Monday, January 31, 2011

Lecturer nie sebenarnyer kerjaya macam artis

Share/Bookmark
Mase korang kecik kecik. Bile korang angkat tangan nak jawab soalan yang senang kacang tuh. Sekali cikgu cakap " Diam". Sampai sekarang korang diam kat dalam kelas. Cikgu tanyer paham. Korang jawab je paham. Hakikatnyer paham tuh adalah name baru bagi " Cikgu, kami tak paham ape cikgu ajar, boleh tak cikgu keluar pegi bilik guru then cakap kat kelas Cikgu ade mesyuarat".

Korang tahu kan bertape powernyer kuasa cikgu, lecturer, tenaga pengajar. Aku pulak ade alasan aku sendiri kenape aku nak jadi lecturer.

1. Masuk kelas macam artis naik pentas konsert. Tapi tak yah la beria ia sangat nak pakai mic segala.
Bile aku jadi lecturer. Bunyi tapak kasut aku tuh telah dinantikan oleh anak anak didik aku kat dalam kelas. Nak nak kalau aku pakai kasut itam yang dah senget tumit dye tuh. Bunyi kayu dye gesel dengan simen. Sebelum aku bukak pintu kelas dah senyap sunyi bunyi cengkerik. Sory guys. Aku garang kalau jadi lecturer. Jalan terkinje kinje tengok kanan kiri sambil diiringi music I want to be Millionare. Selisih dengan Artis Lecturer lain kenyit mate sebelah then sweet ala cencorot tuh.

2. Start mengajar macam memulakan nyanyian merdu ala Bruno Mars. Bruno Mars yang tiru aku sebenarnyer.
Maklumlah artis kalau nak start keluar suara mestilah dye testing mic dulu. Same lah dengan aku. Tapi kelas aku tuh kene lah ilmiah sikit. Aku start dengan bace doa. Takdelah nak mule kelas dengan cakap " Check, check, rock, rock".  Lepas tuh semua peminat peminat aku iaitu student kelas aku semua senyap. Ternanti nanti ape yang aku nak sampai kan kat diorang. Okey korang, hari nie kelas cancel. Kompom diorang mengamok macam artis datang konsert tak nak nyanyi. Tiket dah bayar dah nie. Sanggup nie bangon pagi semate mate nak pegi kelas aku. So, kalau aku jadi lecturer boleh balas dendam. Lagipon, peminat mane boleh marah kat artis kan?

3. Sumber pendapatan tambahan. Kali nie boleh di cetak rompak dan plagiat. Sumpah aku tak saman student.^__^
Aku kalau jadi lecturer aku nak buat buku aku sendiri. Same macam Puan OB aku. Aku jual je kat student kelas aku yang ade 25 orang tuh. Then kalau kelas lain nak photostate. Photostate lah. Aku takde hal. Sebabnyer, kalau dye photostate. Lagi ramai orang tahu hasil penulisan buku aku tuh. Makin famous lah aku lepas tuh. Tak macam sekarang, bile DVD or CD dye kene cetak rompak nak mengamok tak dapat royalti. Sedar lah diri tuh sikit, ko tuh tak famous. Yang cetak rompak nie lah yang membantu kau naik lebeh bagus lepas nie. Lagi satu, kalau lagi ramai orang gune buku aku, kan bekalan untuk akhirat kelak. Takdelah student student lain tuh ungkit kat akhirat nanti pulak kan.Lagipon kompom diorang doakan aku yang dah bagi ilmu kat dye nanti.

4. Kalau jadi lecturer. Anak murid ramai yang gugurl. Kompom yang hot hot. Artis kalau nak awek pilih je yang mane mane pon.
Betape ramainyer quota pelajar perempuan kat Universitas sekarang. Ramai tuh perempuan perempuan yang masih bujang sambung belaja amek degree nie.^_^ Memandangkan aku jadi lecturer nanti pakai smart smart. Rambut pacak macam David Bekam. Cakap jelah. " Okey Gurls, today i want your full name, phone number and address. Boys just your name and address" alasan common. " Saya nak jaga kebajikan pelajar perempuan. Sile paham ye."

5. Lecturer ade name glamor
Yang nie yang paling aku berkenan. Aku boleh mencipta name. Dapat name samaran yang paling cool kat dunia. "Prof". uuu...Kau jangan nak berangan eah Fahmie. Degree pon tak lepas lagi. Tapi aku peduli ape. Aku nak jugak. Bile selisih dengan peminat peminat iaitu student aku tuh. Mesti name aku disebut sebut. Prof sane Prof sini Poff sane. Poff sini. Tak ke cool tuh. Bile ade letak name kat Kad. Mesti ade tulis Yang berbahagia Prof. Madya Mohd Zulfahmi Abidin. Wahh. bukan main sejuk perut mak aku mengandungkan aku. Mesti mak aku tak menyesal sebab tak pakai protector dulu.

