Hari nie Fahmie menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Daerah yang dilangsungkan sekali setiap bulan. Dalam mesyuarat nie semua isu semasa selama sebulan bagi setiap jabatan yang terlibat akan dibentangkan. Dari semua isu yang dibentangkan, ada satu isu dari Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor yang menarik perhatian Fahmie. Perkara nie mungkin masih takde lagi dalam surat khabar tak pon berite kat TV.
***************************************************
Jabatan Pendaftaran Negara Negari Johor:
Kes 1: Pada 22.09.2010 , Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) telah menghadiri perbincangan bersama jabatan yang terlibat dengan kes Mustaffa bin Hamid di Biro Pengaduan Awam (BPA) untuk menyelesaikan masalah yg dihadapi oleh penama tersebut. Penama mendakwa , Kad Pengenalan beliau telah digunakan oleh pihak lain untuk membuat pinjaman pembelian rumah yang hampir RM400ribu sedangkan gaji pokok beliau hanya RM600 sebulan. Pihak Jabatan Pendaftaran Negara telah mengesahkn Kad Pengenalan bunga raya yang digunakan untuk membuat pinjaman bank telah diubah gambar. Siasatan masih sedang dijalankan....
Contoh rumah yang berharga RM400 ribu |
Kes 2: Pada 22.09.2010 , BSK telah menghadiri perbincangan bersama jabatan yang terlibat dengan kes Halinaffiah Bin Jaffar di BPA untuk menyelesaikan masalah yg dihadapi oleh penama tersebut. Penama mendakwa seseorang telah menggunakan nama beliau kerana telah mendapat saman trafik atas nama beliau (memandu kereta tanpa lesen) sedangkan penama mempunyai lesen kereta tetapi tidak pernah memandu plat kereta yg tercatat di dalam saman. Lebih daripada itu, penyamar tersebut menggunakan Kad Pengenalan beliau untuk mendaftar perkahwinan dan kelahiran anak penyamar.
Gambar hiasan. Takde kene mengene dengan cerite nie. |
Pada mlm itu juga kami membuat tangkapan penyamar tersebut di rumah penyamar yang terletak di No * Jln JP Perdana */**, Tmn JP Perdana dengan bantuan C/Ins *****. Penyamar tersebut telah memgaku menggunakan Kad Pengenalan tersebut untuk kegunaan harian. Penyamar diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.Bagi pendaftraan kelahiran anak penyamar, pihak JPN mengarahkan isteri penyamar untuk membuat Pindaan 27(3) bg mengeluarkan nama bapa pada sijil lahir anak.
***************************************************
Orang dari Jabatan Pendaftaran Negara tuh kate, Suspek nie orang negara jiran kite jer. korang pon tahu kan yang mane kalau Fahmie dah cakap kat tajuk tadi Minum Air Gumbahan Jer.hehe..^__^ Diorang nie tak agak. Sampai waran tangkap dikeluarkan untuk tangkap pemilik asal Kad Pengenalan nie pulak. Lepas tuh tak pasal-pasal dye kene menanggung hutang yang beratus ribu tuh. Tambah lagi kene saman pulak sebab tak ade lesen. Siot la diorang nie...
p/s: Sory, entry ditulis dengan penuh emosi.
p/s/s: Apesal tajuk entry aku tuh panjang gile. Cis~
2 Organisma:
sgtt x suka org negara jiran tuh
@ayaa alyy
fahmie pon .tapi suke negaranyer sbb bersih dn teratur..
Post a Comment