sekali lagi. Entry entry berat nie maksud aku entry yang aku Tag kan dgn Tag #Muse. Mungkin dengan cara aku share nie dapat mengeluarkan ape kebende yang terbuku dalam kepale hanggok dye otak aku. 

Macam tajuk yang aku dah tulis kat atas. Kite sebenarnyer adalah korban dari paradigma pendidikan yang berunsurkan kebendaan. Sistem pembelajaran yang dikatakan wajib diperolehi untuk membezakan orang yang malas belajar dan rajin belajar adalah semata mata nak melariskan dan meningkatkan ekonomi sesebuah pihak sahaja. Otak kite telah di block oleh ilmuan ilmuan terdahulu yang datang dari barat dan mana mana negara asing.
Tapi kenape kite masih terime semua nie? Berapa ramai orang yang berpendidikan sekarang tapi masih tak dapat nak convertkan ape yang kite belajar tuh dengan dunia nyata. Sebabnyer? Kite belajar teori. Bukannye amali. Dunia kite bergantung pada hujung bola pen Pilot G-2 yang kite gune mase jawab soalan Final Exam tuh. Kite hafal, kite gune Wikipedia. Dan semuanya nampak berjalan dengan lancar.
Yang aku nampak, sistem pembelajaran terbahagi kepada dua bahagian iaitu menjerumus kearah  Aesthetic dan Anesthetic. (fuyo!!.aku sempat buat research seh nak tulis entry nie) Aesthetic nie lebeh menjerumus kepada tindak balas 5 panca indra kite masa kite mempelajari sesuatu. Contohnyer masa korang blajar berjalan masa baby dulu. Anesthetic nie pulak akibat dari faktor sekeliling membuatkan kite terpakse untuk belajar. Contohnyer sebab takde Degree. Aku akan susah dapat kerja.  So aku kene rajin belajar dan menimba ilmu. Faktor Anesthetic nie diibaratkan macam kite di bius untuk kite diperlakukan ape sahaja tampe kite rase sakit dan peritnyer belajar tuh sendiri. Padahal kite ditidurkan dengan benda benda yang kononye wajib dilakukan oleh anak anak muda sekarang. 

Sepatotnyer, kite bukan ditidurkan atau dibius dengan perkara yang macam nie. Kite sepatotnyer dikejutkan ape yang ada dalam diri kite tuh. Ape yang panca indra kite boleh buat untuk diri kite sendiri. Seorang budak bawah umur itu tak semestinya bodoh. So, kenape kite masih mengasingkan peringkat umur dalam pendidikan kite kat skolah. Kalau budak tuh pandai. Bagi jelah dye skip dari belajar bende yang dia dah tahu. Bagi je peluang budak budak tuh langkah darjah atau tingkatan malah kalau dye mampu bawak subject universiti. Bagi dye peluang. Sebab itulah Aesthethic. Dye rase bende tuh dye boleh belajar sendiri.

Cube kau bayangkan. Kerete F1 tapi dibawak macam kerete Kancil convert turbo? Lame lame rosak lah kerete tuh. Sekarang kau bayangkan otak kau yang laju tuh. Tapi di bius dengan bende bende yang asas dan otak kau tuh da tahu lame dah pasal tuh. Tapi dye kene blajar balik. Akhirnyer, otak dan pemikiran terhalang dengan faktor persekitaran. Sepatotnyer kite boleh pilih pelajaran jenis ape yang kite nak. Bukan institusi yang tetapkan. Bukan kerajaan yang tetapkan. Bukan mak bapak yang tetapkan. Lepas tuh kalau dye malas nak blajar bende bende yang dikatakan banyak berkenaan dengan teori. Dye adalah pelajar yang lemah? macam mane dengan kemahiran yang dia ada pulak? Atas alasan dye suke kemahiran gaji dye mase kerja nanti kene rendah? kenape asingkan kelompok manusia macam tuh? Dan pikir balik kau sape nak tetapkan semua tuh? oh Sistem Pendidikan. 
Sekarang, macam mane pulak dengan cara berpikir? maksud aku cara berpikir nie bukan cara pemikran yang kretif. kretis atau pun cara pemikiran sinonim dan sebagainyer. Tapi cara pemikiran ke arah melihat cara penyelesaian masalah yang boleh. Ianya lebeh kepada gabungan kapasiti kretif yang boleh. Contohnyer kalau orang biase ditanyer berape banyak perkara yang kite boleh buat dengan clip kertas? maybe kalau orang biase dye akan senaraikan 15-30 benda. Tapi kenape tak sampai 200 atau beribu ribu lemon? tak kesah lah perkara tuh logic ke tak.Contoh dalam contoh. Clip kertas tuh kite buat jadi bentuk bagunan. Sebab perkara tuh mustahil lah kite kene cari jalan penyelesaian. Barulah ade inovasi. Barulah kite dapat cipta bende baru.  Atas sebab yang same lah si Albert Einstein  tuh dapat teori yang merepek bagai. Tapi dye jadi orang yang terbandai katenyer lah. Padahal dulu orang semua cakap bende tuh mustahil.

