home about me banner licence contact

Sunday, October 31, 2010

Malam Yang Agak Cookiey. Jom Mengaji.

Share/Bookmark
Malam-malam macam nie tak dapat kacau Mama lagi. Mama tak balik dari kampung lagi. Bosan betul. Semua kene buat sendiri. Sape seh nak masakkan aku makan.

Jam dah pukul 1 pagi. Perut dah bunyi keroncong dah. mate dah gatal nak ngendap kat tingkap nak pastikan membe aku ade kat depan rumah ke tak. Jengah-jengah tengok kerete ade jer tuh. nak misscall creadit takde lah pulak. Buzz kat FB jer lah senang kan? Tunggu punyer tunggu sambil tengok kamen raider alih bahase kat cartoon network tuh. Mulut lain suara lain. Member aku call, dye dah kat depan rumah. capai ape ade atas meje. hanphone, wallet dengan lighter.

Ingat nak terus pegi mamak. Tapi membe singgah 7E pulak. Lepas tuh malas nak pegi beli. Aku jugak yang kene pegi beli. Dye bagi duit.dye cakap ape nak beli. Dalam 7E aku amek kuaci bunge color merah. dengan kacang cop good. Tegok mesin sluppie tuh dah mati pulak. Nak call member aku bagi tawu. Aku kuarkan talipon dari kocek belakang. Tapi bile aku keluarkan ape yang keluar??

Remote Astro.!!

What the fuu~ selamat akak counter tuh tak perasan. Malu siot kalau dye dapat tahu. dan ini kali ke 2 aku bawak remote astro sebab salah amek phone tertukar dengan remote tuh. ari tuh depan rumah kawan aku. yang nie sampai ke 7E aku bawak.

Sampai kat counter, aku letak semua barang tadi. Then aku cakap kat akak tuh. "Rokok Dunhill Mentol" (aku tak geti eja.jangan ajar).

Akak tuh kate "rokok dah naik harge pon nak isap lagi ke?".

aku jawab.."Akak...bapak saye kate...Alang..amek duit RM10 nie.Pegi beli rokok sane.Jangan beli makanan".haha

akak tuh senyum jer. dye tahu agaknyer aku tipu. Aku kuar dari 7E sambil Remote Astro aku letak senget kat kocek belakang suar jeans aku. Masuk dalam kerete. membe aku pulak buat hal buang tebiat.

dye kate " ape lagi...jom mengaji..."

aku tak paham. aku jawab. " kenape ko nak mengaji siot pagi-pagi bute nie"

dye terus mengaji " bakk rukok sebaaaaaaatang.... Kuuuu nak hiisaaaabbbbbe'(kolkolah)" gelak kecil.

TOING!..aku tonjol kepale dye.

owh.Happy Holloween guys..
Baca Lagi - "Malam Yang Agak Cookiey. Jom Mengaji."

Saturday, October 30, 2010

Hantu

Share/Bookmark
AMARAN: Ini entry dramatik. Mereka yang lemah tenaga batin SEMANGAT sila jangan teruskan membace.Tapi comment takpe.

Pernah ke korang jumpe hantu siang-siang hari? Percaye atau tak Fahmie jumpe patang semalam. Petang semalam lepas balik solat jumaat Mama suro Fahmie kemas store. tah macam mane datang rajinnyer Fahmie mengemas sampai ke atas loteng rumah.

Bile dah penat-penat tuh tibe-tibe dengar bunyi orang tebang pokok. mule-mule Fahmie biarkan jelah. Fahmie minum air sirap sejuk banyak-banyak dulu. Fahmie makan dulu. Baru Fahmie tengok luar rumah. Ingatkan orang tuh tebang pokok yang mane lahkan. Tak sangke pulak dye tebang pokok depan rumah Fahmie. Selambe badak je pakcik mongok tuh tebang pokok tuh.

Pokok Angsana tuh Fahmie yang tanam depan rumah kanan kiri nak masuk rumah tuh. Sebabnyer Fahmie nak teduhkan depan rumah tuh. So, bile pokok tuh ade teduh la sikit halaman rumah Fahmie tuh. Boleh pulak si sengal orang tua ganyot nie suro anak dye tebang. Cilanat biadap betul.

Malangnyer time Fahmie keluar tuh dua-dua pokok tuh dah siap ditebang. Penat Fahmie jage pokok tuh. 7 tahun kot nk tunggu dye berbunge then besar mcm tuh. Nak ikutkan hati Fahmie macam nak pukul jer anak dye tuh. Bodoh sebok tebang pokok kat rumah orang buat ape seh. Pakkal je mama kate sabar. Kalau tak Fahmie dah pukul dah anak beranak tuh.

Fahmie datang kat orang tua ganyot tuh. Fahmie datang tergese-gesa kat dye nak tanyer pasal bende alah nie....

