home about me banner licence contact

Sunday, July 31, 2011

Blogger Yang Ade Follower 30 Orang Dan Keatas Layak Menerima RM50 Sebagai Duit Raya

Share/Bookmark

Berite nie aku dapat tahu dari kawan aku. Dye IM aku kat Facebook. Dye kate ade berite terbaru untuk dapat duit raye nanti. Tapi tak banyak la. RM50 jer and dapat mase nak Hari Raya nanti atau maybe lebeh awal. Tapi kite kene menghantar permohonan lebeh awal terlebeh dahulu. Walaupun RM50 jer sape nak bagi Free jer. Yer tak?? +_~.

AMARAN

Korang Kene lah isi butir-butir peribadi tuh betul-betul. Janganlah menipu. Nak dapat duit pon nak tipu ker? Haish...

Cara Permohonan Duit Raya RM50

Nanti korang isi kat tempat yang disediakan tau. Bende yang web tuh nak cume
1.  Nama
2.  Nama Ayah (Nama Keluarga bagi bukan Melayu)
3.  Nickname Pilihan (pastikan ianya Unique nik name, maknenyer takde orang lain pakai lah) Nanti diorang mintak korang Verify dulu ade tak orang lain gune name tuh.
4.  Password
5.  Re-type Password
6.  Umur
7.  Alamat Surat Menyurat
8.  Alternate Email
9.  Secret Question
10.  Answer
11.  URL blog.
12.  Feed Blog
13.  Korang Kene Upload Print Screen jumlah follower korang macam kat bawah nie.


14.  Macam biase lah kene tulis code show above. Verification lah kirenyer macam yang kat bawah nie.
Prove That You Are Human
15. Tekan Send Application

Kalau korang berminat dan korang boleh isi semua yang dia mintak kat atas. Ape yang korang perlu buat. Layari Web Site Berikut:

www.banyakcantekmukekau.com

p.s:  Selamat Menjalani Ibadah Puase. Anggap ini suatu ujian menguji kesabaran korang menjelang bulan buase Esok.^_^
Baca Lagi - "Blogger Yang Ade Follower 30 Orang Dan Keatas Layak Menerima RM50 Sebagai Duit Raya"

Friday, July 29, 2011

Perempuan Kalau Dah Shopping Memang Tak Ingat Dunia

Share/Bookmark
Entry nie terhasil daripada cerita kat Hardisk aku malam tadi. Tajuk cerite tuh Confession of Shopaholic. Tapi tak de lah nak ceritekan synopsis pasal cerite tuh. Cume nak cakap pasal tabiat si kaum hawa yang kite sendiri dah tahu. "Shopping".

Selalu kalau seorang perempuan pergi ke mall mate dye takkan terlepas pandang dari kedai-kedai seperti MNG, PDI, Louis Vuitton,Prada,Jimmy Choo dan sewaktu dengannya. Tapi diorang bukan takat tak lepas pandang malah akan cuba sedaya upaya untuk memasukkan diri dalam kedai tersebut dan melihat baju-baju mahupun accessories-accessories di kedai tersebut. Tahu tak kenapa terjadinya fenomena macam nie? Soalan nie akan aku jawab jap lagi.

Kalau nak dibandingkan lelaki punyer style pulak senang jer. Lelaki nie biasenyer direct jer. Dari rumah dah pikir nak beli ape. Then tengok dalam pocket duit ade berapa, buat anggaran hari nie nak beli ape jer. Then terus pergi ke mall dan beli!! pastuh terus balik. Lingkungan masa tuh agak singkat. Kalau tak paham yang nie. Gambar dari Pakcik Google nie maybe dapat membantu.^__^


Gambar kat atas nie dah cukup menerangkan serba sedikit pasal tabiat lelaki kalau pergi shopping dan tabiat perempuan pulak yang pergi shopping. Setelah kerap kali membuat observation dan survey terhadap kawan-kawan aku yang mostly perempuan, aku senaraikan lah beberapa sebab kenapa girls cenderung kepada aktiviti bershopping. Aku harap sangat lelaki bace entry kali nie walaupun mostly ramai girls jer yang singgah kat blog aku nie.