Kesimpulannya. Apa pon yang kite jawab dalam exam. Benda yang dijawab menggunakan logik akal atau pon tak masuk akal. Sepatotnyer lecturer perlu tanda jawapan kite ini adalah betul. Kenape kene bertangtung sangat pada teori? 
Remember when we were young? mak kite kate "pandai" dye. padahal kite cume angkat tangan untuk salam jer kat mak kite. Tapi bile kite masuk "sekolah". iaitu bende yang dikawal oleh orang asing dan negara negara barat. Dye tetapkan dalam sekolah kene senyap. Lepas tuh pulak kite kalau bising dalam kelas je cikgu jerit. "Senyapppppppppp" . Sampai sekarang kite senyap tak bertindak membetulkan semua kekecelaruan nie.

p/s: Korang paham tak ape yang aku tulis? Tak paham aku tak nak terangkan lagi. #okbai

Baca Lagi - "Kita Korban Paradigma Pendidikan"

Friday, March 4, 2011

Happy Birthday Mommy

Share/Bookmark
Weee..Hari nie Birthday My Mom. Mengikut calculation aku mak aku berumur 46 tahun nie.^_^ Ma..dont wory ma. You still young! watcha.^_^ tapi sayangnye aku takde time birthday mak aku. Sedeh gile kot. Aku terpelesuk kat Puncak Alam nie ha. Orang kate tempat jin bertendang. Kadang kadang nak jugak try seru macam ngangkong tuh suro ngangkong tuh send aku balik umah. Selain gantikan Doraemon aku punyer pintu mase.^_^ 

Tapi aku tak amalkan amalan amalan kurafat nie. So, aku harus terime kenyataan yang aku nie jauh di perantauan.(fakap tol, ayat sedapkan ati.padahal tuhan je tahu dalam hati macam mane). Aku tak dapat celebrate birthday my mom same same dengan abang abang dan adek aku. Ape yang aku boleh buat bagi hadiah dari jauh. Tuh pon adek aku yang aku suro tolong belikan. Then adek aku yang tolong kasikan kat mak aku hadiah tuh. 

Tepat pukul 12 Tengah malam tadi. Aku taip message kat phone sendal pintu aku nie "Sony Ericsson K770i" nie untuk dua orang.

Yang pertama kat adek aku: 
"Oit dak kecik, bagi kat Ma hadiah tuh sekarang"

Yang kedua kat My Mom: 
"Ma, Happy Birthday Ma. Sory first time orang tak dapat balik celebrate birtday Ma dengan yang lain. Semoga Ma panjang umur, Sehat tubuh badan, Makin lawa dan makin sayang kat Pa. Hehehe. Orang ade kirimkan adek hadiah untuk Ma. Ma terime tau." 

Tak sampai 10 saat aku send message tuh kat My Mom. My Mom terus call.

My Mom: "Assalamualaikum, terime kasih wish birthday ^_^. Tapi kenape bagi hadiah Gule nie? kan Ma tak leh makan gule banyak banyak. Kau tau kan Ma makan Gula Equal jer? Lepas tuh Ma nak buat ape dengan 5 Kilo Gula nie?

Aku: "W'salam. Well Ma, orang kan budak sekolah. Belajar pon tak habes habes lagi. Mane ade duit nak beli barang mahal mahal. Plus, orang nak Ma jadi Sugar Mommy, bukan Equal Mommy!!"

My Mom: "Huh! Anak derhaka!" 

