home about me banner licence contact
Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Saturday, March 31, 2012

Experiment: Happy Birthday

Share/Bookmark
12:05 Pagi 31 March 2012

Experiment aku tamat setelah jam menunjukkan pukul 12 tengah malam 31 March 2012. Aku telah membuktikan bahawa kalau takde Facebook, tak ramai pon yang ingat birthday aku. Kalau orang lain selalu cerite pasal perkara yang harus di ingati semasa Birthday diorang, aku pulak nak cerite perkara yang aku harus lupekan mase birthday aku. 

Yang lebeh menyedihkan, kawan baik aku sendiri lupe pasal birthday aku. Si @Topanesta , @Lassiegewdix dan @Aaleechaa semua lupe pasal birthday aku. Bukan itu sahaja, orang orang penting dalam hidup aku sendiri lupe pasal birthday aku. Takpe Fahmie, mungkin mereka sebok pikir pasal hal diorang, aku bermonolog. Takpe, Aku kan hanya wujud bile mereka memerlukan pertolongan.   Aku bermonolog lagi. 

Hasil daripada experiment yang aku jalankan. Aku dah dapat buat satu hipotesis. 
"Jika Facebook tidak mengingatkan kite, maka kite tidak ingat birthday kawan kite" 
Orang yang wish Birthday kat aku kurang dari 10 orang. Dan orang yang wish aku di Facebook. KOSONG. Untuk pertama kalinya dalam sejarah aku main social network nie. Kalau Tahun lepas aku cerite notification aku jejak 1000++ sebab orang wish Selamat Ulang Tahun, Selamat Hari Lahir, Selamat Hari Tua, Happy Birthday,HB.... HB? what the hell is HB? dan lain lain lagi yang same maksud dengannya.   Sorry, tahun nie langsung takde. 

So, ape pulak yang jadi sepanjang Birthday aku semalam? 

Tiada apa apa. 

30.3.2012

-tamat-

p/s: Mak. You are the best. Mak orang pertama yang wish. 
Baca Lagi - "Experiment: Happy Birthday"

Saturday, October 1, 2011

Hari Ini

Share/Bookmark
Bangon tido. mandi. cukur misai dan janggut.solat. iron baju. kemas tempat tido. jadual buku. panaskan engine kerete. isap rokok. drive. pergi kedai beli Orenge Juice jenama Twister. kadang kadang yogurt drink. roti bun. pergi kelas. tido dalam kelas. makan jajan. ilangkan ngantok. gelak dengan kawan. tak tau ape yang aku belajar hari nie. 

Balik kelas. huha.huha. pergi makan tengah hari.nasi putih. ayam goreng. jimat. favorite aku. air teh o kegemaran aku. solat. sambung masuk kelas. study. kacau lecturer. tak ingat ape yang dia ajar. tetibe dye bagi assignment. aku mengeluh. pegi toilet. cuci muka. ilangkan tension sementara. kencing. hidup umpama roda.

Masuk kelas lagi. sambung sampai pukul 6. gelak sikit sikit. atas lawak yang tah ape ape entah. aku duduk sorang sorang dalam kelas.takde pasangan. sebab geng aku 7 orang. Kelas tamat. cabut tie. keluar kelas. pergi ke kerete. drive balik ke rumah. singgah 7E. soya kotak besar. kadang kadang slurpee. 

Terbaring atas katil kat rumah. sebab penat sangat. Solat lagi. Mandi. Solat lagi utk yang magrib punyer. Tak tau ape nak buat. tengok lappy pon takde perasaan. nak online takde mood. BBM dengan si dia. Kadang kadang call berjam jam. Dye jauh disane.Aku sini. 

Makan ubat. dah lame aku sakit tekak. Tangan menggigil kadang kadang tak tau ape puncanye. Nervous agaknye. On lappy. Lappy baru. Asus katenyer. K43U modelnyer. buat assignment. sambil BBM lagi kali nie. Bosan. tak buat assignment dah. Layan lagu. Tengok movie. Tak kesah lah walau aku dah tengok 3-4 kali cerite yang sama. 

