home about me banner licence contact
Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Saturday, January 23, 2016

Oh Tuhan Dia Umpama Bidadari Vol 2

Share/Bookmark
1386 hari. Begitulah jarak antara entry terakhir aku dengan entry yang aku tengah karang sekarang ni. Dan kalau dulu aku cuba bandingkan sifat yang aku suka pada seorang wanita dengan bintang dan aku akan mengambil masa 7 hari untuk menghabiskan kiraan ku. Kini aku rasa jumlah sifat perempuan yang aku suka padanya lebih dari itu. Kerana sifat wanita yang aku suka padanya selepas 7 hari mengira bintang dilanjutkan dengan mengira zarah yang bergerak didalam mataku semasa aku memejamkan mata setelah penat mengira bintang-bintang tersebut. Dan aku mula mengira zarah-zarah itu sampailah aku terus menutup mata untuk selamanya tanpa tahu di mana pengakhirannya dan berapa jumlahnya sifat yang aku suka kepadanya. Tapi yang pasti, dia tidak akan tahu sekarang juga, dia tidak akan tahu hari ini juga, dia tidak akan tahu betapa aku sayang dan cinta akan dirinya.

Bukan niat dihati untuk menguji minda, tak pernah terlintas untuk bersandiwara dalam bercinta. Tapi untuk mencari yang setia, hormat ibu bapa, patuh arahan kita, sayang akan kita bukan perkara mudah. Percubaan selepas percubaan akhirnya entah kemana pengakhirannya. Tapi yang pasti kali ini pencarian terakhir bagi diriku. Kerana diri mu itu tak semudah yang kusangka tapi bile ternampak akan wajah mu aku ternampak masa depan kita.

Layanlah dia seperti anak kecil. Berikan dia gelak ketawa, nescaya dia akan suka akan dirimu. Belailah dia kalau dia ingin bermanja, usap kepala dan rambutnya, usap pipi dan kedua telinga dan matanya. Cium dahinya bila kau ada peluang disisinya. Jaga dan rawat dia sehingga dia tidur bila dia tidak sihat. Belikan makanan kesukaannya bila dia inginkan sesuatu untuk dimakan. Bawakan dia hadiah untuk kejutan baginya kerana itu makanan untuk jiwanya. Membebel dan denda dia kalau dia buat salah dan itu sebagai pengajaran terhadap dirinya. Kerana layanan seperti anak kecil itu yang diperlukan oleh setiap wanita. Sebab seorang wanita yang kau akan sakiti itu dijaga dibahagia mati-matian oleh kedua orang tuanya.

23 Januari 2016

Aku dah tak Forever Alone lagi. Banyak yang dah berubah. Kini aku dah ada kerja. Semua become better and better everyday. Percaya pada tuhan yang maha esa, menetapkan semua yang terbaik untuk kita. Kini ditemani dengan Si Dia. Kemana tah hilangnya dia sebelum ni. Kalaulah dah jumpe dia lama dulu kan lebih mudah. Hidup akan jadi lebih indah.

Dia cuma wanita biasa yang cantik jelita. Mungkin hanya dimata aku tapi bukan dimata dunia. Tapi bukannya mudah nak menjaga, banyak orang yang tunggu peluang yang ada. Takpernah aku berasa selesa walaupun telah mendapatkannya. Tak pernah pulak aku meninggikan suara. Tak pernah aku berkasar dengannya. Cuma terkadang terkecilkan hatinya. Maklumlah, jealous katanya. Perempuan mana yang tak jeles kalau bukan sayang puncanya. Kemana lagi hala tuju sebuah percintaan kalau bukan berniat untuk menikahinya?

Oh Tuhan dia umpama bidadari.

Permudahkanlah urusan kami agar proses ini menjadi lebih cepat. Tetapkan iman kami agar terus mengikut jalanmu jalan yang engkau redhai. Tunjukkan penyelesaian pada masalah kami. Tolonglah dan bantulah kami kalau kami dalam kesusahan. Berikan kami kawan dan teman yang baik dan dapat membantu. Ringankan beban kami agar kami terus bahagia. Majukan lah kami dalam pekerjaan. Janganlah uji kami pada benda yang kami tidak mampu untuk hadapinya. Kekalkanlah kami sehingga kami capai apa yang kami inginkan dan selamanya kami dapat bersatu. Oh tuhan, bukan hanya itu yang kami mahu.

