home about me banner licence contact
Showing posts with label Me. Show all posts
Showing posts with label Me. Show all posts

Saturday, January 23, 2016

Oh Tuhan Dia Umpama Bidadari Vol 2

Share/Bookmark
1386 hari. Begitulah jarak antara entry terakhir aku dengan entry yang aku tengah karang sekarang ni. Dan kalau dulu aku cuba bandingkan sifat yang aku suka pada seorang wanita dengan bintang dan aku akan mengambil masa 7 hari untuk menghabiskan kiraan ku. Kini aku rasa jumlah sifat perempuan yang aku suka padanya lebih dari itu. Kerana sifat wanita yang aku suka padanya selepas 7 hari mengira bintang dilanjutkan dengan mengira zarah yang bergerak didalam mataku semasa aku memejamkan mata setelah penat mengira bintang-bintang tersebut. Dan aku mula mengira zarah-zarah itu sampailah aku terus menutup mata untuk selamanya tanpa tahu di mana pengakhirannya dan berapa jumlahnya sifat yang aku suka kepadanya. Tapi yang pasti, dia tidak akan tahu sekarang juga, dia tidak akan tahu hari ini juga, dia tidak akan tahu betapa aku sayang dan cinta akan dirinya.

Bukan niat dihati untuk menguji minda, tak pernah terlintas untuk bersandiwara dalam bercinta. Tapi untuk mencari yang setia, hormat ibu bapa, patuh arahan kita, sayang akan kita bukan perkara mudah. Percubaan selepas percubaan akhirnya entah kemana pengakhirannya. Tapi yang pasti kali ini pencarian terakhir bagi diriku. Kerana diri mu itu tak semudah yang kusangka tapi bile ternampak akan wajah mu aku ternampak masa depan kita.

Layanlah dia seperti anak kecil. Berikan dia gelak ketawa, nescaya dia akan suka akan dirimu. Belailah dia kalau dia ingin bermanja, usap kepala dan rambutnya, usap pipi dan kedua telinga dan matanya. Cium dahinya bila kau ada peluang disisinya. Jaga dan rawat dia sehingga dia tidur bila dia tidak sihat. Belikan makanan kesukaannya bila dia inginkan sesuatu untuk dimakan. Bawakan dia hadiah untuk kejutan baginya kerana itu makanan untuk jiwanya. Membebel dan denda dia kalau dia buat salah dan itu sebagai pengajaran terhadap dirinya. Kerana layanan seperti anak kecil itu yang diperlukan oleh setiap wanita. Sebab seorang wanita yang kau akan sakiti itu dijaga dibahagia mati-matian oleh kedua orang tuanya.

23 Januari 2016

Aku dah tak Forever Alone lagi. Banyak yang dah berubah. Kini aku dah ada kerja. Semua become better and better everyday. Percaya pada tuhan yang maha esa, menetapkan semua yang terbaik untuk kita. Kini ditemani dengan Si Dia. Kemana tah hilangnya dia sebelum ni. Kalaulah dah jumpe dia lama dulu kan lebih mudah. Hidup akan jadi lebih indah.

Dia cuma wanita biasa yang cantik jelita. Mungkin hanya dimata aku tapi bukan dimata dunia. Tapi bukannya mudah nak menjaga, banyak orang yang tunggu peluang yang ada. Takpernah aku berasa selesa walaupun telah mendapatkannya. Tak pernah pulak aku meninggikan suara. Tak pernah aku berkasar dengannya. Cuma terkadang terkecilkan hatinya. Maklumlah, jealous katanya. Perempuan mana yang tak jeles kalau bukan sayang puncanya. Kemana lagi hala tuju sebuah percintaan kalau bukan berniat untuk menikahinya?

Oh Tuhan dia umpama bidadari.

Permudahkanlah urusan kami agar proses ini menjadi lebih cepat. Tetapkan iman kami agar terus mengikut jalanmu jalan yang engkau redhai. Tunjukkan penyelesaian pada masalah kami. Tolonglah dan bantulah kami kalau kami dalam kesusahan. Berikan kami kawan dan teman yang baik dan dapat membantu. Ringankan beban kami agar kami terus bahagia. Majukan lah kami dalam pekerjaan. Janganlah uji kami pada benda yang kami tidak mampu untuk hadapinya. Kekalkanlah kami sehingga kami capai apa yang kami inginkan dan selamanya kami dapat bersatu. Oh tuhan, bukan hanya itu yang kami mahu.

Dan kalau dia bukan jodoh ku. Jodohkan lah dia dengan orang gila. SEBAB AKU TAK BOLEH TERIMA!!!!!!.
Baca Lagi - "Oh Tuhan Dia Umpama Bidadari Vol 2"

Saturday, April 7, 2012

Oh Tuhan Dia Umpama Bidadari

Share/Bookmark
Jika sifat sifat wanita kesukaanku yang ada padanya ku kira dengan bintang. Maka 7 malam bintang bertaburan di langit baru dapat ku habiskan pengiraan ku. Tapi ku tahu, dia terlalu sibuk untuk tahu semua ini hari ini. Lebeh parah lagi dia tidak baca post ini hari ini. Mungkin esok, mungkin lusa, siapa tahu. 

Disaat aku menulis entry ini, aku harap sangat mereka yang terbaca entry ini dapat mengingatkan Dia bahawa aku rindu padanya. Tapi apekan daya, aku tidak pernah bercerita tentang dirinya. Aku cume berharap Dia teringin mahu bercakap dengan ku sama seperti betapa aku teringin bercakap dengannya. Tapi apakan daya, Dia tak mungkin akan merasainya sekarang juga. 

Ini bukan kesah cinta teragung di dunia dan ini bukan kesah 500 tahun usianya. Ini cume kesah aku. Yang lain tak perlu tahu sebenarnya, kerana kite selalu cipta dunia kita sendiri. Aku tak mengenali kawan mu lebeh rapat dan kamu tidak pula mengetahui kawan ku lebeh baik dari sebelumnya. Itu perkara biasa bagi kita. 

Pernahkah korang merasa ingin melarikan diri dari semua orang dan menyembunyikan diri setetika? Tapi kemana aje kite nak pergi selain ke bilik kite sendiri. Kemana lagi nak kite mengadu perkara personal melainkan kite pendam sendiri kepedihan yang kite ada. Ape yang kite tahu, bile kite bersama dia, kite happy sentiasa. Pada saat itu, kite maapkan semua yang dia pernah kate, buat, lihat, mahupun hanya Dia pikirkan. Kita maafkan dia umpama ini hari raya pertama bagi kite. 

Sabtu, 5:42 Petang. Puncak Alam. 

