home about me banner licence contact
Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Monday, October 24, 2011

Tips BlackBerry: Pastikan Credit Tidak Ditelan

Share/Bookmark
Kan sakit hati kalau tibe tibe credit kite hilang tanpe sebab kan? Settings nie akan membantu mereka yang menggunakan Prepaid. Kalau korang tanye kat Maxis Center or Celcom Center or Digi Center pon diorang tak tau nak jawab pasal nie.
AMARAN: Buat sebijik sebijik macam dalam gambar yang aku sediakan dan aku tandakan dengan anak panah tu tau. Mate tuh alert la sikit. Jangan asal boleh je. Kene PERFECT macam yang aku ajar.
Nota: Untuk memudahkan pencarian. Bagi OS6 dan keatas. Taip je kat standby mood BlackBerry korang tu. Bagi yang pakai OS5 dan kebawah. Sila cari di Options.
Atau tanye aku directly kat Twitter @zulfahmiabidin

**************************************************

Fokus kat tulisan BlackBerry tu!! Ramai yang terlepas pandang.

Advanced System Settings: TCP IP
APN Setting Enable : Tandakan
APN:BlackBerry.net (WAJIB sebijik sebijik macam nie)
APN: Authentication Enabled : Jangan Tanda

**************************************************


Advanced System Settings: Browser Push
Enable Push : Tandakan
Enable MDS Push: Jangan Tandakan
Enable WAP Push: Tandakan 
Allow WAP Push Application: Jangan Tandakan 

**************************************************


 Additional: Bagi pengguna Social Network yang menggunakan UberSocial atau Social Scope sebagai Social Client pilihan anda, sila ikut setting ini. 
UberSocial and Social Scope : Options
Tandakan pada BIS. Jangan set bende nie kepada Auto. 

**************************************************

Aku harap aku dapat membantu mereka yang ade masalah dengan kehilangan credit di Blackberry. Kalau dah tau pasal nie. Sebarkan lah kat kawan kawan yang lain. Bantu diorang jugak. 


p/s: Kalau BlackBerry App World ID korang tak boleh nak update. Sila tukar semua setting ini seperti sedia kala. Setting ini Blockking Research In Motion (RIM) untuk menerima ID dari Blackberry. 
Baca Lagi - "Tips BlackBerry: Pastikan Credit Tidak Ditelan"

Friday, August 26, 2011

Tips Kedekut Bagi Duit Raya

Share/Bookmark
Sempena kite nak menyambut Hari Raya Aidilfitri beberape hari lagi nie. Aku terpikir yang aku nie takde lah banyak duit. So, aku semalaman berpikir macam mane lah cara terbaik nak bagi kat budak-budak nanti yang akan mintak duit raya kat aku. Budak-budak datang raya dah la ramai. Tambah lagi  anak sedara aku pun ramai. Lepas tuh, kalau kite bagi yang nie, yang lain mestilah mintak jugak kan. So, aku cube senaraikan beberapa cara yang aku dapat pikirkan agar aku dapat bagi duit raye dengan cara yang kedekut.