Sorang sorang kat rumah. Budak rumah pergi main bola. Aku tak suke soccer. aku biarkan lagi. persetan dengan soccer kalau aku dah tak suke. Aku sorang sorang lagi dalam bilik. Si dia menemani ku lagi. aku tak #foreveralone lagi. ^_^ 

Tido pukul 3 -4 pagi. bangon pukul 6 pagi. Berlarutan sampai seminggu. Ini kah student live macam aku?   aku dah ditakdirkan macam nie [?] Jangan tanya kenape. jangan persoalkan kenape. Takde gelak ketawa lagi. Hanya hidup yang boring. Teringat ibu di rumah keseorangan tiada teman. Ada cucu teman ibu. Call mak hari hari. tanya kabar ape yang terjadi. Harap dye sehat sejahtera. 

Harapan nak balik tiap tiap minggu. Financial problem tidak mengizinkan. Harapkan PTPTN tapi aku tidak memohon. Terpikir ape akan jadi kalau hutang keliling pinggang. 

Sabtu. 

Hari istirehat selain ahad. Duduk dirumah. menaip di meja makan. sambil kipas di bawah meja. menghala ke kelengkang. uhhh. sejuknya. terase sampai ke situ. atas bawah kanan dan kiri. Short pant. 

Menarik nafas lega aku masih hidup. masih ade teman. masih berpelajaran. tidak kebulur tak makan. ada orang yang sayang. ada ibu bapa yang menyayangi diri ini. ada si dia sentiasa menemani. 

live getting better? 
Baca Lagi - "Hari Ini"

Saturday, December 18, 2010

Aku janji tak merempit lagi

Share/Bookmark
Boleh dikatekan aku dah pencen bab-bab lumbe haram nie. dulu aku bawak 80km/j. sekarang makin slow kepada 130km/j. mak kate jangan bawak laju-laju. sebelum balik kolej dulu mak selalu pesan "Alang, bawak moto hati-hati. Sembahyang jangan tinggal" . Sampai jiran kalau dengar pon dye cakap "Kalau aku ade anak pompuan Lina (name mak aku). Aku kawin kan dengan anak kau nie!"

tapi aku relax jer. aku anggap itu kritikan membina. pikir negative jer. tak nak bayar hutang la tuh buat baik dengan mak aku.hish~ kalau dikira gune jari. boleh pakai kalikator berape kali aku bawak slow tau.hebat bukan aku?? setakat kerete Passo kau convert Myvi tuh aku motong selambe jer.

Tapi semuanya dah berakhir.aku dah tak nak bawak laju-laju lagi. Aku nak sambung degree nie.gile ape. Tapi dalam banyak-banyak bende pasal moto nie aku memang lah tak pandai sangat kan. Lain lah member-member aku yang slalu lepak bengkel nie. Contohnyer malam tadi dye setting moto dye dapan rumah. Aku datang aku kacau jer.

Aku: Weh, ape lagi ko setting moto kau nie? tak habes-habes aku tengok bukak pasang bukak pasang.

Wan: Moto aku jem dah 2 minggu dah aku tak betulkan. 

Aku: Jem lagi.

Wan: Tahlah. Aku baru nak turun enjin nie ha. Nak tahu ape masalah nye nie.

Aku: Oh!....ok.

( 2 jam lebeh lepas tuh)

Wan: Arggghhh!!!!!!!! aku fed up lah dengan moto nie. Tak idup jugak.

Aku: Alah wan. Ko antar kat bengkel jer senang wan. 

Wan: Tah ape masalah dye tah. Asyik buat hal jer.

************
Aku yang dumb and dumber pasal moto-moto nie tengok kan jelah. Pomen moto pon tak tawu betulkan moto. Selamat aku tak amek port pon pasal nie. Kah kah kah!! Wan dah masuk rumah sebab tension. Aku pulak belek-belek moto Al Rex jek dye. Aku saje je bukak tangki minyak moto dye. Aku tengok je dalam tangki tuh.

"Minyak dye takde"

Jap eah..... Jap lagi dye keluar dari rumah aku nak gelakkan dye. ^_______^.