Hujan telah mula menitik di luar rumah, semakin lama semakin lebat keadaannya. Sama seperti dalam hati yang aku ada. Siapalah kita nak pendam semuanya, kite serah je kepada yang Maha Esa. Aku tiada apa apa, tak mampu berbuat apa apa, sama seperti biasa. Cuma ku harap aku diizinkan  mencium dahinya sekarang juga.  Tapi apakan daya, Dia tiada. 

Ya Allah, 

Aku memohon ampun padaMu, Aku tahu aku selalu lupe tatkala aku bangon dari tidurku untuk mengingatiMu. Tapi aku selalu ingat padaMu bile aku ingin tidur. Aku lupekan Mu bile aku tertawa terbahak bahak, tapi aku mengingatiMu di saat aku dalam kesedihan. Aku lupekanMu bile aku jatuh cinta, tapi aku mengingatiMu bile aku membenci seseorang. Aku lupekanMu bile aku sedang makan, tapi aku mengingatiMu bile aku lapar. Aku lupekanMu bile aku mula bercakap, tapi mengingatimu bile tiada apa lagi yang aku mampu cakapkan. Aku lupekanMu bila aku marah, tapi mengingatiMu bile aku harus bersabar tak mampu melakukan apa apa. Tapi tolonglah, Tolong lah aku YaAllah s.w.t. Jangan buat ku lupe bahawa aku akan mati kelak. Sebab aku akan mengingatimu di saat aku masih hidup. 

Ya Allah Dia umpama bidadari. 

Tunjukkan aku untuk mendapatkan dirinya, sepenuhnya. Permudahkan urusan ku untuk menerima segulung ijazah. Agar urusan kami dapat dipercepatkan. Dapatkan aku kerja yang baik, untuk aku membeli semua kemahuannya. Rahsiakan hubungan kami, agar tidak timbul riak dan sifat menunjuk nunjuk yang lainnya. Dan kalau betul aku miliknya, Permudahkanlah.

Amin.

P/s: Untuk gadis yang aku cinta. Dia.
Baca Lagi - "Oh Tuhan Dia Umpama Bidadari"

Saturday, March 31, 2012

Experiment: Happy Birthday

Share/Bookmark
12:05 Pagi 31 March 2012

Experiment aku tamat setelah jam menunjukkan pukul 12 tengah malam 31 March 2012. Aku telah membuktikan bahawa kalau takde Facebook, tak ramai pon yang ingat birthday aku. Kalau orang lain selalu cerite pasal perkara yang harus di ingati semasa Birthday diorang, aku pulak nak cerite perkara yang aku harus lupekan mase birthday aku. 

Yang lebeh menyedihkan, kawan baik aku sendiri lupe pasal birthday aku. Si @Topanesta , @Lassiegewdix dan @Aaleechaa semua lupe pasal birthday aku. Bukan itu sahaja, orang orang penting dalam hidup aku sendiri lupe pasal birthday aku. Takpe Fahmie, mungkin mereka sebok pikir pasal hal diorang, aku bermonolog. Takpe, Aku kan hanya wujud bile mereka memerlukan pertolongan.   Aku bermonolog lagi. 

Hasil daripada experiment yang aku jalankan. Aku dah dapat buat satu hipotesis. 
"Jika Facebook tidak mengingatkan kite, maka kite tidak ingat birthday kawan kite" 
Orang yang wish Birthday kat aku kurang dari 10 orang. Dan orang yang wish aku di Facebook. KOSONG. Untuk pertama kalinya dalam sejarah aku main social network nie. Kalau Tahun lepas aku cerite notification aku jejak 1000++ sebab orang wish Selamat Ulang Tahun, Selamat Hari Lahir, Selamat Hari Tua, Happy Birthday,HB.... HB? what the hell is HB? dan lain lain lagi yang same maksud dengannya.   Sorry, tahun nie langsung takde. 

So, ape pulak yang jadi sepanjang Birthday aku semalam? 

Tiada apa apa. 

30.3.2012

-tamat-

p/s: Mak. You are the best. Mak orang pertama yang wish. 
Baca Lagi - "Experiment: Happy Birthday"

Saturday, March 24, 2012

Kesah Sedih Hari Sabtu

Share/Bookmark
Semuanya bermula bila aku ingin memulakan hari baru aku selepas aku aktifkan "mode horizontal life pauses" atau bahase melayunye adalah"tidur". Badan aku kebas kebas kibas kari babas gitu. Mungkin sebab aku telah activekan "Mode  Hi World You Make Me Mellow" atau bahase melayu dye "Hotak kau aku tak tido 29 jam doe". Itu perkara biase. Harimau di hutan kupatahkan leher, inikan pula tak tido. 

Dalam aku dipeluk erat selimut edaran WINDSIR yang aku tak penah dengar jename ape nie. Aku teringin nak makan Toasted Bread pagi pagi nie. Untuk mendapatkannya aku harus berguling guling ke hujung katil. Pakai selipar jepun aku nie. Garu bontot. Bangon dan pergi ke gerobok aku. Sayang sekali, takde seluar pendek disitu. Baru perasan aku tertido bogel malam tadi lepas mandi lupe pakai seluar. 

Tak perlu risau. Sebab aku rase aku ade letak seluar pendek aku kat tempat lain aku rase. Aku bukak laci atas dan laci bawah. Lepas tu aku bukak laci bawah dan laci atas. Aku cari di merata tempat dalam gerobok tu. Hampa. Takde. Yang ade cume seluar pendek yang kotor di dalam karong baju kotor. Ape yang aku perlu buat nie? Buntu. 

Kalau aku nak pakai baju formal. Aku perlu lebeh productive hari nie. Tapi hari nie hari sabtu. Mane ade orang productive hari sabtu. Aku dah bertukar ke "Mode Panic At The Disco". So ape yang aku kene buat sekarang nie? 

Aku mengelamun lagi, takut, fikiran bercelaru, kilat sabung menyabung, deruan ombak rindu mencakar persisir pantai. Dan aku masih takde idea macam mane aku nak makan Toasted Bread pagi pagi nie. Aku rase macam dunia aku dipenuhi kegelapan. Macam dah takde harapan nak hidup. Sekali lagi. Aku tahu, mesti ade kat mane mane punyer seluar pendek yang bersih tu. Cume aku je yang tak jumpe. 

Aku teringat yang aku belum gosok gigi. Aku capai tuala, tutup mane yang patot. Terus masuk bilik air. Jangan ditanye ape aku buat dalam bilik air. Ayat tu dah cliche. Lepas tu barulah aku terpikir. Asal aku tak pakai tuala je turun bawah? 

Sedih. 

p/s: Dah sampai masanya aku kene cuci kain baju aku. 
Baca Lagi - "Kesah Sedih Hari Sabtu"

Friday, March 16, 2012

Bed Time Story

Share/Bookmark
Khamis.

Masalah tidur yang belum terungkai jalan penyelesaiannye. Hujan lebat dimalam hari. Kabus kabus putih melekat di cermin tingkap. Minda aku masih separa sedar akibat jadual kelas padat dengan activity yang tah ape ape hentah. 