Aku: "Happy Birthday Sugar Mommies" ^_^

p/s: Ma, kalaulah Ma tau orang menangis 30 saat after Ma call. Lepas tuh Ma tahu bahawa orang rindu Ma sangat. Ma, I really really need your hug and forehead kisses rite now. I'm tired being here. ♥ you Mom. 
Baca Lagi - "Happy Birthday Mommy"

Saturday, February 26, 2011

Kenape aku perlu diberi seekor Doraemon

Share/Bookmark
Dah sampai masenyer untuk aku outsource semua kerja kerja aku yang berlambak nie. Kalau lah ade secretary hot chick yang selalu ade sebelah aku then dye boleh gantikan kerje kerja aku kan bagus. Selain dye boleh buatkan air Tongkat Ali Power Root untuk aku dye jugak mesti ade kebolehan tahan "maki". Ini tidak, semua bende aku nak kene buat sendiri. Korang bukan tak tau disebalik lelaki yang berjaya ade perempuan disampingnyer. (ー.ー")

1. Selain badan Doraemon yang gemuk dan suara ala ala Ailyl Rozanna. Doraemon jugak penasihat kesihatan yang baik.

Kenape aku perlukan seorang doktor kacak kalau aku dah ade Doraemon? Cakap je ubat ape yang aku nak. Semua ade dalam poket ajaib dye tuh. Pil Kuda, K, Melamine 5, Ecstasy ke. Semua ade dalam pocket dye. Aku tinggal mintak jer. 

Aku: Mon mon (name timangan di rumah bagi Doraemon). Jam pukul berape nie ha? 

Doraemon: 8 pagi dah Mie, bangon lah. Awak tak boleh malas macam nie Fahmie. Awak kena rajin bersenam, nanti awak sakit mama awak marah saya. Takde dorayaki untuk saya petang nanti. 

Aku: Huh! ko cakap ape tadi mon? aku terlelap pulak. Sory!

Doraemon: Nah, ambil nie. "Pil Rajin Bersenam" . Barulah badan awak sehat nanti. 

5 minit kemudian

Aku: Doraemon......................~!@#$%^&*( ) kau bagi aku "Pil Rajin Tolong Mak Sidai Kain" nie buat ape. Nie jiran punyer kain pon aku dah tolong sidai ni ha.

kalau aku dah ade bende yang amek berat pasal kesihatan aku dan buatkan aku rajin berpeluh. Baru lah aku sehat sentiasa. Maklumlah, aku sekarang takde mase untuk bersukan. Lagipon, sambil bersenam boleh tolong mama.^_^

2. Doraemon ade pintu kemana saja. Ini tidak boleh dibeli di kedai pintu Ah Chong mahupun Devarajoo.

Dengan bela seekor kucing gemuk berwarna biru yang hanya makan dorayaki di waktu lapangnya. Aku jugak dah boleh jimatkan kos aku dari isi minyak kereta mahupon moto wantupaijek tuh. Mungkin PM kite kene bace ape yang aku usulkan untuk kerajaan. Kalau aku ade "Pintu Kemana Saja" macam nie. Kompom aku Breakfast kat Benafe Village yang kat tengah bandar Johor tuh. Makan tengah hari kat Old Town KL. Minum petang kat Warung Mak Jah Pulau Pinang. Makan malam Satey Kajang. Perh, gile promote Malaysia.bhahahaha. Boleh aku kidnap si Lina sekali time dye tido.^_^ Its sounds like a plan. Pervert mode "Activate".

3. Mesin waktu yang sangat berguna untuk orang yang bukan kaki nombor ekor macam aku nie.

Untuk student yang hensem macam aku nie. Markah perekse kalau rendah malu lah kot. So, alternatif yang aku ade. Sekel kepale Doraemon aku nie. Pinjam dye punye mesin waktu tuh. Pegi ke hari lepas bincang kertas soalan yang aku patotnyer amek besok. Memang dan dan lah aku dapat full mark aje. Tak salah kot kalau aku gune mesin nie pergi ngendap time mak ayah aku dulu bercinte bawah pokok togeh tuh.^_^ Nati boleh lah aku tengok mak ayah aku gedix gedix dulu macam mane.hehehehe.

4. "Lampu Pendua Object" berfungsi menduplicate ape saje termasuk sarung kusyen. 

Bukan main syok lagi kalau aku suluh je lampu tuh kat badan aku. Keluar lagi satu Fahmie versi "dungu" yang sentiasa mengikut perintah Fahmie yang "bijaksana" nie. Ye. Aku tahu aku pandai. \^__^/. 

"Weh Fahmie!. Eh maksud aku. Weh Aku!! Eh. Weh ape ape jelah name kau. Hari nie kau pergi kelas gantikan tempat aku. Aku ade hal sikit dengan mon mon. okey?" 

"Baik tuan Fahmie yang bijaksana" 

"Bagus bagus. Pandai betul aku yang dungu nie" eh.betul ke ayat aku nie?

**korang jangan layankan sangat aku nie. Aku nie Grammar Freak kadang kadang. Aku jugak nak duplicate duit Malaysia RM 50 dan RM100 not kalau aku dapat "Lampu Pendua Object" nie. Tapi aku tak mention pon kat entry nie. Takut orang tau aku yang duplicate duit tuh semua. Fuhh~ selamat aku tak cerite kat korang seh.