Tips Kedekut Bagi Duit Raya
  1. Sebab rumah aku takde pagar. Orang boleh terus datang depan pintu. So, tampal signboard kat depan pintu. "Ikut Sunnah Nabi. Beri salam 3 kali sahaja. Kalau takde orang sahut salam tuh. Ini bermakna takde orang kat rumah". So, duduk jer diam-diam dalam rumah tuh.
  2. Kalau cara pertama tak berkesan, guna cara nie. Sediakan tabung derma kat sebelah kuih raya tuh.Tulis kat tabung derma tuh "Sumbangan iklas untuk membina Masjid". Bukan kite tipu. Anggap jer Masjid kat sini sama maksud dengan mendirikan rumahtangga.^__^
  3. Buat kuih raya semua bentuk duit. Kalau cookies tuh buat la bentuk duit RM10 or RM5 kalau nak lagi mewah buat bentuk RM50 terus. Baru lah vouge. Yang cokelet bentuk duit syiling pon ade jual rasenyer.Cakap jer terus terang kat budak-budak tuh yang korang gantikan kuih muih nie dengan kuih raya. 
  4. Beli sampul surat macam kat bawah nie.Duit tak yah isi pon takpe. Kompom diorang happy dapat sampul nie.=.="
  5. Cara kelima nie tak tawu la berkesan ker tak kan. Korang frame-kan duit raya tuh. Letak cantik-cantik bawah meja kaca kat tempat korang letak kuih raya tuh. Labelkan bawah dye. "Hanya untuk tontonan umum sahaja" Lepastuh welding tepi maja tuh semua supaya tak leh amek duit tuh. Cakap kat budak-budak tuh kalau korang boleh amek. Itu lah duit raya korang.
  6. Bile diorang dah abes makan kuih raya. Sebelum sempat diorang mintak duit raya. Jatuhkan air kat permaidani. Lepas tuh mintak ganti rugi. Sebab diorang tak mampu nk bayar. Buat-buat marah. Halau diorang balik kalau perlu.
  7. Buat soalan dulu sebelum diorang dapat duit raya. Bagi lah soalan-soalan berbentuk tahap PHD punyer. Tak pon soalan tahap Albert Einstein #ponboleh. Kalau diorang dapat jawab baru lah bagi duit raye tuh.
  8. Bile bebudak tuh mintak duit raya. Semena-mena buat-buat gile serta merta. Tak pon korang buat-buat kene sawan babi vavi. 
  9. Korang bercerita jer sampai budak-budak tuh bosan. Cerite lah zaman korang mase mude-mude dulu beraya macam mane. Cerite lah pasal politik ke hape ker.Altantuya mati dibunuh ke. Perhimpunan #bersih kat KL tuh ke. Sampai budak-budak tuh rase nak balik jer.
  10. Kalau sembilan-sembilan cara nie semua tak berkesan yang membuatkan korang terpakse bagi duit raya jugak. Gune ayat nie mase bagi duit raya.
"Ambil RM1 (Seringgit) Nie. Kongsi Tiga Orang Yer Dik."
    bisik-bisik: Aku harap korang berjaya selamatkan duit korang. Kalau korang berjimat. Boleh buat beli top-up. Boleh call Pakwe/Makwe korang.
    Baca Lagi - "Tips Kedekut Bagi Duit Raya"

    Wednesday, February 9, 2011

    Tutorial: Melipat Origami Unicorn

    Share/Bookmark
    Setelah aku tampil dengan first tutorial aku dulu yang berkisarkan Tutorial: Teknik Melukis Dengan Mudah. Kini aku sekali lagi tampil dengan tutorial aku yang ke dua iaitu Tutorial: Melipat Origami Unicorn. Aku tak paksa korang untuk buat mengikut tutorial aku nie. Aku bagi kebebasan mutlak kat korang untuk keselesaan korang membuat sesuatu seni origami tersebut.
    Fakta: Memberi fokus semasa anda melipat origami dapat memberi ketenangan dalam jiwa. Meningkatkan daya kreatif dan ingatan. Ianya juga baik dalam mengatur system pernafasan dan emosi sesorang individu tersebut.
    Kalau korang nak tahu. Ini mungkin menjadi tutorial vol. 1 kategori origami. Sebab banyak lagi minatang lain yang aku nak buat tutorial pasal origami haiwan nie. So, tampa membuang masa kita akan memulakan kelas Origami kite ye kawan kawan. Teknik yang akan aku gunakan sangat mudah dan senang untuk difahami. Selamat mencuba...

    Langkah Pertama: 
    Kita memerlukan sekeping kertas segi empat sama. Contah saiz kertas yang aku gune adalah 20cm X 20cm. Korang boleh gunekan besar mane pon kertas bergantung pada result saiz yang korang nak perolehi. Mula mula korang kene lipat kertas tersebut dengan menemukan ke dua dua bucu kertas tersebut mengikut gambar rajah dibawah.


    Langkah Kedua:
    Aku tahu totorial yang aku sediakan agak susah. Harap korang dapat bersabar. Kemudian korang kene lipat kertas tadi dengan menjadikan ia segi empat tepat ke dua dua bahagian kertas tersebut mengikut gambar rajah dibawah.
    Langkah Ketiga: 
    Bukak kertas tersebut kepada bentuk asal. Pastikan line telah terbentuk diatas permukaan kertas tersebut setelah korang mengikuti Langkah Pertama dan Langkah Kedua. Kemudian, lipat kertas tersebut sehinggap menjadi Unicorn seperti dalam gambar rajah dibawah.
    Practice make perfect. Kenelah rajin baru boleh dapat result yang puas hati. Jangan mudah berputus asa. Aku dah tunjuk dah tutorial kat korang. Bende nie  korang boleh hadiahkan kat orang yang korang sayang. Kan seronok buat orang lain tersenyum dengan hasil kerja tangan korang sendiri.^_^. Ingat!! Practice....