Dialog:

Fahmie: Assalamualaikum...

Orang Tua Ganyot: W'salam.....

Fahmie: Pak S**** kenape tebang pokok nie. Nie kan pokok saye.

Orang Tua Ganyot: Semalam anak Pak S**** nampak hantu atas pokok nie. Sebab tuh lah pakcik tebang pokok nie. Takut hantu tuh datang lagi nanti.

Fahmie: (Fahmie dah naek berang hari-hari jumaat macam nie panas terik lak tuh.Fahmie diam jer tengok muke orang tua ganyot nie. Then Fahmie balik masuk dalam rumah)

5 minit kemudian......

Fahmie keluar bawak hammer besar untuk pecahkan batu tuh. Fahmie amek kat Store tadi. Balang minyak petrol spare part abang punyer kat dalam store dengan time tuh Fahmie tengah hisap rokok. Lepas tuh dah bawak semua barang tuh keluar rumah. Fahmie menjerit


" Mak...Alang nampak hantu kat bumbung rumah depan..... Alang nak robohkan ea bumbung tuh....."


Mama Fahmie keluar tergesa-gesa ke depan rumah. Dia takut Fahmie buat yang bukan-bukan kat jiran Fahmie tuh.Muke jiran Fahmie tuh dah cuak dah. dye pon tergamam.Mama amek semua barang yang Fahmie keluarkan tadi. Dye tenang kan Fahmie. Jiran-jiran lain dah keluar rumah tengok Fahmie dah. Malu siot.

Dalam hati Fahmie, selamat lah mama ade kat rumah. Kalau takde tadi dah bergaduh dah Fahmie dengan orang depan rumah tuh. Siot punyer orang tua ganyot.


Tambahan++
1. Petang tuh anak perempuan dye datang rumah bawak kueh ape tah then mintak maap kat mama. tapi Fahmie tak makan pon kuih tuh.
2. F*** lah hantu-hantu nie boleh dilihat. Fahmie pon tak pernah nampak hantu macam mane anak dye boleh nampak. Karut betul. Kalau mate kasar nie boleh nampak antu. Fahmie nampak antu kat tengkok dye. Kepale dye Fahmie pancung nanti.
3. Nak buat sesuatu tuh mintak la permission dulu. Ingat Fahmie nie barua ke ape duduk depan rumah dye??
4. Sory Fahmie tulis entry nie dengan emosi. mintak-mintak orang tua ganyot tuh bace blog Fahmie nie.
5. Korang pikirlah sendiri. kalau hantu hinggap kat pokok ditebangnyer pokok. kalau hantu tuh hinggap kat rumah dye. salah ke fahmie robohkan rumah dye??
Baca Lagi - "Hantu"

Friday, October 29, 2010

Perempuan Dan Tudung Saji

Share/Bookmark
Mula-mula Fahmie nak mintak maaf kalau ade pihak yang akan marah dengan Fahmie bile Fahmie menulis entry kali nie. Entry nie Fahmie tulis sekadar melontarkan pendapat Fahmie. Dan idea nie Fahmie dapat dari renungan beberape bulan yang lepas  .Kalau Fahmie ade tersalah tulis. Atau kate-kate Fahmie menindas mana-mana pihak sila lontarkan di ruang comment di bawah dan Fahmie akan delete entry nie.

Fahmie cube bagi simbolik bahawa: 
1. Bayangkan Perempuan adalah Makanan 
2. Tudung saji adalah Pakaian yang menutupi Makanan tersebut.


Dengan melihat kuih-muih diatas. Fahmie bagi beberapa situasi:

Situasi 1: Bayangkan kuih-muih ini ditutupi dengan tudungsaji diatas sebuah meja yang besar. Selepas ditutup dengan tudung saji, disekeliling tudung saji tersebut ada kuih muih yang lain. Kuih ini belum dilihat oleh mana-mana orang lelaki yang datang untuk mengambil kuih.  Kuih-muih ini belum dilihat, belum disentuh, juga belum diusik oleh sesiapapun. Dijamin dalam bentuk asal sepertimana ianya dihidangkan. Even seekor lalat pon tidak dapat menghinggapi kuih tersebut.

Situasi 2: Disebelah hidangan kuih-muih tersebut ade sepinggan kuih-muih yang sama, tetapi dibungkus dengan plastic rapping. Ianya dibalut ketat sehingga ke permukaan kuih dan menampakkan bentuk kuih tersebut. Disebabkan menggunakan plastic rapping, kuih tersebut dapat dilihat oleh para lelaki yang akan mengambilnya. Kuih tersebut dapat dilihat, disentuh dan ditekan-tekan menggunakan jari untuk lelaki tersebut menguji sama ada kuih tersebut lembut atau pun tidak tapi bentuk asalnya masih tidak terusik kerana plastic tersebut dapat menjaga kuih tersebut. Lalat pon tidak boleh hinggap sebab kuih tersebut telah dijaga.