5. Si Manje kurang kasih sayang dari kucing lain. Doraemon casanova unggul dikalangan kuring kucing di Malaysia. Aku harap dye dapat bantu Si Manje. 

Si Manje nie kucing, bukan arnab okey. Kucing aku yang sekor nie Manje name dye memang aku panggil dye "Kucing Tak Bernafsu" jer. For sure dye kucing lah.Sebab dye tak pernah kene tangkap basah dengan aku kantoi buat project tepi rumah antara rumah aku dan rumah Pakcik Mail. 

Dengan tergesa gesa Doraemon nak keluar dari rumah kos rendah aku nie. Kerana ingin cepat dye terjatuh kan walletnye keluar dari pocket ajaibnya. Aku pon amek wallet tuh dan belek belek.

Aku: Mon, gambar ape dalam wallet kau nie mon?

Doraemon: Eh, eh jangan tangok Fahmie. Itu rahsia tuh.

Aku: Alah dengan aku sebagai tuan kau jangan lah terlalu berkira sangat mon.

Doraemon: Jangan. Oh tidak.com.. Jangan tengok Fahmie. Jangan......

Aku: Eh! Ini gambar kucing aku nie Si Manje. Weh Mon. Manje tuh kan JANTAN!! Yang ko pergi amek gambar cium dengan dye kenape,bodoh!



p/s: i really really need Blue Doraemon.**Tetibe speaking. Okey fine. Aku benci bahasa penjajah.bye.
Baca Lagi - "Kenape aku perlu diberi seekor Doraemon"

Tuesday, December 7, 2010

Selamat Tinggal Sayang

Share/Bookmark
Kesah cinte aku bermula tahun 2007. Mase tuh aku 18 tahun lagi. Mude kan aku? Aku kenal dye mase aku blajar kat kolej. Dye selalu ade time aku stress. Time aku banyak kerje. Time aku kecewa dan Time aku ade masalah ape-ape pon. Dye selalu ade teman kan aku.

Mule-mule dulu semuanye indah. semuanyer cool. Semuanyer nampak manis kat mate aku. Satu hari tuh kalau takde dye rase macam nak mati. Pernah sekali tuh aku berjauhan dari dye tak lame. 7 hari jer. Sejak tuh 7 hari lepas tuh aku demam pulak. Memang aku tak boleh jauh dari dye aku rase. Dye umpama oksigen bagi aku. Kehadiran dye penyeri hidup aku.
Kini semuanyer dah berubah. Aku dah tak nak dye. Aku dah bosan pulak bile dye asyik ade je dalam hidup aku. Orang kate habes manis sepah di buang. Tapi aku tak peduli. Aku dah jelak dah. Aku tengok orang kutuk dye kat TV. Kat radio. Mak aku pon dah tak suke kat dye. Cinte aku dihalang oleh semua pihak. Aku dah tak tahan dengan semua nie.

Kadang-kadang aku menyesal sebab kenal dengan dye. Hari nie. Dah masuk hari ke 3 aku tinggalkan dye. Tapi ade lagi sikit-sikit rase nak dye ade di sisi aku. Tapi aku tahan je nafsu aku.

Selamat Tinggal Rokok Dunhill.

p/s: awakkk......awak tolong orang berenti ingat kat dye ea. Please.orang merayu kat awk.
Baca Lagi - "Selamat Tinggal Sayang"

Saturday, November 13, 2010

70 Jenis Rasa Best

Share/Bookmark
Kalau aku cakap rase best tuh korang tahu tak best tuh macam mane? korang tahu yang rase best tu datang dalam diri korang jer kan. Tapi atas sebab ape korang tak pernah nak senaraikan. Hari nie aku senaraikan ape rase best yang aku pernah rase dan seingat aku. So rase best yang aku dapat senarikan 70 jenis rasa best yang berbeza-beza.

