home about me banner licence contact
Showing posts with label Celebration. Show all posts
Showing posts with label Celebration. Show all posts

Saturday, March 31, 2012

Experiment: Happy Birthday

Share/Bookmark
12:05 Pagi 31 March 2012

Experiment aku tamat setelah jam menunjukkan pukul 12 tengah malam 31 March 2012. Aku telah membuktikan bahawa kalau takde Facebook, tak ramai pon yang ingat birthday aku. Kalau orang lain selalu cerite pasal perkara yang harus di ingati semasa Birthday diorang, aku pulak nak cerite perkara yang aku harus lupekan mase birthday aku. 

Yang lebeh menyedihkan, kawan baik aku sendiri lupe pasal birthday aku. Si @Topanesta , @Lassiegewdix dan @Aaleechaa semua lupe pasal birthday aku. Bukan itu sahaja, orang orang penting dalam hidup aku sendiri lupe pasal birthday aku. Takpe Fahmie, mungkin mereka sebok pikir pasal hal diorang, aku bermonolog. Takpe, Aku kan hanya wujud bile mereka memerlukan pertolongan.   Aku bermonolog lagi. 

Hasil daripada experiment yang aku jalankan. Aku dah dapat buat satu hipotesis. 
"Jika Facebook tidak mengingatkan kite, maka kite tidak ingat birthday kawan kite" 
Orang yang wish Birthday kat aku kurang dari 10 orang. Dan orang yang wish aku di Facebook. KOSONG. Untuk pertama kalinya dalam sejarah aku main social network nie. Kalau Tahun lepas aku cerite notification aku jejak 1000++ sebab orang wish Selamat Ulang Tahun, Selamat Hari Lahir, Selamat Hari Tua, Happy Birthday,HB.... HB? what the hell is HB? dan lain lain lagi yang same maksud dengannya.   Sorry, tahun nie langsung takde. 

So, ape pulak yang jadi sepanjang Birthday aku semalam? 

Tiada apa apa. 

30.3.2012

-tamat-

p/s: Mak. You are the best. Mak orang pertama yang wish. 
Baca Lagi - "Experiment: Happy Birthday"

Friday, August 26, 2011

Tips Kedekut Bagi Duit Raya

Share/Bookmark
Sempena kite nak menyambut Hari Raya Aidilfitri beberape hari lagi nie. Aku terpikir yang aku nie takde lah banyak duit. So, aku semalaman berpikir macam mane lah cara terbaik nak bagi kat budak-budak nanti yang akan mintak duit raya kat aku. Budak-budak datang raya dah la ramai. Tambah lagi  anak sedara aku pun ramai. Lepas tuh, kalau kite bagi yang nie, yang lain mestilah mintak jugak kan. So, aku cube senaraikan beberapa cara yang aku dapat pikirkan agar aku dapat bagi duit raye dengan cara yang kedekut.