Rumah aku tinggal aku berdua di dalamnya. Aku dan Adi (bukan nama sebenar). Yang lain pergi menonton sukan yang tak berfaedah. 1 barang kejar dan berebut 23 orang. Sukan tu famous gile sejak dari dulu lagi. Orang kate kalau lelaki tak minat sukan nie mereka pelik. Tinggalkah kami kaki online dirumah. Adi di bilik depan dan terkunci. Urusan lelaki katanye. 

Aku buat hal aku dalam bilik aku. Sorang sorang. berbekalkan lappy Asus isi Linux Ubuntu versi 11.10 . Suhu di Puncak Alam sejuk. Sejuk gile rasenye. Teringat mak kat rumah kalau hujan hujan dye buatkan air Teh O panas. Uuuu.. sedapnye. 

Turun ke bawah untuk buat air panas. Teh O takde. Tapi yang ade New Nescafe Ipoh White Coffee je. Oh aku lupe ade Toasted Bread skali aku buat. Kemain kan ayat bahase Inggeris aku. Aku benci bahasa penjajah ^_^

Sementara menunggu air masak. Aku naik ke atas untuk ambil handphone. Sampai separuh tangga nak turun aku dengar Adi jerit dari arah dapur... 

"Fahmie, Sini  kejap..."

Aku menyahut. 

"Yeee.. kejap, aku datang nie" 

Suara Adi lagi.

"Fahmie, jangan turun bawah. Aku dengar suara tu jugak" 

Tapi kali nie suara Adi dari dalam bilik dye. Itulah masalahnye.


P/s: Mimpi yang indah ye semua malam nie. Good Luck!! 
Baca Lagi - "Bed Time Story"

Thursday, March 8, 2012

I Berputar

Share/Bookmark
Aku duduk di atas mangkuk tandas, angan angan menjadi perdana menteri. Merubah semua yang aku alami, angan angan yang belum pasti aku kecapi. Cubaan berhenti dari merokok tahap motivasi diri. Kau musuh negara wahai api. Kau punye penangan memang gile babi. Wow kau bebual berapi. Sedarlah weh, semua kau kate kadang kadang hanya tahi. Ape aku peduli. Fakyubebi

Ye aku belum tidur lagi. jam pukul 5 30 pagi. Ape nak jadi. Aku belum ke kelas lagi. Relax lah weh, kan awal lagi. Mungkin minggu depan baru aku pegi. Itu pon tengok lah mood aku nanti. Oh mak, sorry. Kali nie alang janji. Alang lah name di beri. 

Bile tak tido otak aku kooki. Jangan di tanye ape maksud kooki. Baru aku reka tadi. Again, fakyubebi. Ape gune kau dikenali, kalau kau hanya roti. Jadi sampah bile dah basi. Ayat kau gune same je di hati. Oh orang itu, I tak cakap Fakyubebi. Aku dah macam berpuisi, koma dan titik di sana sini. Oh aku suke ini. 

Aku sambung lagi. 

Yang atas korang bace tadi hanya mukadimah. ^_^ pandai tak aku nak korang terus bace panjang panjang. *kening naik naik*  Aku dah takde bahan yang lebeh ilmiah dari nie untuk santapan korang. Sorry. 

Oh, aku dah naik University dah. 1st week suck. Result last week suck. That moment bile kite perlukan pertolongan kawan kawan kite yang terdekat. Semua tak nak tolong, suck. Hutang banyak la jugak, suck. Tak dapat tidur ikut waktu yang sepatotnyer, suck. Sekurang kurangnye aku taip, bagi korang semua bace, korang semua tahu. Atau, semuanya akan jadi same macam tu jugak. Ingat nie. 

"Speak up, be heard, if you don't say a word. Everything will stay the same way" hahaha. Aku benci bahase penjajah. Fakyubebi. 

Mak aku sehat, rim moto aku pon kilat. semua okey. #TwtupJohor pon okey so far takde masalah. Aku relax. Aku suke Mengekalkan Kesempurnaan. Penat pulak taip. Lapar. Aku rindu Mia, Aku rindu Ariff. Lagi rindu kat Dia. Hai Dia. Dah bace nie BBM I okey. I tunggu. ^_^ 

Tapi dunia sekarang tak okey. Pegi lah mengundi. Jangan lupe lagi. Jangan lupe support StopKony2012 nie sekali. Dunia umpama neraka, hidup ibarat layang layang. LOL, kau kalau busybody, fakyubebi. 

P/s: Jaga bahasa anda lain kali. Tau pon tak suke bile aku banyak mencarut nie. Sebab aku buat salah tadi. Sorry. 
Baca Lagi - "I Berputar"

Sunday, February 26, 2012

Ini!

Share/Bookmark
Dan kalau kau bagi aku peluang-
-kalau kau bagi aku peluang itu-
aku akan gunekan seumur hidup aku nie 
untuk buktikan kat kau bahawa
kau telah buat keputusan yang tepat 
untuk hidup kau sendiri.

p/s: I Miss Us

Baca Lagi - "Ini!"

Sunday, February 12, 2012

Zulfahmi Abidin Versi Anak Derhaka Vol. 2

Share/Bookmark
4:15 Pagi

Akibat tengok bola kat Salsabila. Man Utd lawan Liverpool malam tadi. Dengan air redbull dan shisha campuran. Tak kesah lah walau aku tak tengok bola tu pon tapi aku online dengan PC je kat kedai tuh. Dah pukul 4 pagi dan aku still tak boleh tido lagi dan masih berguling guling manje.

Boring. 

Takde ape nak buat. 

Aku dapat idea.

"Plung!!" 

(Plung!! tu effect bunyi tumbuh lampu kat atas kepale aku)

Aku amek phone aku dan mula mendail. 

Cubaan pertama tidak berjaya. Cubaan kedua masih tiada yang angkat. Cubaan ke tujuh tiada jawapan.

Cubaan ke tiga belas:

"Assalamualaikum Miss"

"W'salam Fahmie, ade ape?"

"Maaf Miss sebab mengganggu"

"Takpe Fahmie, ade ape awak call saye pagi pagi nie?" 

"Boleh Miss terangkan pasal ape yang Miss ajar sem lepas? Rumuskan semuanya"

"Rajin awak Fahmie call saye pagi pagi tanye pasal pelajaran? Awak dah kenape Fahmie"

"Saye tak boleh tido Miss. Sebab tu saye suruh Miss mengajar saye sekarang"

"Siap kamu sem depan Fahmie"

"Errr!! Tapi saye tak ngantok Miss. Miss ajar lah. Nanti saye tido. plz..................."


p/s: Aku terus tak boleh tido sebab pikir pasal sem depan. Ape lah yang dye nak denda aku. Phuuuiiihh. Siallah. Rugi super saver aku.
Baca Lagi - "Zulfahmi Abidin Versi Anak Derhaka Vol. 2"

Thursday, February 9, 2012

Tips: Lelaki Budiman

Share/Bookmark
Memang dah jadi lumrah kalau perempuan selalu tertanya tanya macam mane rupa paras dye. Itu normal. 

