Saturday, March 31, 2012

Experiment: Happy Birthday

Share/Bookmark
12:05 Pagi 31 March 2012

Experiment aku tamat setelah jam menunjukkan pukul 12 tengah malam 31 March 2012. Aku telah membuktikan bahawa kalau takde Facebook, tak ramai pon yang ingat birthday aku. Kalau orang lain selalu cerite pasal perkara yang harus di ingati semasa Birthday diorang, aku pulak nak cerite perkara yang aku harus lupekan mase birthday aku. 

Yang lebeh menyedihkan, kawan baik aku sendiri lupe pasal birthday aku. Si @Topanesta , @Lassiegewdix dan @Aaleechaa semua lupe pasal birthday aku. Bukan itu sahaja, orang orang penting dalam hidup aku sendiri lupe pasal birthday aku. Takpe Fahmie, mungkin mereka sebok pikir pasal hal diorang, aku bermonolog. Takpe, Aku kan hanya wujud bile mereka memerlukan pertolongan.   Aku bermonolog lagi. 

Hasil daripada experiment yang aku jalankan. Aku dah dapat buat satu hipotesis. 
"Jika Facebook tidak mengingatkan kite, maka kite tidak ingat birthday kawan kite" 
Orang yang wish Birthday kat aku kurang dari 10 orang. Dan orang yang wish aku di Facebook. KOSONG. Untuk pertama kalinya dalam sejarah aku main social network nie. Kalau Tahun lepas aku cerite notification aku jejak 1000++ sebab orang wish Selamat Ulang Tahun, Selamat Hari Lahir, Selamat Hari Tua, Happy Birthday,HB.... HB? what the hell is HB? dan lain lain lagi yang same maksud dengannya.   Sorry, tahun nie langsung takde. 

So, ape pulak yang jadi sepanjang Birthday aku semalam? 

Tiada apa apa. 

30.3.2012

-tamat-

p/s: Mak. You are the best. Mak orang pertama yang wish. 
Baca Lagi - "Experiment: Happy Birthday"

Saturday, March 24, 2012

Kesah Sedih Hari Sabtu

Share/Bookmark
Semuanya bermula bila aku ingin memulakan hari baru aku selepas aku aktifkan "mode horizontal life pauses" atau bahase melayunye adalah"tidur". Badan aku kebas kebas kibas kari babas gitu. Mungkin sebab aku telah activekan "Mode  Hi World You Make Me Mellow" atau bahase melayu dye "Hotak kau aku tak tido 29 jam doe". Itu perkara biase. Harimau di hutan kupatahkan leher, inikan pula tak tido. 

Dalam aku dipeluk erat selimut edaran WINDSIR yang aku tak penah dengar jename ape nie. Aku teringin nak makan Toasted Bread pagi pagi nie. Untuk mendapatkannya aku harus berguling guling ke hujung katil. Pakai selipar jepun aku nie. Garu bontot. Bangon dan pergi ke gerobok aku. Sayang sekali, takde seluar pendek disitu. Baru perasan aku tertido bogel malam tadi lepas mandi lupe pakai seluar. 

Tak perlu risau. Sebab aku rase aku ade letak seluar pendek aku kat tempat lain aku rase. Aku bukak laci atas dan laci bawah. Lepas tu aku bukak laci bawah dan laci atas. Aku cari di merata tempat dalam gerobok tu. Hampa. Takde. Yang ade cume seluar pendek yang kotor di dalam karong baju kotor. Ape yang aku perlu buat nie? Buntu. 

Kalau aku nak pakai baju formal. Aku perlu lebeh productive hari nie. Tapi hari nie hari sabtu. Mane ade orang productive hari sabtu. Aku dah bertukar ke "Mode Panic At The Disco". So ape yang aku kene buat sekarang nie? 

Aku mengelamun lagi, takut, fikiran bercelaru, kilat sabung menyabung, deruan ombak rindu mencakar persisir pantai. Dan aku masih takde idea macam mane aku nak makan Toasted Bread pagi pagi nie. Aku rase macam dunia aku dipenuhi kegelapan. Macam dah takde harapan nak hidup. Sekali lagi. Aku tahu, mesti ade kat mane mane punyer seluar pendek yang bersih tu. Cume aku je yang tak jumpe. 

Aku teringat yang aku belum gosok gigi. Aku capai tuala, tutup mane yang patot. Terus masuk bilik air. Jangan ditanye ape aku buat dalam bilik air. Ayat tu dah cliche. Lepas tu barulah aku terpikir. Asal aku tak pakai tuala je turun bawah? 

Sedih. 

p/s: Dah sampai masanya aku kene cuci kain baju aku. 
Baca Lagi - "Kesah Sedih Hari Sabtu"

Friday, March 16, 2012

Bed Time Story

Share/Bookmark
Khamis.