6. Kalau artis masuk megazine aku masuk dalam mane? 
Ingat best sangat ke masuk megazine kalau artis lelaki. Aku jadi lecturer lagi famous. Alah setakat bergambar kat kolam renang tak pakai baju tuh. Rambut basah senyum ala ala Amitha Bachan tuh. Aku tak heran. Aku jadi lecturer siap masuk surat khabar lagi. Kau bayangkan Student ade 20 ribu. Peminat setia semua lak tuh. Dah la macam tuh, jadi lecturer tak perlu risau ade paparazzi. Aku boleh selambe badak je buat ape aku suke. ^_^

7. Time hari guru. Aku yang lecturer nie pon dapat hadiah.
Lagi ramai hadiah aku dapat. Lagi banyak peminat aku. Kau ingat keje kerajaan ade dapat hadiah hari guru ker? takde maknenyer. jangan nak berangan. Aku dah rase keje kerajaan. Yang tak boleh tahan bile wall aku kat FB, Twitter aku, Tumblr aku semua penuh dengan Selamat Hari Guru. ^_^ Artis pon tak dapat hadiah macam aku. Tapi pokok pangkalnyer aku famous lah. Itu je.

8. Aku nak tulis lagi. tapi aku rase kau pon dah penat nak bace.So aku stop sampai sini je okey.aku nanti buat Vol. 2. ^_^ now aku nak perkenalkan classmate aku.

Baca Lagi - "Lecturer nie sebenarnyer kerjaya macam artis"

Saturday, January 29, 2011

Kenali potensi diri melalui jenis darah. Bukan senang nak berilmiah nie

Share/Bookmark
Jam pukul 8 pagi. pale aku bawah bantal lagi. Harapan aku nak mak kejut bangon pagi. Ape kan daye aku sambung tido lagi. Watafak aku tak solat subuh lagi. Kan hari jumaat nie. ape tak serik serik buat dosa pagi pagi? Alah korang sebenarnyer malu nak mengaku yang korang tak sembahyang subuh lagi? Aku dah ganti. Kau bile lagi?

Ape kejadah ku tulis semua ujung dye bunyi "i" nie? lantak situ. Pagi jumaat nie kelas OB. Organizational Behavior. Puan OB aku suro bawak ubat gigi. Untuk tahu personaliti diri. Tapi aku tak nak cerite aku punyer macam mane.sebab memalukan. Tapi ade lagi satu experiment Pasal darah. Puan OB aku cakap. 

KUMPULAN DARAH 'O' Ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yg diinginkan, orang dengan kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yg kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif. Betul tak????

KUMPULAN DARAH 'A' Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dgn baik dgn org lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dgn santai dan cenderung keras kepala..

KUMPULAN DARAH 'B' Anda punya tabiat keras dan individualis, suka terus-terang tanpa memikirkan orang lain dan melakukan segala sesuatu dengan cara sendiri. Namun anda juga kreatif & fleksibel & boleh beradaptasi dengan mudah terhadap situasi. Namun kelemahan yg anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri, yang boleh merugikan..

KUMPULAN DARAH 'AB' Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tpt berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan utk menghibur org lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.
Aku copy paste je kat Google translate. Lantak korang lah nak paham ke tak. Tapi yang menjadi masalah nyer sekarang semua orang tawu dye darah ape. Aku tak tawu. Puan OB aku dah pesan dah. Tapi aku lupe tanyer mak aku. 
Puan OB: Sape darah jenis A. Angkat tangan.

Puan OB: Okey 7 orang

Puan OB: Darah B.

Puan OB: 4

Puan OB: Darah AB

Puan OB:Tiada

Puan OB: Darah O

Puan OB: 6

Puan OB: Abes yang lain nie darah jenis ape? Fahmie!! Kamu darah ape?

Aku: Darah Pahlawan Prof.. teheeee....^_^


p/s: Rupenyer aku darah B.
Baca Lagi - "Kenali potensi diri melalui jenis darah. Bukan senang nak berilmiah nie"

Wednesday, January 26, 2011

Mak sumber inspirasi

Share/Bookmark
Wah. 1st time nie aku tak merampingkan jari menaip kat sini selame 5 hari. Fuyoh! Ade tak orang yang rindu kat aku? Someone? Anyone? No one? (bunyi cengkerik ). Okey aku tak famous amos. Takpelah, at lease mak aku sayang aku. Better dari aku sayang mak korang. Okey takde kene mengene. Bubye.

Jap! Aku lupe nak cakap yang aku tak online beberape hari sebab aku dah tak online selama 5 hari. Membantu tak ayat nie? o_O Harap kite ade win-win situation. Aku nak ucap terime kasih kat korang sebab sudi datang blog aku nie. Walaupun aku takde kat sini. Aku sayamm korang sebab sentiase bagi support kat aku. Sebab korang sentiasa bagi support aku anggap korang Hanis Zalikha lah senang. Okey aku tipu. Kau langsung tak macam dye pon. Bahahaha. lariiiii.......

