Sunday, November 27, 2011

Bosan Dengan Hidup

Share/Bookmark
Aku dah bosan dah dengan hidup aku yang ada sekarang. Aku benci dengan ape yang aku buat hari hari. Aku seorang lelaki yang berumur 22 tahun. Sekarang nie aku kerje kat kedai Fast Food yang terkemuka kat bandar nie. Masak burger tuh jelah kerje aku hari hari. Sepanjang aku kerja aku tak pernah cuti. Tak pernah datang lambat walau sekali pon dalam hidup aku nie. Bukan sebab aku suke kerje nie. Tapi nie je satu satunyer kerje yang aku tahu buat. 

Lepas tuh kat tempat kerje aku tuh pulak bermasalah. Ade sorang mamat nie memang benci gile kat aku. Aku pon tak tau kenape. Bile aku mengadu kat boss aku. Nanti boss aku ugut aku pulak nak potong duit gaji aku yang dah memang sikit tuh. Gile punye boss. Duit je yang dia tau. Mate duitan betul. 

Bile kat luar tempat kerje pulak, takde bende yang aku nak buat. Aku selalu gelak ketawa dengan lawak yang aku sendiri buat. Ade kawan pulak, kawan aku tuh gile aku rase. Tapi dye jelah satu satunye orang yang nak berkawan rapat dengan aku. Atas sebab yang same aku banyak habeskan mase dengan dye kalau hari aku tak kerje. 

Sepanjang hidup aku, aku duduk kat bandar nie sebab aku tak geti memandu. Setiap kali aku amek lesen kerete. Setiap kali tuh jugaklah aku fail. Aku biase dapat markah penuh untuk theory. Tapi amali aku tak pernah lulus. Mesti accident time aku test drive tuh. Kenapelah malang sangat naseb aku. Lebeh menyedihkan. Rumah aku. Aku duduk dalam Nenas. Di dasar laut. 


Baca Lagi - "Bosan Dengan Hidup"

Thursday, November 24, 2011

Sejuk

Share/Bookmark

Susahnye nak bangon pagi nie. Aku salahkan musim tengkujuh sebab buatkan tidur malam ku nyenyak menjelang subuh. Banjir merata rata tempat. Hujan kat luar rumah. Dalam hati pon hujan jugak kengkadang. Stress gile weh blajar. #Untunglah kalau ade orang yang tersayang. Boleh dye teman tidur malam. ^_^

Aku: Sayang, i kene bangon nie.

Dia: Tak yah lah bangon. Sejuk kat luar tuh.

Aku: I kene mandi lah. I kene pegi class nie.

Dia: Alah. Kejap lah. Kelas you kan start kul 8:30. Sekarang subuh lagi nie.

Aku: Eh. Tak boleh. You tau kan I tak suke ponteng ponteng class nie.

Dia: Ala Yang. Nanti you pegi kelas sape nak teman I? you sanggup ke tengok I sorang sorang kat bilik?

Aku: Memang lah I tak sanggup. Tapi I terpakse.

(dye hug aku makin kuat. dye tak nak melepaskan aku)

Aku: Ok ok. I tak pegi kelas. I suke bile you hug I macam nie pagi pagi. ^_^

Dia: Ha macam tuh lah. Petang nie mandikan I pulak ye.

Aku: Oh lupe nak bagi tau. Petang nanti lepas I mandikan you. I tukarkan you dengan Si Biru tau. Malam nie I nak tido dengan Si Biru pulak.

Dia: Tapi you......

Aku: You basah. Macam mane nanti malam I nak tido dengan you basah basah.

Dia: Yelah yelah. Tapi pagi nie I nak hug you puas puas dulu ye.

Aku: Ok.



Watak Dalam Dialog:

Aku     : Zulfahmi Abidin

Dia      :Selimut 1

Si Biru :Selimut 2

p/s: Aku terponteng class pagi semalam. 
Baca Lagi - "Sejuk"

Thursday, November 3, 2011

Emosi

Share/Bookmark
Berbekalkan minda separa sedar. Otak terbang melayang. Berteman rokok yang sebatang. Ringan jari menaip diatas keyboard yang lapang. Ape yang tak kene. Ape jugak lah yang kurang. Pedih kenangkan hari hari ku yang hilang. Punca test yang curi peluang. Assignment datang bertandang. 

Cuti ku ingin pulang. Berlagu tak berpeluang. Semua sebok nak curi tulang. Study setiap malam. Puncanya besok hari berjuang. Haih.....aku mengeluh. Berkate tapi tak senang. 

Aku tanye same pokok ape sebab goyang. Nanti jawab pokok angin yang goncang. Oh hujan. Oh malang. Oh penat. tidak kepalang. 

Melihat kucing di sudut tiang. Dye pandang aku berbual sorang sorang. Ku menghalau nye untuk pulang. Ke rumah jiran dye bertandang. Babi bukan haiwan baik untuk dipandang. Tapi itu yang aku cube terbayang. Tentang semua hal yang aku tak senang. 

Aku emosi lagi. 

Raya haji dah nak datang. Oh emak aku mahu pulang. Bukan nak makan ikan belukang. Kan best kalau mak urutkan belakang. Aku ingin berehat dengan tenang. Sayang. 

Malam nie terjumpe kawan. Dalam bilik yang tenang. Lampu terang benderang. 

"Hai!" 

"Hai jugak" 

"Dah makan?"

"Dah makan?"

"Makan ape?" 

"Makan ape?" 

"Kau tiru aku cakap kenape?"

"Kau tiru aku cakap kenape?"

"Sial lah kau!!!"

"Dah, Aku dah makan..."

"errrrr.......okbai" 

Aku keluar dari bilik yang kecil tuh. Sambil maki hamun nenek dan moyang. 

Dah lah. Malas aku nak pandang cermin kat bilik tu tadi lagi. Aku dah simpan cermin berbual sorang sorang. Aku nak tidur sampai ke siang. 

Selamat Malam. 


TAMAT 
Baca Lagi - "Emosi"

Popular Post