70 Jenis Rasa Best itu adalah:

1. BerCinta (jangan tanyer pasal nie sebab korang pon rase)
2. Ketawa terbahak-bahak sampai muke sakit.
3. Effect mandian air panas mase musim hujan. Air tuh aku masak sendiri tak pakai karen pon.
4. Masa aku tak perlu beratur untuk bayar bill kat Pejabat Pos.
5. Pamandangan yang indah mase aku pergi bercuti.
6. Dapat surat (kecuali surat saman,surat naik semester baru dan surat hutang dengan bank)
7. Berjalan-jalan waktu petang.
8. Dengar lagu Favorite aku kat radio
9. Baring atas katil sambil hujan kat luar rumah.
10. Dapat tuala panas untuk lapkan muke lepas online or bace blog.hehe
11. Bile jumpe kat shopping mall Jacket yang diinginkan aku dengan separuh harga.
12. Dapat minum cool blog honey dew ice blanded.
13. Dapat panggilan talifon jarak jauh. Macam dari Mesir ker. Endon ker and etc.
14. Dapat mandi buih sabun dalam tab mandi.Gile best
15. Satu perbualan yang baik dengan kawan or sape-sape pon.
16. Berada di pantai.
17. Terjumpe duit RM10 dalam kocek seluar jeans yang tak basoh 2 minggu tuh.
18. Ketawakan diri sendiri sebab kebodohan sendiri contoh macam aku terbawak remote astro tuh.
19. Bergayot berjam-jam lepas pukul 12 malam.
20. Berjalan masa gerimis.
21. Ketawa tampa sebab sama sekali.
22. Bile ade orang bagi tahu bahawa aku nie hansem.
23. Ketawa bile kawan buat lawak.
24. Kawan.
25. Jatuh cinta buat pertama kali nyer.
26. Secara tak sengaja terdengar orang mengumpat tentang diri kite.
27. Bangun tido dan aku rase yang aku boleh tido lagi beberapa jam.
28. Tak lupa juga First Kiss aku.
29. Berkenalan dengan kawan baru atau menghabiskan masa dengan kawan lame.
30. Bermain dengan kucing dan cakap dengan kucing.
31. Berbual dengan kawan bilik kat kolej untuk aku terus berjaga dari tidur. Kire over nite la senang.
32. Ada orang urut kan kepala aku dengan lembut dan bermain dengan rambut aku.
33. Mimpi yang diluar jangkaan.
34. Cokelat panas sebelum aku tidor. Maybe nest pon okey.
35. Road Tour dengan geng.
36. Main buai.
37. Tengok filem romantik dirumah dengan orang yang aku sayang.
38. Buat kuih raya di malam raya.errr..ketupat juga.rendang sekali lah.
39. Ade software LeoLyric kat laptop aku yang memboleh kan aku menyanyi sambil dengar lagu.
40. Pergi ke konsert atau gigs.
41. Bile hati ada taman tengok seseorang tak pon tengok gambar jer.
42. Buat Eye-Contact dengan orang yang tidak kikenali.opposite sex okey.
43. Menang sesuatu pertandingan or kuiz.
44. Masak untuk makan sendiri selalunyer maggi tak pon air masak.
45. Jiran sebelah rumah anta lauk or ape-ape makanan lah.
46. Habiskan masa dengan kawan rapat.
47. Melihat orang itu dari jauh dan melihat dia tersenyum gembira (strangers)
48. Pegang tangan seseorang dengan erat. Seseorang yang aku peduli or care tak kire lah mak aku ke. tak pon adek angkat ke. tak pon awek/bakal awek.
49. Terjumpe dengan kawan lama, lepas tuh perasan yang dia tak berubah dari dulu.
50. Perasan yang aku sayang sangat kat seseorang tuh.
51. Naik roller coster banyak kali.
52. Memeluk seseorang.
53. Melihat wajah seseorang tengah bukak hadiah yang aku bagi.
54. Melihat matahari terbit.
55. Bila aku dapat landing kat bahu kawan baik aku mase aku sedeh dan dia tak cakap sepatah pon. Tengs liza.
56. On facebook dan ada comment pada gambar aku.
57. Bile ade orang comment kat blog aku sendiri.
58. Jumlah follower kat blog,tumblr,dailybooth,myspace, facebook,twitter, or formspring bertambah.
59. Taip name kat search engine Pakcik Google keluar nama blog aku kat SEO tuh.
60. Ada mak yang selimutkan aku masa aku tidur sebab kepenatan. aku bukak mate sikit-sikit padalah aku sedar mak aku selimutkan aku.
61. Tengok gamba baby comel kat phone kawan.
62. Dapat call free mase hari jadi aku tiap-tiap tahun.7 hari kadang-kadang tuh.
63. Result exam keluar dan dapat tahu lulus semua.
64. Dapat selesaikan soalan matematik yang susah.
65. Dapat tahu ade orang minat kat aku.
66. Habis bace sesebuah novel.
67. Tengah jalan-jalan kat bandar terbau Perfume yang aku kenal ex aku penah pakai.
68. Gambar kenangan lama.
69. Ada orang korekkan telinga.
70. Solat dengan tenang.