Tak kesah lah dari mane pon korang datang aku nak bagi tahu yang aku buat masa nie akan kurang active dengan update blog. Punca utama aku adalah mak aku tak bace pon blog aku tau. Sedeh gile. Sebab mak aku tak tau yang aku cerite kat sini kalau ade kejadian dengan dye, so dye kalau cakap dengan aku main lepas jer. Tak kesian langsung dengan aku. Dan sebab dye ade say something on the phone tadi tuh lah yang buatkan aku update entry nie. Ape aku merepek dari tadi pon aku tak tawu. Aku saje buat korang tak paham. Lepas tuh korang pulak main bace jer. Haih ^_^

6: 48 petang

Aku: Assalamualaikum.

Mak: W'salam. 

Aku: hehehe. Mak! Orang nak bagi tau nie. Cuti Tahun Baru Cina nie. orang balik lambat sikit tau dalam hari Sabtu or hari Ahad. Ade kerje sikit kat sini.

Mak: Oh! Tak balik pon takpe. Bye.

Aku: Wooottttttt.........................................................!!

p/s: Okey fine. aku rindu mak aku.
Baca Lagi - "Mak sumber inspirasi"

Thursday, January 20, 2011

My Pen is Wonderland

Share/Bookmark
Ingat senang ke nak bangon hari kamis lewat macam nie huh? Biase kalau ade cuti peristiwa je yang aku boleh bangon hari kamis macam hari nie. Contohnyer, hari aku jatuh basikal buat kali pertama ker, taik telinga terhitam pernah aku korek dalam hidup aku ker. Tak pon Birthday aku kalau birthday aku tuh jatuh hari kamis.^_^ . Korang jangan salah anggap pulak. aku bukan kaum kerabat diraja. Aku tampo sorang sorang karang bisu nanti. 

Tapi ironinyer hari nie. Walaupun cuti, assignment belambak macam biskut lemak ping pong. Lemak lemak sikit, susun berlapis lapis. Bile makan tah bile nak habes. bile cecah dengan teh 'o pon best. Selamat lah name dye assignment. Kalau name dye apartment, tah bile pulak nak siap buat apartment tuh.

Tapi bile semangat nak buat assignment dah ade, tapi tibe tibe cari pen Pilot G-1 aku takde kat dalam beg. Nie yang aku naik hantu nie. Bukan hantu naik aku. Aku yang naik hantu. bertenggek je blakang hantu tuh. grrr. Bukan ape. Korang tahu tak pen tuh gile punyer penting kot. Pen boleh buat kan student mcm aku nie mati ko tau tak? tak caye meh aku terangkan kenape kalau takde pen kite boleh mati.

Bile Pen aku hilang = So Aku takde pen lah
Bile aku takde pen = Aku takdelah notes nak tulis
Bile aku dah takde notes = Aku tak leh la study kat rumah
Bile aku tak study kat rumah = Nati exam aku fail lah.
Bile aku dah Fail nanti = Aku takde lah degree
Bile aku takde degree = Aku takde kerje lah pulak nanti
Bile dah takde kerje = Aku takdelah duit
Bile dah aku takde duit = Tak makan lah aku
Bile aku tak makan = Aku makin kurus lah
Bile aku dah jadi kurus = Buruk lah rupe aku
Bile rupe aku dah buruk = Takde awek nak kat aku
Bile aku takde awek = Tak kawin lah aku nanti
Bile aku tak kawin = Mestilah aku takde anak
Bile dah takde anak = Lonely lah aku sorang sorang
Bile aku lonely = Aku kene penyakit kemurungan
Bile dah ade penyakit kemurungan = Aku jatuh sakit
Bile dah jatuh sakit = Mati

So, korang nampak tak betape bahayanyer bile kite kehilangan pen? 

p/s: moral of the story. Jangan pernah kehilangan pen anda.
Baca Lagi - "My Pen is Wonderland"

Wednesday, January 19, 2011

Kawan Lama

Share/Bookmark
Fuyo, ramai nyer kawan kat sini. Otey, I'm so happy. Jalan sikit, " Hai Fahmie, you kos ape Fahmie?" jalan lagi sikit. " Hai Fahmie, ade kelas lagi ker??tak pegi launch??"  bile aku tak jalan pulak " Fahmie, roomate I kirim salam dekat........."  wah!! o_O  Rase macam artis aje hari hari pergi kelas. Stop!! Pikir negative jer. Sebenarnyer diorang nak number phone member aku yang hensem tuh. Chettt! Kurang ajo punyer diorang. Aku selamber je bagi number phone abang kedai makan kat Kafe Sireh kat food court tuh. Bhahahahhaa.(kengkawan.gelak jahat bersamaku)

On the way pegi kelas petang. mase tuh aku tak sempat nak mandi petang.Penat aku pakai perfume, body spray, perfume dan juga ubat ketiak. Semata mata nak nampak fresh pegi kelas. Takut kalau kalau terserempak dengan peminat plastic hari nie. Berbekalkan RM5 kat poket kiri baju.