Situasi 3: Masih jenis kuih-muih yang sama, diatas pinggan yang sama. Tapi kali ini diletakkan diatas sebuah meja dan terdedah tampa tudung saji dan plastic rapping. Disebabkan ianya terdedah ade jugak lelaki yang datang hanya melihat-lihat kuih tersebut. Ada yang datang menekan kuih-muih tersebut mnggunakan jari tampa dialas, sehinggakan bentuk kuih tersebut berubah kepada tidak menyelerakan. Ade pula yang tekan menggunakan jari baru diambil. Ada juga yang menekan tapi tidak jadi mengambil kuih-muih tersebut dan terus meninggalkan meja tersebut. Kuih itu jugak telah dicemari dengan habuk-habuk yang ada dipersekitaran meja. Tambahan lagi ada lalat yang hinggap di atas kuih tersebut.

Persoalannya: Kuih mana yang akan diambil oleh lelaki tersebut untuk dimakan? Kuih mana yang akan diambil oleh lelaki lain? Ada ker kuih yang sanggup dimakan oleh lelaki lain walaupun sudah tahu kuih tersebut telah dicepuh dan dicemari oleh persekitaran dan orang lain. Ada ker kuih yang munkin tidak akan diambil langsung? Ade ker kuih yang akan dibuang atau rosak akibat telah lama ditinggalkan?

Bagi seorang lelaki. Kadang kala tak kesahlah macam mane pon kuih tuh, kalau dia dah suka yang satu tuh, dia tetap akan ambil kuih yang telah dicepuh untuk dimakan. Tidak semestinya kuih yang dah disentuh itu teruk atau rosak. Dan percayalah ade lelaki yang sanggup terime keadaan kuih itu seadanya. Selepas sekian lama. Kuih itu menjadi darah dagingnya dan kini tak boleh dipisahkan lagi. 

" Apa yang aku dapat dari bace entry nie? Ape yang aku paham sebagai perempuan? Kalau aku lelaki ape pulak yang aku paham? Kalau aku lelaki,kuih mane yang akan aku pilih? Kalau aku perempuan,ape yang aku perlu buat dari sekarang? Layak ker aku sebagai kuih untuk dimakan oleh lelaki tersebut?"
Persoalan diatas perlu anda jawab sendiri. Ini sebagai renungan. Fahmie nak bawak korang ker dunia Fahmie. Apa yang Fahmie pikirkan pada hari-hari yang lepas. Tamat

pssst: ini adalah entry reblog. Fahmie takde mase nak menulis. so sory friends.
Baca Lagi - "Perempuan Dan Tudung Saji"

Thursday, October 28, 2010

Curang Itu Indah

Share/Bookmark
AMARAN:  Ini entry serious bukan jenaka macam selalu.


Rasenyer dah ramai dah tahu yang Fahmie suke cakap " Curang Itu Indah" kan? tapi pernah ke korang terpikir kenape Fahmie cakap macam tuh kat korang? dan kenape pulak mase entry yang lepas Fahmie ade cakap bahawa Quotes terbaik pada Fahmi adalah Curang Itu Indah?

Mungkin kate-kate Fahmie nie ade bagi impact kat sesetangah orang contohnyer macam pemilik blog pink nie sampaikan dye tulis entry pendek dan menanyer kan pendapat orang lain berkenaan dengan Quotes Curang Itu Indah. Tapi ade jugak yang anggap kate-kate nie sebagai gurauan. Tak kesah lah tuh. Tapi Fahmie rase sesiape yang terbace Quotes nie mesti terpikir sesuatu dalam diri dye. Curang Itu Indah ker?

Kali nie Fahmie nak bawak korang berpikir ikut cara Fahmie.  Dah lame kan tak buat macam nie.


Pertama: Fahmie nak korang tahu bahawa Fahmie dapat idea cipta Quotes Curang Itu Indah nie daripada lagu kumpulan Indie Band nie tajuk dye Kasanova oleh kumpulan The Times. Dulu suke sangat kumpulan nie. lagu dye korang kene tekan play la kat bawah nie.




KeDua: Niat Fahmie gune Quotes nie bukan nak melambangkan yang Fahmie nie curang. Tapi nak mengingatkan dan perli diri Fahmie sendiri bahawa curang tuh tak indah. Dalam mase yang same Fahmie nak gune ayat nie kat sesiape sahaje yang curang supaye dye terase. Sambil-sambil tuh kite berpesan-pesan lah. 