Epic Fail.
Eklan: Besties aku Ali Topan dah ade Blog. baru buat beberape minit yang lepas. Feel free to kutuk dye. Jangan buat baik dengan si Topan nie. Dye bukan tahu pon main blog nie.^______^. In case korang nak dengar cakap aku. bukak http://taufanribut.blogspot.com.
Baca Lagi - "Aku janji tak merempit lagi"

Tuesday, November 2, 2010

Lupe Sampai Tak Ingat

Share/Bookmark
Dengan baru bangon dari tido. Air liur kering kat tepi pipi aku. Dah naik berkerak dah. Tapi rambut aku tetap maintain macam tuh. Spike macam balung ayam mak aku cakap. Phone aku menyalak jer dari tadi.  lagu We No Speak Amaricano by Yolanda Be Cool ft DCup. Fareed call..

Fareed: Fahmie...Tolong aku mie.Phone aku mie...

Aku: Ye..kenape dengan phone kau tuh??

Fareed: Aku tak tawu mie. Tibe-tibe semua file takde....gambar awek aku mie..

4 jam lebeh sebelum itu.....

Aku baru balik dari office abang aku. Pegi fax salinan bukti yang aku tangguh sem dulu. Nak anta kedai untuk fax sehelai jer MYR2..kalau 3 helai dah MYR6. mahalnyer..selamat abang aku ade. kolej aku kate aku tak tangguh sem. so, aku kene bayar kos pembelaran yang aku tak bayar tuh. Mane boleh beb.

Hari nie aku bawak moto Ayah tiri aku. Besa beb moto dye. Seronok gile aku bawak. Vrooom sekali jer. 60km/j..Vroom dua kali 110km/j. Tapi aku bawak 80km/j jer.sebagai pemandu berhemah yang mementingkan gaya pemanduan dan style semasa menunggang moto (kening naik turun 2-3 kali). ade awek naik toyota vios tengok aku pon aku tak pandang dye balik.cover macho punyer pasal.

Sampai kat rumah jer aku dah mengantok. mate aku pon dah tak boleh bla. otak aku pulak asyik pikir awek toyota .Penat aku ikut jalan jauh nak balik umah. bukan selalu ayah bagi pakai moto dye.atas urusan rasmi jer aku boleh pakai moto dye nie.ayah tak kedekut. tapi mak aku yang risau kalau aku bawak moto. Dalam aku mamai-mamai nak tido tuh. Fareed  call.

Fareed: Mie ko free tak? aku nak datang rumah ko. Phone aku ade masalah sikit lah.

Aku: Yeed. aku nak tido petang kejap lah.boleh tak.aku tak tido dari semalam nie. badan aku penat gile. ko tunggu aku bangon tido. Nanti aku buatkan.

Fareed: Yelah..Ko tido dulu nanti ko dah bangon ko message aku mie ea.

Aku: owh..okey babeh..

Penat punye pasal aku sampai terbawak-bawak Fareed nie masuk dalam mimpi aku. kecoh je si Fareed nie datang dalam mimpi aku pulak. Dalam mimpi aku tuh aku dah pikir jahat dah. Aku cakap dengan dye suro format jer phone dye tuh. Aku cakap kat dye ko tekan jer *#7370#. Settle semua masalah. Phone tak hang. hati pon senang. masalah pon selesai.

Lepas tuh ade aje orang ganggu aku tido nie. Phone aku berbunyi jer. sekali aku tengok Fareed yang call

Fareed: Fahmie...Tolong aku mie.Phone aku mie...

Aku: Ye..kenape dengan phone kau tuh??

Fareed: Aku tak tawu mie. Tibe-tibe semua file takde....gambar awek aku mie. 

Aku: Ape yang ko buat dengan phone ko tuh tadi? kan aku suro tunggu aku bangon tido.

Fareed: Mane aku tawu. Aku ikut jer ape yang ko suro aku buat. Aku tekan lah *#7370# tuh.

Aku: errrrr..ye ker??

p/s: jangan taip message semasa anda tido.kerana anda tak tahu ape yang anda tulis.
Baca Lagi - "Lupe Sampai Tak Ingat"

Popular Post