Kacink.kacinkkk!!! (Sila jangan cari kat pakcik Google apa itu "kacinkk" kerana ianya adalah effect bunyi semata) Aku bukak pintu koperasi kat fakulti. Fuyoo...anyak nyer cokelet kat sini. Wah!! yang mahal mahal pon ade seh. Kalau aku kelepet sikit dah cara dah kan!

OMG! budak semalam. grrr. Nak mintak number phone member aku lagi la tuh. Semalam dah la aku tipu dye. pffft. Nak lari kat mane pon aku tak tawu. Lah apesal dye datang dekat kat aku pulak nie. Plung! (tumbuh mentol menyala kat dahi aku. Adeh dye salah parking, silau mate aku). Aku terus keluarkan phone.

"Hello! ha Nips (name cokelet). Apesal weh tibe tibe call aku" 

Aku membebel sorang sorang dalam koperasi tuh. Sengaje cakap kuat kuat. Minah tadi dah pandang kat aku jer tunggu aku abes call. Dye nak cakap kat aku aku tunjjuk sign "Kejap" kat dye. Perh! Bile dye nak blah nie. Dah penat dah aku berlakon nie.

♪♫ Pa pa l' americano!! ♪♫

Arhhhhh!! phone aku boleh bebunyi pulak.......
p/s: Aku kene hempuk dengan kamus Oxford tebal macam roti Gardenia. Kenape kalau aku tipu selalu kantol?

Baca Lagi - "Kawan Lama"

Saturday, January 15, 2011

Kehidupan seorang fighter

Share/Bookmark
Massukkan duit kertas RM1. Lepas tuh disusuli dengan duit 50sen sekeping. Tekan butang yang ade logo Coca-Cola kat tepi dye. Tunggu kejap. Tunggu. Tunggu sampai dye jatuh. Plung!! (jangan search Plung!! kat Google. Inya adalah sound effect semata) Amek air tuh. tarik penutup dye gune kuku. Chuusssss.......(another sound effect bunyi air) togak air tuh. Glup. glup.glup. Ahhhh.........Sedap betul minum air Coke time panas terik nie kan??

Dalam dunia fighter seorang lelaki itu akan lebeh gagah bile dye pakai spender warne merah untuk hari Jumaat.^__^ Jalur putih itam. ade tulis RENOMA. buy 1 get 1. Kini cara jalan nak kene ubah. Petang dah nak kene pegi gym untuk kekal fit untuk cover man kat megazine Maskulin. Dengan harapan nati boleh amek gambar kat dalam pool untuk cover majalah Mangga.

Dengan baju putih, seluar putih, kasut putih hari nie aku pergi kelas dengan beg sendal kat dahi baju tug-in. rambut tak sikat. Pakai Loreal wax. Jam set waktu Brazil dats why datang kelas lambat hari nie. Eh, ade jugak orang yang berani tahan aku time aku jalan cover macho. 

Bla.bla.bla.blah...

Sales boy: Adik, adik course ape?

Aku: Owh! Event Management. Nape?

Sales Boy: Abang dari Bank ***** Insurance

Aku: Oh okey. (muke interested) 

5 minit kemudian...

10 minit kemudian....

15 minit kemudian.......

Sales Boy: So, package insurance nie memang bagus untuk student macam adik nie. Mane tahu kite accident ke kejap lagi. Mane lah tahu kan? So, kite berwaspada dari sekarang dik.

Aku: Owh. Okey.

Sales Boy: Adik nak tak masuk Insurance nie??

Aku: Abang dah masuk?

Sales Boy: Belum!!

Fcuk!! I'm outta here!!

Lame!!

Gud nite Malaysia!!

p/s: Aku hampir bunuh orang hari nie.
Baca Lagi - "Kehidupan seorang fighter"

Wednesday, January 12, 2011

PMS Vs Lelaki : Kalau tak boleh berenti jahit jer bende tuh

Share/Bookmark
Jangan pernah cakap kat aku yang korang sanggup tak mandi untuk bukak blog aku dan bace ape entry terbaru aku untuk hari nie. Hahaahhaa (berlagak jadi artis kejap) Busuk ko tau tak kalau tak mandi. Mulut ko tuh nanti bau longkang. Lain lah kau online bace blog Girlfriend korang. Tak pon Boyfriend korang walaupun kau tuh lelaki kan.. Klu diorang " Ayang, you kentut wangi lah hari nie, you makan ape semalam??" grrrr.geli aku. saling sayang menyayang la katekan. Tapi tolong eah. jangan buat kat blog aku. Blog aku nie suci orang kate.^_^


Tamat












Hahahha.belum lagi lah. Aku tak habes tulis lagi tuh. Aku tak puas hati lagi nak kutuk orang nie. Tadi untuk lelaki. Now untuk perempuan pulak.hehe-hemo-hemo. Bukan selalu dapat kutuk mengutuk nie. Tapi aku nak kutuk lebeh lebeh pon mak aku perempuan jugak. So, aku akan cube untuk tidak melampaui batas. Tapi biasenyer general lah. General maksud aku kat sini meluas. Bukan bapak ko yang askar pangkat General tuh. Eh..Askar ade pangkat general ker? lantak situ.