KeTiga: Fahmie nak bagi tawu yang Fahmie single. Tapi Fahmie jugak in open relationship. Korang paham kan maksud dye? Tapi orang tuh Fahmie tak perlu la bagi tawu siape kan?? Mungkin jugak orang tuh tengah bace entry nie sekarang. Mungkin orang tuh jugak orang yang comment kat bawah nie nanti. Mungkin jugak dye silent readers jer. Mungkin jugak orang itu adalah AWAK. Ye!! AWAK yang sedang membace nie. Tapi kalu AWAK tuh lelaki. Sedarlah bahawa bukan AWAK.

KeEmpat:  Bile Fahmie single. Bile Fahmie in Open Relationship. So, kite takde hubungan yang kukuh kan?? Maka, dia berhak untuk keluar dengan orang lain. Berhak untuk berkawan dengan orang lain. Dalam mase yang same, Fahmie pon berhak la kan kawan dan keluar dengan orang lain?? baru lah adil kan?? adakah ianyer dikire curang? adakah masih pikir Curang Itu Indah lagi??


KeLima: Bukan niat Fahmie bile in Open Relationship tuh Fahmie nak main-mainkan perasaan dia. Tak...tak macam tuh. Tapi Fahmie bagi kebebasan mutlak kat si dia berpikir adakah Fahmie nie terbaik untuk dia. adakah Fahmie nie boleh bahagiakan dia. So, bile kite bergaduh dalam in Open Relationship nie. Kite takde gune perkataan "Break-up". Kalau korang ade gune perkataan Break-up dalam relation ship korang. Bile dah Break-up kompom korang dengan dia dah tak macam selalu kan? mesti renggang gile. So, kalau gaduh tuh ade potensi untuk baik semule. Takde lah gune ayat "Rujuk" balik girlfriend or boyfriend korang tuh.

KeEnam: Fahmie pernah sound korang kan? Fahmie ade cakap. " Kenape PEREMPUAN suke show off boyfriend dye? Dye tak tahu ke yang Boyfriend dye rimas?" Yup, ayat nie agak keras bagi sesetengah orang. Tapi cukup kuat untuk buat orang terase yang diapunyer gambar kat FB or MS or Blog maybe yang buat aksi-aksi panas tuh sangat meng-anoying-kan Fahmie. So, Fahmie takde masalah yang sedemikian rupe. 
KeTujuh: "You dont know how sick you make me. You make me F**king sick to my stomach. Every time I'm read I puke". Jelaskan betape bencinyer. Tapi pada ape? Pada kekasih-kekasih yang publish kat wall boyfie or gurlfie dye pasal-pasal cinte. You know what? we dont want to know. Then (eh.cakap bahase Inggeris lak). Lepas tuh, setiap kali gadoh tulis mencarut bagai kat status. once again Fahmie nak bagi tahu Fahmie takde masalah yang macam tuh. Common lah. be mature. 


KeLapan: Kalau korang adalah dia. or kalau korang adalah bakal jadi GF Fahmie. or korang adalah bakal in Open Relationship dengan Fahmie. atau korang bakal suke kat Fahmie atau dah suke dah pon. Please jangan tulis kat wall Fahmie. Chatbox Fahmie. Fahmie lagi suke in Private. this is our business. not have to share with others. (geli pulak aku tulis mcm nie). Tapi bukan sebab takut kantoi okey. Jangan risau. Fahmie masih berpegang pada Curang Itu Tak Indah.


KeSembilan: Kepada Ex-Girlfrinds Fahmie. Thanks sebab tunjuk kat Fahmie bahawe yang korang rase Curang Itu Indah. Thanks sebab ajar Fahmie banyak bersabar. Banyak terime hakikat yang Fahmie tak cukup baik untuk sesiape. (ayat pelepas diri).

KeSepuluh:  Pesan Fahmie. "Kite Tak Tahu Ape Yang Kite Ade Sampai Kite Kehilangannyer". "Curang Itu hanya Indah Bagi Mereka Yang Curang". Pikir-pikirkan lah.


p/s: sory, mood tak stabil. sory jugak takde gelak dalam entry nie. sory lagi skali.sory kat lelaki yang bace aku tahu ko jelak dengan entry aku nie. sory dia. sory kamu. sory to everyone about everything.

Baca Lagi - "Curang Itu Indah"

Monday, October 25, 2010

50 Alasan Aku Tak Tido (Vol. 1)

Share/Bookmark
Bende nie macam remeh temeh jer. Tapi rupenyer bahaye jugak siot. Aku ade terbace satu article tadi. Tapi tak nak share article nyer dengan korang sebab nanti korang bace article tuh korang tak bace pon entry aku. Tak tawu la kenape aku kedekut sangat hari nie. Cume yang aku tawu. Dye tulis. Kalau kite tido kurang dari 180 jam dalam mase sebulan. Kite berpotensi Terbang Tinggi-Tinggi TINGGI untuk menghidapi sakit jantung. Perh...aku takut punyer pasal. Aku tulis entry nie. Then aku nak pegi tido k. ^____^. By the way. Thanks Doctor House.