Fenomena Shopping Terjadi kerana:
  1. It is their natural habits. Macam lelaki jugak kan, kenapa lelaki ramai minat sukan? mcm bola sepak malam tadi.alah yang seri 1-1 tuh. padahal tak wajib pon minat bola. 
  2. Sebab diorang rasa hobi lain macam kumpul stem or bermain congkak tidak lagi sesuai sebagai aktiviti mengisi masa lapang.
  3. Satu baju memerlukan kepelbagaian aksesori (handbag, gelang, rantai, spek mata, heels, belt) semuanya nak kena matching ngan dress yg diorang beli.
  4. Sebab diorang mampu, kalau tak mampu takde la diorang nak gedik-gedik masuk kedai-kedai macam tuh.
  5. Mengikut kajian hikayat Mael Lambong, shopping merupakan antara salah satu aktiviti yang boleh menajamkan minda seorang wanita kerana mereka sebenarnya meng"analyze" harga, Mengenal pasti "saiz", Memadankan "warna", Membayangkan "bentuk" dan segala jenis characteristic baju, dress, kain, skirt, seluar, accessories yg mereka beli bersesuaian dengan personality diri mereka.~sial nohh. panjang betul penerangan.
  6. Shopping juga membuatkan seorang wanita begitu puas, kerana mereka sungguh  cerewet dalam pemilihan baju-baju dan accessories yg dibeli mereka. Sesuatu yang perfect bagi mereka adalah amat penting, lagi-lagi dalam segi penampilan diri.
  7. Perfume, mascara, foundation, eye liner, eye shadow, lip gloss dan sewaktu dengannya ada ke laki pakai semua nie? takde kan? Tapi kalau pondan tuh lain la. So, logicnya perempuan lah yg kena beli benda-benda macam nie sebab bukan takat nak pakai je malah to make them become more attractive.~Ok jangan nak speaking sangat. 
  8. Bags, bags and lot of bags!!! kenapa perlu? cube korang pikir kalau laki keluar apa je yang diorang bawak? wallet, car key,rokok ngan handphone je paling koman. kalau perempuan? diorang punye wallet, perfume, lip gloss, sikat, hanphone dan handphone lagi, card holder, tisu, spectacles, keys, reminder, Gambar pakwe.ehh... and so on. And bags adalah satu benda yg amat penting bile girls nak keluar pegi mane mane tak kira lah shopping mall ke, event-event dinner keluar jalan sekejap je pun kena bawa bags. 
  9. HEELSSS....... kegilaan mereka, terpikir tak kenapa? Dekat rumah dah ada macam macam jenis heels pun still nak beli heels lagi. Okay 1st sebab keadaan matching with their outfit tu dan 2nd, heels ni lah pelengkap kecantikan diorang sebenarnya. Girls memang camni, dari hujung rambut smpai hujung kaki diorang nak melaram. kalau dari rambut korang boleh perhati die dengan sepit rambutnye, pengikat rambut, bunga-bunga lah,tak pon bulu ape-ape lah and macam-macam lagi. Kat leher dengan rantainya. Di tangan dengan gelang, cincin dan pengilat kuku. pinggang yg memerlukan belt. Dan of course kaki yg memerlukan heels. Itu baru bahagian yg kita nampak, yg kita tak nampak? Aku pun tak taw.heeee ^____^. So heels ni penting sama penting mcm baju yang dipakainya tu. So jgn terkejut kalau kat rumah girlfriend korang ada macam-macam jenis heels yang berbeza inci nya. Plus, heels ni menampakkan girlfriend korang yg agak rendah tu, duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan korang.
So for guys, and para boyfriends out there, korang kena lah faham kenapa girls or girlfriend korang suka sangat shopping, bukan diorang nak sebenarnya but they have too... it is for your own good actually. Look at the positive side.

Bayangkan lah korang jalan-jalan ngan girlfriend, pastu orang cakap Ishh!! girlfriend mamat tu tak lawa lah, what the ....... dia pakai? Macam Anna LuLu  seh. Kadang-kadang kalau korang dengar banyak kali korang pun panas hati kan? Mesti lah kalau boleh korang nak girlfriend yang paling attractive among the others kan? So let them be.

