home about me banner licence contact

Saturday, January 23, 2016

Oh Tuhan Dia Umpama Bidadari Vol 2

Share/Bookmark
1386 hari. Begitulah jarak antara entry terakhir aku dengan entry yang aku tengah karang sekarang ni. Dan kalau dulu aku cuba bandingkan sifat yang aku suka pada seorang wanita dengan bintang dan aku akan mengambil masa 7 hari untuk menghabiskan kiraan ku. Kini aku rasa jumlah sifat perempuan yang aku suka padanya lebih dari itu. Kerana sifat wanita yang aku suka padanya selepas 7 hari mengira bintang dilanjutkan dengan mengira zarah yang bergerak didalam mataku semasa aku memejamkan mata setelah penat mengira bintang-bintang tersebut. Dan aku mula mengira zarah-zarah itu sampailah aku terus menutup mata untuk selamanya tanpa tahu di mana pengakhirannya dan berapa jumlahnya sifat yang aku suka kepadanya. Tapi yang pasti, dia tidak akan tahu sekarang juga, dia tidak akan tahu hari ini juga, dia tidak akan tahu betapa aku sayang dan cinta akan dirinya.

Bukan niat dihati untuk menguji minda, tak pernah terlintas untuk bersandiwara dalam bercinta. Tapi untuk mencari yang setia, hormat ibu bapa, patuh arahan kita, sayang akan kita bukan perkara mudah. Percubaan selepas percubaan akhirnya entah kemana pengakhirannya. Tapi yang pasti kali ini pencarian terakhir bagi diriku. Kerana diri mu itu tak semudah yang kusangka tapi bile ternampak akan wajah mu aku ternampak masa depan kita.

Layanlah dia seperti anak kecil. Berikan dia gelak ketawa, nescaya dia akan suka akan dirimu. Belailah dia kalau dia ingin bermanja, usap kepala dan rambutnya, usap pipi dan kedua telinga dan matanya. Cium dahinya bila kau ada peluang disisinya. Jaga dan rawat dia sehingga dia tidur bila dia tidak sihat. Belikan makanan kesukaannya bila dia inginkan sesuatu untuk dimakan. Bawakan dia hadiah untuk kejutan baginya kerana itu makanan untuk jiwanya. Membebel dan denda dia kalau dia buat salah dan itu sebagai pengajaran terhadap dirinya. Kerana layanan seperti anak kecil itu yang diperlukan oleh setiap wanita. Sebab seorang wanita yang kau akan sakiti itu dijaga dibahagia mati-matian oleh kedua orang tuanya.

23 Januari 2016

Aku dah tak Forever Alone lagi. Banyak yang dah berubah. Kini aku dah ada kerja. Semua become better and better everyday. Percaya pada tuhan yang maha esa, menetapkan semua yang terbaik untuk kita. Kini ditemani dengan Si Dia. Kemana tah hilangnya dia sebelum ni. Kalaulah dah jumpe dia lama dulu kan lebih mudah. Hidup akan jadi lebih indah.

Dia cuma wanita biasa yang cantik jelita. Mungkin hanya dimata aku tapi bukan dimata dunia. Tapi bukannya mudah nak menjaga, banyak orang yang tunggu peluang yang ada. Takpernah aku berasa selesa walaupun telah mendapatkannya. Tak pernah pulak aku meninggikan suara. Tak pernah aku berkasar dengannya. Cuma terkadang terkecilkan hatinya. Maklumlah, jealous katanya. Perempuan mana yang tak jeles kalau bukan sayang puncanya. Kemana lagi hala tuju sebuah percintaan kalau bukan berniat untuk menikahinya?

Oh Tuhan dia umpama bidadari.

Permudahkanlah urusan kami agar proses ini menjadi lebih cepat. Tetapkan iman kami agar terus mengikut jalanmu jalan yang engkau redhai. Tunjukkan penyelesaian pada masalah kami. Tolonglah dan bantulah kami kalau kami dalam kesusahan. Berikan kami kawan dan teman yang baik dan dapat membantu. Ringankan beban kami agar kami terus bahagia. Majukan lah kami dalam pekerjaan. Janganlah uji kami pada benda yang kami tidak mampu untuk hadapinya. Kekalkanlah kami sehingga kami capai apa yang kami inginkan dan selamanya kami dapat bersatu. Oh tuhan, bukan hanya itu yang kami mahu.

Dan kalau dia bukan jodoh ku. Jodohkan lah dia dengan orang gila. SEBAB AKU TAK BOLEH TERIMA!!!!!!.

0 Organisma:

Popular Post