50 Alasan Aku Tak Tido:

1. bile aku tulis status gud nite jer ade orang comment kat wall aku kat facebook tuh tak pon kat twitter.
2. sebab aku memang tak nak tido.
3. chat dengan kawan lame kat YM.
4. bodoh punyer betina (nyamuk yang menggigit adalah nyamuk betina).
5. imsoniac.
6. dapat ilmu baru rase nak godeh sampai pandai (technology).
7. rase sangat cool kalau tak tido walaupun sebenarnyer tak pon.
8. aku takut kalau aku tido aku dapat mimpi nyeri lagi.
9. baru lepas break dengan mate air.
10. teringat kat blog, ade orang comment ke tak eak.
11. rancangan tv best sangat malam nie.
12. badan penat, tapi otak aku aktif lagi. Ini penangan redbull
13. idea nak menulis mencurah-curah.
14. besok takde kelas. takde keje.
15. pukul 3 pagi waktu sakit perut ade panggilan alam.
16. tengah bace komik
17. dengar katil orang bilik sebelah berhenjut.tengah main agaknyer tuh.
18. neves besok akan ade sesuatu akan berlaku
19. tunggu ade orang suro aku tido.
20. aku pikir bukan-bukan. Kadang-kadang sampai aku menangis
21. tengok cerite bunuh-bunuh. teringat-ingat aku yang jadi heronyer.
22. tak leh berenti dengar lagu yang baru lepas download. DJ Kato. Lagu kau memang best.
23. PS2 punyer pasal la nie. PSP, sory aku terpakse jual kau. Sebab kau sangat memboringkan.
24. aku rase tido awal tuh untuk looser jer time nie.
25. aku kadang-kadang lupe time zone aku. Lah...ingat kat Paris lagi.....
26. gayut sampai pagi. mentang-mentang pinjam handphone mak dye.
27. aku ade mase untuk bersendiri kalau time semua tido tuh. kalau aku sentimental pon takde org tawu.
28. kantoi something.hahhahhaha...
29. sebab petang tadi dah tido lame sangat.
30. assignment la ape lagi.alasan yg nie memang kuat.
31. selimut mak basuh. selimut baru nie tak leh tutup sampai kepale.
32. movie marathon. Nak-nak kalau tengok naruto. Perh..sampai christmas pon takpe.
33. barang aku hilang. Barang tuh pulak aku sayang sangat.
34. ingat nak tunggu pukul 2 pagi baru nak tido. rupenyer jam salah setting terlajak sampai azan subuh.
35. jiran aku kawin karaoke sampai pagi.
36. membe aku dalam kesedihan. aku teman dye sampai dye tido. aku tak boleh tegok perempuas sedeh.
37. ketagih rokok.abang aku kate aku kakes.
38. dapat panggilan hangit lepas membe aku call cakap chealsea kalah.
39. cuace panas gile padahal tengah malam tuh. Perh.atas dunia dah nampak dah.
40. member aku selama nie aku tido sebelah die aku baru tawu dye gay rupenyer.
41. rindu dia.rindu sangat-sangat.
42. blackout malam tuh. jiran aku boleh menjerit pulak macam rumah dye masuk pencuri.
43. bancir or hujan lebat. aku phobia pasal nie.
44. lapar yang melampau. tengok kat dapur ade maggi kari sebungkus jer.
45. my Mr. Happy tak turun-turun. Terpacak jer.(sila jangan tanyer pasal nie)
46. selsema sampai rase nak cabut idung cuci dalam washing machine.
47. tunggu orang tuh mintak maap.siot dye buat salah dah tuh buat macam takde ape belaku pulak.
48. ceret beret la pulak.
49. aku baru lepas exident.mintak-mintak la dihindarkan.
50. sebab aku tengah buat entry yang korang bace sekarang nie ha.kalau aku tak buat entry nie mesti sekarang nie aku dah tido tawu tak??(jangan risau.aku buat dengan rela hati bukan secara terpakse)

serupe takyah takut. 1 jam jugak aku pikir buat bende nie. now. tak jadi lah nak tido. sambung online.^___^

p/s: Hot-Hot Chicken Shit  
Baca Lagi - "50 Alasan Aku Tak Tido (Vol. 1)"

Sunday, October 24, 2010

Susun dan Padankan

Share/Bookmark
Ingat tak mase kite tadika dulu. Cikgu suro kite main susun-susun ayat dengan cara memadankan ayat dengan ayat yang sesuai. Sekarang nie, korang dah jadi mahasiswa dan mahasiswi korang ade buat lagi tak bende nie semua? Fahmie teringat mase zaman sekolah tadika dulu secara tibe-tibe. So, Fahmie buat lagi bende nie. Kadang-kadang seronok jugak. Bile lagi nak puji diri sendiri kan??