Soalan lazim dye. 

U, I gemuk tak? U, I nie cantik tak? U, warna kulit wajah I dengan kulit badan I sama tak? Jerawat I obvious sangat tak? Rambut I ade macam Jessica Alba tak?  U, I gemuk tak? U, I nie cantik tak? U, warna kulit wajah I dengan kulit badan I sama tak? Jerawat I obvious sangat tak? Oh. dye ulang soalan yang same hari hari. 

Tapi jangan lah korang jawab. 

U buruk gile. Baju yang U pakai macam Anna Lulu. Dah macam pokok Christmas dah i tengok. Baju U tu ketat sangat. Pattern baju U dah macam Endon. U nampak gemuk macam tayar Michelin dah. Tone muke U nampak macam nak pegi majlis pengebumian. Rambut U dah macam penyanyi rock kusut gile, berbau lak tuh. Selipar U macam Makcik Philippine. U ade misai!!!! 

Jangan, jangan gunakan ayat nie semua. 

Gunalah ayat yang lebeh sedap di dengar macam:

U lah monyet paling cantik I pernah jumpe. Hamboi! kurusnya U. U lah badak air paling kurus I pernah jumpe. Macam Adibah Noor. Cantik baju U, mak U bagi kat U sebab dye tak muat ke? *part jenis binatang tuh korang slow kan sikit mase cakap*

Atau;

U cantik hari nie. Cukup

Lepas tuh mesti dye tersengeh sengeh dengan korang. Lepas tuh mule lah dye atur ayat seterusnya. 

"Awwww. so sweeeeeettttt.......betul ke U I cantik hari nie?"

Memang weh. Perempuan dengar padahal ape kite cakap. Tapi dye sengaje je buat buat tak dengar sebab nak kite cakap lagi sekali. Kalau boleh record dye record. Lepas tuh mule lah tuh dye post kat status Facebook dye. Tak pon jadi trending kat Twitter. Nanti kompom dia terus cakap...

"I Love U"

kalau korang tak nak jawab "I Love U Too" . Korang jawab lah macam nie..

"I Love Utube"

sebut je laju laju. ^_^ 

Goodluck guys. 

p/s: Kalau aku kate kau cantik. Kau memang cantik. Aku tak pernah tipu. Aku kan Lelaki Budiman

feel free to join #ProjectAwesome2012
Baca Lagi - "Tips: Lelaki Budiman"

Friday, January 20, 2012

Study...Stud..Stu..St..S..Sl..Sle..Slee.........Sleep

Share/Bookmark
Musim musim study kalau aku baru bangon tido je, bende pertama yang aku akan pikir adalah. "Wah, Indah nya pagi nie" lepas itu disusuli dengan "Hrmmm..Kenapelah aku masih hidup lagi hari nie." Soalan nie lazim aku tanyekan pada diri aku sendiri. Kau tak perlu tahu dan aku tak perlu ingat. 

Otak aku penat gile. Penat yang tidak terhingga bile study berhari hari tak cukup tido. Aku tau otak aku pon perlukan senaman jugak, tak boleh lah sentiase study je memanjang. Sebab tu aku pikirkan satu aktiviti dalam kepale otak aku nie. Aku pikirkan tentang "jogging". Supaya otak aku pon cerdas.

20 Januari 2012, Paper last pulak tuh hari nie. Cuaca okey. Suhu pon okey. Takde banyak sangat masalah kat situ. Cume aku je yang tak okey sebab tengah tengah study asyik tertido jer. Ape pon tak boleh di situ.

Ingat sebelum pegi jawab exam nak beli roti dulu. Tapi aku lupe. Sampai Fakulti ingat nak amek voucher buku RM200 tuh. Itu pon aku lupe jugak. Dalam fakulti aku ingat nak sambung study balik sikit sikit sebelum jawab exam. Itu pon aku lupe jugak nak buat. Bile dah start exam, ape jawapan dye? itu pon aku pon aku lupe jugak weh. arghhhh..... kuaja gile semua bende aku lupe hari nie.

Seorang pegawas peperiksaan lalu disebelah ku

"Psssttt..... Encik. Yang nie jawapan dye ape eah?" 

*angkat angkat kening tande nak rasuah*

dye balas dengan senyuman kat aku. 

dye berlalu pergi ke hadapan. dye tulis something atas kertas. dye koyak kan kertas tersebut. dye gulung gulung kertas yang dye koyakkan tadi tuh. dye datang balik kat aku. dye campak kan kertas kecik tuh kat aku. aku dah target ini kalau bukan hint, skema jawapan terus dye kasi kat aku. aku pon amek kertas tuh. aku bukak gulungan kertas tersebut. aku nampak dah ape dye tulis. aku pusingkan blah belakang. tengok ade lagi tak dye tulis. 

Takde ape.

Aku pusingkan balik kt belah depan kertas tuh. tengok balik ape yang dye tulis. Aku bace banyak kali ape yang dye tulis. Aku ingat aku yang salah bace. Tapi hampa. bile dye tulis kat aku. 

"Takde jawapan untuk orang yang malas belajar" 

p/s: ngantok ah. nak tido. Bubbye
Baca Lagi - "Study...Stud..Stu..St..S..Sl..Sle..Slee.........Sleep"

Monday, January 9, 2012

Aku Tak Macam Selalu

Share/Bookmark
Selamat Tahun Baru 2012!
Masih tak terlambat lagi aku rase untuk aku ucap selamat tahun baru kan? Tahun 2011 macam macam jadi kat diri aku. engkau. dan semua orang. Terime kasih aku ucapkan kepada orang yang membenci diri aku, sebab korang membuatkan aku jadi insan yang kuat. Terime kasih jugak kepada orang yang menyayangi diri ini, sebab awak buat hati saye berbunge bunge. ^__^ . Terime kasih jugak kepada mereka yang risaukan aku, sebab korang dah buktikan yang korang care kat aku. Kau kawan yang sejati. Terime kasih jugak kepada orang yang meninggalkan aku bile masuk tahun 2012 nie.Sebab korang buat aku sedar bahawa takde bende yang kat dunia nie bertahan selamanya. Terima kasih kepada semua yang mengenali aku sebab koranglah aku jadi diri aku yang sedia ada sekarang nie. Terima kasih semua.

