home about me banner licence contact

Monday, October 4, 2010

Sedang Fahmie Menonton TV ...

Share/Bookmark
Sedang Fahmie Menonton TV...
...Fahmie terjumpa satu band yang Fahmie agak suka sekarang. Namenya Versa Emerge. Nak dengar jugak carik la sendiri kat Youtube sane. ^__^ Fahmie punya favourite lagu Whisperer. Gila feeling. Pandai-pandai la korang cari, Fahmie malas nak upload video.

Bukan malas, tak reti sebenarnya.
Sedang Fahmie Menonton TV...
...Fahmie ternampak seekor cicak kat ceiling.

Cicak itu bersaiz kecil dan boleh melekat dekat ceiling. Ekornya boleh cabut dengan cara sukarela untuk melarikan diri dari pemangsa.

Fahmie decided untuk namakan cicak itu si Tompok.

Bila Fahmie khusyuk tengok videoclip Rihanna, I like the way you lie. Tapi Fahmie bukan Rihanna, so I dont like the way you lie la kirenyer, si Tompok menghilangkan diri. Kenapa la cicak dan manusia tak boleh hidup dengan harmoni?
Fahmie lagi geli tengok Cicakman dari tengok cicak. Fahmie rasa Saiful Apek tak patut pakai baju ketat macam tu sebab dia terlalu kurus, same macam Fahmie jugak kurusnye tuh. Tapi kalau dia pakai baggy pants pun tak sesuai.
Sedang Fahmie Menonton TV...
...Fahmie terasa lapar. Jadi Fahmie pergi ke dapur, makan sehelai biskut (Tatabahasa cara Fahmie) Jacobs Cream Crackers dan berpura-pura kenyang.

Sedang Fahmie Menonton TV...
...phone Fahmie tiba-tiba berbunyi. Ada SMS dari nombor yang tidak dikenali. Fahmie bukak-bukak dan mesejnya berbunyi begini "Hey, Tom! I got some cool pictures of Japanese models in bikinis! To download them, type ON HOTJAP and send it to (Fahmie lupa nombor dia) now!"

Siapa Tom? Adakah Tom itu nama singkatan si Tompok? Anyway, siapa la percaya benda-benda macam ni. Orang yang cuba hack Fahmie ni patut cuba cara yang lebih licik.

Nice try though.
Sedang Fahmie Menonton TV...
...Fahmie sedar bahawa jam pukul 1 pagi dan tak ada cerita best. Semua cerita boring. Mungkin ini adalah perbuatan kerajaan untuk membuat rakyat mengantuk dan tidur awal.

Cuba kalau diorang siarkan cerita best-best waktu-waktu macam ni. Mesti tak ramai orang pergi clubbing atau merempit atau sebagainya. Semua orang duduk rumah tengok tv.
Sedang Fahmie Menonton TV...
...Fahmie rasa lapar lagi. Sehelai biskut (Tatabahasa cara Fahmie, jangan tiru) Jacobs Cream Crackers tidak mencukupi. Perut Fahmie berbunyi bunyi. Jadi Fahmie ambil dua helai.

Fahmie takut nak masak maggi.
Sedang Fahmie Menonton TV...
...Fahmie ternampak si Tompok lagi sekali. Tapi kasih sayang Fahmie terhadap si Tompok sudah lama hilang jadi Fahmie tidak berbuat ape-ape.

Sedang Fahmie Menonton TV...
...Fahmie dengar bunyi Burung Antu. Tah macam mane la Burung Antu nie tah macam mane leh tersesat dalam neighborhood Fahmie. Fahmie pon tak tahu.

Orang tua-tua cakap kalau ade bunyi Burung Antu maknanyer burung tuh nampak antu. Fahmie tak percaya benda-benda macam tu. Orang tua-tua saja je nak takutkan kita.

Tapi Fahmie tetap berasa takut jadi Fahmie tutup TV, masuk bilik dan cuba tidur. Tidak berjaya dan sedar-sedar jam dah pukul 3.30 pagi. Jadi Fahmie tulis blog ni.

Sekarang pukul 4.24 pagi dan Fahmie tak tahu nak buat apa.

Sambung tengok TV?
*
*
*
Boleh jugaklah.

6 Organisma:

syahrilhafiz said... Best Blogger Tips[Menjawab]

geek tengok tv..gyahaha
tak caya la bro..hehe

Zulfahmi Abidin said... Best Blogger Tips[Menjawab]

@syahrilhafiz
ah...tidak.....aku tak geek................ko yg geek.hahaha

ezdevon said... Best Blogger Tips[Menjawab]

fahmi..lame xmelawat..nnt sy bace entry fahmie satu2...raye bz lah...ehhehe

shima said... Best Blogger Tips[Menjawab]

hahahhahha.bengong

Zulfahmi Abidin said... Best Blogger Tips[Menjawab]

@Eza Rashid
takpe eza..fahmie paham...lagipon nie blog baru..take ur time k..

Zulfahmi Abidin said... Best Blogger Tips[Menjawab]

@shima
eh2..ketawe lak dye...pelik jer...kene bengong lagi aku.hehe

Popular Post