kalau korang belum penah rase best 70 jenis macam aku nie INI ADALAH ASSIGNMENT untuk korang. Gud luck untuk korang. Hargailah semua tuh. Sebab penghasilan dari sesuatu perbuatan itu adalah benda paling best dalam hidup kite.
Baca Lagi - "70 Jenis Rasa Best"

Friday, November 12, 2010

Facebook Selamanya

Share/Bookmark
Teringat lagi mase tahun 2007 dulu. Tarikh yang same dengan korang bace entry aku nie. Time tuh la aku create account Facebook aku.Kire lah sendiri dah berape tahun. Malas pulak aku nak kire gune jari. Tapi dulu dengan sekarang takde beze banyak mane pon.cume new notification tuh dey pindah ke kiri atas. dan sekarang orang boleh letak name sesuke hati. dulu tak boleh pon. 
Ini Gambar kat Profile Facebook aku sekarang.
Ini pulak gambar 1st aku kat Profile Facebook dulu.
Ini gambar MobWar game yang aku tak habes-habes main lagi. duit ade berjuta-juta. main game dah 906 hari. Tapi aku tak tahu nak abeskan game nie macam mane. Kalau ade sape-sape tahu. Tolong lah aku.^_^
Ini pulak gambar aku dengan mak aku tak lame dulu. Sayang mak aku.^__^
Gambar kat Facebook nie pulak time aku main-main dalam kelas. Tengok! ade gajah atas kepale dye.
Gambar nie pulak time aku rindu dengan anak sedara aku yang comel nie. Ariff pipi pau.
Ini pulak gambar budak kelas aku. Aku rindu moment nie.Ye.aku sorang je lelaki. jangan tanyer kenape.okey.
Ini gambar moment yang tak dapat dilupekan dalam hidup aku.
Ini mas 1st time aku derma darah.woo.seram wo.
Ini pulak gambar aku dengan kawan aku paling rapat
Sekarang aku nak amek gambar orang yang admire bace blog aku nie. Senyum..Cis..jangan risau.kepada admire aku.aku tak kan hebohkan gambar korang.^___^ (bangga)
sekarang. bile aku tengok Facebook aku nie. Aku baru perasan. Aku tengah buat kamus hidup aku. Status aku. Itu adalah pemikaran aku yang agak-agak cookie. Gambar aku. itu semua moment yang tak dapat aku lupekan. Aku tak simpan semua gambar-gambar nie dalam laptop or pendrive.or hanphone. Sebab aku tahu aku boleh tengok kat mane-mane jer aku suke.Untuk blog aku pulak. terima kasih buat semua moment aku nie untuk dikongsikan.
Baca Lagi - "Facebook Selamanya"

Friday, October 29, 2010

Perempuan Dan Tudung Saji

Share/Bookmark
Mula-mula Fahmie nak mintak maaf kalau ade pihak yang akan marah dengan Fahmie bile Fahmie menulis entry kali nie. Entry nie Fahmie tulis sekadar melontarkan pendapat Fahmie. Dan idea nie Fahmie dapat dari renungan beberape bulan yang lepas  .Kalau Fahmie ade tersalah tulis. Atau kate-kate Fahmie menindas mana-mana pihak sila lontarkan di ruang comment di bawah dan Fahmie akan delete entry nie.

Fahmie cube bagi simbolik bahawa: 
1. Bayangkan Perempuan adalah Makanan 
2. Tudung saji adalah Pakaian yang menutupi Makanan tersebut.


Dengan melihat kuih-muih diatas. Fahmie bagi beberapa situasi:

Situasi 1: Bayangkan kuih-muih ini ditutupi dengan tudungsaji diatas sebuah meja yang besar. Selepas ditutup dengan tudung saji, disekeliling tudung saji tersebut ada kuih muih yang lain. Kuih ini belum dilihat oleh mana-mana orang lelaki yang datang untuk mengambil kuih.  Kuih-muih ini belum dilihat, belum disentuh, juga belum diusik oleh sesiapapun. Dijamin dalam bentuk asal sepertimana ianya dihidangkan. Even seekor lalat pon tidak dapat menghinggapi kuih tersebut.

Situasi 2: Disebelah hidangan kuih-muih tersebut ade sepinggan kuih-muih yang sama, tetapi dibungkus dengan plastic rapping. Ianya dibalut ketat sehingga ke permukaan kuih dan menampakkan bentuk kuih tersebut. Disebabkan menggunakan plastic rapping, kuih tersebut dapat dilihat oleh para lelaki yang akan mengambilnya. Kuih tersebut dapat dilihat, disentuh dan ditekan-tekan menggunakan jari untuk lelaki tersebut menguji sama ada kuih tersebut lembut atau pun tidak tapi bentuk asalnya masih tidak terusik kerana plastic tersebut dapat menjaga kuih tersebut. Lalat pon tidak boleh hinggap sebab kuih tersebut telah dijaga.