Online
Online itu memboringkan. Sebab tu aku offline. Disebabkan aku boring offline. Aku online balik. Ehhh!! hahaha. Tak kesahlah walau ape pon yang aku cube buat kat komputer aku nie. Mesti ending dye selalu aku ade kat Youtube dan Twitter tak pon Facebook, kadang kadang Tumblr tak pon blog. Doktor kate aku ade penyakit Twitteryoutubefacebooktumblrblog disease. Ubat dye belum dijumpai. Ingat nak tanye Ustaz Azhar Idrus. Tapi aku baru kenal dye semalam. Tunggulah kami rapat nanti.

Impian
Aku harap sangat aku akan jadi budak kecik balik yang berumur 5 tahun dan masalah paling besar aku mase tuh adalah "mane mak aku sembunyikan mainan aku". Dulu, aku ade ramai girlfriend, ramai gile kawan, banyak duit kat poket, rase semua nye perfect. Tapi lepas tuh aku bangon tido. Punah harapan.

Facebook
Aaaaakkkkuuuu mmmmeeeemmmmaaannngggg sssuuukkkeeee kkkkaaaallllaaaauuuu aaaaadddeeee ooorrraaannnggg ttttaaammmmbbbaaahhhhh hhhhhuuurrrrruuuffff bbbbaaannnnyyyyaaakkk bbbbaaannnnyyyaaakkkk bbbbiiiiiiillllllleeeeeee ddddddyyyyyyyeeeeeee uuuuupppppdddddaaaaatttteee ssssstttttaaaatttttuuuusssss ffffffaaaacccceeebbbbbbooooookkkk dddddyyyyyyeeeee ttttuuuuuuuuuuuuuuu...........................

Rindu
Tulis "Rindu" atas batu. Baling batu tu kat kepale perempuan yang aku rindu. Supaye dye tau betape sakitnye aku bile rindu kat dye.

Keyboard
Percaye atau tidak, bile emosi aku terganggu, aku akan taip kat keyboard aku nie lebeh laju dari biase,bukan setakat keyboard,keypad handphone pon same jugak.

Fokus
Baling sampah kat bakul sampah dalam jarak 3 kaki gitulah. Tapi tak masuk. Aku kutip sampah tuh, aku baling lagi sekali. Tak masuk jugak. Tong sampah nie kuang ajo tau. nak gadoh ape.

Study
Otak aku, dye cume boleh hafal 5% Name name orang, 3% No phone orang, 2% Bende yang aku patot study. lagi 90% Lyric lagu sahaja.

Dia
Perkara paling sweet seorang perempuan penah buat kat aku adalah dye bawak aku kemana sahaja selama 9 bulan. Bile berbual dengan dye kat talipon aku selalu jawab ringkas je "Yes. Yes. orang tau. Yupp. Nanti orang buat. Okay. Yes. Alright. Okay". Bile dye marah aku sebab bilik aku bersepah aku selalu jawab "Bilik orang bukan bersepah lah,orang sengaje tunjuk semua ape yang ade kat bilik nie. Ala macam museum tuh" . Bile dah jauh dari rumah nie. Barulah ingat kat dye. I miss you....Mom.

Aku
Kenape kite perlu memberus gigi sebelum breakfast eak? Aku rase kalau gosok gigi sebelum breakfast tuh macam aku perlu cebok bontot aku dulu sebelum aku berak. Eh.. ~sigh.Dan adakah aku sorang je yang menghabeskan setengah jam depan cermin sebelum mandi sambil buat muke muke pelik dekat diri aku sendiri lepas tu main main rambut? Itu aku tak pasti. Aku rindu saat saat dimana aku ade teh-o panas kat tangan kanan, berdiri, tengok kat luar tingkap time hujan waktu malam sebelum aku tido. Aku rindu saat saat yang tenang macam tuh.

p/s: Plan aku simple je kan? macam Simple Plan.
Baca Lagi - "Aku Tak Macam Selalu"

Tuesday, December 6, 2011

Kau Tak Perlu Tahu

Share/Bookmark
Senyap
Ingat tak waktu waktu yang kite perlukan dimana keadaan semua senyap sunyi takde orang berkate kate, takde music, takde bunyi ape ape walaupun bunyi degupan jantung atau hembusan nafas kite sendiri yang keluar dari corok corok paru paru. Yes. We need that sometime. 

Butang Like
Fungsi "LIKE" boleh diterima oleh semua orang. Better tak cakap ape ape dari memberi comment. Dan aku sedang mengaplikasikannye dalam kehidupan seharian ku yang di realisasikan dari kehidupan di dunia maya Facebook.. Tak kesah lah ape orang buat, walaupun nampak pelik. Kite suke jelah. Sebab dye sedang jadi diri dye. Dan dye buat ade sebabnye. 

Fungsi Like kadang kadang digunakan untuk memberhentikan perbualan. Yup kite diam. Tapi kite like. Like it? 

Duit
Aku tak pastilah sama ada aku terlalu miskin. Atau barang sekarang terlalu mahal. Kenape terlalu banyak sangat bende kite nak beli? Nafsu? Hi, welcome back. 

Putus
Kekasih    : Ape akan you buat kalau kite putus? 
Saye         : I akan kembali ke bekas kekasih I. 
Kekasih    : (crying) I nak kite putuskan hubungan kite nie. 
*beberape jam kemudian*
Saye        : Hi you, jom pegi lunch. 
Kekasih   : I ingat you nak balik kat bekas kekasih you tu. 
Saye        : You lah bekas kekasih I. :) 
Kekasih   : <3

Hidup
The rules of thumb is simple. This is how it goes. 
Lapar? Kau kene pergi makan. 
Gemuk? Kau kene berenti makan. 
Penat? Kau kene berehat. 
Sakit? Kau kene cari ubat. 
Bodoh? Kau kene pergi belajar. 
Miskin? Kau kene pergi kerja. 
Tak Happy? Pergilah cari seseorang yang kau boleh cintai. Dye akan buat kau happy. 

Movie
Nope. Aku tak keluar untuk pergi tengok wayang. Kadang kadang je aku keluar. Tu pon bergantung pada keadaan. Lebeh kepada Download je. Yeah. in illegal way. Tapi, aku bagus dalam bab bab tu. Downloadkan untuk kau? Fak you. itu takkan terjadi. Downloadkan cerite melayu? Fak you. Aku support industri perfileman Malaysia. Downloadkan blue? whattt? boleh ke? kat mane nak download? 

Music
Terime kasih kepada Encik Melodi, Irama dan Lagu. Anda sangat membantu saye dikala saye ingin mandi. berkumur. tido. boring. rindu. sakit. jiwa kacau. happy. ceria, lemah, dan time aku ade lagu baru dalam list. Takde sape yang tetapkan lagu ade tarikh expired kan? Bukan sebab berape lame lagu tuh ade. Tapi semua nie tentang betape bermaknanye lagu tuh dalam hidup aku. 