    p/s: Selamat mencuba!!! Aku pon happy kalau setiap ilmu yang aku ajar tuh bergune untuk korang semua.^_^
    Baca Lagi - "Tutorial: Melipat Origami Unicorn"

    Thursday, October 7, 2010

    Tutorial : 10 Langkah Pakse Orang Datang Blog Kite Cara Perli

    Share/Bookmark
    Korang mesti suke kan kalau ade orang datang blog korang. Dye buat sepah kat blog korang tuh. Tulis kat banyak tempat. Lagi banyak lagi bagus. Tapi bukan SPAM la kan. Fahmie rase teruja sangat kalau ade orang Comment kat blog Fahmie nie. Hope korang pon same lah. Kalau setuju dengan ape yang Fahmie pikirkan jangan terlintas bentuk Ayam dalam kepala. Ooo...So terlintas la nie ea?? hehehe.

    Fahmie dah buat kajian kat Blog Fahmie's Hyperlink nie sendiri. Fahmie try buat blogwalking kat blog orang. Maybe korang yang tengah bace pon terkene sekali kot. Hahaha ^__^. Harap korang jangan la marah Fahmie sebab korang nie barang kajian Fahmie yang Fahmie sayamm. hehe.

    Nie contoh Chatbox Fahmie:

     


    Korang dapat bace kan ape yang diorang tulis tuh?? walaupun ade yang terase tapi dia datang jugakkan? hehe.^___^ Tampe buang mase Fahmie nak share dengan korang semua kalau nak buat blogwalking and korang nak harapkan dia datang balik ke blog korang and maybe siap bagi comment skali kat blog korang. Korang ikut cara Fahmie nie.

    Tutorial : 10 Langkah Pakse Orang Datang Blog Kite Cara Perli

    1. Buat blogwalking macam biase ke blog-blog lain.
    2. Bace blog diorang dengan teliti.
    3. Comment blog diorang dengan sepenuh hati ikut ape yang terlintas kat kepale.
    4. Isikan butir-butir peribadi korang kat Shoutbox / Chatbox diorang seperti Nama dan URL blog korang sendiri.
    5. Pastikan ape yang korang isikan tadi tuh betul.
    6. Isikan ruang message dengan ayat berikut:
    Sebab tuh saye suke datang blog awak and TINGGALKAN COMMENT. Sebab tuan blog nie tak pernah nak datang balik ke blog saye and tinggalkan comment. Terime kaseh awak ^___^.
    7. Pastikan semua ejaan yang korang tulis tuh betul.
    8. Tekan butang Shout / Hantar / Post / Ape-ape yang tuan punyer blog tu dah set kat situ.
    10. Korang tunggu jer diorang datang blik kat blog korang.
    9. Eh tadi tertinggal pulak no 9.
    11. Dah siap dah.
    12. So tinggal tunggu jer lah.
    13. Sebenarnye aku saje jer terus menulis. Mane tawu ade nak tulis ape-ape lagi ke.
    14. Dah takde rasenye nak tulis ape-ape langkah lagi.
    15. Tapi korang dah bace sampai nombor 15 dah nie. Kan 10 langkah jer. Ish korang nie. Khusyuk betul bace. OMG!

    Selamat mencuba korang. Harap korang berjaya. Hehehehe....

    psst: Kalau korang nak buat kat Fahmie. Fahmie lagi suke. Kalau kite boleh tahan bergurau macam nie. Tandenyer kite rapat. So, lagi ramai la kawan Fahmie lepas nie. ^__^ " peace brother.
    Baca Lagi - "Tutorial : 10 Langkah Pakse Orang Datang Blog Kite Cara Perli"

    Wednesday, October 6, 2010

    Verification Membunuh Anak Bangsa Blogger (Vol. 2)

    Share/Bookmark
    Okey..dah puas kan tegok pic VERIFICATION  kat entry sebelum nie kan? dah suke kan tengok yang kat entry lepas?? Sekarang Fahmie nak serius pulak nie ha.=__=" Ape motif korang pasang verification kat blog korang tu huh?? Bukan ade orang pon nak SPAM korang. Kalau ade pon kite ludah jer ramai-ramai kat dia. Bagitahu kat GengBlogger, OZBlogger, Innit, Twitter, Tumblr dan kat semua jer lah senang . Kite ban dye ramai-ramai. Tahu tak menyusahkan. 

