home about me banner licence contact
Showing posts with label Current Issue. Show all posts
Showing posts with label Current Issue. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

Plagiat

Share/Bookmark

Let me introduce to you all MOJOLOGY *tetibe ckp bahase penjajah

Baru kenal dye kejap tadi. Sebab dye kate aku plagiat entry dye.

Tapi its okey lah. Salah paham barang kali.

Feel free to read blog MOJOLOGY kawan kawan.Entry dye kelakar. wooot wooot.

Oh. Hai mo.^_^
Baca Lagi - "Plagiat"

Sunday, July 31, 2011

Blogger Yang Ade Follower 30 Orang Dan Keatas Layak Menerima RM50 Sebagai Duit Raya

Share/Bookmark

Berite nie aku dapat tahu dari kawan aku. Dye IM aku kat Facebook. Dye kate ade berite terbaru untuk dapat duit raye nanti. Tapi tak banyak la. RM50 jer and dapat mase nak Hari Raya nanti atau maybe lebeh awal. Tapi kite kene menghantar permohonan lebeh awal terlebeh dahulu. Walaupun RM50 jer sape nak bagi Free jer. Yer tak?? +_~.

AMARAN

Korang Kene lah isi butir-butir peribadi tuh betul-betul. Janganlah menipu. Nak dapat duit pon nak tipu ker? Haish...

Cara Permohonan Duit Raya RM50

Nanti korang isi kat tempat yang disediakan tau. Bende yang web tuh nak cume
1.  Nama
2.  Nama Ayah (Nama Keluarga bagi bukan Melayu)
3.  Nickname Pilihan (pastikan ianya Unique nik name, maknenyer takde orang lain pakai lah) Nanti diorang mintak korang Verify dulu ade tak orang lain gune name tuh.
4.  Password
5.  Re-type Password
6.  Umur
7.  Alamat Surat Menyurat
8.  Alternate Email
9.  Secret Question
10.  Answer
11.  URL blog.
12.  Feed Blog
13.  Korang Kene Upload Print Screen jumlah follower korang macam kat bawah nie.


14.  Macam biase lah kene tulis code show above. Verification lah kirenyer macam yang kat bawah nie.
Prove That You Are Human
15. Tekan Send Application

Kalau korang berminat dan korang boleh isi semua yang dia mintak kat atas. Ape yang korang perlu buat. Layari Web Site Berikut:

www.banyakcantekmukekau.com

p.s:  Selamat Menjalani Ibadah Puase. Anggap ini suatu ujian menguji kesabaran korang menjelang bulan buase Esok.^_^
Baca Lagi - "Blogger Yang Ade Follower 30 Orang Dan Keatas Layak Menerima RM50 Sebagai Duit Raya"

Tuesday, December 21, 2010

Pesanan Khidmat Masyarakat (Vol. 1)

Share/Bookmark
Ape korang ingat aku nie kejam sangat ke takde berbakti kepada masyarakat. Event blog baru macam aku nie pon kene bagi pesanan kepada semua rakyat Malaysia am nya dan seantero dunia khasnya. Ke terbalik nie? Ah tak kesah lah. Janji korang paham sudah. Abes cerite full stop.

1. Jangan Download Movie/Lagu dan hentikan Cetak Rompak

Aku baru je siap download 3 cerite. Pertama cerite The Social Network yang ade muke mamat buruk rambot macam Afro tak terurus tuh. Kedua cerite Lagend of the Guardian cerite pasal ade burung-burung tuh. Amboi, banyak nyer burung. Ketiga cerite Despicable Me cerite pasal kartoon perempak bulan dan anak buah kuningnye. Disebabkan aku baru lepas download cerite nie. Aku nak melarang korang dari mendownload cerite-cerite kat internet nie. Support la diorang. Pergi tengok kat wayang lain kali. DVD cetak rompak pon kalau boleh jangan beli. So, bile korang tak beli harge dye murah. So aku boleh la beli RM10 dapat 4 Movie dan 16 Movie percume. Tak gitu??

2. Jangan Hisap Rokok Tapi beralihlah kepada Shisha

Yang nie paling aku pantang kalau ade orang isap rokok. Pantang ade mesti aku pon nak jugak. Bukan ape, korang tak boleh isap rokok sebab merokok membahayakan kesihatan tahu tak?? Dengan merokok korang boleh menghidapi berpuluh-puluh jenis penyakit. Korang bukan tak tahu berape ramai yang sakit sebab isap rokok. So, kalau korang tak isap rokok. Aku harap harge rokok turun balik lah yer. RM2.50 sekotak. Kan care tuh. Lagi ramai tak hisap lagi bagus. Lagi murah. Boleh la aku terus isap rokok. hehehehe.Tak lah. aku nak berenti dah.

3. Jangan Memandu Laju-laju. Ape bute telinga?

Kelajuan adalah pembunuh nombor 2 negara selepas penyakit jantung. Fakta nie aku main hentam jer ikut sedap aku. korang jangan percaye sangat. Hentikanlah setting-setting kerete or motor tuh laju-laju. Korang kene bawak kerete or moto kurang dari 80Km/j kalau signboard tulis 110km/j. So, kalau signboard tulis 40km/j. ko tolak je kerete terus. Jangan tekan minyak langsung.  Less is better. Lepas tuh sila pandu di belah kiri sahaja. Jangan masuk link kanan. Supaya mase aku drive or bawak moto aku tak perlu tunggu belakang korang. Aku boleh pecut 220Km/j. Aku pakar takpe. Korang buat tak boleh. okey.