Susun dan Padankan:
Arahan: Sila padankan dengan ayat yang sesuai
p/s: harap-harap kalau ade cikgu yang menande. Fahmie dapat markah penuh ^___^
Baca Lagi - "Susun dan Padankan"

Saturday, October 23, 2010

Hey Facebook!!! Kau Tak Sehebat Blogger.

Share/Bookmark
Yang mane korang lagi rase penting? Facebook kah, atau Blog kah? Ini dari pandangan Fahmie. Kali nie Fahmie gune gambar format .gif untuk bagi korang nampak ape reaksi sebenar kalau perkara nie terjadi.

Reaksi Facebook Vs. Blog

1.  Add dan Follow

Ini reaksi kalau orang yang tak dikenali add kite kat Facebook
Ini pulak reaksi kite kalau ade orang yang tak dikenali Follow kite kat Blog
 2.  Wall dan Comment

Reaksi kalau ade orang tulis kat Wall Facebook kite.
Reaksi kalau ade orang comment kat blog  kite. macam nie la kite rase.
 3.  Hilang Kawan dan Hilang Pengikut

Reaksi kalau orang tuh delete kite dari friend list kat facebook
Reaksi kalau follower kite bekurangan. Ramai yang unfollow kite
 4.  Error kat Facebook dan  Error kat Blog

Reaksi kalau tak boleh bukak Facebook
Reaksi tak boleh bukak blog. Boleh gile kalau tak boleh bukak blog

 Kalau diberi pilihan untuk pilih satu jer. Korang akan buang Facebook ke korang akan buang Blog korang?? cube jawab??
Baca Lagi - "Hey Facebook!!! Kau Tak Sehebat Blogger."

Wednesday, October 20, 2010

25 Ayat Aku Nak Cakap Kat Kau Tapi Aku Tak Sampai Hati (Vol. 1)

Share/Bookmark
AMARAN: 1. Entry mengandungi ayat-ayat kesat. Tinggalkan entry ini atau teruskan membace jika anda 18 tahun dan keatas. 
2.  Dilarang menggunakan ayat berikut semasa menduduki peperiksaan peringkat sekolah rendah, menengah, diploma mahupun di mana-mana institusi pelaran dan pembelajaran yang pernah wujud di muka bumi kite ini.
Kite sepatutnyer berlaku jujur dalam diri kite. Jangan berselindung disebalik diri kite yang sebenar. Tapi ape yang kite buat? jadi Hypocrite dengan diri sendiri sebabnyer kite nak jage hati orang lain yang ade depan kite.

Tapi nie Fahmie tulis kat blog. Fahmie tak cakap directly kat muke orang tuh  kan? so takpe lah kalau kite nak cakap mcm nie. Fahmie nak cakap bende nie semua kat orang tuh kalau boleh tapi tak sampai hati. So, Fahmie cube senarikan ayat yang tak pernah keluar dari mulut Fahmie:

1. Mulut kau busuk la. Kau jauh sikit boleh tak?? kau tuh atasan aku.
2. Bende yang terjojol dua tuh yang ko dedahkan tuh boleh pegang tak? geram pulak aku tengok ko pakai color pink lak tuh
3. Mak kau lagi cantik dari kau. Kau tak geti urus diri kau ke?
4. Tolongla jangan amek potongan Pizza terakhir tuh
5. Eleh, kau nak saman aku. Macam kau tak penah langgar lampu jer
6. Dato'..meh sini aku tampar sikit muke ko. Banyak cekadak betul
7. Besarnye kerete ko, aku nak kerete ko nie. Kau pon nampak kaye jer aku tengok
8. Apesal double cheese burger nie mahal sangat? hey budak. kurangkan harge nie sikit.
9. Pakcik, sedap lauk kat rumah pakcik nie. Nak bungkus bawak balik ea.
10. Pak imam, surahnyer jangan la panjang sangat sampai 1 juzuk. Penatlah berdiri lame-lame.
11. Cikgu. Tak penah rase bersalah ke bagi kerje rumah nie banyak-banyak
12. Kak, sampai merah baju kat belakang tuh. Tak pakai pad la tuh
13. Ape abang-abang?? bile mase mak aku lahirkan kau?
14. Yek eleh, LIKE jer. Penat aku pikir ayat nak tulis kat wall aku nie
15. Hoi punk beruk. Amboi-amboi-amboi.bukan main buruk lagi baju ko pakai
16. Peluk sane peluk sini. Kau ingat kite kat England ke ape?
17. Sedap kan rokok aku? lain kali kalau ko lepas makan kat rumah ko, ko datang la rumah aku mintak aku rokok sebatang.Rokok Free memang sedap
18. Apek. Muke ko buruk gile. dah nak menyerupai vavi dah aku tengok.
19. Ape ko pakai nie. dah macam pelacur dah aku tengok
20. Terpekik telolong kat karaoke open nie. Ko ingat suara kau sedap sangat ke?
21. Kau cantik lah. Kau suke kat aku tak?
22. Alahai makcik. Naik kerete Toyata Vios. Parking pon tak geti ke
23. Takyah la ko nak cerite. Semua orang dah tahu ko tuh penipu.
24. Sebab kau datang nie lah aku nak blah dah.
25. Hek eleh, ko tulis kat chatbox aku ko kate ko bace. Penipu.
26. Yang ko main bace jer sampai no 26 nie tak comment jugak kat bawah tuh dah kenape? kan kat tajuk aku kate 25 jer. ^___^

