Khamis.
Masalah tidur yang belum terungkai jalan penyelesaiannye. Hujan lebat dimalam hari. Kabus kabus putih melekat di cermin tingkap. Minda aku masih separa sedar akibat jadual kelas padat dengan activity yang tah ape ape hentah.
Rumah aku tinggal aku berdua di dalamnya. Aku dan Adi (bukan nama sebenar). Yang lain pergi menonton sukan yang tak berfaedah. 1 barang kejar dan berebut 23 orang. Sukan tu famous gile sejak dari dulu lagi. Orang kate kalau lelaki tak minat sukan nie mereka pelik. Tinggalkah kami kaki online dirumah. Adi di bilik depan dan terkunci. Urusan lelaki katanye.
Aku buat hal aku dalam bilik aku. Sorang sorang. berbekalkan lappy Asus isi Linux Ubuntu versi 11.10 . Suhu di Puncak Alam sejuk. Sejuk gile rasenye. Teringat mak kat rumah kalau hujan hujan dye buatkan air Teh O panas. Uuuu.. sedapnye.
Turun ke bawah untuk buat air panas. Teh O takde. Tapi yang ade New Nescafe Ipoh White Coffee je. Oh aku lupe ade Toasted Bread skali aku buat. Kemain kan ayat bahase Inggeris aku. Aku benci bahasa penjajah ^_^
Sementara menunggu air masak. Aku naik ke atas untuk ambil handphone. Sampai separuh tangga nak turun aku dengar Adi jerit dari arah dapur...
"Fahmie, Sini kejap..."
Aku menyahut.
"Yeee.. kejap, aku datang nie"
Suara Adi lagi.
"Fahmie, jangan turun bawah. Aku dengar suara tu jugak"
Tapi kali nie suara Adi dari dalam bilik dye. Itulah masalahnye.
P/s: Mimpi yang indah ye semua malam nie. Good Luck!!
6 Organisma:
mengigau lol
untunglah baca entri ni siang hari kannnn
haaaa ? hantu kaah ?
harap kau publish novel kau next year.
ni mamai tahap superb da nih..hehehehe..
aku follow blog ni bro :)
thanks to all yang comment. ^_^
Post a Comment