4. Kurangkan Makan Fastfood (kurang di sini bermaksud tak makan lagi baik)

Korang dah sedia maklum bahan-bahan yang digunakan semua tak baik untuk kesihatan kan. Yang korang selalu makan kenape?? Nak-nak McDonalds. Kan lemak banyak tuh. Tak takut gemuk ke cik adik oi? Tuh pon masih nak makan lagi. Pegi lah lepak kedai makanan yang lain. Belajar sikit makan makanan yang berkhasiat. Korang bukan tak tahu aku suke makan McDonalds. Nanti dah lah kene beratur panjang nak amek makanan. Lepas tuh tempat duduk takde lagi. Korang kesianlah kat aku. Kurang kan okey. Kalau boleh aku pegi McDonalds tuh lengang jer. Ade bunyi cengkerik lagi bagus.

5. Jadilah Pengguna Yang Bijak Bershopping. Kalau bodoh tak tahu lah nak cakap ape.

Ape yang korang pakai tak semestinye berjename tahu tak? Janji selesa di pakai. Sesuai untuk dipakai untuk sesuatu keadaan/ majlis. Kalau perlu beli yang buatan Malaysia. Bagi la support sikit kat barangan buatan Malaysia kite nie. Jangan nak yang branded jer. Cantik jugak korang pakai sebenarnyer. Disebabkan sekarang dah masuk bulan 12. Jualan penghabisan stock kan biasenyer. Aku tak nak korang shopping. Nanti setiap kali aku datang je dah takde size. Nak-nak kat kedai Nike tuh. Madah takde jer. Kasut lagi lah. Yang limited edition kalau boleh korang jangan beli. Biar aku je yang beli. Korang cube try la Bata ke, Scoll ker. Semua tuh okey jugak tuh. 

p/s: Wah, wah, wah, wah.....Aku rase aku dah berbakti kepada negara sekarang nie.
Baca Lagi - "Pesanan Khidmat Masyarakat (Vol. 1)"

Thursday, September 30, 2010

Sedarlah Diri Sikit. Korang Tuh Minum Air Gumbahan Jer

Share/Bookmark
Hari nie Fahmie menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Daerah yang dilangsungkan sekali setiap bulan. Dalam mesyuarat nie semua isu semasa selama sebulan bagi setiap jabatan yang terlibat akan dibentangkan. Dari semua isu yang dibentangkan, ada satu isu dari Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor yang menarik perhatian Fahmie. Perkara nie mungkin masih takde lagi dalam surat khabar tak pon berite kat TV.

***************************************************
Jabatan Pendaftaran Negara Negari Johor:
Kes 1: Pada 22.09.2010 , Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) telah menghadiri perbincangan bersama jabatan yang terlibat dengan kes Mustaffa bin Hamid di Biro Pengaduan Awam (BPA) untuk menyelesaikan masalah yg dihadapi oleh penama tersebut. Penama mendakwa , Kad Pengenalan beliau telah digunakan oleh pihak lain untuk membuat pinjaman pembelian rumah yang hampir RM400ribu sedangkan gaji pokok beliau hanya RM600 sebulan.  Pihak Jabatan Pendaftaran Negara telah mengesahkn Kad Pengenalan bunga raya yang digunakan untuk membuat pinjaman bank telah diubah gambar. Siasatan masih sedang dijalankan....
Contoh rumah yang berharga RM400 ribu
Kes 2: Pada 22.09.2010 , BSK telah menghadiri perbincangan bersama jabatan yang terlibat dengan kes Halinaffiah Bin Jaffar  di BPA untuk menyelesaikan masalah yg dihadapi oleh penama tersebut. Penama mendakwa seseorang telah menggunakan nama beliau kerana telah mendapat saman trafik atas nama beliau (memandu kereta tanpa lesen) sedangkan penama mempunyai lesen kereta tetapi tidak pernah memandu plat kereta yg tercatat di dalam saman. Lebih daripada itu, penyamar tersebut menggunakan Kad Pengenalan beliau untuk mendaftar perkahwinan dan kelahiran anak  penyamar.
Gambar hiasan. Takde kene mengene dengan cerite nie.
Pada  mlm itu juga kami membuat tangkapan penyamar tersebut di rumah penyamar yang terletak di  No *  Jln JP Perdana */**, Tmn JP Perdana dengan bantuan C/Ins *****. Penyamar tersebut telah memgaku menggunakan Kad Pengenalan tersebut untuk  kegunaan harian. Penyamar diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.Bagi pendaftraan kelahiran anak penyamar, pihak JPN mengarahkan isteri penyamar untuk membuat Pindaan 27(3) bg mengeluarkan nama bapa pada sijil lahir anak.

***************************************************
Orang dari Jabatan Pendaftaran Negara tuh kate, Suspek nie orang negara jiran kite jer. korang pon tahu kan yang mane kalau Fahmie dah cakap kat tajuk tadi Minum Air Gumbahan Jer.hehe..^__^ Diorang nie tak agak. Sampai waran tangkap dikeluarkan untuk tangkap pemilik asal Kad Pengenalan nie pulak. Lepas tuh tak pasal-pasal dye kene menanggung hutang yang beratus ribu tuh. Tambah lagi kene saman pulak sebab tak ade lesen. Siot la diorang nie...

p/s: Sory, entry ditulis dengan penuh emosi.
p/s/s: Apesal tajuk entry aku tuh panjang gile. Cis~


Baca Lagi - "Sedarlah Diri Sikit. Korang Tuh Minum Air Gumbahan Jer"

Popular Post