Situasi 3: Masih jenis kuih-muih yang sama, diatas pinggan yang sama. Tapi kali ini diletakkan diatas sebuah meja dan terdedah tampa tudung saji dan plastic rapping. Disebabkan ianya terdedah ade jugak lelaki yang datang hanya melihat-lihat kuih tersebut. Ada yang datang menekan kuih-muih tersebut mnggunakan jari tampa dialas, sehinggakan bentuk kuih tersebut berubah kepada tidak menyelerakan. Ade pula yang tekan menggunakan jari baru diambil. Ada juga yang menekan tapi tidak jadi mengambil kuih-muih tersebut dan terus meninggalkan meja tersebut. Kuih itu jugak telah dicemari dengan habuk-habuk yang ada dipersekitaran meja. Tambahan lagi ada lalat yang hinggap di atas kuih tersebut.

Persoalannya: Kuih mana yang akan diambil oleh lelaki tersebut untuk dimakan? Kuih mana yang akan diambil oleh lelaki lain? Ada ker kuih yang sanggup dimakan oleh lelaki lain walaupun sudah tahu kuih tersebut telah dicepuh dan dicemari oleh persekitaran dan orang lain. Ada ker kuih yang munkin tidak akan diambil langsung? Ade ker kuih yang akan dibuang atau rosak akibat telah lama ditinggalkan?

Bagi seorang lelaki. Kadang kala tak kesahlah macam mane pon kuih tuh, kalau dia dah suka yang satu tuh, dia tetap akan ambil kuih yang telah dicepuh untuk dimakan. Tidak semestinya kuih yang dah disentuh itu teruk atau rosak. Dan percayalah ade lelaki yang sanggup terime keadaan kuih itu seadanya. Selepas sekian lama. Kuih itu menjadi darah dagingnya dan kini tak boleh dipisahkan lagi. 

" Apa yang aku dapat dari bace entry nie? Ape yang aku paham sebagai perempuan? Kalau aku lelaki ape pulak yang aku paham? Kalau aku lelaki,kuih mane yang akan aku pilih? Kalau aku perempuan,ape yang aku perlu buat dari sekarang? Layak ker aku sebagai kuih untuk dimakan oleh lelaki tersebut?"
Persoalan diatas perlu anda jawab sendiri. Ini sebagai renungan. Fahmie nak bawak korang ker dunia Fahmie. Apa yang Fahmie pikirkan pada hari-hari yang lepas. Tamat

pssst: ini adalah entry reblog. Fahmie takde mase nak menulis. so sory friends.
Baca Lagi - "Perempuan Dan Tudung Saji"

Thursday, October 28, 2010

Curang Itu Indah

Share/Bookmark
AMARAN:  Ini entry serious bukan jenaka macam selalu.


Rasenyer dah ramai dah tahu yang Fahmie suke cakap " Curang Itu Indah" kan? tapi pernah ke korang terpikir kenape Fahmie cakap macam tuh kat korang? dan kenape pulak mase entry yang lepas Fahmie ade cakap bahawa Quotes terbaik pada Fahmi adalah Curang Itu Indah?

Mungkin kate-kate Fahmie nie ade bagi impact kat sesetangah orang contohnyer macam pemilik blog pink nie sampaikan dye tulis entry pendek dan menanyer kan pendapat orang lain berkenaan dengan Quotes Curang Itu Indah. Tapi ade jugak yang anggap kate-kate nie sebagai gurauan. Tak kesah lah tuh. Tapi Fahmie rase sesiape yang terbace Quotes nie mesti terpikir sesuatu dalam diri dye. Curang Itu Indah ker?

Kali nie Fahmie nak bawak korang berpikir ikut cara Fahmie.  Dah lame kan tak buat macam nie.


Pertama: Fahmie nak korang tahu bahawa Fahmie dapat idea cipta Quotes Curang Itu Indah nie daripada lagu kumpulan Indie Band nie tajuk dye Kasanova oleh kumpulan The Times. Dulu suke sangat kumpulan nie. lagu dye korang kene tekan play la kat bawah nie.




