Ini entry serious. Sory takde gelak tawe kali nie.
Ini entry soal hati. Soal hati. Soalan hati. Aku pulak tulis dengan berhati-hati. Walaupun tajuk entry bahase penjajah. Tapi aku tulis gune bahase yang lebeh mudah untuk difahami. Sebab name aku Fahmie.
Entry nie aku tulis sebab aku nak korang tau bertape bertuahnye korang kalau korang tuh ade pasangan. Mungkin korang pernah rase ape yang aku rase. Tapi tak seteruk ape yang aku rase. Dan aku bukan nak cerite ape yang aku pernah rase. Tapi kemurungan aku beberape hari nie kalau aku tak luahkan. Mungkin menyebabkan blog aku nie "TIDAK" akan di update lagi. Sebab aku tak nak bende tuh berlaku. Maka, aku luahkan kat sini. Lagipon, blog kan tempat luah perasaan jugak kan? Tak kesah lah korang nak cakap aku ape. Aku tak peduli.
AMARAN: Jangan jadi macam aku. Ingat tuh. Lagi sekali aku pesan. Jangan jadi macam aku.
Hargailah Dia mase Dia ade kat sisi korang. Peluang takkan datang untuk kali ke dua. Kalau pon ade keadaannya dah tak same seperti yang pertama kalinya.
Si Dia.
Dia tak perfect. Kau pon same tak perfect jugak. Korang dengan pasangan korang tak akan jadi perfect. Tapi kalau Dia boleh buatkan korang ketawa. Tak kiralah ketawe besar ataupon kecik. Walaupon hanye sekali sepanjang relation korang tuh, korang maafkan lah Dia kalau Dia ade buat salah dengan korang. Ingatlah yang Dia tuh hanya memenuhi kehendak sebagai manusia. Setiap orang berlainan perangainya. Dan kalau Dia jahat ataupon buat kesalahan, tak selamanya dia buat perkara yang same. Bagilah peluang seberape banyak yang korang boleh tahan.
Aku nak korang ingat. Dia tak mungkin akan buatkan korang puisi macam orang dulu dulu. Mungkin Dia akan buatkan korang lagu. Tapi hanya korang yang tau pasal tuh. Dia tak mungkin akan pikirkan pasal korang setiap mase. Dan kalau Dia cakap Dia sentiase pikir pasal korang. Aku nak korang tau dah memang Dia menipu. Tapi maafkan lah Dia. Dia cuma ikut ayat dalam drama TV aje. Tapi aku nak korang tau, Dia akan bagi korang segalanya yang Dia ada. Dia akan bagi semua yang ade dalam hati Dia. Walaupun Dia tau korang mampu patahkan hati Dia.
Jangan sekali kali sakitkan hati Dia. Jangan cube cube nak ubah Dia. Bagi lah Dia jadi ape yang Dia nak kan dalam hidup nie. Bebas tuh kan penting. Jangan jugak korang duga benda yang Dia TIDAK AKAN buat. Jangan mudah buat kesimpulan tentang Dia. Banyak lagi benda yang korang kene tahu pasal Dia. Seumur hidup korang pon korang TIDAK AKAN paham pasal diri Dia.
Belajarlah untuk SENYUM bila dia buat korang happy. MEMBEBEL je bila Dia buat korang marah. RINDU je Dia bila Dia takde di sisi korang. Semakin SAYANG pada Dia bile korang rase hubungan korang dah goyah. Sebab lelaki atau perempuan yang sempurna tak pernah wujud untuk korang kat dunia nie. Tapi ade SEORANG SAHAJA Lelaki/Perempuan yang sempurna untuk korang dalam dunia nie.
Kalau korang dah bosan dengan Dia cakap "I Love You" hari hari. BERSYUKURlah sekurang kurangnya Dia re-new doa dia kat korang hari hari jugak.
Semoga Allah S.W.T panjangkan relation korang selama mana yang korang nak kan. Dan jangan jadi macam aku. Forever Alone.