Dan kalau dia bukan jodoh ku. Jodohkan lah dia dengan orang gila. SEBAB AKU TAK BOLEH TERIMA!!!!!!.
Baca Lagi - "Oh Tuhan Dia Umpama Bidadari Vol 2"

Saturday, March 24, 2012

Kesah Sedih Hari Sabtu

Share/Bookmark
Semuanya bermula bila aku ingin memulakan hari baru aku selepas aku aktifkan "mode horizontal life pauses" atau bahase melayunye adalah"tidur". Badan aku kebas kebas kibas kari babas gitu. Mungkin sebab aku telah activekan "Mode  Hi World You Make Me Mellow" atau bahase melayu dye "Hotak kau aku tak tido 29 jam doe". Itu perkara biase. Harimau di hutan kupatahkan leher, inikan pula tak tido. 

Dalam aku dipeluk erat selimut edaran WINDSIR yang aku tak penah dengar jename ape nie. Aku teringin nak makan Toasted Bread pagi pagi nie. Untuk mendapatkannya aku harus berguling guling ke hujung katil. Pakai selipar jepun aku nie. Garu bontot. Bangon dan pergi ke gerobok aku. Sayang sekali, takde seluar pendek disitu. Baru perasan aku tertido bogel malam tadi lepas mandi lupe pakai seluar. 

Tak perlu risau. Sebab aku rase aku ade letak seluar pendek aku kat tempat lain aku rase. Aku bukak laci atas dan laci bawah. Lepas tu aku bukak laci bawah dan laci atas. Aku cari di merata tempat dalam gerobok tu. Hampa. Takde. Yang ade cume seluar pendek yang kotor di dalam karong baju kotor. Ape yang aku perlu buat nie? Buntu. 

Kalau aku nak pakai baju formal. Aku perlu lebeh productive hari nie. Tapi hari nie hari sabtu. Mane ade orang productive hari sabtu. Aku dah bertukar ke "Mode Panic At The Disco". So ape yang aku kene buat sekarang nie? 

Aku mengelamun lagi, takut, fikiran bercelaru, kilat sabung menyabung, deruan ombak rindu mencakar persisir pantai. Dan aku masih takde idea macam mane aku nak makan Toasted Bread pagi pagi nie. Aku rase macam dunia aku dipenuhi kegelapan. Macam dah takde harapan nak hidup. Sekali lagi. Aku tahu, mesti ade kat mane mane punyer seluar pendek yang bersih tu. Cume aku je yang tak jumpe. 

Aku teringat yang aku belum gosok gigi. Aku capai tuala, tutup mane yang patot. Terus masuk bilik air. Jangan ditanye ape aku buat dalam bilik air. Ayat tu dah cliche. Lepas tu barulah aku terpikir. Asal aku tak pakai tuala je turun bawah? 

Sedih. 

p/s: Dah sampai masanya aku kene cuci kain baju aku. 
Baca Lagi - "Kesah Sedih Hari Sabtu"

Sunday, February 12, 2012

Zulfahmi Abidin Versi Anak Derhaka Vol. 2

Share/Bookmark
4:15 Pagi

Akibat tengok bola kat Salsabila. Man Utd lawan Liverpool malam tadi. Dengan air redbull dan shisha campuran. Tak kesah lah walau aku tak tengok bola tu pon tapi aku online dengan PC je kat kedai tuh. Dah pukul 4 pagi dan aku still tak boleh tido lagi dan masih berguling guling manje.

Boring. 

Takde ape nak buat. 

Aku dapat idea.

"Plung!!" 

(Plung!! tu effect bunyi tumbuh lampu kat atas kepale aku)

Aku amek phone aku dan mula mendail. 

Cubaan pertama tidak berjaya. Cubaan kedua masih tiada yang angkat. Cubaan ke tujuh tiada jawapan.

Cubaan ke tiga belas:

"Assalamualaikum Miss"

"W'salam Fahmie, ade ape?"

"Maaf Miss sebab mengganggu"

"Takpe Fahmie, ade ape awak call saye pagi pagi nie?" 