bersambung..........
Baca Lagi - "25 Ayat Aku Nak Cakap Kat Kau Tapi Aku Tak Sampai Hati (Vol. 1)"

Monday, October 18, 2010

Orang Tua-Tua Cakap Kalau Tidur Lama-Lama, Ada Potensi Untuk Berjaya

Share/Bookmark
Sejak Fahmie meninggalkan tempat Practical kat Pejabat Daerah hari Jumaat yang lepas, Fahmie jadi pemalas serta merta tahap Keldai (binatang paling bengap dan paling malas dalam dunia). Sekarang nie time member-member lain balik untuk cuti study week yang konon-konon study tuh, besok Fahmie dah kene balik kolej pulak preparation untuk hantar report. Anyway, rutin harian Fahmie kat Jay Bee:

1. Setiap hari, Fahmie akan tidur selama 14 jam. Wajib. Tak lebih, tak kurang. Kalau lebih Fahmie penat, kalau kurang Fahmie cranky. 14 jam tak kira lah berturut-turut atau tidak. Kena cukup tepat-tepat. Tengok lah hari nie Fahmie online pukul brape.Magrib.

2. Lepas tu, makan dalam 7 meals satu hari. Meal yang berat-berat belaka seperti nasi, mee, spaghetti dan macam-macam lagi benda yang boleh disumbat dalam perut. Tapi tak gemuk jugak.Pelik.

3. Keluar rumah pun mesti selepas pukul 8.30 sebab nak tengok Cartoon.

4. Balik rumah mesti sebelum pukul 11 malam sebab nak tengok CSI.

5. Bukak-bukak Baxx, connect pc to berukband then terus bukak Blog, FB, Twitter,Tumblr, YM.

Itulah dia. Sekarang, tahu lah bila nak stalk Fahmie. 

Bile dah cukup tidur. baru lah boleh buat report besok dengan success. Baru la gempak report Fahmie nanti. hehehe.

Oh, lupa pulak! (Tanda seruan diletakkan untuk effect) Besok Fahmie online lambat. Kalau gerak balik kolej petang. Lagi lambat la Fahmie sampai. Bukan ape. Doakan perjalanan Fahmie yang 2 jam tu besok yer.hehe tak jauh pon sebenarnyer. Dan doakan lah sekali Allah permudahkan urusan Fahmie.Pape comment jer kat entry nie.Nanti Fahmie bace Fahmie reply comment korang k. Tak pon kalau penting sangat Message jer terus kat no phone Fahmie .Kalau korang mintak no phone Fahmie.......Tak dapat. Fahmie tak kasi.hehe.Tengs ^____^

p/s: apesal tajuk entry Fahmie tuh panjang semacam jer hari nie. Ish.
Baca Lagi - "Orang Tua-Tua Cakap Kalau Tidur Lama-Lama, Ada Potensi Untuk Berjaya"

Sunday, October 17, 2010

15 Tak Kurang Tak Lebeh

Share/Bookmark
15 Tak Kurang Tak Lebeh

Satu: Pada masa dahulu, Fahmie pernah tengok filem Baywatch SETIAP pagi bile balik dari Sekolah Agame. Sekarang pun Fahmie tak boring lagi dengan cerita tu. Tunggu Pamela keluar baru la best.Now dah tak ditayangkan lagi.

Dua: Kadang-kadang Fahmie mandi sebab taktau apa nak buat.

Tiga: Fahmie suka main game The Sims. (tapi tak segempak Frogger tu. Tak boleh lawan beb!)

Empat: Kalau Fahmie tido Fahmie mesti kena dengar muzik. Paling cepat untuk pakse Fahmie tidur ialah Michael Buble punye lagu. Semua mendayu dayu. Dulu, dalam satu hari, Fahmie dengar lebih kurang 20 lagu Indie Band semua. Tapi sekarang semuanye MENGARUT. Baik layan RnB.