Tips Kedekut Bagi Duit Raya
  1. Sebab rumah aku takde pagar. Orang boleh terus datang depan pintu. So, tampal signboard kat depan pintu. "Ikut Sunnah Nabi. Beri salam 3 kali sahaja. Kalau takde orang sahut salam tuh. Ini bermakna takde orang kat rumah". So, duduk jer diam-diam dalam rumah tuh.
  2. Kalau cara pertama tak berkesan, guna cara nie. Sediakan tabung derma kat sebelah kuih raya tuh.Tulis kat tabung derma tuh "Sumbangan iklas untuk membina Masjid". Bukan kite tipu. Anggap jer Masjid kat sini sama maksud dengan mendirikan rumahtangga.^__^
  3. Buat kuih raya semua bentuk duit. Kalau cookies tuh buat la bentuk duit RM10 or RM5 kalau nak lagi mewah buat bentuk RM50 terus. Baru lah vouge. Yang cokelet bentuk duit syiling pon ade jual rasenyer.Cakap jer terus terang kat budak-budak tuh yang korang gantikan kuih muih nie dengan kuih raya. 
  4. Beli sampul surat macam kat bawah nie.Duit tak yah isi pon takpe. Kompom diorang happy dapat sampul nie.=.="
  5. Cara kelima nie tak tawu la berkesan ker tak kan. Korang frame-kan duit raya tuh. Letak cantik-cantik bawah meja kaca kat tempat korang letak kuih raya tuh. Labelkan bawah dye. "Hanya untuk tontonan umum sahaja" Lepastuh welding tepi maja tuh semua supaya tak leh amek duit tuh. Cakap kat budak-budak tuh kalau korang boleh amek. Itu lah duit raya korang.
  6. Bile diorang dah abes makan kuih raya. Sebelum sempat diorang mintak duit raya. Jatuhkan air kat permaidani. Lepas tuh mintak ganti rugi. Sebab diorang tak mampu nk bayar. Buat-buat marah. Halau diorang balik kalau perlu.
  7. Buat soalan dulu sebelum diorang dapat duit raya. Bagi lah soalan-soalan berbentuk tahap PHD punyer. Tak pon soalan tahap Albert Einstein #ponboleh. Kalau diorang dapat jawab baru lah bagi duit raye tuh.
  8. Bile bebudak tuh mintak duit raya. Semena-mena buat-buat gile serta merta. Tak pon korang buat-buat kene sawan babi vavi. 
  9. Korang bercerita jer sampai budak-budak tuh bosan. Cerite lah zaman korang mase mude-mude dulu beraya macam mane. Cerite lah pasal politik ke hape ker.Altantuya mati dibunuh ke. Perhimpunan #bersih kat KL tuh ke. Sampai budak-budak tuh rase nak balik jer.
  10. Kalau sembilan-sembilan cara nie semua tak berkesan yang membuatkan korang terpakse bagi duit raya jugak. Gune ayat nie mase bagi duit raya.
"Ambil RM1 (Seringgit) Nie. Kongsi Tiga Orang Yer Dik."
    bisik-bisik: Aku harap korang berjaya selamatkan duit korang. Kalau korang berjimat. Boleh buat beli top-up. Boleh call Pakwe/Makwe korang.
    Baca Lagi - "Tips Kedekut Bagi Duit Raya"

    Saturday, June 18, 2011

    Hidup Minimalis

    Share/Bookmark
    Sejak dari kerusi kayu mase sekolah tadika dulu, sampai lah sekarang pegi kelas pakai kerusi banquet. Mak dengan Abah memang menggalakkan aku sesangat untuk hidup secara minimalis. Time anak orang makan Chiken Chop waktu rehat, aku cume makan kopok lekor 5 ketul jer. Anak orang minum air Coke, aku minum air sirap 20 sen yang ade rase sabun sikit sikit tuh. 

    Bile aku tanyer mak " Tak boleh ke mak bagi duit belanje lebeh sikit?" jawapan mak setiap kali aku tanye macam tuh same jer. " Sikit lagi bagus, jangan tamak!!" 

    Zaman remaja aku dihabiskan dengan hidup sederhana. Pegang kate kate mak nie dari kecik " Sikit lagi bagus, jangan tamak!!" Anak orang pegi sekolah naik Wantupaijek, Peng sane, Peng sini. Aku relax je pagi pagi dengan beg sekolah aku sangkut kat dahi, Jalan kaki sampai sekolah. 190 hari sekolah 170 hari aku datang lambat. Tuh yang aku pemes kejap tuh. 

    Kenangan paling tak boleh dilupekan time mintak duit nak pegi shopping mak bagi aku duit RM10 dengan berkate "Sikit lagi bagus, jangan tamak!!". Ape bende aku nak beli dengan duit RM10 nie seh?? Last last aku gune duit tuh buat pegi Cyber Cafe. 

    Takpe, saye sayang mak saye. 

    Kate kate mak nie aku aplikasikan pagi tadi. Sebab semalam result degree aku dah keluar. Kenape tidak kan? 

    "Makkk!! (sambil mendayu dayu panggil mak) Malam tadi result keluar. Result Alang sikit je tau. 3.28. Relax lah mak! sikit lagi bagus, Mak jangan tamakkk!!" 