"Boleh Miss terangkan pasal ape yang Miss ajar sem lepas? Rumuskan semuanya"

"Rajin awak Fahmie call saye pagi pagi tanye pasal pelajaran? Awak dah kenape Fahmie"

"Saye tak boleh tido Miss. Sebab tu saye suruh Miss mengajar saye sekarang"

"Siap kamu sem depan Fahmie"

"Errr!! Tapi saye tak ngantok Miss. Miss ajar lah. Nanti saye tido. plz..................."


p/s: Aku terus tak boleh tido sebab pikir pasal sem depan. Ape lah yang dye nak denda aku. Phuuuiiihh. Siallah. Rugi super saver aku.
Baca Lagi - "Zulfahmi Abidin Versi Anak Derhaka Vol. 2"

Thursday, February 9, 2012

Tips: Lelaki Budiman

Share/Bookmark
Memang dah jadi lumrah kalau perempuan selalu tertanya tanya macam mane rupa paras dye. Itu normal. 

Soalan lazim dye. 

U, I gemuk tak? U, I nie cantik tak? U, warna kulit wajah I dengan kulit badan I sama tak? Jerawat I obvious sangat tak? Rambut I ade macam Jessica Alba tak?  U, I gemuk tak? U, I nie cantik tak? U, warna kulit wajah I dengan kulit badan I sama tak? Jerawat I obvious sangat tak? Oh. dye ulang soalan yang same hari hari. 

Tapi jangan lah korang jawab. 

U buruk gile. Baju yang U pakai macam Anna Lulu. Dah macam pokok Christmas dah i tengok. Baju U tu ketat sangat. Pattern baju U dah macam Endon. U nampak gemuk macam tayar Michelin dah. Tone muke U nampak macam nak pegi majlis pengebumian. Rambut U dah macam penyanyi rock kusut gile, berbau lak tuh. Selipar U macam Makcik Philippine. U ade misai!!!! 

Jangan, jangan gunakan ayat nie semua. 

Gunalah ayat yang lebeh sedap di dengar macam:

U lah monyet paling cantik I pernah jumpe. Hamboi! kurusnya U. U lah badak air paling kurus I pernah jumpe. Macam Adibah Noor. Cantik baju U, mak U bagi kat U sebab dye tak muat ke? *part jenis binatang tuh korang slow kan sikit mase cakap*

Atau;

U cantik hari nie. Cukup

Lepas tuh mesti dye tersengeh sengeh dengan korang. Lepas tuh mule lah dye atur ayat seterusnya. 

"Awwww. so sweeeeeettttt.......betul ke U I cantik hari nie?"

Memang weh. Perempuan dengar padahal ape kite cakap. Tapi dye sengaje je buat buat tak dengar sebab nak kite cakap lagi sekali. Kalau boleh record dye record. Lepas tuh mule lah tuh dye post kat status Facebook dye. Tak pon jadi trending kat Twitter. Nanti kompom dia terus cakap...

"I Love U"

kalau korang tak nak jawab "I Love U Too" . Korang jawab lah macam nie..

"I Love Utube"

sebut je laju laju. ^_^ 

Goodluck guys. 

p/s: Kalau aku kate kau cantik. Kau memang cantik. Aku tak pernah tipu. Aku kan Lelaki Budiman

feel free to join #ProjectAwesome2012
Baca Lagi - "Tips: Lelaki Budiman"

Saturday, October 1, 2011

Hari Ini

Share/Bookmark
Bangon tido. mandi. cukur misai dan janggut.solat. iron baju. kemas tempat tido. jadual buku. panaskan engine kerete. isap rokok. drive. pergi kedai beli Orenge Juice jenama Twister. kadang kadang yogurt drink. roti bun. pergi kelas. tido dalam kelas. makan jajan. ilangkan ngantok. gelak dengan kawan. tak tau ape yang aku belajar hari nie. 

Balik kelas. huha.huha. pergi makan tengah hari.nasi putih. ayam goreng. jimat. favorite aku. air teh o kegemaran aku. solat. sambung masuk kelas. study. kacau lecturer. tak ingat ape yang dia ajar. tetibe dye bagi assignment. aku mengeluh. pegi toilet. cuci muka. ilangkan tension sementara. kencing. hidup umpama roda.

