Semuanya bermula bila aku ingin memulakan hari baru aku selepas aku aktifkan "mode horizontal life pauses" atau bahase melayunye adalah"tidur". Badan aku kebas kebas kibas kari babas gitu. Mungkin sebab aku telah activekan "Mode Hi World You Make Me Mellow" atau bahase melayu dye "Hotak kau aku tak tido 29 jam doe". Itu perkara biase. Harimau di hutan kupatahkan leher, inikan pula tak tido.
Dalam aku dipeluk erat selimut edaran WINDSIR yang aku tak penah dengar jename ape nie. Aku teringin nak makan Toasted Bread pagi pagi nie. Untuk mendapatkannya aku harus berguling guling ke hujung katil. Pakai selipar jepun aku nie. Garu bontot. Bangon dan pergi ke gerobok aku. Sayang sekali, takde seluar pendek disitu. Baru perasan aku tertido bogel malam tadi lepas mandi lupe pakai seluar.
Tak perlu risau. Sebab aku rase aku ade letak seluar pendek aku kat tempat lain aku rase. Aku bukak laci atas dan laci bawah. Lepas tu aku bukak laci bawah dan laci atas. Aku cari di merata tempat dalam gerobok tu. Hampa. Takde. Yang ade cume seluar pendek yang kotor di dalam karong baju kotor. Ape yang aku perlu buat nie? Buntu.
Kalau aku nak pakai baju formal. Aku perlu lebeh productive hari nie. Tapi hari nie hari sabtu. Mane ade orang productive hari sabtu. Aku dah bertukar ke "Mode Panic At The Disco". So ape yang aku kene buat sekarang nie?
Aku mengelamun lagi, takut, fikiran bercelaru, kilat sabung menyabung, deruan ombak rindu mencakar persisir pantai. Dan aku masih takde idea macam mane aku nak makan Toasted Bread pagi pagi nie. Aku rase macam dunia aku dipenuhi kegelapan. Macam dah takde harapan nak hidup. Sekali lagi. Aku tahu, mesti ade kat mane mane punyer seluar pendek yang bersih tu. Cume aku je yang tak jumpe.
Aku teringat yang aku belum gosok gigi. Aku capai tuala, tutup mane yang patot. Terus masuk bilik air. Jangan ditanye ape aku buat dalam bilik air. Ayat tu dah cliche. Lepas tu barulah aku terpikir. Asal aku tak pakai tuala je turun bawah?
Sedih.
p/s: Dah sampai masanya aku kene cuci kain baju aku.
5 Organisma:
pagi pagi nasik lemak lah best (:
dah tu dah ampai belum baju yg dicuci tu? ke tak cuci lagi? err
dan watak utama dalam cerita ni adalah seluar pendek. sekian.
ni mesti kes baju tak berbasuh seminggu nih hahaha
Nice Blog.. ade masa singgah ler..
Jom kongsi link bersama..
Sila ke-->1.FREE LINK XCHANGE
TQ.. for support.
Post a Comment