    "Oh, okey. Allowance kau bulan depan pon mak potong. Relax lah Lang, sikitkan lagi bagus, jangan lah tamak!!" 

    p/s: Happy Fathers day dan "Saye doakan Puan Roslina Binti Salikin cepat sembuh" Tengs korang sebab doakan mak aku. 
    Baca Lagi - "Hidup Minimalis"

    Friday, May 20, 2011

    Konvo dah

    Share/Bookmark

    Yang dihormati SAYE, yang dikasihi SAYE, yang dialu-alukan SAYE, yang hensem SAYE, yang  pandai SAYE, yang mak sayang SAYE, entry yang korang bace SAYE punyer. Semuanyer SAYE lah.^_^ 19 Mei 2011. Tarikh nie penting untuk aku sebab tarikh nielah aku disahkan sebagai Pelajar Diploma dan Alumni UiTM.^_^. Yooosh!!! Tak lame lagi degree la pulak.

    Kesimpulan Hari Konvokesyen:

    1. Leceh betullah. #haramjadah 
    Adakah anda tahu saye perlu datang ke UiTM sejak hari ahad lagi? Berapelame aku nak kene tunggu untuk sampai hari Khamis? banyak hari!!! (aku malas nak kire berape hari) dah lah nak uruskan dye makan mase. Bukak portal segala. Bayar gune bank segala. Nak kene print banyak form segala. Ikutkan ati aku aku tak nak uruskan. Tapi mak kate kalau tengok jer bende tuh tak selesai sendiri.

    2. Pemilihan nama anak penting untuk konvokesyen.
    Aku nak pesan kepada korang yang bakal jadi bapa or ibu. Korang jangan bagi name anak huruf "Z". Sebab diorang adalah giliran yang terakhir untuk dapat scroll nie.^_^. Korang bayangkan name aku start dengan huruf "M" untuk Mohd Zulfahmi Abidin. Korang tau tak nombor berape giliran aku? nombor SatuRibuLapanPuluhTiga . Dye tak tau agaknyer montot aku dah petak duduk kat krusi tuh. Dengan nevesnyer lain. Excited nyer lain. ngantok jangan cerite lah. dah tahab pola bear dah aku nie. Sepatotnyer nak konvo nie dalam dewan dye kene letak tilam. Jangan letak krusi. bhahaha. 

    3. Sila rujuk info di Jabatan Kaji Cuaca. 
    Bapak panas bile aku keluar dari dewan nie. Suhu badan 37 'c. Suhu baju 3 'c. Suhu jubah 60 'c. Berderai derai peluh aku jatuh tau. Selamat aku nie HOT orgnyer. So takdelah terase sangat.^_^ Aku harap sangat mase hari konvo tuh ade awan atas pale aku. Tak pon aku ade kuase macam Human Touch dalam Fantastik 4. 

    4. Sesi photography.
    Aku tak tau kenape setiap kali konvo jer orang sebok nak begambo banyak banyak. Nak photoshoot segala depan dewan tuh. Korang tak tau ke ketiak dah berkuah? lagi mau begambo. Bawak balik lah jubah tuh pegi amek gambo tempat lain. GRRrrrr...SEMAK (Semak digunakan bagi melambangkan anda adalah menyebok dan makan ruang di hadapan dewan untuk aku lalu lalang) 

    5. Takde tenaga nak teruskan hidup.
    Aku lapo gile vavi doe. Vavi pon tak penah rase lapo macam aku doe. Aku dari pagi tak makan doe. Gilelah ingat ade tea break ke ape. Ini direct dari kul 7:30 pagi sampai lah kul 12 tgh hari. Kesian perut aku nie ha. Dah lah aku sekeping jer. Kene tiup angin pon melayang. Lain lah tetibe ade perempuan mengaku dye diciptakan dari tulang rusuk kiri aku datang bawak makanan. Lega hati aku sikit.^_^ Next time aku kene muntah kedarah dulu.Ha, korang pon yang belum konvo tuh kene buat macam nie. 