Mesin Waktu
Aku tahu aku hebat sampai aku telah mencipta mesin waktu dalam hidup aku. Aku dapat kembali ke mase lampau yang aku panggil KENANGAN. Lepastu aku boleh pergi ke mase hadapan dan aku panggil ianya BERANGAN. Aku tak nak cerite pasal mase lalu aku. dan aku tak nak tau ape mase lalu kamu. Sebab aku tahu. Kamu dan aku. Dah tak tinggal kat sane lagi. Kite cipta hidup yang baru. 

Cemburu
Orang yang aku paling cemburu dalam dunia nie adalah Mak dan Abah aku. Kadang kadang sifat dendam tuh timbul dari pelusuk mane aku tak tau. Dalam sedar tak sedar. Aku tak tau macam mane mereka buat. Aku cemburu sebab Mak dan Abah aku ade anak yang AWESOME macam aku. 

Kawan
Tak kesahlah betape susah nye nak meneruskan hidup aku nie. Tapi, aku nak korang tahu aku sentiasa ada kawan yang cukup bodoh untuk terime aku seadanye. Thanks guys. Aku tak tau ape yang ade kat aku nie sampai korang sanggup berkawan dengan aku, sentiasa ade mase senang dan mase susah. Thanks again. 

Lelaki Budiman
Untuk jadi lelaki budiman. Aku tak perlu ade 100 girlfriend. Tapi cukup sekadar aku ade seorang girlfriend yang aku sanggup menerime tentangan dari 99 orang lelaki lain untuk mendapatkannya. Kalau dye tak rase dye special. Kenape ade lelaki yang ingin kan dye. Berbaloiness. 

Kebenaran
Kadang kadang. Tak tahu itu nikmat. Trust me. Better kite tak tahu dari kite tahu. Tapi. Lebeh baik rasenyer kite disakiti dengan kebenaran. dari kite bahagia dengan kebohongan. Dan kalau nak cakap dengan aku. Cakap jelah depan depan. Jangan cakap kat belakang. Belakang badan aku nie bukan ade peti mel suara pon. ^_^

Walau ape pon dalam hidup kau. bukak mate untuk nampak bende yang sekecil kecil alam. sebab yang kecil itu yg kau akan kenang nanti. Kite tak tahu ape yang kite ade sampai kite kehilangannye. dan aku? I'm being me. Be what i want to be, not others want to see. 

Baca Lagi - "Kau Tak Perlu Tahu"

Thursday, November 24, 2011

Sejuk

Share/Bookmark

Susahnye nak bangon pagi nie. Aku salahkan musim tengkujuh sebab buatkan tidur malam ku nyenyak menjelang subuh. Banjir merata rata tempat. Hujan kat luar rumah. Dalam hati pon hujan jugak kengkadang. Stress gile weh blajar. #Untunglah kalau ade orang yang tersayang. Boleh dye teman tidur malam. ^_^

Aku: Sayang, i kene bangon nie.

Dia: Tak yah lah bangon. Sejuk kat luar tuh.

Aku: I kene mandi lah. I kene pegi class nie.

Dia: Alah. Kejap lah. Kelas you kan start kul 8:30. Sekarang subuh lagi nie.

Aku: Eh. Tak boleh. You tau kan I tak suke ponteng ponteng class nie.

Dia: Ala Yang. Nanti you pegi kelas sape nak teman I? you sanggup ke tengok I sorang sorang kat bilik?

Aku: Memang lah I tak sanggup. Tapi I terpakse.

(dye hug aku makin kuat. dye tak nak melepaskan aku)

Aku: Ok ok. I tak pegi kelas. I suke bile you hug I macam nie pagi pagi. ^_^

Dia: Ha macam tuh lah. Petang nie mandikan I pulak ye.

Aku: Oh lupe nak bagi tau. Petang nanti lepas I mandikan you. I tukarkan you dengan Si Biru tau. Malam nie I nak tido dengan Si Biru pulak.

Dia: Tapi you......

Aku: You basah. Macam mane nanti malam I nak tido dengan you basah basah.

Dia: Yelah yelah. Tapi pagi nie I nak hug you puas puas dulu ye.

Aku: Ok.



Watak Dalam Dialog:

Aku     : Zulfahmi Abidin

Dia      :Selimut 1

Si Biru :Selimut 2

p/s: Aku terponteng class pagi semalam. 
Baca Lagi - "Sejuk"

Thursday, November 3, 2011

Emosi

Share/Bookmark
Berbekalkan minda separa sedar. Otak terbang melayang. Berteman rokok yang sebatang. Ringan jari menaip diatas keyboard yang lapang. Ape yang tak kene. Ape jugak lah yang kurang. Pedih kenangkan hari hari ku yang hilang. Punca test yang curi peluang. Assignment datang bertandang. 

Cuti ku ingin pulang. Berlagu tak berpeluang. Semua sebok nak curi tulang. Study setiap malam. Puncanya besok hari berjuang. Haih.....aku mengeluh. Berkate tapi tak senang. 

Aku tanye same pokok ape sebab goyang. Nanti jawab pokok angin yang goncang. Oh hujan. Oh malang. Oh penat. tidak kepalang. 

Melihat kucing di sudut tiang. Dye pandang aku berbual sorang sorang. Ku menghalau nye untuk pulang. Ke rumah jiran dye bertandang. Babi bukan haiwan baik untuk dipandang. Tapi itu yang aku cube terbayang. Tentang semua hal yang aku tak senang. 

Aku emosi lagi. 

Raya haji dah nak datang. Oh emak aku mahu pulang. Bukan nak makan ikan belukang. Kan best kalau mak urutkan belakang. Aku ingin berehat dengan tenang. Sayang. 

Malam nie terjumpe kawan. Dalam bilik yang tenang. Lampu terang benderang. 

"Hai!" 

"Hai jugak" 

"Dah makan?"

"Dah makan?"

"Makan ape?" 

"Makan ape?" 

"Kau tiru aku cakap kenape?"

"Kau tiru aku cakap kenape?"

"Sial lah kau!!!"

"Dah, Aku dah makan..."

"errrrr.......okbai" 

Aku keluar dari bilik yang kecil tuh. Sambil maki hamun nenek dan moyang. 

Dah lah. Malas aku nak pandang cermin kat bilik tu tadi lagi. Aku dah simpan cermin berbual sorang sorang. Aku nak tidur sampai ke siang. 

Selamat Malam. 


TAMAT 
Baca Lagi - "Emosi"

Saturday, October 29, 2011

Mesej Pesanan Ringkas

Share/Bookmark
Sabtu,29 Oktober 2011

Aku bangon tido yang betul-betul bangon tido pukul 3:27 petang. Senyap sunyi. Takde bunyi ape kat rumah. Senyap gile. Nyenyak aku tido. Macam baby. Rumah aku takde orang. Housemate aku semua keluar. Ade yang teman awek pegi Convocation katenyer. Untunglah diorang ade awek. Hari sabtu boleh pegi hangout dengan gugurl gugurl Puncak Alam. Phuuuiihh. 