Masalah tidur yang belum terungkai jalan penyelesaiannye. Hujan lebat dimalam hari. Kabus kabus putih melekat di cermin tingkap. Minda aku masih separa sedar akibat jadual kelas padat dengan activity yang tah ape ape hentah. 

Rumah aku tinggal aku berdua di dalamnya. Aku dan Adi (bukan nama sebenar). Yang lain pergi menonton sukan yang tak berfaedah. 1 barang kejar dan berebut 23 orang. Sukan tu famous gile sejak dari dulu lagi. Orang kate kalau lelaki tak minat sukan nie mereka pelik. Tinggalkah kami kaki online dirumah. Adi di bilik depan dan terkunci. Urusan lelaki katanye. 

Aku buat hal aku dalam bilik aku. Sorang sorang. berbekalkan lappy Asus isi Linux Ubuntu versi 11.10 . Suhu di Puncak Alam sejuk. Sejuk gile rasenye. Teringat mak kat rumah kalau hujan hujan dye buatkan air Teh O panas. Uuuu.. sedapnye. 

Turun ke bawah untuk buat air panas. Teh O takde. Tapi yang ade New Nescafe Ipoh White Coffee je. Oh aku lupe ade Toasted Bread skali aku buat. Kemain kan ayat bahase Inggeris aku. Aku benci bahasa penjajah ^_^

Sementara menunggu air masak. Aku naik ke atas untuk ambil handphone. Sampai separuh tangga nak turun aku dengar Adi jerit dari arah dapur... 

"Fahmie, Sini  kejap..."

Aku menyahut. 

"Yeee.. kejap, aku datang nie" 

Suara Adi lagi.

"Fahmie, jangan turun bawah. Aku dengar suara tu jugak" 

Tapi kali nie suara Adi dari dalam bilik dye. Itulah masalahnye.


P/s: Mimpi yang indah ye semua malam nie. Good Luck!! 
Baca Lagi - "Bed Time Story"

Thursday, March 8, 2012

I Berputar

Share/Bookmark
Aku duduk di atas mangkuk tandas, angan angan menjadi perdana menteri. Merubah semua yang aku alami, angan angan yang belum pasti aku kecapi. Cubaan berhenti dari merokok tahap motivasi diri. Kau musuh negara wahai api. Kau punye penangan memang gile babi. Wow kau bebual berapi. Sedarlah weh, semua kau kate kadang kadang hanya tahi. Ape aku peduli. Fakyubebi

Ye aku belum tidur lagi. jam pukul 5 30 pagi. Ape nak jadi. Aku belum ke kelas lagi. Relax lah weh, kan awal lagi. Mungkin minggu depan baru aku pegi. Itu pon tengok lah mood aku nanti. Oh mak, sorry. Kali nie alang janji. Alang lah name di beri. 

Bile tak tido otak aku kooki. Jangan di tanye ape maksud kooki. Baru aku reka tadi. Again, fakyubebi. Ape gune kau dikenali, kalau kau hanya roti. Jadi sampah bile dah basi. Ayat kau gune same je di hati. Oh orang itu, I tak cakap Fakyubebi. Aku dah macam berpuisi, koma dan titik di sana sini. Oh aku suke ini. 

Aku sambung lagi. 

Yang atas korang bace tadi hanya mukadimah. ^_^ pandai tak aku nak korang terus bace panjang panjang. *kening naik naik*  Aku dah takde bahan yang lebeh ilmiah dari nie untuk santapan korang. Sorry. 

Oh, aku dah naik University dah. 1st week suck. Result last week suck. That moment bile kite perlukan pertolongan kawan kawan kite yang terdekat. Semua tak nak tolong, suck. Hutang banyak la jugak, suck. Tak dapat tidur ikut waktu yang sepatotnyer, suck. Sekurang kurangnye aku taip, bagi korang semua bace, korang semua tahu. Atau, semuanya akan jadi same macam tu jugak. Ingat nie. 

"Speak up, be heard, if you don't say a word. Everything will stay the same way" hahaha. Aku benci bahase penjajah. Fakyubebi. 

Mak aku sehat, rim moto aku pon kilat. semua okey. #TwtupJohor pon okey so far takde masalah. Aku relax. Aku suke Mengekalkan Kesempurnaan. Penat pulak taip. Lapar. Aku rindu Mia, Aku rindu Ariff. Lagi rindu kat Dia. Hai Dia. Dah bace nie BBM I okey. I tunggu. ^_^ 

Tapi dunia sekarang tak okey. Pegi lah mengundi. Jangan lupe lagi. Jangan lupe support StopKony2012 nie sekali. Dunia umpama neraka, hidup ibarat layang layang. LOL, kau kalau busybody, fakyubebi. 

P/s: Jaga bahasa anda lain kali. Tau pon tak suke bile aku banyak mencarut nie. Sebab aku buat salah tadi. Sorry. 
Baca Lagi - "I Berputar"

Popular Post