    Sebenanyer perkara nie normal. aku je yang cerewet macam anak manje.^_^ walaupun aku manje orangnyer. Tapi kat mane lagi aku nak mengadu kalau tak kat blog aku nie.bhahahaharamjadah. 


    p/s: thanx to my beloved mother for attending this Konvokesyen. Really appreciate that. Sory momma. I just get one start for this time. 
    Baca Lagi - "Konvo dah"

    Wednesday, March 30, 2011

    K Vs. HB

    Share/Bookmark
    Korang ingat jadi class rep nie senang ker huh? korang dikehendaki menghantar maklumat maklumat terkini kepada member member classmate korang dan memastikan diorang dapat semua informasi terbaru tuh. Contohnyer message yang macam nie.

    Salam, Kepada semua student CTU533 OEB22C. Anda diwajibkan ke "Kuliah Pengukuhan" di Dewan Agong Tuanku Canselor Shah Alam esok 29 March jam 8 Malam. Kedatangan akan diambil disana. Pengangkutan akan diuruskan esok. Korang ade nak request ape ape ker? Arahan oleh Ustazah Hidayah.
    Sikit punyer formal lagi ayat aku. Then send to all. Next, ape maklum balas yang aku dapat? 


    "K" 


    K? korang nak request kokaine ke kat aku? 23 orang request kokaine? mane aku nak cari? then end of conversation. Grr. 

    Lepastu pulak. Hari nie, lepas tepat 12 malam tetibe wall pesbuk aku penuh dengan orang tulis short-form nie. 


    "HB" 


    HB? ape kejadah HB tuh? 


    Hang Busuk? 
    Halkum Besar? 
    Haru Biru?
    Halia Bawang?
    Haji Bakhil?
    Honey Bee?
    Help Bahamas?
    Home Boxoffice?
    Hotel Bankok?


    So, what the hell is HB?


    Baca Lagi - "K Vs. HB"

    Friday, March 4, 2011

    Happy Birthday Mommy

    Share/Bookmark
    Weee..Hari nie Birthday My Mom. Mengikut calculation aku mak aku berumur 46 tahun nie.^_^ Ma..dont wory ma. You still young! watcha.^_^ tapi sayangnye aku takde time birthday mak aku. Sedeh gile kot. Aku terpelesuk kat Puncak Alam nie ha. Orang kate tempat jin bertendang. Kadang kadang nak jugak try seru macam ngangkong tuh suro ngangkong tuh send aku balik umah. Selain gantikan Doraemon aku punyer pintu mase.^_^ 

    Tapi aku tak amalkan amalan amalan kurafat nie. So, aku harus terime kenyataan yang aku nie jauh di perantauan.(fakap tol, ayat sedapkan ati.padahal tuhan je tahu dalam hati macam mane). Aku tak dapat celebrate birthday my mom same same dengan abang abang dan adek aku. Ape yang aku boleh buat bagi hadiah dari jauh. Tuh pon adek aku yang aku suro tolong belikan. Then adek aku yang tolong kasikan kat mak aku hadiah tuh. 

    Tepat pukul 12 Tengah malam tadi. Aku taip message kat phone sendal pintu aku nie "Sony Ericsson K770i" nie untuk dua orang.

    Yang pertama kat adek aku: 
    "Oit dak kecik, bagi kat Ma hadiah tuh sekarang"

    Yang kedua kat My Mom: 
    "Ma, Happy Birthday Ma. Sory first time orang tak dapat balik celebrate birtday Ma dengan yang lain. Semoga Ma panjang umur, Sehat tubuh badan, Makin lawa dan makin sayang kat Pa. Hehehe. Orang ade kirimkan adek hadiah untuk Ma. Ma terime tau." 

    Tak sampai 10 saat aku send message tuh kat My Mom. My Mom terus call.

    My Mom: "Assalamualaikum, terime kasih wish birthday ^_^. Tapi kenape bagi hadiah Gule nie? kan Ma tak leh makan gule banyak banyak. Kau tau kan Ma makan Gula Equal jer? Lepas tuh Ma nak buat ape dengan 5 Kilo Gula nie?