KeDua: Niat Fahmie gune Quotes nie bukan nak melambangkan yang Fahmie nie curang. Tapi nak mengingatkan dan perli diri Fahmie sendiri bahawa curang tuh tak indah. Dalam mase yang same Fahmie nak gune ayat nie kat sesiape sahaje yang curang supaye dye terase. Sambil-sambil tuh kite berpesan-pesan lah. 

KeTiga: Fahmie nak bagi tawu yang Fahmie single. Tapi Fahmie jugak in open relationship. Korang paham kan maksud dye? Tapi orang tuh Fahmie tak perlu la bagi tawu siape kan?? Mungkin jugak orang tuh tengah bace entry nie sekarang. Mungkin orang tuh jugak orang yang comment kat bawah nie nanti. Mungkin jugak dye silent readers jer. Mungkin jugak orang itu adalah AWAK. Ye!! AWAK yang sedang membace nie. Tapi kalu AWAK tuh lelaki. Sedarlah bahawa bukan AWAK.

KeEmpat:  Bile Fahmie single. Bile Fahmie in Open Relationship. So, kite takde hubungan yang kukuh kan?? Maka, dia berhak untuk keluar dengan orang lain. Berhak untuk berkawan dengan orang lain. Dalam mase yang same, Fahmie pon berhak la kan kawan dan keluar dengan orang lain?? baru lah adil kan?? adakah ianyer dikire curang? adakah masih pikir Curang Itu Indah lagi??


KeLima: Bukan niat Fahmie bile in Open Relationship tuh Fahmie nak main-mainkan perasaan dia. Tak...tak macam tuh. Tapi Fahmie bagi kebebasan mutlak kat si dia berpikir adakah Fahmie nie terbaik untuk dia. adakah Fahmie nie boleh bahagiakan dia. So, bile kite bergaduh dalam in Open Relationship nie. Kite takde gune perkataan "Break-up". Kalau korang ade gune perkataan Break-up dalam relation ship korang. Bile dah Break-up kompom korang dengan dia dah tak macam selalu kan? mesti renggang gile. So, kalau gaduh tuh ade potensi untuk baik semule. Takde lah gune ayat "Rujuk" balik girlfriend or boyfriend korang tuh.

KeEnam: Fahmie pernah sound korang kan? Fahmie ade cakap. " Kenape PEREMPUAN suke show off boyfriend dye? Dye tak tahu ke yang Boyfriend dye rimas?" Yup, ayat nie agak keras bagi sesetengah orang. Tapi cukup kuat untuk buat orang terase yang diapunyer gambar kat FB or MS or Blog maybe yang buat aksi-aksi panas tuh sangat meng-anoying-kan Fahmie. So, Fahmie takde masalah yang sedemikian rupe. 
KeTujuh: "You dont know how sick you make me. You make me F**king sick to my stomach. Every time I'm read I puke". Jelaskan betape bencinyer. Tapi pada ape? Pada kekasih-kekasih yang publish kat wall boyfie or gurlfie dye pasal-pasal cinte. You know what? we dont want to know. Then (eh.cakap bahase Inggeris lak). Lepas tuh, setiap kali gadoh tulis mencarut bagai kat status. once again Fahmie nak bagi tahu Fahmie takde masalah yang macam tuh. Common lah. be mature. 


KeLapan: Kalau korang adalah dia. or kalau korang adalah bakal jadi GF Fahmie. or korang adalah bakal in Open Relationship dengan Fahmie. atau korang bakal suke kat Fahmie atau dah suke dah pon. Please jangan tulis kat wall Fahmie. Chatbox Fahmie. Fahmie lagi suke in Private. this is our business. not have to share with others. (geli pulak aku tulis mcm nie). Tapi bukan sebab takut kantoi okey. Jangan risau. Fahmie masih berpegang pada Curang Itu Tak Indah.


KeSembilan: Kepada Ex-Girlfrinds Fahmie. Thanks sebab tunjuk kat Fahmie bahawe yang korang rase Curang Itu Indah. Thanks sebab ajar Fahmie banyak bersabar. Banyak terime hakikat yang Fahmie tak cukup baik untuk sesiape. (ayat pelepas diri).

KeSepuluh:  Pesan Fahmie. "Kite Tak Tahu Ape Yang Kite Ade Sampai Kite Kehilangannyer". "Curang Itu hanya Indah Bagi Mereka Yang Curang". Pikir-pikirkan lah.


p/s: sory, mood tak stabil. sory jugak takde gelak dalam entry nie. sory lagi skali.sory kat lelaki yang bace aku tahu ko jelak dengan entry aku nie. sory dia. sory kamu. sory to everyone about everything.

Baca Lagi - "Curang Itu Indah"

Popular Post