Korang orang perempuan yang ade kat dunia nie Am-nya dan di Malaysia Khas-nya sepatotnyer rase berbangga korang dapat PMS. Sebab ade kaum lelaki yang memerlukannye masih tak dapat ade PMS tuh.^___^. Korang pon tahu kan selalu bende yang kite nak tuh, yang tuh la susah nak dapat. Yang kite tak nak tibe tibe dye datang sendiri. Memang tuh lumrah alam, ko jangan persoalkan. Aku sepak karang balik Monggolia ko karang.
PMS
Premenstrual syndrome. atau lebeh dikenali dengan Period atau datang Haid.(bagi yang tak tahu) Tapi kadang kadang aku panggil Prehistoric Monster Syndrome

Situasi 1: Open conversation.

Para-Gadis: Korang orang lelaki beruntung lah tak kene PMS macam kitorang. Sakit tahu tak??

Aku: Whooot?? Beruntung ko kate? Weh..actually korang yang lagi untung ko tau tak?

Para-Gadis: Tak beruntung langsung. Nak bangon pon susah adelah.

Aku: Aku memanglah agak kesian dengan sakit korang tuh. Tapi aku lagi kesian dengan lelaki yang ade PMS-Girlfriend. Kene maki aje dye.

Situasi 2: Dalam kelas.

Lecturer: Fahmie, mane Puteri? kenape dye tak datang kelas hari nie??

Aku: Owh! Sory prof. tadi dye message kat Dayang, dye kate dye PMS prof. So dye tak dapat bangon.

Lecturer: Ezad?

Aku: Ezad pulak tadi message saye dye kate Girlfriend dye PMS prof.

Tak mungkin!tak mungkin! kami tak boleh bagi alasan yang macam tuh untuk skip class. Shiittt. Nie yang aku benci nie bile aku bagi alasan aku sendiri tak boleh gune.

Berbangga lah kalau korang ade PMS.

p/s: Aku perlukan PMS sampai aku habes study. Ade sape sape nak bagi PMS dye kat aku?? 

Baca Lagi - "PMS Vs Lelaki : Kalau tak boleh berenti jahit jer bende tuh"

Monday, January 10, 2011

Everything yang datang dan keluar dari aku adalah yang terbaik

Share/Bookmark
Wo ho. Pagi nie kelas aku agak pack. Aku tension jer kalau kelas pack nie. Perasaannyer macam pegi keje tapi tak bergaji.Makin keluar duit ade lah. Selamatlah facility kat sini boleh dikatakan complete lah jugak. Cume dye tak sediakan escalator dari pintu kolej sampai fakulti jer. Kalau ade memang aku baring terus sambung tido tunggu sampai depan kelas baru bangon balik.^_^ 

Piwiit. Pagi pagi dengan ujan sepoi sepoi bahase nie. Langit gelap ala ala Barrack Obama  semacam jer. Rase macam duduk kat Genting pulak. Bukak je langsir tengok air hujan kat tinggap. Aku tengok titisan air ujan kat tingkap tuh tengah lumbe sape sampai bawah dulu. Lepas tuh baru aku pegi mandi sebagai syarat dengan harapan balik kelas nanti baru mandi ala ala swimming pool.

Tah sape punye keje tah buat Fakulti aku nie tinggi tinggi. Nak pegi kelas pon nak kene naik lif ker? Kalau lif rosak macam mane? tak ke berkuah aku nak pegi kelas nanti. Hrmmm. Hari hari macam nie lif penuh. Sabar jelah aku. Bile dah dalam lif ramai pulak yang sebok nak naik saing aku. Sepatotnyer naik la lif lain seh.

Gadis A: You pakai perfume ape hari nie? sedap lah bau dye. 

Gadis B: Alah.pakai yang biase biase punyer jer. Takde jenama pon.

Aku: (Damnit!!....macam mane dye boleh tahu aku kentut dalam lif nie pulak nie?)**dalam hati*

Bangge kejap.

p/s: Maka hari ini hari yang indah bagi aku.^______^" Selamat Bertugas Malaysia!
Baca Lagi - "Everything yang datang dan keluar dari aku adalah yang terbaik"

Saturday, January 8, 2011

Aku duduk di atas mangkuk tandas. Angan angan nak jadi Perdana Menteri. Plung. Taik jatuh

Share/Bookmark
Standard la kan kalau baru masuk blaja mesti cerite pasal bende yang same jer kan! hahaha. aku agak teruja sebenarnyer. Maklumlah aku kan super junior.^_^. Aku bukan artis. Tapi aku sering diperhatikan. Tapi mane mane tempat korang blaja pon same jer pegi dye. Macam tuh jugak. Cume berbeza tempatnyer jer.Yang jadi lain sangat bile house mate aku buang tebiat pegi kelas hari jumaat pakai jubah arab siap serban yang macam orang arab pakai tuh. Okey. Itu memang lain dari yang lain. Pikir negative jer. Nak cari perhatian lah tuh.