Masuk kelas lagi. sambung sampai pukul 6. gelak sikit sikit. atas lawak yang tah ape ape entah. aku duduk sorang sorang dalam kelas.takde pasangan. sebab geng aku 7 orang. Kelas tamat. cabut tie. keluar kelas. pergi ke kerete. drive balik ke rumah. singgah 7E. soya kotak besar. kadang kadang slurpee. 

Terbaring atas katil kat rumah. sebab penat sangat. Solat lagi. Mandi. Solat lagi utk yang magrib punyer. Tak tau ape nak buat. tengok lappy pon takde perasaan. nak online takde mood. BBM dengan si dia. Kadang kadang call berjam jam. Dye jauh disane.Aku sini. 

Makan ubat. dah lame aku sakit tekak. Tangan menggigil kadang kadang tak tau ape puncanye. Nervous agaknye. On lappy. Lappy baru. Asus katenyer. K43U modelnyer. buat assignment. sambil BBM lagi kali nie. Bosan. tak buat assignment dah. Layan lagu. Tengok movie. Tak kesah lah walau aku dah tengok 3-4 kali cerite yang sama. 

Sorang sorang kat rumah. Budak rumah pergi main bola. Aku tak suke soccer. aku biarkan lagi. persetan dengan soccer kalau aku dah tak suke. Aku sorang sorang lagi dalam bilik. Si dia menemani ku lagi. aku tak #foreveralone lagi. ^_^ 

Tido pukul 3 -4 pagi. bangon pukul 6 pagi. Berlarutan sampai seminggu. Ini kah student live macam aku?   aku dah ditakdirkan macam nie [?] Jangan tanya kenape. jangan persoalkan kenape. Takde gelak ketawa lagi. Hanya hidup yang boring. Teringat ibu di rumah keseorangan tiada teman. Ada cucu teman ibu. Call mak hari hari. tanya kabar ape yang terjadi. Harap dye sehat sejahtera. 

Harapan nak balik tiap tiap minggu. Financial problem tidak mengizinkan. Harapkan PTPTN tapi aku tidak memohon. Terpikir ape akan jadi kalau hutang keliling pinggang. 

Sabtu. 

Hari istirehat selain ahad. Duduk dirumah. menaip di meja makan. sambil kipas di bawah meja. menghala ke kelengkang. uhhh. sejuknya. terase sampai ke situ. atas bawah kanan dan kiri. Short pant. 

Menarik nafas lega aku masih hidup. masih ade teman. masih berpelajaran. tidak kebulur tak makan. ada orang yang sayang. ada ibu bapa yang menyayangi diri ini. ada si dia sentiasa menemani. 

live getting better? 
Baca Lagi - "Hari Ini"

Monday, July 25, 2011

Lupa

Share/Bookmark
Jari jemari aku takkan berenti menaip selagi aku tak puas untuk menaip. Walaupun jam analog aku nie dah pukul 5 pagi. Kat Malaysia kalau pukul 5 pagi hantu twitter jaya masih rancak menaip berbual seorang diri memotivasikan diri dengan falsampah yang tah ape ape entah. 

Eklan: Follow saye di twitter @zulfahmiabidin

ring ring ring, cell aku berbunyi. (sengaje sebenarnye gune perkataan "cell" tuh. baru glamour sikit) owh. alarm solat subuh. aku ingat sape lah yang takde life call aku pagi pagi. hampir hampir aku nak taip message "get a life man". Maklumlah, jari sedang rajin menaip bibir aku pulak dah gatal je nak cakap bende bende yang yang seksi macam Najib. Oh ya, dye jadi PM kat ade satu negara tu. 

klik.

Now cell dah tak berbunyi lagi. Lagak jaguh kampung aku di susuli dengan membakar sebatang daun racun - Dunhil. #nowsmoking. Dapat sedas dua aku kembali buntu tak tau ape yang jadi kat sistem cakerawala kite nie. Oh, macam nak terbit mentari rupenyer. 

Subuh subuh macam nie waktu yang paling sesuai untuk tido semenjak 3 purnama yang lalu. Kembali ke katil dengan harapan mak tak sakit kan hati ku lagi supaya bangon di tengah hari. Tiba tiba aku mengantuk dan terus tertidur. 