    Bayangkan Fahmie nak Blogwalking. Dah la ramai, korang punyer pasal la nie buat entry best-best.Dah Fahmie bace semua ape kejadah yang korang tulis...kan dah...dah bace tak kan Fahmie tak comment pulak kan? Mestilah Fahmie comment punyer. ape lah. Bile nk comment pulak, bile enter verification nie 2-3 kali. tak pas-pas lagi Woooo..nie da lebeh weh..Sigh~~

    Fahmie menyirap jer kalau macam nie. Bayang kan pulak ade 50 blog yang perangai same macam nie. Tak ke terbongek jennuh Fahmie. Korang bukan tak tahu internet kat Malaysia nie kelas ke-3. Aduhai.Dah..malas nak membebel panjang-panjang. Korang pegi kat Dashboard korang sekarang. Ikut guideline nie.



    Pertamanya sila ikut Step sekiranya korang belum buat:

    1. Buang Verification for Comments dengan menggunakan step ini

    Dashboard > Settings > Comments > Show Word Verification Words > No


    2. Buat Comment form korang sebagai Pop-up dengan menggunakan step ini

    Dashboard > Settings > Comments > Comment For Placement > Pop-up window


    3. Sesetengah terlupa tentang ini Adult Content . Disablekan dengan step ini

    Dashboard > Settings > Basic > Adult Content > No


    4. Sesetengah newbie juga terlupa tentang ini . Comment Show or Hide ?

    Dashboard > Settings > Comments > Comments > Show


    5. Ramai antara blogger lupa tentang ini Setting URL pada Widget Follower

    Dashboard > My Account > Edit Profile > Link > Isikan URL korang
    Supaya mase korang Follow Fahmie tuh. Bile Fahmie tekan pic korang tuh. Ade Link ke blog korang. Kalau tak, Tak dapat la Fahmie Follow kamu pulak. Mane tawu entry korang pon BEST!!!!

    Tolong la.Tolong lah.Yang 5 nie jer.5 jer.Sikit nie..... jer (muka merayu ) Fahmie mintak korang ubah. yang lain tuh macam korang nak letak Jam ker kat blog korang walaupun kt PC korang dah ade jam. Tak pon nak letak lagu ker kat blog korang walaupun kat dalam Folder Music/MP3 lagu dah beribu. Nak letak Calender ker walaupun kat bilik korang dah terang-terang ade calender. Tak pon ade yang tak nak letak gambar langsung suro orang lain bace entry dye yang panjangnyer 6 kilometer tuh sampai mate berdarah Suke hati lah janji yang 5 tuh jangan lupe. Lagipon Blog korang kan? Suke hati korang lah. Fahmie cakap jer.

    pssst: Jangan mara ea..nie pon blog Fahmie jugak. Suke Hati Fahmie lah..^_^V peace brother / sister.
    Baca Lagi - "Verification Membunuh Anak Bangsa Blogger (Vol. 2)"

    Monday, October 4, 2010

    Tutorial: Teknik Melukis Dengan Mudah

    Share/Bookmark
    Ramai yang tak tahu yang Fahmie ade bakat melukis kan? Sory selama nie Fahmie selindungkan dari korang. Eh Sophie, ingat kamu jer ke yang geti melukis ha?? ^____^ Harap korang tak marah Fahmie. Dah lame dah Fahmie meninggalkan bidang nie. Tapi hari nie Fahmie buat tutorial la kirenyer Teknik Melukis Dengan Mudah.

    Melukis nie sebenarnyer semua orang boleh melukis. Antara lawa dengan tak lawa jer. Tapi bile tak lawa tuh. Anggap jer lukisan tuh sebagai satu Seni. Kalau korang nak tahu, orang seni jer yang paham sesebuah lukisan tuh.

    Tanpe membuang masa Fahmie akan mengajar korang teknik Fahmie tuh. Tekniknya mudah sangat. Fahmie boleh ajar korang dengan hanya menggunakan 2 Langkah sahaja. Yup~ dua Langkah sahaja. Kalau paham angguk pale laju-laju.

    Sebagai contoh, Fahmie akan melukis Burung Hantu:

    Langkah 1 : Lukis dua bulatan. Satu kecik, satu lagi besar sikit dari tadi punyer (lihat gambar dibawah)

     Langkah 2: Lukis keseluruhan Burung Hantu tersebut. Selesai.

    Tengok. Mudah kan? 

    Korang wajib ikut step nie. Kalau tak nanti tak jadi burung hantu


    Korang harus praktikkan sehingga korang mahir untuk melukis okey Selamat mencuba semua. ^___^
    Baca Lagi - "Tutorial: Teknik Melukis Dengan Mudah"

    Popular Post