Aku pulak terbangon sebab bunyi message. Nombor tidak di kenali pulak tu. Selamat ringtone bunyi lagu Nasyid. So, takdelah aku marah-marah. Kalau takde message nie mesti aku dah sambung lagi sampai azan magrib tido aku.  


p/s: Mungkin korang pon boleh gune cara nie agar orang tak ganggu korang jugak.^_^. Trust me. Aku dah buat dan ianya BERKESAN. 
Baca Lagi - "Mesej Pesanan Ringkas"

Tuesday, October 25, 2011

Khas Untuk Lelaki Players

Share/Bookmark
Makan. Adalah satu aktiviti yang paling aku suke memandangkan aku tak pernah ade masalah terlebeh berat badan. Faktor usia aku yang kini 19 tahun yang tersekat kat badan yang berumur 22 tahun nie tak menghalang aku untuk makan ape sahaja makanan yang aku boleh makan dan telan. As long bende tuh halal lah. Halal tuh bagus untuk kesihatan kawan kawan. 

Sejak naik semester baru nie, aku kerap makan fast food yang ade burger panjang tuh. Restaurant nie Kuning ade tempat drive thru.  Satu satunye Fast Food yang paling berhampiran di Puncak Alam. Time makan kat sini biasenyer time aku banyak assignment group untuk diselesaikan. Lepak sampai 6-7 jam sehari. Best bukan? macam setan. 

Kalau dah bosan nie macam macam bende dibualkan. Kadang kadang topic yang tah ape ape entah. Tapi commonly masalah personal group member aku yang perempuan. Biasenyer mesti cakap lelaki curang. Abes perempuan tak curang ke? 

Tak yah jawab lagi. Nie bukan soalan final exam pon. So, abaikan

Bile dah bebual pasal nie. Otak pelik aku terpikir satu permainan yang patot diguna pakai oleh lelaki kalau lain kali dye nak permainkan perempuan dengan cara yang lebeh ilmiah dan selamat. So, takdelah perempuan tuh kecewa sangat. Aku bukan ape, aku nak selamatkan perasaan perempuan tuh je.

Permainan tuh mcm nie: 

Pihak lelaki kene mencabar pihak perempuan untuk main sebuah permainan. Ok stop kat situ. Otak jangan nak kotor sangat. Belum ape ape lagi nie. Permainan tuh harus mengikut terma dan syarat berikut:
  1. Selalu melontarkan kate kate manis. 
  2. Jangan pernah bergaduh, kalau rase macam nak bergaduh kene cepat cepat mintak maaf. kalau pihak yang bersalah lambat mintak maaf dye dikire terkeluar dari permainan nie. 
  3. Kalau ade mase terluang, wajib berinteraksi.Tak kesah lah message ke, call ke Facebook or Twitter pon takpe. 
  4. Setiap pagi dan malam. Setiap individu wajib mengucapkan Selamat Malam dan Selamat Pagi. 
  5. Kalau keadaan financial korang berdua stabil or ade duit lebeh. Korang perlu hangout. Keluar tengok movie ke. Pergi Genting ke. Mane manelah, janji korang luangkan mase korang untuk bersama. 
  6. Korang kene ade gambar setiap kali korang keluar bersama. Gambar tersebut harus di print sebelum korang balik ke rumah masing masing. 
  7. Korang kene bagi nickname or name name manje untuk diri masing masing. Contohnyer yang biase diorang gune B and BB,Hubby and Hunny, Papa and Mama, Paknya dan Emaknya. Terpulang koranglah selagi bende tuh korang rase manje. 
  8. Sekali sekala bergayut lah gune phone lepas pukul 12 malam. Buat Super Saver 3 - 5 kali. 
  9. Bertukar tukar baju yang korang pernah gune untuk korang bau sebelum korang tidur. 
  10. Belikan hadiah kalau ade hari hari istimewa. 
Tambahan: Kalau nak lagi best bawak jumpe mak ayah korang lah. Bawak mengadap terus. 
So macam mane nak tahu sape menang or sape kalah main permainan nie? 

Siape Yang Jatuh Cinte Dulu. DIA KALAH. 

Lepas tuh si Lelaki boleh blah dari perempuan tuh. Si perempuan tak boleh nak marah marah sebab korang dah deal mcm tuh sebelum korang main permainan nie.Aku harap perempuan yang menang kali nie. ^_^ 

p/s: Kot ye pon korang nak aplikasikan permainan nie. Korang buat lah perjanjian dulu. Kalau dye stuju baru lah teruskan. Klu tak, tak yah lah okey. Aku bagi cadangan je. Aku tak sanggup nak main permainan nie. #okbai

Baca Lagi - "Khas Untuk Lelaki Players"

Saturday, October 1, 2011

Hari Ini

Share/Bookmark
Bangon tido. mandi. cukur misai dan janggut.solat. iron baju. kemas tempat tido. jadual buku. panaskan engine kerete. isap rokok. drive. pergi kedai beli Orenge Juice jenama Twister. kadang kadang yogurt drink. roti bun. pergi kelas. tido dalam kelas. makan jajan. ilangkan ngantok. gelak dengan kawan. tak tau ape yang aku belajar hari nie. 

Balik kelas. huha.huha. pergi makan tengah hari.nasi putih. ayam goreng. jimat. favorite aku. air teh o kegemaran aku. solat. sambung masuk kelas. study. kacau lecturer. tak ingat ape yang dia ajar. tetibe dye bagi assignment. aku mengeluh. pegi toilet. cuci muka. ilangkan tension sementara. kencing. hidup umpama roda.

Masuk kelas lagi. sambung sampai pukul 6. gelak sikit sikit. atas lawak yang tah ape ape entah. aku duduk sorang sorang dalam kelas.takde pasangan. sebab geng aku 7 orang. Kelas tamat. cabut tie. keluar kelas. pergi ke kerete. drive balik ke rumah. singgah 7E. soya kotak besar. kadang kadang slurpee. 

Terbaring atas katil kat rumah. sebab penat sangat. Solat lagi. Mandi. Solat lagi utk yang magrib punyer. Tak tau ape nak buat. tengok lappy pon takde perasaan. nak online takde mood. BBM dengan si dia. Kadang kadang call berjam jam. Dye jauh disane.Aku sini. 

Makan ubat. dah lame aku sakit tekak. Tangan menggigil kadang kadang tak tau ape puncanye. Nervous agaknye. On lappy. Lappy baru. Asus katenyer. K43U modelnyer. buat assignment. sambil BBM lagi kali nie. Bosan. tak buat assignment dah. Layan lagu. Tengok movie. Tak kesah lah walau aku dah tengok 3-4 kali cerite yang sama. 