Dalam tidur siang ku selama beberape ketika itu, aku bermimpi. Aku sedang berjalan di pesisir pantai dengan Angelina Jolie (pada mase itu dye baru habes pengambaran filem Mr.& Mrs. Smith). Sangat romantis. Di bawah bulan purnama, Diana (name manje yang aku beri) memandang aku dengan penuh passion dan bertanya "Bile kite nak kahwin?". Dengan hampa aku menjawab. "I'm so sorry Diana, Abang masih belajar. Abang harap Diana dapat bersabar" . Angelina Jolie pon menoleh ke arah laut dan berkata "K" tanda Kecewa. Aku memeluknya dengan erat. 
Ku tatap wajah-mu
Lepas tuh aku Lupa ape nak cerite. 

#okbai. 

Baca Lagi - "Lupa"

Tuesday, February 22, 2011

Stereotype bagi Aku, Bangsa aku, Makanan aku, Kaum aku dan Agama aku.

Share/Bookmark
Pelajaran yang aku dapat melalui kelas Executive Summary hari nie membawak aku ke perbahasan ilmiah untuk korang pikir gune kepale hotak koranglah. Isu stereotype membawa lebih banyak kepada ke-negatif-an dari ke-positif-an yang membuatkan korang terbatas untuk membuktikan sesuatu dari segi sifat atau tingkah laku korang sendiri. 

Stereotype adalah keyakinan popular tentang kumpulan sosial tertentu atau jenis individu. Konsep "stereotype" dan "prejudice" sering bingung dengan banyak erti yang berbeza yang lain. Stereotype adalah konseps standard dan dimudahkan dari kumpulan berdasarkan beberapa andaian dahulu. Tak paham kan? Memang lah! sebab aku amek kat Google. korang nak tau lebeh jelas Google lah sendiri. Grrr

Contoh yang paling mudah aku boleh bagi Muslim adalah terrorist, Melayu adalah pemalas, Ketupat adalah simbol Illuminati, Perempuan suke shopping, makeup, bergambar dan kuat makan. Lelaki suke bola dan merokok. Mereka yang bernama Fahmie sememangnye hensem hensem belaka. Tuh semua stereotype tuh.
Isu Stereotype nie bahaye sebenarnyer. Neil Armstrong kalau korang kenal orang yang pertama pergi ke bulan tuh. Dye masuk Islam. Sebab tuh lah cerite pasal dye tak didedahkan secara meluas oleh media barat. Michael Jackson pulak mati sebelum sempat masuk islam. Aku rase diorang nie saje bunuh Michael Jackson sebab takut kalau kalau orang dia terpengaruh dengan penyanyi pujaan mereka untuk memeluk Islam. 

Lagi menakutkan bile kebanyakan askar yang balik dari Iraq bile balik ke tanah air mereka semua mula memeluk agama Islam. So, para Yahudi dan gerakannya dah makin takut. Sebab tuh lah dia cube timbulkan huru hara kat negara Islam. Contohnyer sekarang kat Mesir. Lepas nie tah sape pulak dye nak kenekan tah. 

Stereotype sebenarnyer boleh di ubah. Sebab, korang nak ke digolongkan dengan sifat yang takde langsung pada diri korang. Kalau macam stereotype orang yang bernama Fahmie tuh semua hensem hensem belaka tuh takpelah. Tapi macam mane dengan yang lain. 

Moral of the story: Jangan pergi ke bulan.

Baca Lagi - "Stereotype bagi Aku, Bangsa aku, Makanan aku, Kaum aku dan Agama aku."

Saturday, December 11, 2010

Result aku dah keluar. Kenape ade subject FB-zik pulak nie

Share/Bookmark
Bahasa Rojak           : A+
Bahasa Ibunda         : A-
Bahasa Penjajah       : B+
Mimpimatik              : A+
FB-zik                     : A
Tumblrlogy              : C
Blog-Taiping            : D-
Tweeterlamic          : C+

Berikut adalah result aku yang keluar semalam. Ape ke pelik UiTM anta result aku kat email macam nie. Kantoi la aku lagi banyak main Facebook dari study. Aku nak bagi tahu kat orang lain pon malu la mcm nie.^_^ Korang jangan nak buat muke pelik. Korang pon dapat result FB-zik same dengan aku kan?? heeeeee~

Kalau subject  yang lecturer aku ajar semua macam yang kat atas nie. Kompom next sem aku lagi banyak online dari study. Ape kejadahnyer yang aku buat aku pon tak tawu. Kalau aku tunjuk result aku betul-betul kat gugurl-gugurl yang bace entry aku nie kompom korang terus cakap " Fahmie sayamm,  I memang diciptakan dari tulang rusuk you lah Fahmie. Jom kapel!".Eeeeuuuuu...Marah awek Hyundai.