Bile die ajak korang teman shopping, temanlah die sekali walaupun ia agak annoying sbb korang harus menunggu lama. But, ape sangat lah tunggu kejap tuh berbanding kasih sayang dicurah kan kan? Kat situ lah datang peranan korang jadi fashion advisor die, die sebenarnye nak buat penampilan terbaik die untuk korang, bukan untuk orang lain. Dia taknak korang lari dari hidup die. Kalu awek korang lawa, korang nak curang pon pikir 2-3 kali. So die kena jadi lebih attractive compare to the others... takyah nak bohong lah kalau korang cakap  tak, sebab aku dah tegok ramai lelaki macam tu, diorang memang suke sangat tegok perempuan yg cantik-cantik, tiptop-tiptop nih. Lagipon, Aku pun lelaki jugak kan..?.^___^".

pssst: by-the-way pernah ker korang jumpe MNG tak sale?
Baca Lagi - "Perempuan Kalau Dah Shopping Memang Tak Ingat Dunia"

Monday, July 25, 2011

Lupa

Share/Bookmark
Jari jemari aku takkan berenti menaip selagi aku tak puas untuk menaip. Walaupun jam analog aku nie dah pukul 5 pagi. Kat Malaysia kalau pukul 5 pagi hantu twitter jaya masih rancak menaip berbual seorang diri memotivasikan diri dengan falsampah yang tah ape ape entah. 

Eklan: Follow saye di twitter @zulfahmiabidin

ring ring ring, cell aku berbunyi. (sengaje sebenarnye gune perkataan "cell" tuh. baru glamour sikit) owh. alarm solat subuh. aku ingat sape lah yang takde life call aku pagi pagi. hampir hampir aku nak taip message "get a life man". Maklumlah, jari sedang rajin menaip bibir aku pulak dah gatal je nak cakap bende bende yang yang seksi macam Najib. Oh ya, dye jadi PM kat ade satu negara tu. 

klik.

Now cell dah tak berbunyi lagi. Lagak jaguh kampung aku di susuli dengan membakar sebatang daun racun - Dunhil. #nowsmoking. Dapat sedas dua aku kembali buntu tak tau ape yang jadi kat sistem cakerawala kite nie. Oh, macam nak terbit mentari rupenyer. 

Subuh subuh macam nie waktu yang paling sesuai untuk tido semenjak 3 purnama yang lalu. Kembali ke katil dengan harapan mak tak sakit kan hati ku lagi supaya bangon di tengah hari. Tiba tiba aku mengantuk dan terus tertidur. 

Dalam tidur siang ku selama beberape ketika itu, aku bermimpi. Aku sedang berjalan di pesisir pantai dengan Angelina Jolie (pada mase itu dye baru habes pengambaran filem Mr.& Mrs. Smith). Sangat romantis. Di bawah bulan purnama, Diana (name manje yang aku beri) memandang aku dengan penuh passion dan bertanya "Bile kite nak kahwin?". Dengan hampa aku menjawab. "I'm so sorry Diana, Abang masih belajar. Abang harap Diana dapat bersabar" . Angelina Jolie pon menoleh ke arah laut dan berkata "K" tanda Kecewa. Aku memeluknya dengan erat. 
Ku tatap wajah-mu
Lepas tuh aku Lupa ape nak cerite. 

#okbai. 

Baca Lagi - "Lupa"

Thursday, July 21, 2011

Rasakan Perbezaannya

Share/Bookmark
Hari yang indah untuk memulakan hidup. Aku mandi supaye aku rase lagi segar sebelum aku bentang tikar sejadah untuk subuh. Aku tengok mak yang masih PMS seronok tidur kat bilik yg ade kipas Panasonic tuh. Panas katenyer. Pada aku biase aje.