    Aku: "W'salam. Well Ma, orang kan budak sekolah. Belajar pon tak habes habes lagi. Mane ade duit nak beli barang mahal mahal. Plus, orang nak Ma jadi Sugar Mommy, bukan Equal Mommy!!"

    My Mom: "Huh! Anak derhaka!" 

    Aku: "Happy Birthday Sugar Mommies" ^_^

    p/s: Ma, kalaulah Ma tau orang menangis 30 saat after Ma call. Lepas tuh Ma tahu bahawa orang rindu Ma sangat. Ma, I really really need your hug and forehead kisses rite now. I'm tired being here. ♥ you Mom. 
    Baca Lagi - "Happy Birthday Mommy"

    Saturday, February 5, 2011

    Entry Spesial Ke 100 Bergaya Dengan Template Baru

    Share/Bookmark
    Pertama tama Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana memberi peluang untuk aku terus hidup dan kesihatan tubuh badan supaya aku dapat terus berblogging. Kedua, terime kasih kepada Mak dan Abah sebab 22 tahun dulu tak pakai protector. Kalau tak, takde lah aku kat dunia nie. Ketiga, terima kasih kepada kawan kawan yang tak putus putus memberi dorongan untuk aku terus menulis blog.

    Entry special nie aku buat semata mata nak mengabdikan memori bahawa hari nie merupakan hari pertama aku menulis entry menggunakan template baru aku seperti yang korang tengah tengok sekarang nie. Sejujurnya aku nak cakap tukar template lebeh susah dari mengundi Raja Lawak Astro. Lebeh susah dari masuk gear auto kereta Myvi. Lebeh parah dari Login Facebook.

    Before

     After

    ARAHAN: SILA BACA DENGAN MENJERIT SEKUAT HATI

    Untuk pengetahuan korang. Template baru aku nie di reka hanya dengan menggunakan mouse komputer dan keyboard. Template direka tampa menggunakan water color Buncho yang kite gune mase sekolah dulu.Dengan kepakaran yang ada pada genatic X dan Y yang ada pada designernya iaitu Syafiq Ezhan. Template baru nie telah siap dalam masa tah berape hari aku tak ingat sebab aku tak penah nak kire tapi sekejap jelah jugak.
    Fakta Sejarah: Syafiq Ezhan pernah memenangi tempat pertama dalam kontest design Header yang dianjurkan oleh Zaharuddin.Net yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak Ringgit Malaysia 800.00 sahaja. Beliau tampa segan silu mengalahkan kontestan yang lain.
    Tambahan lagi, Template yang aku gune sekarang nie. Alah yang baru tuh. Senang cerite yang korang nampak sekarang nie lah.Memenuhi ciri ciri yang ade dalam kepale otak aku tengah pikir mase nak clasifikasikan template macam mane yang aku nak. Ilmu ape si Syafiq Ezhan nie gune untuk bace minda aku, aku sendiri tak tahu. Meh aku tampo laju laju kalau korang pikir dye ade indra ke enam.  Untuk pertama tama kalinye aku tengok hasil artwork dye adalah melalui blog kawan sekampung aku iaitu Lina Jalil. Blog kawan aku nie jugak di design oleh Syafiq Ezhan.

    So, (aku benci betul kalau nak start perenggan dengan "so" nie lah) kalau korang nak order template macam aku nie. Tak pon korang nk order header sahaja ke atau ape ape pon yang memerlukan kepakaran designer yang mahir dalam menggunakan Photoshop. Korang boleh contact sendiri dengan Syafiq Ezhan nie sendiri okey.

    p/s: Aku tahu korang kalau masuk blog dye. Kompom korang tengok je header dye tuh kan? Korang belek belek ape ade kat header dye tuh kan?  Then korang cari butang follow kan? then korang scroll blog dye sampai bawah kan? Eleh aku dah tahu dah.....
    Baca Lagi - "Entry Spesial Ke 100 Bergaya Dengan Template Baru"

    Tuesday, November 16, 2010

    Selamat Hari Raya Aidiladha

    Share/Bookmark



    source:ayeemayam.com
    Baca Lagi - "Selamat Hari Raya Aidiladha"

    Popular Post