Lima: Fahmie paling suka tengok TV waktu pagi dan larut malam.HBO, StarMovie dengan AXN. History and Discovery kadang-kadang.

Enam: Dulu kawan-kawan college panggil Fahmie Sponge Bob sebab mase orentasi Fahmie menang 5 dari 7 yang dipertandingkan. Pastu name kumpulan Fahmie Sponge Bob. Buduh sangat amat sape yang pilih name tuh.

Tujuh: Fahmie tak suka coklat murah yang takde kacang.

Lapan: Caye x  biasew lew owang tulis macam niew ber sayunk sayunk.

Sembilan: Bagi Fahmie, Jack Afron dan Justin Bieber masing-masing mempunyai fashion rambut dan pakaian terbaik setakat nie. Damn Fahmie baru dapat jeket macam Jack Afron tuh. Happy ^__^

Sepuluh: Fahmie prefer Vanilla Coke dari Coke biase.

Sebelas: Fahmie menggunakan duit kertas seringgit sebagai bookmark sebab Albert Einstein menggunakan cek bernilai US$ 1500 sebagai bookmark.

Dua Belas: Fahmie rasa Angelina Jolie deserve Brad Pitt than Jennifer Aniston. Tapi selama ni Fahmie diam sebab takot Ali marah. Ali peminat setia Jennifer Aniston.

Tiga Belas: Ni quote paling best yang Fahmie pernah dengar "Curang Itu Indah. (The Times)"

Empat Belas:
Fahmie tak pernah karaoke dengan kerelaan hati. Seumur hidup baru 2 kali jer karaoke. Fahmie tak pandai menyanyi dan tak pernah menyesal pasal tuh.

Lima Belas: Fahmie suka gile vavi tengok perempuan main gitar. Asalkan orang tuh bukan Yuna.

psst: korang pon kene try tulis spontan mcm nie. Perah otak sikit.best woo.heheh
Baca Lagi - "15 Tak Kurang Tak Lebeh"

Thursday, October 14, 2010

Aku Cuma Nak Pegang

Share/Bookmark
Kite kawan dengan seseorang tuh hanya untuk pimpin tangan. Pernah tak korang terpikir pasal tuh?? ape motif Fahmie kate pimpin tangan...skope pimpin tangan nie meluas. Kite dapat pimpin tangan orang yg kite sayang nie saat kite perlukan dye. Saat kite sedih..Saat kite happy. Semua kite pimpin tangan. Mungkin orang tak terpikir pasal nie. Bile korang berada pada moment tuh baru korang dapat rase keadaan nie. Bertapa bahagianye saat itu. Saat kite berpimpin tangan.




Cube kamu dengar balik lagu The Beatles-I want to hold your hand.Hayatilah lirikdye tuh sendiri. Maybe korang akan faham maksud Fahmie. Kalau sampai time kite perlukan saat untuk pimpin tangan tapi dye takde.Baik tak payah..Secara jujurnyer, Sex, Hug, and Kiss bukan perkara yang korang perlukan saat korang cinta dan sayangkan seseorang tuh.

Sejak kebelakangan nie Fahmie sering tersentuh dengan entry-entry yang ditulis oleh Shara tak lupe jugak entry Yana  yang mengalami masalah yang sama dalam hidup mereka. Dengan music background yang sangat kene dengan jiwa masing-masing.

Fahmie pon tak tahu kenape Fahmie tulis etnry mcm nie kali nie. Tapi, perkara nie buatkan Fahmie sedar bertape sunyinyer hidup Fahmie. Kalau diberi pilihan, Fahmie nak rase seronok bercinta macam manusia normal yang lain. Tapi, pengajaran lampau mengajar Fahmie sesuatu yang buatkan Fahmie takut untuk terima sesiapa buat masa sekarang nie.


Maybe Fahmie bukan penasihat yg baik. Tapi Fahmie pernah lalui sesuatu sebab tuh Fahmie pilih untuk bersendiri jer selama beberape tahun lebeh nie..Fahmie takut, Fahmie buntu.Fahmie Cemburu. Maafkan Fahmie.

p/s: Kite Kawan, Kita Musuh, Kita Sayang, Kita Ingat
Baca Lagi - "Aku Cuma Nak Pegang"

Tuesday, October 12, 2010

Teman Tidur

Share/Bookmark
"Hey...sini jap."
"boleh tak kami nak tengok sekarang??"
"Surprise!!
" Saya nak katil yang atas..."
"Tak boleh, saya yang patut tidur di atas"
" alaaa....masalah la kalau macam nie"
" okey, kamu stay kat bahagian kamu"
" saya akan pindahkan semua barang saya"
" Yeah, tempat saya lagi best"
whoomp!
" Haa..bagus lah, sekarang macam mane nie??"
Baca Lagi - "Teman Tidur"

Popular Post