Aku yang belum tidur nie angkara rajin menaip di lawan web burung biru tuh terjaga sampai ke subuh. Macam biase, kalau aku tak tidur otak aku tak rock. Aku tak boleh pikirkan bende yang lagi cool contohnyer mandi bogel depan rumah. Aku cume siram pokok herba depan rumah sahaja.Mak memang tak suke pokok bunge, takde manfaat katenyer. 

Terjumpe kat pokok sirih daunnyer sehelai bertemu urat. Aku belek belek daun tuh sebelum dipetiknye, tampa di duge aku kene sengat dengan Kerengga. Oh serangga kau memang sial. Kalau aku ade kuasa magic macam dalam cerite budak kaca mate yang pandai magic tuh. Kompom aku wizard kan kerengga nie jadi Mini Cooper Merah Kerengga. Oh, cerite magic tuh popular sekarang nie. 

Tangan yang sakit nie aku tahan kan aje. Takkan kene gigit Kerengga sikit pon nak letak minyak gamat cap Haji Mujarab kan? Aku cuci tangan dan terus mencapai Blackberry hitam mati. Truutt... Truuut.... Truutttt. Danza Kuduro lagu caller ringtone yang Topan pakai. Aku ajak dye sarapan. 

Lepas sarapan aku tido.

Bangon dari tido aku rase tekak aku macam loya loya gitu. Aku try lompat lompat aku rase badan aku rengan semacam. Lepas tuh aku rase macam nak minum air manis jer. Aku keluar bilik try lah angkat dumbbell kat bilik abg aku. Aku angkat 10KG rase macam ringan gile. Aku try tambah lagi 10KG untuk memastikan nyer. Sah, aku dah jadi makin kuat. 

Aku tengok tangan kanan aku yang ade bekas gigitan tadi. Mungkin ini penyebabnye aku rase bertenaga, kuat dan gagah mcm nie. Mungkin Kerengga tuh Genetic yang baru tercipta telah menggigit aku. Sekarang aku dah berubah.

Menjadi Kerengga-Man

Sial je jadi super hero pulak. Jangan nak mengarut lah. Last last aku letak jugak minyak gamat cap Haji Mujarab tuh. Bengkak besar gile sial tangan aku. Get a life la weh. Super hero tak wujud. #haramjadah. 
Baca Lagi - "Rasakan Perbezaannya"

Thursday, July 14, 2011

Kakakkukatekakikirikakakku CAGU. Aku Mana Ade Kakak

Share/Bookmark
BreakPes
Pagi pagi abang dah beli sarapan, mak tak sehat. Sejak kebelakangan nie hari hari makan luar. Walaupun makan kat dalam tapi makanan tetap makanan luar. Fak r. ape ke pening ayat aku nie. Tapi kuih abang aku beli rase macam kertas pasir same rase dye macam kuih yang aku bagi kat jiran aku 3 minggu lepas. (Sorry Makcik Normah)

PesBuk
Sangat tak cool bile perempuan amek langsir tepi tepi jalan, lilit lilit kat kepale -Shawl. Post gambar gambar ayu kat dalam pesbuk (yang amek gambar sendiri tuh) dengan semua huruf besar marah kan si pakwe dye gune status wall. Pesbuk nie satu satu nyer tempat kat dunia nie yang orang dibenarkan bebual kat dinding. Jugak sangat tak cool kalau muke cantik tapi cakap mencarut kat pesbuk tuh. Lelaki, biaselah. pompuan tuh tulis panjang panjang. Dye reply. "OK" -tamat-

Mak Suroh
~basuh baju tuh "semua nie ke mak?"
~sidai kain tuh "Ok, jap lagi org buat"
~sapu rumah "boleh, takde masalah" 
~jangan online lame sangat "Ok mak"
~jangan layan perempuan sangat "errrr.."
~pegi sembahyang "......"

Aku Bute IT
Aku tau perempuan suke lelaki yang pandai IT. Tapi serious shit aku tak tau menahu pasal IT nie weh. Ade ke patot suro aku installkan software kat hardware? Aku hempuk kepale dye gune hardware nie baru dye tau agaknyer. Dulu jenuh aku cari butang "DARAB" kat keyboard aku nie sampai lah aku sedar "X" adalah symbol darab yang baru untuk aku. 