Sepatotnyer UiTM tak boleh tau kire grade kite dari + A, A, A-, B +, C, D dll nie. Sepatotnyer dye pakai bintang jer. Alah macam mase sekolah tadika dulu. Nak cerite pasal bintang aku nie sampai Christmas tahun depan pon tak habes. Kalau korang tengok penuh kat buku-buku aku sampai kulit buku pon ade. Aku rase macam nak sekel jer kepale orang yang percaye nie.  Kadang-kadang aku sendiri tambah  bintang-bintang  tuh ade jugak. Nati aku balik rumah aku tunjuk kat bapak aku. " Pandai anak abah menipu, Meh sini sayang abah lempang meh". seronok jer mase tuh. Dari situ lah aku dapat name Mohd Alang Bin Abah sebab tak mengaku name aku Zulfahmi. Mase tuh jahil lagi. korang ape tawu. grrr

Sekarang aku dah besar. Besar part mane on my body aku pon tak tau. Tapi bile dapat result yang macam-macam sebab aku study nie baru lah aku rase dulu aku bodoh sangat. (korang tak payahlah buat dahi kerut macam tuh) Anyway, kepada kawan-kawan seperjuangan yang mengambil peperiksaan akhir UiTM Oktober 2010 tahniah diucapkan atas keputusan yang korang semua dapat. Yang tak isi SuFO korang padan muke aku ucapkan sebab lembab tak amek port sape suroh. Kan dah tak dapat tengok result.

Berkenaan dengan grade A atau B atau FB yang tersenarai pada slip peperiksaan korang semua tolong la abaikan, banggalah dengan diri korang sendiri sebab korang dah berusaha. Chilled la beb. Tak kesah lah ape resultnyer next time useha lagi. Kalau dulu korang eja "Monyetkenyetkenyet". takkan lepas 6 bulan korang eja "Monyet" pon salah lagi kot! Kalau salah jugak aku rase nie memang penyakit keturunan yer. Tak pon korang kene penyakit "ID.10T". Kene pegi berubat kalau macam tuh. 

Grrr. Stress nyer hari nie. Ape aku mengarut panjang-panjang takde ending nie pon aku tak tawu. Tapi aku happy bile aku dapat cakap kat mak " Mak! Alang dapat 4 flat!" kemudian mak aku jawab " 4 Flat tuh ape?" Okey aku stress balik.

p/s: apesal tajuk entry aku panjang semacam jer nie. rajin pulak korang bace sampai habes.^_^
Baca Lagi - "Result aku dah keluar. Kenape ade subject FB-zik pulak nie"

Monday, November 22, 2010

Macam Mana Kalau

Share/Bookmark
Macam mane aku nak mulakan introduction aku punyer entry nie pon aku tak tahu. sebab aku tak rancang pon nak tulis pasal nie.macam nie lah.aku terus tulis spontan jer okey. harap korang tak kesah kalau aku menyanya tah ape-ape sebab aku cube keluarkan ape yang ade dalam otak aku sekarang.

puncenyer sebelum aku tidur semalam. aku terpikir pasal suatu hal nie. aku tak tahu la kalau aku terlebih pikir pasal bende nie ke ape.tapi aku nak jugak korang pikir bende yang aku pikir malam nanti sebelum korang tido. Pusat pemikiran aku yang intellect nie berpunce dari " Macam mane kalau semua keputusan yang aku buat untuk hidup nie semua adalah salah " lepas tuh bende nie tumbuh pulak menjadi kepade