Mencube sesuatu yang baru tuh menyeronokkan sebenarnyer. Kalau tak caye, korang mesti pernah buat bende nie. Korang cube gerakkan sesuatu barang menggunakan kuase minda. Sebab terpengaruh dengan cerite TV. Lepas tuh baru korang sedar korang tak boleh buat bende tuh. Tak pon korang pernah duduk depan kipas lepas tuh dengar suara robot korang sendiri. Best kan moment blaja memahami hukum alam tuh? Time tuh la baru rase. Eeee.bodohnyer aku. So, same jer sebenarnyer. Anggap je dunia nie playground.^__^ try je ape yang korang rase patot. Tapi jangan la over.

So, tak salah kite mencube bende baru. Contohnyer macam semalam. Aku nak mengkaji ape effect kalau aku cakap macam nie kat lecturer. Kalau bagus dan berkesan lain kali kite boleh gune lagi bende nie. Mak kate, malu bertanyer sesat jalan kan?

Aku: Puan. Saye nie dikira bersalah tak kalau saya tak melakukan sesuatu perkara tu?

Lecturer: Tentulah tak salah. Sebab kamu tak buat bende tuh. Kalau kamu tak buat tentulah bukan kamu yang salah.kenape?

Aku: Fuuuhh. lega saye puan. Sebab saye tak buat pon assignment yg puan bagi tuh.^_^

hahaha.ternyata berkesan. 

Student derhaka.

p/s: Aku kene denda buat 2 tahun past year. Sia sia je hidup.
Baca Lagi - "Aku duduk di atas mangkuk tandas. Angan angan nak jadi Perdana Menteri. Plung. Taik jatuh"

Friday, January 7, 2011

Zulfahmi Abidin Versi Anak Derhaka

Share/Bookmark
Aku tak pasti sama ada aku kene kejutan budaya atau pon tidak. Tapi pada aku macam same jer. Cume ade sikit sikit budak poyo yang cube show off time taklimat tadi. Tah ape yang dia dapat bile menganjing prof yang ade tuh aku tak tau lah. Aku tengok dye, dengan baju dye tak basuh, bulu tak cukur, kasut bau stokin.."wat de fu~" itu habuan untuk kau. Selamat ko tak sama program dengan aku.

Kelengkang aku rase macam nak melecet jer naik turun tangga 229 anak tangga hari hari kat sini. Son of Batu Cave.  Orang kate kawan jangan di cari, musuh jangan ditolak. Kalau ko tolak musuh, nanti bergaduh. ^__^ . Tapi takde ke orang yang nak kawan dengan aku eak? Aku sorang sorang je duduk dalam kelas tuh? Same sangat ke muke aku dengan Christian Bale tuh weh sampai korang buat buat tak nampak jer? takut buat dose sebab terpakse senyum kat aku nanti?

Aku tengok budak budak kat sini serba mewah. Pergi kelas bawak kerete. Dalam kelas makan ferrero roshe. Betul ke aku eja nie? Pakai branded je pegi kelas. Nampak kacak jer. Tapi dye nak tunjuk kat sape siot pakai semua macam nie? "Fuyo macam artis lah....." nanti dye bangga.. Jalan depan sikit pak guard  pulak tahan dye. Kene saman." Fuyoo. Kene saman lah".Padan muke kau setan!!!.
Memang dah luck aku Tutor aku kalau nampak je aku. "Fahmie, awak jadi Class Rap". Wah...ade Nur cahaya ke ape kat muke aku?? Nak tahu rahsia nyer?? Pakai lah Mary Kay. Ubat jerawat yang dipercayai.^__^. 

Orang kate, kalau kat sini. Nampak lelaki pakai baju masukkan ke dalam seluar hari Selasa hingga Jumaat tuh. Fahmie la tuh. Aku pelik culture kat sini Selasa hingga Jumaat boleh pakai baju ape ape jer. Pakai seluar jin lagi. Lepas tuh pakai kasut bengkak macam budak skaters tuh. Selamat ade jin hensem. Jin Samsudin. Hidup lagi orang tua tuh. Kalau tak dah macam budak kimpal dah aku tengok diorang nie. Tapi biarlah. Mungkin pakaian simple untuk ke kelas lebih disukai ramai.