Sorang sorang kat rumah. Budak rumah pergi main bola. Aku tak suke soccer. aku biarkan lagi. persetan dengan soccer kalau aku dah tak suke. Aku sorang sorang lagi dalam bilik. Si dia menemani ku lagi. aku tak #foreveralone lagi. ^_^ 

Tido pukul 3 -4 pagi. bangon pukul 6 pagi. Berlarutan sampai seminggu. Ini kah student live macam aku?   aku dah ditakdirkan macam nie [?] Jangan tanya kenape. jangan persoalkan kenape. Takde gelak ketawa lagi. Hanya hidup yang boring. Teringat ibu di rumah keseorangan tiada teman. Ada cucu teman ibu. Call mak hari hari. tanya kabar ape yang terjadi. Harap dye sehat sejahtera. 

Harapan nak balik tiap tiap minggu. Financial problem tidak mengizinkan. Harapkan PTPTN tapi aku tidak memohon. Terpikir ape akan jadi kalau hutang keliling pinggang. 

Sabtu. 

Hari istirehat selain ahad. Duduk dirumah. menaip di meja makan. sambil kipas di bawah meja. menghala ke kelengkang. uhhh. sejuknya. terase sampai ke situ. atas bawah kanan dan kiri. Short pant. 

Menarik nafas lega aku masih hidup. masih ade teman. masih berpelajaran. tidak kebulur tak makan. ada orang yang sayang. ada ibu bapa yang menyayangi diri ini. ada si dia sentiasa menemani. 

live getting better? 
Baca Lagi - "Hari Ini"

Monday, August 29, 2011

Kuih Ape?

Share/Bookmark
Gambar ehsan DSLR Pinjam
Semalam ade orang bagi aku 6 jenis kuih. DD yang kasi.^___^ Owh. Actually Mama dye yg kasi. bukan dye. Dye tukang bungkuskan je.^_^ Thanks ye Mama. banyak tuh. macam nak balas dengan 7 dulang hantaran je kat Mama.(Pastu aku mati kene blasah dengan Pakcik Boy dye) LOL. "Mama, Mama Fahmie kirim salam dan berterime kasih kat Mama sebab Mama bagi Fahmie kuih raye tuh yang Mama bagi tuh, yang Mama suro Fahmie amek tuh. Yang tuh lah Mama" Mama paham kan Mama kan? Mama? 

Lame.

Dalam banyak banyak kuih tuh aku pilih satu kuih aku buat "Experiment" kat abang-abang aku. Aku nak tau betape dye sayangnye kat aku.

Abang aku no 1: 

Aku: Alonggg!! Nie kuih ape? 

Along: Entah. Tanye akak ipar ko tuh. 

Aku: Oh takpelah. 

Abang Aku no 2: 

Aku: Angahhh...!! Nie kuih ape? 

Angah: "......" 

Kacink kacink. Dush dush. MOoooo.. krukkk krukkk. kebabom (effect bunyi aku berjalan blah dari tempat kejadian) 

Abang aku no 3: 

Aku: Uda............!! Nie kuih ape? 

Uder: Almond London

Aku: Kuih ape? 

Uder: Almond London

Aku: Kuih ape?

Uder: Almond London

Aku: Kuih ape? 

Uder: Cube ko tanye aku "Pisau yang Uder pegang nie tajam tak?"  nati aku try kat kau. 


p/s: Kenape eklan TV yang ade budak tanye name Burung Murai kat bapak dye, bapak dye jawab je banyak kali? Try kat rumah tak jadi pon. Takkan abang aku tak sayang aku. TV tipu. TV benci aku. Aku sayang TV. Eh....
Baca Lagi - "Kuih Ape?"

Thursday, August 25, 2011

SMS

Share/Bookmark

Mukadimah:
Sangat tidak berperi kemanusiaan bile kawan kawan yang masih muda belia dan kurang particular dengan masa yang berlalu bergitu laju lupa akan Masa Itu Emas. Dan aku bukan nak bagi ceramah pasal menghargai masa lah. ^_^ 

Watak: 
Saufi Yusoff (Home)  : Ketua rumah sewa aku di Puncak Alam. 

Zulfahmi Abidin : Tuan punye phone yang meng-capture-kan conversation tersebut. 


4:00 Pagi:


Harapan:


Hakikat:


Nota Kaki: Kawan kawan mesti tau kan bile waktu yang sesuai nak bagi message kat aku? Tak pon tulis aje kat Twitter aku. Jimat 5 sen kau tuh.^_^
Baca Lagi - "SMS"

Thursday, August 18, 2011

Keep Calm And Continue Puasa

Share/Bookmark

Once upon a time.....(saye benci bahase penjajah) Dalam diam hari nie kite dah puase berape hari tah, aku malas nak kire. Pejam celik pejam celik. Dah nak Raye. Tak sangka. Teruja. Allew, korunk tuew puasew kew? Bebi bebi semuew kaluew tak poce manew lew Rayew. #haramjadah macam lah tak geti nak tulis betul betul.

Bangon bangon tido je Mak dah start membebel. Mak buatkan aku to-do-list hari nie. Semua sekali ade 15 perkara. 

1. Basuh baju 
2. Sidai baju
4. Lap perabut
5. Lap mak aku
6. I lap you
7. You lap me too
8. Bersihkan kipas
9. Lap cermin
10. Sapu dalam rumah
11. Sapu luar rumah
12. Mop lantai
13. Siang ikan
14. Malam ikan
15. Tukar cadar
16. Dah tuh jelah.
17. Tapi aku still menulis lagi nie.
18. Mane tau ade bende lagi yang aku lupe nak cakap kat sini. 
19. Tapi rasenyer dah takde dah. Nie jelah aku rase.
20. Dan korang dah bace sampai no 20 dah nie. Rajin betul korang bace. kan ade 15 je. hissh.

Bile dah siap je semua. Baru je aku nak duduk. aku dengar mak aku panggil. Dah lah penat gile. Badan berlengas. Tak mandi lagi. Puase. Belum Solat lagi. Kipas tak pasang lagi. Peluh menjejeh jejeh. Music takde. Panas terik. Kucing meng-miaw tak berenti renti. 

Mak : -sila letak name manje aku di sini- !!!!!!!!!!!

Aku : Ye makk!! 

(senyap sunyi) 

Aku : Ade ape mak?!?!

(sunyi sepi. kali nie siap sound effect bunyi cengkerik)

Aku : Mak..!!!

Mak : Ape dye?? 

Aku pon bangon datang kat mak aku. Malas punyer pasal aku heret je muke aku kat dinding sampai kat depan mak aku. 

Aku: Mak panggil orang ade ape? 

Mak : Bile mase mak panggil kau? 

Aku :  

p/s:           warna ijau kat atas tadi tuh maksudnyer aku cakap dalam hati. 
Baca Lagi - "Keep Calm And Continue Puasa"

Popular Post