Ape yang aku tau buat kat pc aku nie? Bukak pesbuk, bukak email, bukak utube, bukak redtube, bukak twitter, bukak redtube lagi, bukak blog, bukak redtube, bukak redtube lagi dan lagi dan lagi dan lagi tak lupe jugak download lagu. Lagu semua free sekarang nie. Tuh jer aku tau. Kalau korang suro aku format laptop, Fak U. Kalau suro printkan gambor pegi Bali, Fak U.  Kalau tanye aku pasal pc, Fak U. Kalau suro installkan antivirus yang ade muke Chong Wei dengan Jackie tuh sampai mampos pon aku tak buat. oh lupe. Fak U. 

Bersih
(Music Tema: Lagu Negara ku) 
Negara Ku 
Tanah Tumpahnya Darah Ku
Rakyat Hidup Bersatu dan Maju
Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan
Raja Kita Selamat Bertakhta
Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan 
Raja Kita Selamat Bertakhta

Rambut
Aku baru perasan rambut aku lagi mulia dari muka aku. Rambut punca diorang follow aku kat twitter ,tumblr dan kat blog. Oh, aku nak bagi tau aku baru potong rambut. *kening naik naik 

Selipar Jepun
Jumaat lepas selipar Osaki aku hilang kat Masjid. #haramjadah sape tah pikir tuh selipar pegi toilet. Selamat lepas aku cari cari jumpe kat toilet. Seronok pulak bile dapat tahu ape jadi kat selipar Fahmie nie kan? 

Hotlink
Subject:Free MMS-Teramat Rindukan Kamu
RM0. Rindu?Sampaikan salam & lepaskan rindu dgn menghantar MMS ini RM0.25/MMS (Maxis ke Maxis). Utk MMS Greeting Percuma klick http://m.maxis.com.my/banggang-punyer-maxis-bagi-aku-massage-macam-nie. Tiada caj data. 

Report Card 
Mak mesti marah sebab aku dapat C. *sedeh
Report Card Pesbuk

Baca Lagi - "Kakakkukatekakikirikakakku CAGU. Aku Mana Ade Kakak"

Saturday, July 9, 2011

Forever Alone

Share/Bookmark
Ini entry serious. Sory takde gelak tawe kali nie.

Ini entry soal hati. Soal hati. Soalan hati. Aku pulak tulis dengan berhati-hati. Walaupun tajuk entry bahase penjajah. Tapi aku tulis gune bahase yang lebeh mudah untuk difahami. Sebab name aku Fahmie. 

Entry nie aku tulis sebab aku nak korang tau bertape bertuahnye korang kalau korang tuh ade pasangan. Mungkin korang pernah rase ape yang aku rase. Tapi tak seteruk ape yang aku rase. Dan aku bukan nak cerite ape yang aku pernah rase. Tapi kemurungan aku beberape hari nie kalau aku tak luahkan. Mungkin menyebabkan blog aku nie "TIDAK" akan di update lagi. Sebab aku tak nak bende tuh berlaku. Maka, aku luahkan kat sini. Lagipon, blog kan tempat luah perasaan jugak kan? Tak kesah lah korang nak cakap aku ape. Aku tak peduli. 
AMARAN: Jangan jadi macam aku. Ingat tuh. Lagi sekali aku pesan. Jangan jadi macam aku. 
Hargailah Dia mase Dia ade kat sisi korang. Peluang takkan datang untuk kali ke dua. Kalau pon ade keadaannya dah tak same seperti yang pertama kalinya. 

Si Dia. 

Dia tak perfect. Kau pon same tak perfect jugak. Korang dengan pasangan korang tak akan jadi perfect. Tapi kalau Dia boleh buatkan korang ketawa. Tak kiralah ketawe besar ataupon kecik. Walaupon hanye sekali sepanjang relation korang tuh, korang maafkan lah Dia kalau Dia ade buat salah dengan korang. Ingatlah yang Dia tuh hanya memenuhi kehendak sebagai manusia. Setiap orang berlainan perangainya. Dan kalau Dia jahat ataupon buat kesalahan, tak selamanya dia buat perkara yang same. Bagilah peluang seberape banyak yang korang boleh tahan. 