1. Macam mane kalau kos yang aku baru habes diploma nie tak sesuai dengan aku?
2. Macam mane kalau bile aku sambong belajar nie sebenarnyer membuatkan peluang kerje yang sepatotnyer aku dapat tuh aku dah lepas kan?
3. Macam mane kalau mak aku sebenarnyer tak rancang pon nak lahirkan aku?
4. Macam mane kalau perempuan yang aku kawan dari dulu sampai sekarang nie aku tak sepatotnyer kenal dengan dye pon?
5. Macam mane kalau aku sebenarnyer tak patot ade kawan-kawan macam sekarang?
6. Macam mane kalau tibe-tibe aku dapat tahu aku nie anak angkat?
7. Macam mane kalau aku nie sebenarnyer dah mati 2 hari yang lepas?
8. Macam mane kalau aku nie sebenarnyer akan kawin besok?
9. Macam mane kalau aku dapat tahu yang aku nie sebenarnya akan jadi pembunuh?
10. Macam mane kalau kejap lagi ade orang tibe-tibe nak bunuh aku pulak?
11. Macam mane kalau aku tak sepatotnyer pikir pasal nie dan aku tak sepatotnyer share dengan orang pasal nie lagi..
12. Ade lagi sebenarnyer tapi aku bagi yg 11 nie contoh jer.berjam-jam kot aku pikir pasal nie.
macam mane kalau semua keputusan yang aku buat, kejadian yang berlaku nie sebenarnyer adalah salah aku yang membuat pilihan. tak pon ade sesuatu kejadian yang telah mengubah karma hidup aku sendiri. macam mane aku nak dapat kan balik karma aku tuh sebab aku pon tak pasti aku nie betul ke tak dalam dunia yang betul-betul atas landasan yang dah ditetapkan. walaupun aku sebenarnyer berhati-hati untuk memilih sesuatu keputusan tuh.

korang paham tak ape yang aku cube maksudkan? sebab aku sendiri tak tahu macam mane nak explain pasal nie. soalan-soalan yang aku buat sendiri tuh buat aku kusut sendiri. Okey now aku pening...macam mane kalau lepas bace entry nie.korang akan mati kejap lagi??? tak pon ini adalah hari terakhir korang hidup???

p/s: aku mintak maap.aku hanya ade conflict jiwa sebab aku sebenarnyer nak pikir luar kotak.tapi jadinyer lain pulak.sory okey.
Baca Lagi - "Macam Mana Kalau"

Tuesday, November 2, 2010

Lupe Sampai Tak Ingat

Share/Bookmark
Dengan baru bangon dari tido. Air liur kering kat tepi pipi aku. Dah naik berkerak dah. Tapi rambut aku tetap maintain macam tuh. Spike macam balung ayam mak aku cakap. Phone aku menyalak jer dari tadi.  lagu We No Speak Amaricano by Yolanda Be Cool ft DCup. Fareed call..

Fareed: Fahmie...Tolong aku mie.Phone aku mie...

Aku: Ye..kenape dengan phone kau tuh??

Fareed: Aku tak tawu mie. Tibe-tibe semua file takde....gambar awek aku mie..

4 jam lebeh sebelum itu.....

Aku baru balik dari office abang aku. Pegi fax salinan bukti yang aku tangguh sem dulu. Nak anta kedai untuk fax sehelai jer MYR2..kalau 3 helai dah MYR6. mahalnyer..selamat abang aku ade. kolej aku kate aku tak tangguh sem. so, aku kene bayar kos pembelaran yang aku tak bayar tuh. Mane boleh beb.

Hari nie aku bawak moto Ayah tiri aku. Besa beb moto dye. Seronok gile aku bawak. Vrooom sekali jer. 60km/j..Vroom dua kali 110km/j. Tapi aku bawak 80km/j jer.sebagai pemandu berhemah yang mementingkan gaya pemanduan dan style semasa menunggang moto (kening naik turun 2-3 kali). ade awek naik toyota vios tengok aku pon aku tak pandang dye balik.cover macho punyer pasal.

Sampai kat rumah jer aku dah mengantok. mate aku pon dah tak boleh bla. otak aku pulak asyik pikir awek toyota .Penat aku ikut jalan jauh nak balik umah. bukan selalu ayah bagi pakai moto dye.atas urusan rasmi jer aku boleh pakai moto dye nie.ayah tak kedekut. tapi mak aku yang risau kalau aku bawak moto. Dalam aku mamai-mamai nak tido tuh. Fareed  call.

Fareed: Mie ko free tak? aku nak datang rumah ko. Phone aku ade masalah sikit lah.

Aku: Yeed. aku nak tido petang kejap lah.boleh tak.aku tak tido dari semalam nie. badan aku penat gile. ko tunggu aku bangon tido. Nanti aku buatkan.

