Mase korang kecik kecik. Bile korang angkat tangan nak jawab soalan yang senang kacang tuh. Sekali cikgu cakap " Diam". Sampai sekarang korang diam kat dalam kelas. Cikgu tanyer paham. Korang jawab je paham. Hakikatnyer paham tuh adalah name baru bagi " Cikgu, kami tak paham ape cikgu ajar, boleh tak cikgu keluar pegi bilik guru then cakap kat kelas Cikgu ade mesyuarat".
Korang tahu kan bertape powernyer kuasa cikgu, lecturer, tenaga pengajar. Aku pulak ade alasan aku sendiri kenape aku nak jadi lecturer.
1. Masuk kelas macam artis naik pentas konsert. Tapi tak yah la beria ia sangat nak pakai mic segala.
Bile aku jadi lecturer. Bunyi tapak kasut aku tuh telah dinantikan oleh anak anak didik aku kat dalam kelas. Nak nak kalau aku pakai kasut itam yang dah senget tumit dye tuh. Bunyi kayu dye gesel dengan simen. Sebelum aku bukak pintu kelas dah senyap sunyi bunyi cengkerik. Sory guys. Aku garang kalau jadi lecturer. Jalan terkinje kinje tengok kanan kiri sambil diiringi music I want to be Millionare. Selisih dengan Artis Lecturer lain kenyit mate sebelah then sweet ala cencorot tuh.
2. Start mengajar macam memulakan nyanyian merdu ala Bruno Mars. Bruno Mars yang tiru aku sebenarnyer.
Maklumlah artis kalau nak start keluar suara mestilah dye testing mic dulu. Same lah dengan aku. Tapi kelas aku tuh kene lah ilmiah sikit. Aku start dengan bace doa. Takdelah nak mule kelas dengan cakap " Check, check, rock, rock". Lepas tuh semua peminat peminat aku iaitu student kelas aku semua senyap. Ternanti nanti ape yang aku nak sampai kan kat diorang. Okey korang, hari nie kelas cancel. Kompom diorang mengamok macam artis datang konsert tak nak nyanyi. Tiket dah bayar dah nie. Sanggup nie bangon pagi semate mate nak pegi kelas aku. So, kalau aku jadi lecturer boleh balas dendam. Lagipon, peminat mane boleh marah kat artis kan?
3. Sumber pendapatan tambahan. Kali nie boleh di cetak rompak dan plagiat. Sumpah aku tak saman student.^__^
Aku kalau jadi lecturer aku nak buat buku aku sendiri. Same macam Puan OB aku. Aku jual je kat student kelas aku yang ade 25 orang tuh. Then kalau kelas lain nak photostate. Photostate lah. Aku takde hal. Sebabnyer, kalau dye photostate. Lagi ramai orang tahu hasil penulisan buku aku tuh. Makin famous lah aku lepas tuh. Tak macam sekarang, bile DVD or CD dye kene cetak rompak nak mengamok tak dapat royalti. Sedar lah diri tuh sikit, ko tuh tak famous. Yang cetak rompak nie lah yang membantu kau naik lebeh bagus lepas nie. Lagi satu, kalau lagi ramai orang gune buku aku, kan bekalan untuk akhirat kelak. Takdelah student student lain tuh ungkit kat akhirat nanti pulak kan.Lagipon kompom diorang doakan aku yang dah bagi ilmu kat dye nanti.
4. Kalau jadi lecturer. Anak murid ramai yang gugurl. Kompom yang hot hot. Artis kalau nak awek pilih je yang mane mane pon.
Betape ramainyer quota pelajar perempuan kat Universitas sekarang. Ramai tuh perempuan perempuan yang masih bujang sambung belaja amek degree nie.^_^ Memandangkan aku jadi lecturer nanti pakai smart smart. Rambut pacak macam David Bekam. Cakap jelah. " Okey Gurls, today i want your full name, phone number and address. Boys just your name and address" alasan common. " Saya nak jaga kebajikan pelajar perempuan. Sile paham ye."
5. Lecturer ade name glamor
Yang nie yang paling aku berkenan. Aku boleh mencipta name. Dapat name samaran yang paling cool kat dunia. "Prof". uuu...Kau jangan nak berangan eah Fahmie. Degree pon tak lepas lagi. Tapi aku peduli ape. Aku nak jugak. Bile selisih dengan peminat peminat iaitu student aku tuh. Mesti name aku disebut sebut. Prof sane Prof sini Poff sane. Poff sini. Tak ke cool tuh. Bile ade letak name kat Kad. Mesti ade tulis Yang berbahagia Prof. Madya Mohd Zulfahmi Abidin. Wahh. bukan main sejuk perut mak aku mengandungkan aku. Mesti mak aku tak menyesal sebab tak pakai protector dulu.
6. Kalau artis masuk megazine aku masuk dalam mane?
Ingat best sangat ke masuk megazine kalau artis lelaki. Aku jadi lecturer lagi famous. Alah setakat bergambar kat kolam renang tak pakai baju tuh. Rambut basah senyum ala ala Amitha Bachan tuh. Aku tak heran. Aku jadi lecturer siap masuk surat khabar lagi. Kau bayangkan Student ade 20 ribu. Peminat setia semua lak tuh. Dah la macam tuh, jadi lecturer tak perlu risau ade paparazzi. Aku boleh selambe badak je buat ape aku suke. ^_^
7. Time hari guru. Aku yang lecturer nie pon dapat hadiah.
Lagi ramai hadiah aku dapat. Lagi banyak peminat aku. Kau ingat keje kerajaan ade dapat hadiah hari guru ker? takde maknenyer. jangan nak berangan. Aku dah rase keje kerajaan. Yang tak boleh tahan bile wall aku kat FB, Twitter aku, Tumblr aku semua penuh dengan Selamat Hari Guru. ^_^ Artis pon tak dapat hadiah macam aku. Tapi pokok pangkalnyer aku famous lah. Itu je.
8. Aku nak tulis lagi. tapi aku rase kau pon dah penat nak bace.So aku stop sampai sini je okey.aku nanti buat Vol. 2. ^_^ now aku nak perkenalkan classmate aku.