Aku nak korang ingat. Dia tak mungkin akan buatkan korang puisi macam orang dulu dulu. Mungkin Dia akan buatkan korang lagu. Tapi hanya korang yang tau pasal tuh. Dia tak mungkin akan pikirkan pasal korang setiap mase. Dan kalau Dia cakap Dia sentiase pikir pasal korang. Aku nak korang tau dah memang Dia menipu. Tapi maafkan lah Dia. Dia cuma ikut ayat dalam drama TV aje. Tapi aku nak korang tau, Dia akan bagi korang segalanya yang Dia ada. Dia akan bagi semua yang ade dalam hati Dia. Walaupun Dia tau korang mampu patahkan hati Dia. 

Jangan sekali kali sakitkan hati Dia. Jangan cube cube nak ubah Dia. Bagi lah Dia jadi ape yang Dia nak kan dalam hidup nie. Bebas tuh kan penting. Jangan jugak korang duga benda yang Dia TIDAK AKAN buat. Jangan mudah buat kesimpulan tentang Dia. Banyak lagi benda yang korang kene tahu pasal Dia. Seumur hidup korang pon korang TIDAK AKAN paham pasal diri Dia. 

Belajarlah untuk SENYUM bila dia buat korang happy. MEMBEBEL je bila Dia buat korang marah. RINDU je Dia bila Dia takde di sisi korang. Semakin SAYANG pada Dia bile korang rase hubungan korang dah goyah. Sebab lelaki atau perempuan yang sempurna tak pernah wujud untuk korang kat dunia nie. Tapi ade SEORANG SAHAJA Lelaki/Perempuan yang sempurna untuk korang dalam dunia nie. 

Kalau korang dah bosan dengan Dia cakap "I Love You" hari hari. BERSYUKURlah sekurang kurangnya Dia re-new doa dia kat korang hari hari jugak. 

Semoga Allah S.W.T panjangkan relation korang selama mana yang korang nak kan. Dan jangan jadi macam aku. Forever Alone.
Baca Lagi - "Forever Alone"

Friday, July 1, 2011

Milo

Share/Bookmark
Aku.

Aku bukan jenis lelaki yang suke nak kemas kemas rumah nie. Tapi hari nie after minum air Milo. Badan aku rase macam ade aura. Sebab tuh aku tak kesah kalau orang tersasul panggil aku Goku, tak pon Bezita. 

Mak tak sehat kene duduk diam diam. Biar aku yang kemas kemas rumah nie semua. Menyapu, Penyapu, Mop lantai, bersihkan kipas, basuh baju, sidai kain, angkat kain tengok anak dara orang jalan jalan kampung depan rumah. Semua aku buat sendiri. Tak perlu bantuan orang lain. Maybe effect dari milo yang aku minum tadi. 

Mak pandang aku dengan senyum sinis. Aku balas dengan angkat angkat kening. mak aku kerutkan dahi. Aku angkat kening ala ala Ziana Zain. 

"Whussup Mama?"

"Kau bertenaga je nie kenape?"

"Minum Milo tadi.Nape mak?"

"Mintak Milo kau sikit!" 

"Tuh atas meja depan tuh. Amek arr"

****

"Kenape Milo kau nie tak manis?" 

"Milo tuh ikut tuan nyer, kalau tuannye orangnye dah manis. Memang tak letak gule pon takpe" 

Mak aku jalan ke dapur sambil memaki maki dalam bahase cina. Tangan dye naik naik macam Karam Sing Valia. 

Aku tak berape paham sangat ape mak aku cakap. Tapi ending dye bunyi macam mak aku sebut "Sinchan" . 

Eh kejap. "Sinchan" ke "Chi ***" ??

Wallahualam. 

p/s: Mak cepat sikit eah sembuh sepenuhnyer. Rindu nak jerit suro mak buat air. Aku tak geti buat air sendiri. 
Baca Lagi - "Milo"

Popular Post