Fareed: Yelah..Ko tido dulu nanti ko dah bangon ko message aku mie ea.

Aku: owh..okey babeh..

Penat punye pasal aku sampai terbawak-bawak Fareed nie masuk dalam mimpi aku. kecoh je si Fareed nie datang dalam mimpi aku pulak. Dalam mimpi aku tuh aku dah pikir jahat dah. Aku cakap dengan dye suro format jer phone dye tuh. Aku cakap kat dye ko tekan jer *#7370#. Settle semua masalah. Phone tak hang. hati pon senang. masalah pon selesai.

Lepas tuh ade aje orang ganggu aku tido nie. Phone aku berbunyi jer. sekali aku tengok Fareed yang call

Fareed: Fahmie...Tolong aku mie.Phone aku mie...

Aku: Ye..kenape dengan phone kau tuh??

Fareed: Aku tak tawu mie. Tibe-tibe semua file takde....gambar awek aku mie. 

Aku: Ape yang ko buat dengan phone ko tuh tadi? kan aku suro tunggu aku bangon tido.

Fareed: Mane aku tawu. Aku ikut jer ape yang ko suro aku buat. Aku tekan lah *#7370# tuh.

Aku: errrrr..ye ker??

p/s: jangan taip message semasa anda tido.kerana anda tak tahu ape yang anda tulis.
Baca Lagi - "Lupe Sampai Tak Ingat"

Sunday, October 31, 2010

Malam Yang Agak Cookiey. Jom Mengaji.

Share/Bookmark
Malam-malam macam nie tak dapat kacau Mama lagi. Mama tak balik dari kampung lagi. Bosan betul. Semua kene buat sendiri. Sape seh nak masakkan aku makan.

Jam dah pukul 1 pagi. Perut dah bunyi keroncong dah. mate dah gatal nak ngendap kat tingkap nak pastikan membe aku ade kat depan rumah ke tak. Jengah-jengah tengok kerete ade jer tuh. nak misscall creadit takde lah pulak. Buzz kat FB jer lah senang kan? Tunggu punyer tunggu sambil tengok kamen raider alih bahase kat cartoon network tuh. Mulut lain suara lain. Member aku call, dye dah kat depan rumah. capai ape ade atas meje. hanphone, wallet dengan lighter.

Ingat nak terus pegi mamak. Tapi membe singgah 7E pulak. Lepas tuh malas nak pegi beli. Aku jugak yang kene pegi beli. Dye bagi duit.dye cakap ape nak beli. Dalam 7E aku amek kuaci bunge color merah. dengan kacang cop good. Tegok mesin sluppie tuh dah mati pulak. Nak call member aku bagi tawu. Aku kuarkan talipon dari kocek belakang. Tapi bile aku keluarkan ape yang keluar??

Remote Astro.!!

What the fuu~ selamat akak counter tuh tak perasan. Malu siot kalau dye dapat tahu. dan ini kali ke 2 aku bawak remote astro sebab salah amek phone tertukar dengan remote tuh. ari tuh depan rumah kawan aku. yang nie sampai ke 7E aku bawak.

Sampai kat counter, aku letak semua barang tadi. Then aku cakap kat akak tuh. "Rokok Dunhill Mentol" (aku tak geti eja.jangan ajar).

Akak tuh kate "rokok dah naik harge pon nak isap lagi ke?".

aku jawab.."Akak...bapak saye kate...Alang..amek duit RM10 nie.Pegi beli rokok sane.Jangan beli makanan".haha

akak tuh senyum jer. dye tahu agaknyer aku tipu. Aku kuar dari 7E sambil Remote Astro aku letak senget kat kocek belakang suar jeans aku. Masuk dalam kerete. membe aku pulak buat hal buang tebiat.

dye kate " ape lagi...jom mengaji..."

aku tak paham. aku jawab. " kenape ko nak mengaji siot pagi-pagi bute nie"

dye terus mengaji " bakk rukok sebaaaaaaatang.... Kuuuu nak hiisaaaabbbbbe'(kolkolah)" gelak kecil.

TOING!..aku tonjol kepale dye.

owh.Happy Holloween guys..
Baca Lagi - "Malam Yang Agak Cookiey. Jom Mengaji."

Popular Post