Tadi mak call, mak tanyer lah blaja macam mane. Duit rokok ade lagi ke tak. Kawan kawan macam mane. Semua mak tanyer. Aku dah hantar report secara lisan kat mak malam tadi. Korang dah ke belum? Last word dari mak "Belajar rajin rajin ye Alang, Jangan biadap dengan lecturer. Jangan buat masalah kat tempat orang. Jage tutur kate tuh. Lagi satu sembahyang jangan tinggal eh"..lepas tuh aku pon anggok sambil jawab. "Ye mak, Ye mak, ye mak, ye mak". Kalau tutor aku dengar nie. Kompom dye jadikan aku sebagai menantu dye.  bile mak aku dah letak phone je. "Eh, ape mak pesan tadi ea?? dah lupe lah??" 

Anak derhaka.

p/s: Soalan: Ape beza antara aku (Fahmie) dengan Christian Bale?? Jawapan: Tak ade bezanyer. Kami serupa ^__^
Baca Lagi - "Zulfahmi Abidin Versi Anak Derhaka"

Wednesday, January 5, 2011

Harapan nak jadi Zac Efron. Tapi impian takkan jadi kenyataan

Share/Bookmark
Mase aku kat college dulu. Aku selalu teringin nak jadi macam artis pujaan aku Zac Efron. Aku suke gile bile dye pakai lather jacket tuh. Sebab dye berlakon dalam High School Musical tuh la aku teringin sangat zaman college aku tuh same dengan dye. Tapi aku tahu, langit tak selalunya cerah.Kadang kadang mendung, kadang kadang gerimis. Kadang kadang pesawat ringan pegang banner panjang " Jualan MEGA 2011 telah bermula"  lalu kat langit. Itu aku tak pasti kat Malaysia ade ke tak. Aku pon main hentam jer.^__^

1. Senyuman Zac Efron buatkan perempuan keluar air liur

Aku sedar senyuman aku tak mengoda macam dye. Tak boleh buat orang horny. Contohnyer macam petang tadi aku beli makan kat Cafe sorang sorang. Aku takde duit pecah lagi 50 sen untuk makanan dengan air yang aku beli. Yang lain semua duit 10 sepuluh je yang ade. So, aku cakap la kat makcik Indon kat Cafe tuh.

Aku: Kak, 50 sen tuh kire cincai jelah kak.

dye buat buat tak dengar kat aku pada mulanye.

Aku: Boleh kak ea??!

Aku pon buat lah senyum ala ala Zac Efron dengan harapan makcik indon tuh dengan panggilan akak dan senyuman manis aku nie dapat la kurang 50 sen. Dye pon anggok kan kepale jer. So, aku ingat dye setuju jelah nak bagi aku percuma 50 sen tuh. Aku pon perasan, sekali aku senyum aku boleh menghasilkan duit 50 sen. Dengan sangat teruja aku menoleh untuk berjalan. baru setapak aku nak jalan.

Makcik Indon: Dek, 50 sen dek.

So, dari segi bende basic aku dah fail jadi Zac Efron. Ape ke bongoks senyuman Zac Efron tuh menawan sangat huh? Jeles betul aku.

2. Suara Zac Efron dapat membuatkan wanita tidur lena di waktu malam

Suara Zac Efron memang mujarab melembutkan hati makcik cantin atau semua gadis gadis di luar sane. Tapi suara aku hanya boleh membuatkan gadis gadis tergerak hati nak tutup telinga dan menangis kesengsaraan. Tapi bende nie tidak membantutkan useha aku nak jadi Zac Efron. Sebab Christian Bale pon tak boleh menyanyi. So, kesimpulan yang aku boleh simpulkan kat sini, Aku dengan Christian Bale same jer. Takde beza (statement ini penting untuk menyedapkan hati aku)

3. Zac Efron ade awek name dye Vanessa Hudgens.

Aku pulak. Dah lah single. Tapi aku rasa dari segi ni aku lagi hebat dari Zac Efron. Sebab aku ada satu gugurl nie yang membuatkan aku hati ade taman dan ade air pancut sikit. Aku sangat extra ordinary  happy ^__^ dan Zac Efron tidak. har har har. Yeah Zac Efron kalah bab  nie. 
[Zac Efron 2 - Fahmie 1]

4. Zac Efron hensem tahap cipan

Kalau mamat sekor nie lalu depan para gadis. Mesti semua pandang dye dan terseyum tahap mintak pelempang. Tapi kalau aku yang lalu depan para gadis. Mesti semua mula buat tak tahu je dan buat tak nampak sebab aku tahu diorang tak nak tambah dose pura pura nak senyum dengan aku dan diteruskan dengan mengumpat pada akhirnya.

5. Ada pada dye tapi ape ade pada aku.

Bende nie paling buatkan aku sakit hati kat mamat sekor nie. Bile aku search je Zac Efron kat pakcik Google image, gambar pertama yang  keluar adalah gambar nie.

Tapi bile aku Google name Zulfahmi Abidin kat tempat yang same. Gambar pertama yang keluar adalah gambar nie.
Nie ape kejadah siot? Apakah rahsia disebalik gambar yang aku jumpe nie? 

p/s: Aku lepas nie nak jadi Christian Bale pulaklah.
Baca Lagi - "Harapan nak jadi Zac Efron. Tapi impian takkan jadi kenyataan"

Monday, January 3, 2011

Fackta rawak tahun baru aku

Share/Bookmark
1. Sempena new year nie aku takde azam baru pong. Aku nak kekalkan azam lama. Dan aku nak kekalkan bende yang dah ade tahun lepas. Termasuk umur aku yang 21 tuh. Tak suke lah dah jadi 22 tahun. tak cool langsung. bile diterbalikkan pon 22 jugak. grrr.kalau 21 boleh la aku mengaku aku 12 tahun. Grrrr.

2. Status aku yang terawal sempena tahun baru nie tepat pukul 12:09 pagi adalah. " Weh. Last time aku mandi tahun lepas tau ^_^" dan aku akhiri tahun 2010 dengan status pukul 11:53 dengan " Yeah. Johor sambut New Year 5 minit lebeh awal dari KL. Sila jangan jeles ^_^." 

3. Malam New Year aku sambut depan Lappy dengan rakan-rakan Twitter yang sedang bertweeple ape je yang ade dalam kepale hotak ko diorang. Aku pong dengan gembira terkinje kinje join diorang.^_^ . Bung api? Dah tak musim dah. Dalam Tumblr banyak gambar tuh.

4. Lepas sambut New Year kat depan lappy. Aku habeskan mase 5 jam terawal tahun baru dengan packing barang untuk pegi menuju puncak. (ko jangan berani tanyer kau puncak mane yang aku tuju). Sory Puncak AF aku benci dengan Extreme sekali.

5. Lagu pertama sempena tahun baru aku adalah Kau yang punya by Malique feat dengan Najwa. Lagu nie meaningfull wo untuk orang diperantauan macam aku. Si Dia. lagu ini untuk awak yer.Tapi orang tak anak bagi tawu directly.^__^

6. Aku jumpe baby new born anak abang aku pada 1 Januari. ^_^. Gile vavi comel dye. Berat dye tak berape berat. 2.8 Kilometer jer. Tapi korang pastikan nisbah Kilometer tuh same dengan Kilogram okey. Kalau tak aku sepak muke korang laju-laju.

7. Aku baru tahu kalau pegi belajar nie ramai orang kasi duit. Aku nak je hari-hari bertolak pergi belajar. Then singah rumah ke rumah mintak duit cakap aku nk pergi belajar. Weh, nak pergi belajar paling kecik RM50 tau. Tapi aku tak ade plan pon nak bagi sape-sape. har har har (gelak jahat)

8.  Dengan kelebihan teknologi masa kini, aku gerak pergi Selangor pada tahun baru nie gune GPS Map beb. Tak sesat langsung. Ade 4 jenis map dalam GPS tuh.  Kalau korang nak beli jugak GPS Map, aku ade jual jugak. RM400 tidak termasuk kos penghataran. Aku tak geti meniaga so aku nak bagi tahu aku nak amek untung RM50 setiap satu device. So, kalau korang rase aku cekik darah. Weh! Pergilah beli sendiri!

10. Last time aku peluk cium mak aku pukul 13:20. 2 January. Time tuh mak aku nak balik dah. Sedeh seh, macam mane aku nak gadoh dengan mak aku lagi nie. So, orang Shah Alam nie ade tak yang nak jadi mak angkat aku? Supaye senang aku mintak duit.(sory takde kene mengene dengan peluk cium dan teman bergaduh aku. Memang itu je motifnyer)

11. Seriously UiTM Puncak Alam chantek beb. Macam nie lah baru aku nak mengaku "UiTM Dihatiku" hehehe. p/s: Kepada yang berkenaan. Saya nak buat request boleh tak? pasang Astro kat bilik saya buleh? Susah lah nak tengok CSI dengan MTV! Jadikan ini azam tahun baru UiTM ye.

12. Bahan bacaan pertama aku sempena tahun baru adalah "Maskulin: Edisi Lelaki dan Automotif" wat de fuuuu nye aku bace magazine nie aku pon tak tahu. Aku curik je pon tadi kat rumah kawan aku.^____^

13. Sebagai budak baru yang baru nak try try gerai makan kat sini. Makan nasi goreng panas panas mesti sedap kan? Sebab tuh la aku order mee bandung tadi. Tah macam mane aku leh sebut mee bandung padahal kat otak aku pikir Nasi goreng ayam kunyit aku pon tak tahu.

14. Bagusnyer azam tahun baru aku ade tersenarai nak berenti rokok. Betul betul kat sini takde jual rokok kau. Keras aku. hahahaha.sila gelakkan aku yang tak jumpe rokok nie. Ceehhh..

15. Aku belum jumpe awek awek cun kat sini. Kalau jumpe aku nak sebut ayat nie sebagai tande dye akan membenci aku. " Awak, Gigi awak kuning lah." then ape lagi. Lari lah..tunggu lagi buat ape? hahaahaa.

Baca Lagi - "Fackta rawak tahun baru aku"

Popular Post